PENDATANG ASING TANPA IZIN.....PATI... APA HAL......???

on Nov 20, 2010

Implementasikan KUASA Bloggers!!! (Kita Cuba)

"Saya 2 tahun kerja ladang sana Klang, lepas itu sini mari kerja," ujar lelaki berusia 25 tahun, berbaju oren.

3 rakannya, juga warga India berasal dari Chennai sibuk mencuci kereta.

Tapak premis mencuci kereta itu, kawasan parkir di Rumah Pangsa Jalan PJU 8/6, Desa Temuan, Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.


Tidak! Tidak! Tidak! Mereka sama sekali bukan pelanggan khas kedai di Desa Temuan seperti tertera di papan tanda di atas. Warga India berusia di antara 24 dan 44 tahun terbabit, kesemuanya berstatus pendatang tanpa izin, PATI kerana menyalahgunakan permit kerja telah lama tamat tempoh..


"Saya sini Malaysia sudah duduk 5 tahun," kata pekerja.

Maksudnya, sejak 3 tahun lalu dia tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

"Apa fasal tak balik India?," soal saya.

"Rumah tarak bikin lagi," jawabnya.

Tambahnya, antara tujuan mereka berhijrah ke Malaysia, untuk mencari wang dibuat modal membina rumah batu di kampung halaman.

"Satu rumah RM60,000, sekarang itu pasir sama simen, harga sudah naik," tambahnya selamba.

Engkau datang ke negara aku, lari daripada majikan, sekarang bekerja secara haram pun ada niat membina rumah batu. Sedangkan warganegara aku, ramai tidak memiliki rumah sendiri dan segelintir tinggal di bawah jambatan.

Itu detak hati saya.


Tiada langsung riak keresahan mahupun kebimbangan tergambar di wajah mereka, selesa bekerja biarpun berstatus PATI.

Saya percaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, tidak mengeluarkan lesen untuk premis mencuci kereta di dirikan di tapak pakir kawasan perumahan. Maksudnya, selain bekerja secara haram, premis ini juga tidak berlesen.


"Siapa punya ini car wash?," tanya saya.

Dia menjawab.

"Haaaa? Awak memang berani! Kalau saya jadi awak, saya mesti tak kan bagi tahu siapa saya punya taukeh," kata saya.

Itu reaksi spontan saya sebaik mendengar identiti sebenar pemilik premis terbabit.

Jika dakwaan pekerja itu benar, saya terfikir ...

Malangnya Malaysia.

Mereka diperuntukkan kuasa menegakkan undang-undang negara kemudian secara terang-terangan menyalahgunakan kuasa terbabit, rela melacurkan negara sendiri, menggajikan PATI di premis tanpa lesen hanya kerana wang.

Jika penghibur ulung negara, biduan Allahyarham Sudirman Hj Arshad pernah mendendangkan lagu 'Milik siapakah gadis ini', pembaca tekalah, milik siapalah premis ini?

Saya yakin pembaca setia blog ini tahu saya telah ribuan kali menyertai operasi bersama pelbagai pihak berkuasa, membanteras PATI di seluruh negara.

Kali ini saya ingin semua pembaca 'mengambil bahagian' dalam operasi di alam maya. 

MBPJ memiliki laman web menawarkan ruang aduan. Justeru, mari bersama kita adukan kepada pihak berkuasa tempatan terbabit berhubung kegiatan tidak sah berlaku di hadapan mata.

Hantarkan aduan ke aduan@mbpj.gov.my dan pada masa sama, ISNIN akan datang, 22 November 2010, bermula jam 10 pagi, kita bersama menghubungi MBPJ menggunakan talian 03 79546 3544untuk melontarkan aduan serupa.

Kita lihat sejauhmanakah kepantasan MBPJ bertindak menangani kes ini berlandaskan aduan orang ramai.

Blog ini memiliki lebih 3,000 pengikut, jika kita bertindak membuat aduan secaera bersepadu, saya yakin operasi premis terbabit mampu dilumpuhkan pada hari Selasa atau Rabu. Jika pada hari Khamis tindakan tidak dilaksanakan, kita gagal.

Apa kata sekurang-kurangnya setiap pelawat menyalin tampalan ini dan seterusnya hantarkan kepada emel MBPJ jika berasa rugi menghubungi penguatkuasa mereka. Maklumlah setiap panggilan keluar mempunyai kos tersendiri.

Jika pembaca telah menghantar emel atau menghubungi MBPJ, maklumkan saya melalui ruangan komen blog ini.

Mari kita implementasikan kuasa bloggers!

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List