Gambar-Gambar Dalam Kubu Fail WikiLeaks Yang Kebal Nuklear! - 30 Meter Di Bawah Tanah!

on Dec 13, 2010

Wikileaks hosting bunker
Oh wow. Bahnhof AB, the hosting company responsible for keeping the under siege Wikileaks site up, is located in a futuristically renovated cold war nuclear bunker thirty metres below Sweden’s White Mountain. [Photos by Jann Lipka/Rex Features] 
Wikileaks hosting bunker



Wikileaks hosting bunker



Wikileaks hosting bunker



Wikileaks hosting bunker



Wikileaks hosting bunker



Singapore’s in Possession of Anwar’s Sodomy Video

on

c

Following the leaked information from the most controversial web, Wikileaks, our sources confirmed that Singapore is also in possession of visual evidence in the form of video(s) of Anwar’s homosexual activity(ies).   

It is learned that former Prime Minister of Singapore, Lee Kwan Yew himself had had the ‘opportunity’ to watch Anwar in action.  The video was recorded in a hotel room, frequently reserved by Anwar whenever he visits the lion city.   However, we are made to understand that Anwar’s partner in the video, however, wasn’t Saiful Bukhari.  

Singapore has always been following Anwar (and all significant figures of Asian politics) and it is not at all startling for the little lion to have such evidence on Anwar.   

Singapore, a very unlikely friend to anybody has always been a double crosser towards its neighbours especially Malaysia and Thailand which it presumed to be the closest competitors in the region.  

A natural ‘kiasu’ and arrogant by race, Singapore has no respect for any of its neighbours and the Wikileaks proved just that when the web leaked out how Singapore referred to other Asian countries as dumb, incompetent, corrupt and such.  

All these while, Singapore is said to be behind in the political unrest across southern Thailand by lending a hand for subversive activities.   

The country is also strongly suspected to be behind the famous or infamous ‘16th September supposed coup’.  Fortunately, majority of Malaysians are way too smart to fall into the trap and caused the plan to invoke chaos by the Oppositions, failed.   

Among other intelligence information on Singapore is that the country is suspected to be the one who actually trained bombers on detonating explosives via handphones.  

The Asian countries and Malaysia, particularly, must be grateful to Wikileaks as we now are able to see not only who Anwar really is, but also what Singapore and its leaders really are.

We haven’t heard any respond from Singapore on this.  But knowing the kiasus, I don’t think they would give a damn should the world know about how arrogant, insincere and distrustful they are.      

The respond from Anwar’s camp confirms that Anwar has finally arrived at a dead-end.   Unable to provide good defensive response, Anwar is forced to blame it on UMNO, BN and its leaders, saying that it is the Malaysian intelligence who actually trapped him and that the Singaporeans just played along.  

To accuse Malaysian Intelligence to be working together with Singapore to trap Anwar just doesn’t make any sense since Malaysia and Singapore have always been a life-long unofficial enemies.  

Any well-informed person on the planet would know that the only likely accomplice with Singapore from Malaysia, would be DAP.  

But that’s not the point, the vital point here is: How Do We Trap A Straight Guy Into Having Sex With Another Guy?   


By Terrence Fernandez

Sejarawan Menemui Nombor Dan Huruf Kecil Di Mata Mona Lisa.

on

Semalam penyiasat seni telah melihat sesuatu pada mata lukisan Mona Lisa yang dilukis oleh Leonardo da Vinci. Sejarawan percaya yang potret Mona Lisa sebenarnya adalah wajah Leonardo di Vinci yang telah diubah menjadi wanita.

Di mata kanan tampaknya menjadi huruf LV yang membawa maksud namanya, Leonardo di Vinci sementara di mata kirinya juga membawa simbol yang belum dipastikan lagi. Hal ini sangat sukar untuk mereka jelaskan tetapi ianya nampak seperti huruf CE atau B.

Dibelakang potret Mona Lisa terdapat jambatan lengkungan dengan nombor 72 dan mungkin juga huruf L dan angka 2.

Leonardo di Vinci sememangnya seorang genius kerana dapat menyimpan rahsia selama 500 tahun daripada pengetahuan orang ramai berkaitan wajah Mona Lisa. Begitu juga dengan penipuan yang beliaukan terhadap 'kain Kapan Turin' yang dikatakan wajah Nabi Isa a.s. sedangkan imej tersebut telah diakui oleh pakar-pakar ianya adalah wajah Leonardo di Vinci sendiri. 


Under the microscope: Historians in Italy have discovered that by magnifying the eyes of the Mona Lisa painting tiny numbers and letters can be seen
Dengan bantuan mikroskop, sejarawan di Italy telah menemui hruf kecil pada matanya.
Hidden symbols: This eye is thought to contain L and V, the artist's iniitals
Simbol tersembunyi, Mata ini dipercayai menunjukkan huruf Ldan V

If Zaid Ibrahim wants to be the President I would step down......

on



KUALA LUMPUR — Datuk Zaid Ibrahim, who left PKR last month, is now a member of the Malaysian People’s Justice Front or Akim, said its president Zakaria Salleh today.

Zakaria told The Malaysian Insider that the former PKR deputy presidential contender joined the tiny Kelantan party last month.

Zaid had planned to quit PKR on December 16, but the party supreme council accepted his resignation on November 19.

“He is now an Akim member; he submitted his application last November. He is officially our member,” said Zakaria.

When asked if Zaid would take over the party’s presidency, Zakaria said it is up to the former law minister to decide.

“It is up to Zaid if he wants to contest or not, if he wants to I would step down. But members must agree, I alone cannot make the decision,” said Zakaria.

Akim is scheduled to hold its annual general meeting on Wednesday to elect a new leadership.

“Zaid will most probably attend the meeting,” said Zakaria.

Zakaria had last week confirmed that Zaid was in discussion to take over the party which would be relaunched as his new political platform.

Zaid had said early this month about the need of a new political party, describing existing parties as “unwilling to make a stand on defending fundamental principles.” 

Akim was founded in 1995 but has been unable to make any impact, even in Kelantan which has been under PAS rule since 1990. 

In 2008, the party contested in the Permatang Pauh by-election but its candidate Hanafi Mamat lost his deposit when he obtained only 92 votes.

Akim faced a leadership crisis recently but it was resolved after intervention by the Registrar of Societies which later confirmed its registration status on December 1.

- Malaysian Insider

“Lakonan Tak Menjamin Apa-Apa” – Luahan Hati Salih Yaacob

on

Salih Yaacob1 Lakonan Tak Menjamin Apa Apa   Luahan Hati Salih Yaacob


30 tahun menceburkan diri dalam industri hiburan, namun segenggam pengiktifan pun tidak pernah Salih Yaackob terima. Demikian’lah pendedahan Salih Yaacob yang kecewa dengan dunia lakonan, sampai berkata, “bidang lakonan memang tak menjamin apa-apa.”
Bunyi memang kecewa, namun umum mengetahui kini Salih Yaacob sudah bergelar penyampai radio di Sinar. Pagi hari kami tidak akan lengkap dengan lawak jenaka daripada Salih Yaacob. Jangan kecewa bang, abang ada bini 3 kan..
Dalam diam, Salih Yaacob sudah memulakan perusahan penternakan ikan Arowana di Bukit Merah, Perak. Perniagaan yang diberi nama Selebriti Arowana akan dilancarkan dalam bulan ini dan dia mengajak orang ramai mengunjung perniagaannya di sana.

PANGLIMA ANWAR AKAN BERPERANG.......???

on




Timbalan Presiden, Azmin Ali dan pemimpin PKR lain termasuk Setiausaha Agung Saifuddin Nasution dan Naib Presiden Tian Chua beria-ria mempertahankan bos mereka itu. Mereka akan melancarkan perang terhadap Wikileaks, Lee Kuan Yew dan The Morning Herald.
Orang yang paling tidak sedap badan tentulah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini kerana Wikileaks mendakwa Ketua Umum PKR itu ' sebenarnya ada melakukan aksi-aksi yang mana beliau kini sedang dituduh" - yakni meliwat Saiful Bukhari Azlan. 

Maklumat yang didakwa bocor itu bukan melibatkan ‘orang tepi jalan’ tetapi pandangan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan agensi perisik Singapura mengenai kes liwat Anwar.
Kuan Yew dan agensi perisik Singapura dikatakan percaya bahawa Anwar memang melakukan liwat.

Lebih menarik dakwaan sensasi disiarkan di beberapa akhbar berpengaruh di Australia pada hari Ahad termasuk The Sydney Morning Herald.

Menurut laporan The Sun-Herald maklumat dari komunikasi sulit yang dipercayai dipintas oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat ialah Kuan Yew dan pegawai risikan Singapura memberitahu agensi risikian Australia bahawa Anwar terlibat dalam perbuatan yang dikenakan tuduhan semasa bertukar pandangan mengenai kes itu. 
Anwar kebelakangan ini menggunakan segala ruang yang ada untuk mempertahankan tuduhan liwat terhadapnya termasuk menunda kes di mahkamah berkali-kali. 
Seperti biasa sebelum ini setiap laporan media Barat atau cakap pemimpin khususnya dari luar negara yang memihak kepadanya akan dijaja ke mana sahaja hingga ke parlimen.
Cuma yang menarik, ini adalah pertama kali dakwaan paling sensasi dibuat oleh media Barat Anwar memang meliwat.
Oleh itu jika diteliti laporan Wikileaks yang disiarkan oleh The Sydney Morning Herald dan The Sun-Herald , pasti ada yang terfikir adakah doa-doa Saiful sudah termakbul! 

Dr Khir digantung daripada semua jawatan

on

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo digantung daripada semua jawatan parti yang dipegangnya selepas didakwa di Mahkamah Sesyen, Shah Alam atas tuduhan rasuah minggu lalu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan tindakan tersebut sepertimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan Parti dan tidak ada hubungan dengan pertimbangan kepentingan politik Barisan Nasional(BN).

“Sesiapa sahaja yang didakwa atau menunggu kes mahkamah, akan digantung jawatannya dalam parti, seperti yang dilakukan sebelumnya,” katanya.

Menurut Tengku Adnan, tindakan serupa telah diambil terhadap ahli Umno yang lain pada 2009, dan walaupun mereka kemudian didapati tidak bersalah, kedudukan mereka tidak dikembalikan.

Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang, menerima surat dari ibu pejabat Umno berhubung penggantungannya itu pada 8 Disember, dua hari selepas dia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah berhubung penjualan tanah yang menjadi tapak rumah mewahnya.

Kini, tugas Khir diambil alih oleh timbalannya, Datuk Ramli Norani.

Ramli, 63 tahun, sebelum ini merupakan bendahari Umno bahagian Sungai Besar.

Membabi-buta kerana Najib dan Anwar

on

Wikileaks mendedahkan pegawai-pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim "masuk perangkap seks" (lihat Malaysiakini 12/12/10 "Wikileaks: Anwar 'masuk perangkap seks', kata LKY").
Wikileaks juga mendedahkan bahawa pegawai-pegawai perisikan Singapura percaya bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada pilihan melainkan terus berkuasa untuk mengelakkan pendakwaan ke atas dirinya berikutan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.



Bagi mereka, nasib politik Najib terus dihantui oleh skandal pembunuhan itu. Najib juga digambarkan sebagai oportunis yang tak ragu-ragu serta sanggup menjadi lalang (lihat The Age 12/12/10 "Top Singapore officials trash the neighbours").

Ada yang mempercayai pendedahan mengenai Anwar dan tidak mahu percaya pendedahan mengenai Najib. Ada yang mempercayai pendedahan mengenai Najib dan tidak mahu percaya pendedahan mengenai Anwar. Ada yang percaya kedua-duanya. Dan, barangkali ramai juga yang tak percaya kedua-duanya. Terpulang. Itu pilihan masing-masing.

Di pihak Anwar, mahkamah kelihatan berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan beliau terlibat dalam salah laku seks. Di pihak Najib pula, terlalu ramai yang mendakwa bahawa mereka melihat dengan amat jelas bahawa proses pendakwaan negara ini berusaha bersungguh-sungguh dan habis-habisan untuk tidak mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya. Tahniah, Datuk Seri. Beruntung sungguh Datuk Seri.

Apa yang nyata, orang hadapan atau front man di kedua-dua pihak, samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, dilihat terpalit dengan skandal. Mereka mungkin bersih, tetapi ramai yang tidak melihat mereka bersih.

Tetapi bagi saya, yang lebih tidak bersih ialah orang-orang yang 'asabiyyah dengan kedua-dua pemimpin itu yang membela mereka membabi-buta. Beberapa pengunjung dalam blog ini selalu menyifatkan saya menuduh Najib membabi-buta.

Najib tak terlibat dengan kes Altantuya, kata mereka. Najib tak sapu duit dalam pembelian Sukhoi dan Scorpene. Najib bersih sebersih-bersihnya dari apa jua yang dituduh kepadanya. Macam la mereka maha mengetahui seperti Allah s.w.t. Mereka tidak sedar bahawa mereka juga membela Najib membabi-buta.

Setakat yang terbaik yang saya dapat ingat, saya tidak tuduh. Saya hanya membangkitkan persoalan. Membangkitkan persoalan bukan menuduh. Kalau persoalan dijawab dengan baik dan meyakinkan tanpa sebarang keraguan, tentulah saya akan melihat Najib bersih. Setakat ini, saya belum mendengar jawapan seperti itu.

Saya membaca jawapan Najib di Parlimen, di dalam ucapan terbukanya dan saya juga membaca ayat-ayat mirip pembelaan dari isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor (gambar di atas) serta pembelaan berapi-api dan gila-gila pak yet-pak yet mereka. Semuanya menambahkan persoalan dan pertanyaan. Saya tidak boleh memaksa hati saya supaya jangan ada rasa tak percaya. Tak upaya saya.

Dalam masa yang sama, saya juga tertanya-tanya, mengapa Anwar dan PKR (lihat Malaysiakini 12/12/10 "PKR terkejut 'konspirasi' Singapura terhadap Anwar") tidak memberi jawapan yang lebih baik dari jawapan Najib, Rosmah dan pak yet-pak yet mereka ketika membela Perdana Menteri yang dilihat penuh baggage itu? Adakah Anwar dan PKR tak tahu bahawa Najib tidak dipandang bersih kerana kegagalan teruk beliau, isterinya serta pak-pakyet mereka memberikan jawapan yang baik dan meyakinkan tanpa sebarang keraguan?

'Siapa Yang Waras Akan Sengaja Masuk Perangkap?'

on



sankara nair bukit aman teresea kok isa arrest pc 170908 02"Siapakah yang berfikiran waras, akan dengan sengaja memasuki perangkap jika dia sudah tahu mengenainya?

Soalan itu diajukan oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan dalamWikileaks yang tuduhan liwat terhadapnya adalah satu perangkap.

Pihak berkuasa Singapura dipetik sebagai mendakwa Anwar mungkin mengetahuinya "tapi tetap masuk ke dalamnya (perangkap)".

"Ini sama sekali tidak logik dan benar-benar tak masuk akal," kata 
Sankaran Nair dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga mendakwa akhbar New Straits Times danUtusan Malaysia mengamalkan 'kewartawanan yang tidak bertanggungjawab' dalam melaporkan pendedahan tersebut.
Sankara Nair berkata, media tempatan telah memilih untuk bergantung kepada laporan untuk menerbitkan perkara yang tidak terbukti dan hanya berdasarkan kepada desas-desus dan telahan.

"Sampai saat ini, semakan kami dengan rakan sejawatan serta pelbagai sumber menunjukkan tiada rujukan seperti itu dibuat oleh Wikileaks berdasarkan tuduhan khusus seperti yang dilaporkan dalam Herald Sun (Sydney Morning Herald)," katanya.

Sankaran mendakwa akhbar berkenaan sengaja mengherotkan laporan tentang Anwar dan memfokus terhadapnya sahaja dan meninggalkan semua tuduhan serius terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan yang lain-lain.

Jelas, kata Sankara, kedua-dua khabar tersebut mempunyai "motif jahat dan telah mengamalkan kewartawanan yang tidak bertanggungjawab".

'Subjudis untuk dilaporkan'

Sankara juga menyifatkan laporan mengenai dakwaan tersebut sebagai "jelas subjudis" dan ia mungkin merupakan satu penghinaan mahkamah, kerana perbicaraan sedang berlangsung.

Katanya, penerbitan kenyataan yang berkaitan dengan dakwaan kesalahan itu adalah dilarang.

Katanya, tindakan itu menceroboh integriti perbicaraan dan hakim berkewajiban untuk melindungi kesucian perbicaraan, terutama daripada mereka yang bukan dalam sistem kehakiman jenayah, dan dalam hal ini, pihak media.

Menurutnya, laporan media telah mensasarkan tepat pada perbicaraan dan "kami amat memandang berat terhadapnya".

Sambil menegaskan bahawa hakim juga manusia, Sankaran berkata, fokus media itu boleh mempengaruhi persepsi umum terhadap Anwar.

Malaysiakini

Jerat Percintaan Liwat.

on




Kalau tanya orang orang kita dulu ni menatang apa Wikileaks tu, haram sekoq pun tak tau apa. Tapi la ni dah heboh, la ni dah kecoh tentang keberanian dan kelantangan Wikileaks membuat pendedahan demi pendedahan yang kononnya bocor dari sumber sumber tertinggi negara negara tertentu.

Terbaru adalah pendedahan akhbar Sydney Morning Herald yang melaporkan pendedahan dokumen dari Wikileaks mengatakan bahawa Anwar Ibrahim terperangkap ke dalam 'jerat liwat' yang sengaja dirancangkan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan karier politiknya. Suka tak suka, hukuman bagai telah dijatuhkan oleh Wikileaks pada Anwar dan kerajaan Najib. Jangan lupa bahawa Najib juga terpalit dengan pendedahan lidah lidah Yahudi ni. Dokumen tersebut secara tidak langsung mendedahkan bahawa Perisik Singapura membuat kesimpulan bahawa Anwar sebenarnya melakukan perbuatan liwat yang dinafikannya.

Memang la, tanya la sapa pun even Lee Kuan Yew sendiri yang namanya secara langsung dibabitkan dalam dokumen tersebut, kebenarannya pendedahan tersebut masih jauh dan samar samar. Baiknya kita berfikir secara positif, sekiranya dokumen ini merupakan satu bukti kukuh dan benar, maka ambil saja dokumen tersebut dan bawakan saja ke mahkamah agar kedua-dua pihak baik Anwar Ibrahim yang melakukan liwat serta pihak yang merancang perangkap ini diberikan tindakan yang adil! Kebenaran tidak harus disembunyikan.

Masaalahnya yang cuba dilupakan oleh Umno APCO ini ialah, dari mana dari mana Wikileaks memperolehi dokumen tersebut dan kesahihannya? Ia bagai satu teknik yang kerap dipakai perisik luar iaitu pintasan memintas perbualan telefon, atau dengan kata lainnya mencuri dengar perbualan telefon dari satu ke satu pihak yang lain.

Jadi perbualan siapa yang dicuri dengar sehingga mereka mengatakan isu liwat ini satu perangkap? Adakah mereka mencuri dengar perbualan telefon 'si pembuat perangkap'? Maka pembuat perangkap mendedahkan bahawa perangkap telah dipasang lalu didengari oleh perisik negara tertentu lantas mengesahkan Anwar melakukan liwat? Bolehkah ia dijadikan bukti Anwar melakukan liwat?

Lagi satu jangan kita lupakan, pendedahan ini sekaligus merupakan hanya cakap cakap kedai kopi atau gossip politik antara seorang pada seorang lagi yang dikira agak berpengaruh dalam politik kepartian negara negara tertentu. Apakah kita dengan begitu mudah mengguna pakai cakap cakap kedai kopi bagi menghukum insan lain dengan hukuman bagi kesalahan yang begitu serius?

Nampaknya bukan saja Anwar yang diperangkap malah seluruh rakyat Malaysia telah berjaya diperangkap oleh Wikileaks ini.

Lagi satu, kenapa si pembuat perangkap tu bengap sangat. Kalau dah berjaya menjebakkan Anwar melakukan liwat, mengapa sibodoh tu tidak berusaha mencipta bukti? Bukankah kalau sudah berjaya perangkap itu, ambillah gambarnya! Ambillah videonya supaya senang perbicaraan di mahkamah!

Tak la susah susah perlukan sampel DNA, tak perlu bukti-bukti alibi, dan bermacam lagi perkara mengarut!

Terpulang pada rakyat Malaysia, samaada mahu mempercayai maklumat wikileaks ini atau tidak. Apakah perlu Anwar dipersalahkan dan dihukum dengan hanya laporan dari Wikileaks yang berasaskan cakap cakap kedai kopi saja. Lagipun maklumat ini hanya mendedahkan bahawa Anwar diperangkap, tidak lebih dari itu!

Anwar jelajah Malaysia jelas isu Wikileaks

on



KUALA LUMPUR, 13 Dis: Ketika berhadapan dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan melalui Wikileaks,  hari ini PKR mengeluarkan jadual penuh ceramah perdana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menjelajah ke seluruh negara bermula 14 hingga 19 Disember ini.

Beliau dijadualkan berucap bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP bermula malam esok 14 Disember di tapak pasar malam Taman Melwati, Wangsa Maju Wilayah Persekutuan.

Turut akan berucap di majlis itu nanti adalah anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad,Teresa Kok,  Shamsul Iskandar Mohd Akin, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Ibrahim Yaacob.

Wikileaks melalui media Australia telah mendedahkan pelbagai dokumen yang bersumberkan para pemimpin dan diplomat Singapura. Antaranya mendakwa, musuh politik Anwar telah membuat perangkap untuknya dan Anwar telah memasuki perangkap itu.
Turut didedah adalah kenyataan para diplomat Singapura yang berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bimbang kalau hilang kuasa kerana takut beliau akan didakwa. Sehingga kini media gagal mendapatkan sebarang komen dari Najib mengenai hal ini.

Namun begitu, Anwar telah mempertikaikan laporan ini dan mendesak mereka memberikan bukti ke atas dakwaan itu. Sebelum itu, Anwar mencadangkan ia adalah kerja para SB (polis cawangan khas) Malaysia dengan Singapura.

Anwar dipercayai akan menjawab secara terperinci segala tuduhan ini dalam siri ceramah perdana yang disusun untuk beliau ini.

Selepas ceramah perdana pertama di Kuala Lumpur, pada 16 Disember beliau akan turun ke Malaka dan Negeri Sembilan pula.  Mula-mula beliau akan berucap di Dataran Muhibah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan.

Selepas ceramah itu, beliau akan bergegas ke  Markas PAS Paya Dalam, Air Molek, Melaka. Di kedua-dua tempat itu, pemimpin PAS dan PKR akan turut berucap bersama beliau.

Pada 17 Disember, beliau akan turun pula ke Markas PAS Cegar Medang, Jalan Benus, Bentong, Pahang untuk memberikan tazkirah Maghrib sebelum memberikan ceramah perdana di Himpunan Perdana Peneroka Felda yang berlangsung Markas PAS Kawasan Bera, Mengkarak, Bera, Pahang.

Pada 18 Disember pula, Anwar akan turun ke Pulau Pinang dan akan memberikan tazkirah Maghrib di Markas PAS Negeri Perak, Air Kuning, Changkat Jering, Bukit Gantang. Selepas itu beliau akan menyertai  Majlis Makan Malam KeADILan di Dewan Cina Perkampongan Juru,  Batu Kawan,  Pulau Pinang.

Selepas itu, beliau akan bergegas ke majlis Ceramah Perdana yang akan diadakan di Padang Bola Balik Pulau, Pulau Pinang.

Keesokan harinya, beliau akan menyertai pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dalam Konvensyen Ke 2 Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang.

ANWAR SEDANG BERDUKA........???

on



Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim Monday moved to stem the impact on his sodomy trial of US cables released by WikiLeaks claiming he had sex with a male aide in a honey trap set by enemies.( Pemimpin pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim hari ini bertindak untuk untuk membendung kesan kebocoran dikeluarkan oleh Wikileaks berhubung dakwaan hubungan seks dengan seorang pembantu lelaki dalam apa yang disifatkan sebagai perangkap oleh musuh.)

Anwar's lawyer Sankara Nair told AFP he will file a complaint with the court hearing Anwar's sodomy case over articles in the local media which could affect the former deputy premier's ongoing trial.( Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu AFP bahawa dia akan mengemukakan aduan semasa sidang mahkamah kes liwat Anwar berhubung artikel di media tempatan yang boleh menjejaskan perjalanan kes bekas timbalan perdana menteri itu.)

Most newspapers in the country carried the allegations on their front page with influential Malay daily Utusan running a headline stating: "Singapore spy agency verifies sodomy act". ( Sebahagian besar surat khabar di negara ini membawa tuduhan di halaman depan mereka dengan akhbar berpengaruh menyatakan: "badan perisikan Singapura mengesahkan perlakuan liwat.)

"Clearly it's a case of sub-judice, it's hearsay and conjecture, intelligence reports are not based on facts generally, they are based on rumours and I have served in the security services before so I know that the last thing you do is to trust such a report," said Nair.( "Jelas ini kes subjudis, sekadar desas-desus dan dugaan, laporan perisikan hakikatnya tidak berdasarkan fakta umum, ia berdasarkan pada khabar angin dan saya pernah bertugas dalam perkhidmatan keselamatan sebelum ini, maka saya tahu bahawa mempercayai laporan seperti itu, adalah cara terdesak " kata Nair.)

"The judge must call up the newspapers and ask them to explain why they wrote the piece and to show their proof. If they can't do this then they will be cited for contempt," he added. (" Hakim perlu memanggil akhbar ini dan minta penjelasan kenapa mereka menulis sedemikian dan tunjukkan bukti-bukti berkaitan. Jika tidak, mereka wajar didakwa kerana menghina" tambahnya lagi.) 

"If this is not sinister then it is totally unethical reporting. I have advised my client to file a lawsuit against these papers as well." ("Jika ini tidak sekadar sindiran sinis, ia pastinya adalah laporan tidak beretika dan saya menyarankan anak guam saya untuk menyaman semua akhbar ini.") 

Rumusannya ialah :

1. Di mana kebebasan bersuara dan kebebasan media yang selama ini dilaung-laungkan oleh Anwar Ibrahim?

2. Mengapa semua akhbar perlu disaman, sekiranya Anwar dan para peguam belanya benar-benar mengamalkan kebebasan bersuara dan kebebasan media?

3. Sekarang baru Anwar tahu - kebebasan yang sangat diinginkan oleh beliau selama ini, akhirnya memakin diri sendiri.

4. Dalam isu ini jelaslah, Anwar Ibrahim bukanlah pendukung sejati ideologi kebebasan bersuara dan demokrasi - sebaliknya beliau penganut fahaman kuku besi.

5. Maka, benarlah sesungguhnya Anwar Ibrahim adalah Utusan Syaitan yang bertopengkan manusia. Anwar Ibrahim yang kita kenali 20 tahun yang lalu, sangat jauh dengan Anwar Ibrahim yang wujud pada hari ini.


Pinjam Dari :-  http://azlishukri.blogspot.com

MCA turut tangguh pemilihan

on

NONEMCA turut menangguhkan pemilihannya yang sebelum ini dijadual diadakan tahun depan, sekaligus mengikut langkah Umno.

Keputusan penangguhan itu dicapai dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA di ibunegara.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata satu jawatankuasa pemandu akan diwujudkan bagi meminda perlembagaan parti bagi membolehkan penagguhan pemilihan dijalankan.

"CC telah bersetuju bahawa jawatankuasa pemandu pemilihan MCA yang dipengerusikan setiausaha agung parti Datuk Seri Kong Cho Ha akan mengkaji dan mencadangkan kepada parti bagaimana ia (penagguhan) boleh dilaksanakan. 

"Jawatankuasa tersebut akan mengkaji dan akan mengemukakan cadangan yang terbaik sebelum pemindaan dilakukan bagi memastikan penangguhan tersebut berjalan dengan lancar," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat CC di Wisma MCA hari ini.

Dr Chua turut mengumumkan keputusan CC untuk membenarkan Pergerakan Pemuda MCA membuka keanggotaan kepada golongan wanita yang berumur kurang daripada 45 tahun.

Katanya, keputusan itu merupakan sokongan kepada cadangan Ketua Pergerakan Pemuda Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Pergerakan Wanita Datuk Yu Chok Tow minggu lepas yang mahu menggalakkan golongan wanita menyertai MCA di masa depan.

"Melalui keputusan ini, beliawanis yang berumur kurang dari 45 tahun boleh menyertai aktiviti Pemuda sebagai pilihan mereka ataupun masuk Sayap Wanita," katanya.

Semasa mengemukakan cadangan Pemuda itu, Wee berkata konsep "Pemuda-Pemudi" perlu dilakukan agar Pergerakan Pemuda MCA tidak lagi dilihat berdasarkan kepada jantina tetapi sebaliknya berdasarkan umur.

Dr Chua turut mengumumkan mengenai kejayaan MCA menarik seramai 17,378 ahli baru tahun ini yang sekaligus menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa MCA sudah tidak mampu menarik minat kaum Cina untuk menyertainya.

"Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan kerana pada 2008, MCA hanya mampu menarik seramai 700 orang ahli baru sahaja," katanya.

- Bernama

Liwat : Husam dan Haji Hadi Tahu.........???

on



Can I Walk Into Your Trap Today?





Kami berempat, saya dan production team saya sedang menumpang sebuah teksi di Kota Bangkok bila pemandu teksi tersebut mula bercerita bagaimana beliau begitu kagum dengan Tun Dr Mahathir Mohamed. Tak habis-habis dia memuji Mahathir dan mengeji Thaksin (Perdana Menteri Thai ketika itu).
Apabila teksi kami berhenti di persimpangan di Patpong, tiba-tiba pemandu teksi itu berhenti mengalih bercakap pasal Mahathir, sebaik ternampak seorang pondan melintas jalan. “Mr Anwar!” kata pemandu teksi itu dengan kuat dan bangga sambil menunjukkan ke arah pondan yang melintas jalan itu.
Kami ketawa sehingga terasa nak pecah perut tanpa perlu doa pecah perut Nik Aziz.
Sehingga hari ini saya masih geli hati mengenangkan insiden yang berlaku pada tahun 2005 itu.
Semalam, jam tiga pagi waktu Paris, saya dikejutkan dari tidur setelah menerima mesej dari twitter di Malaysia. Saya duduk termenung agak lama.
Isteri saya terjaga melihat kegelisahan saya dan dia dengan prihatin bertanya,
“Are you okay”
Saya menoleh kepadanya dan berkata,
“Can I **** you tonight!”, Dia terkejut dan membaling bantal pada saya.
Saya menunjukkan berita kebocoran kabel rahsia diplomatik Amerika Syarikat yang melaporkan bahawa Singapura yakin Anwar memang terlibat dalam perbuatan meliwat. Saya juga membaca tweet reaksi balas Anwar.
Sebenarnya ramai juga orang-orang penting di Malaysia dan di dalam Pakatan Rakyat sendiri yang saya kenal dan tahu, sudah lama merasai Anwar terlibat dengan kes liwat.
Saya masih ingat pada malam Saiful Bukhari membuat laporan Polis dia di liwat Anwar, Husam memanggil saya bertemunya di persimpangan bulatan Kijang di Kota Bharu. Kami minum teh halia bersama dan Husam memberitahu saya apa yang telah terjadi.
“Saya yakin Anwar memang buat Dato’” kata saya. Saya tidak akan bocorkan apa yang Husam kata tetapi saya tahu, dikalangan yang menyokong Anwar pun ada keraguan terhadap Anwar sendiri.
Tetapi seperti yang selamu dikata Husam bila merujuk hal-hal perhubungan antara parti politik, ‘Bodohlah kita untuk berperang banyak penjuru pada satu masa yang sama’.

Uqasha Kurangkan Jumpa Nabil

on


BERAPA minggu lalu, nama Nik Zaris Uqasha hangat diperkatakan umum. Semuanya apabila dia dikatakan menjadi penyebab kes putus cinta pelawak Nabil Ahmad dan Irma Hasmie.

Kemudian, tidak sampai pun seminggu, tersebar pula gambar cium mirip Nabil dan Uqasha sehingga memberi tekanan buat gadis berusia 18 tahun yang ingin bernafas di bidang lakonan ini.

Tidak meminta kontroversi itu berlaku, anak kelahiran Kuala Lumpur ini menegaskan dia sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan insiden masalah cinta Nabil.

Kata Uqasha atau dengan panggilan Qasha, dugaan yang diterimanya bertimpa-timpa tanpa sebab dan sekali gus, sedikit sebanyak telah merosakkan reputasinya sebagai seorang pelakon baru.

“Alhamdulillahlah saya tidak lagi tertekan dengan hal itu. Cuma saya ingin menjelaskan saya tiada kaitan langsung dengan kes putus cinta Nabil.

“Walaupun masih baru dalam lakonan, ia sedikit mengganggu perjalanan seni saya apabila penerbit-penerbit drama mempersoalkan kehadiran saya kerana mereka bimbang ia akan menjejaskan produksi mereka.

“Bagaimanpun pun saya tak kisah dengan apa orang cakap kerana hal itu telah pun terjadi. Sekarang misi saya ialah mengasah bakat yang ada untuk menjadi pelakon yang berkaliber,” tegasnya.

Selain itu, ujar Qasha, dia sedih kerana adiknya yang juga merupakan seorang pelakon, Nik Zaris Nelydia turut terkena tempias daripada kontroversi tersebut.

“Kesian juga dekat dia kerana orang tak sudah-sudah tanya. Tapi alhamdulillah dia memahami dan dia tidak kisah.

“Setakat ini mama saya dan Zaris yang banyak memberi dorongan serta semangat kepada saya. Malah mama tidak menghalang saya daripada terus berlakon. Cuma dia nasihatkan saya agar lebih berhati-hati dan anggap perkara ini sebagai satu pengajaran yang besar buat saya,” katanya.

Tambah Qasha, tatkala dirinya mahu bangun dengan semangat baru, jauh di sudut hati, dia takut jika nama Nabil akan membayangi dirinya.

Masih lagi berkawan dengan lelaki itu, kedua-duanya lebih selesa tidak berjumpa dengan terlalu kerap agar masyarakat tidak memberi andaian negatif terhadap mereka.

Cuma, tegas Qasha, walaupun Nabil kini solo, dia langsung tidak terfikir untuk menjadi teman wanita Nabil kerana terasa dirinya masih muda untuk bercinta.

“Memang diakui, saya takut dibayangi Nabil. Contohnya orang akan tanya “Uqasha mana yang berlakon? Oh, Uqasha Nabil ke?”, itu yang saya tak nak. Tapi nak buat macam mana bukan? Saya terpaksa terima kerana saya tidak boleh menutup mulut orang.

“Buat masa ini kami masih lagi berkawan. Tetapi Nabil bukanlah cinta hati saya. Umur saya baru 18 tahun. Perjalanan saya masih panjang lagi dan saya tidak utamakan cinta. Senang kata, hati ini tidak dimiliki oleh sesiapa lagi,” katanya.

Sementara itu, Qasha pernah berlakon dalam drama Radio Gaga (RTM), Ampang Medical (NTV7) dan Lukisan Hati (DVD). Dalam pada itu Qasha juga merupakan seorang model bagi iklan DIGI, coklat Cadbury serta Ajinamoto.

Ditanya apakah perancangan Qasha untuk mengukuhkan diri sebagai pelakon, katanya dia ingin mendapatkan sebanyak mungkin tawaran drama agar dapat mengasah bakat lakonannya dengan lebih cepat.

Malah Qasha mempunyai impiannya yang tersendiri di mana dia begitu teringin mahu berlakon di samping pelakon popular, Shaheizy Sam.

“Saya begitu meminatinya dan ingin belajar bagaimana cara Sam menghayati setiap watak yang diberikan. Ini kerana lakonan yang dibuat begitu natural dan karakter yang dibina juga menjadi,” tuturnya.

Politik WikiLeaks, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat

on

Pendedahan WikiLeaks tentang komunikasi perisikan Singapura dengan Australia yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tuduhan liwat sekali pandang tidak menjelaskan apa-apa yang konkrit.
Maklumat yang didedahkan itu menunjukkan bahawa pihak tertentu di Singapura dan Australia percaya dengan tuduhan terhadap Anwar, berdasarkan risikan mereka.


Kenyataan setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail bahawa maklumat WikiLeaks tentang Anwar disensasikan tidaklah keterlaluan, disebabkan nilai berita itu kepada pihak tertentu untuk kepentingan politik.

Pihak peguam Anwar pula menganggap pendedahan maklumat itu sebagai subjudicememberi amaran supaya media tidak menerbitkannya.
Tetapi kesan maklumat itu menyumbang kepada permainan persepsi yang sedang berlangsung di media, menjelaskan mengapa sebuah akhbar propemerintah meletakkan berita itu di muka hadapan, walaupun tidak melaporkan dengan lebih lanjut isu itu (ini walau bagaimanapun tidak akan menghentikan pemain-pemain media baharu pro-Umno daripada memperpanjangkan isu ini untuk membina dan mengukukan persepsi negatif).
Ini kerana WikiLeaks ditakuti oleh semua pemain politik, sama ada kerajaan atau pembangkang.
Sekiranya satu pendedahan maklumat yang negatif bagi pihak lawan disambut sebagai fakta sahih akan memerangkap diri sekiranya pendedahan memanfaatkan lawan pula berlaku.

Sekiranya diperhatikan, kedua-dua pihak tidak segera mengambil kesempatan daripada pendedahan WikiLeaks, walaupun boleh memberikan mileage yang besar.
Pendedahan melibatkan syarikat Malaysia yang dikaitkan dengan Iran dan komunikasi pegawai Amerika Syarikat dengan pegawai Malaysia berhubung sebuah bank Iran tidak disambut seperti biasa oleh pembangkang.
Pada masa sama, pihak pemerintah juga tidak kelihatan seperti memperakui maklumat pendedahan itu, mungkin sebagai satu langkah untuk tidak memberi kredibiliti kepada WikiLeaks.
Dilaporkan masih banyak kawat melibatkan Malaysia diperolehi WikiLeaks. Kemungkinan untuk maklumat itu nanti mendedahkan keburukan pemimpin – atau mana-mana ahli politik Malaysia – tidak dapat ditolak.
Disebabkan pertimbangan inilah kedua-dua pihak kerajaan dan Malaysia tidak mahu memberikan WikiLeaks kredibiliti seperti yang biasa dilakukan terhadap laporan dari Barat yang menguntungkan, kerana potensinya untuk menjejaskan sesiapa sahaja.

Berhubung perang persepsi yang sedang berlangsung pada masa ini, pendedahan itu tidak dapat dielakkan daripada memberi kesan kepada Pakatan Rakyat dan bukan hanya Anwar dan PKR.
Menjelang konvensyen Pakatan yang bakal diadakan tidak lama lagi, perkembangan ini menuntut satu penilaian kritikal di pihak Pakatan disebabkan kesan manipulasi maklumat itu kepada gabungan ini.
Konvensyen itu nanti perlu fokus pada apa yang ingin dicapai dan dikemukakan kepada rakyat, dan tidak menjadi medan menangani maklumat WikiLeaks itu dan tertumpu kepada isu Anwar semata-mata.
Tindakan menyalahkan pihak lain semata-mata tanpa menjelaskan bagaimana menanggapi maklumat daripada pihak ketiga itu hanya akan mencetuskan satu imej negatif bagi pihak PKR.
Mengabaikan terus pendedahan itu dengan harapan isu tersebut akan berlalu begitu sahaja juga bukan sesuatu yang tepat, kerana maklumat itu akan tetap memberikan kesan.

Maklumat ini mungkin bukan yang terakhir didedahkan WikiLeaks yang mampu menjejaskan Pakatan.
Dalam hal ini, Pakatan tidak boleh kelihatan seperti ketakutan atau terdesak mempertahankan diri dengan cara yang tidak berwibawa seperti mengemukakan teori konspirasi yang berlebihan.
Pakatan perlu memberi tumpuan pada rakyat dan bukan individu-individu dalam aliansi ini.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List