Jerat Percintaan Liwat.

on Dec 13, 2010




Kalau tanya orang orang kita dulu ni menatang apa Wikileaks tu, haram sekoq pun tak tau apa. Tapi la ni dah heboh, la ni dah kecoh tentang keberanian dan kelantangan Wikileaks membuat pendedahan demi pendedahan yang kononnya bocor dari sumber sumber tertinggi negara negara tertentu.

Terbaru adalah pendedahan akhbar Sydney Morning Herald yang melaporkan pendedahan dokumen dari Wikileaks mengatakan bahawa Anwar Ibrahim terperangkap ke dalam 'jerat liwat' yang sengaja dirancangkan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan karier politiknya. Suka tak suka, hukuman bagai telah dijatuhkan oleh Wikileaks pada Anwar dan kerajaan Najib. Jangan lupa bahawa Najib juga terpalit dengan pendedahan lidah lidah Yahudi ni. Dokumen tersebut secara tidak langsung mendedahkan bahawa Perisik Singapura membuat kesimpulan bahawa Anwar sebenarnya melakukan perbuatan liwat yang dinafikannya.

Memang la, tanya la sapa pun even Lee Kuan Yew sendiri yang namanya secara langsung dibabitkan dalam dokumen tersebut, kebenarannya pendedahan tersebut masih jauh dan samar samar. Baiknya kita berfikir secara positif, sekiranya dokumen ini merupakan satu bukti kukuh dan benar, maka ambil saja dokumen tersebut dan bawakan saja ke mahkamah agar kedua-dua pihak baik Anwar Ibrahim yang melakukan liwat serta pihak yang merancang perangkap ini diberikan tindakan yang adil! Kebenaran tidak harus disembunyikan.

Masaalahnya yang cuba dilupakan oleh Umno APCO ini ialah, dari mana dari mana Wikileaks memperolehi dokumen tersebut dan kesahihannya? Ia bagai satu teknik yang kerap dipakai perisik luar iaitu pintasan memintas perbualan telefon, atau dengan kata lainnya mencuri dengar perbualan telefon dari satu ke satu pihak yang lain.

Jadi perbualan siapa yang dicuri dengar sehingga mereka mengatakan isu liwat ini satu perangkap? Adakah mereka mencuri dengar perbualan telefon 'si pembuat perangkap'? Maka pembuat perangkap mendedahkan bahawa perangkap telah dipasang lalu didengari oleh perisik negara tertentu lantas mengesahkan Anwar melakukan liwat? Bolehkah ia dijadikan bukti Anwar melakukan liwat?

Lagi satu jangan kita lupakan, pendedahan ini sekaligus merupakan hanya cakap cakap kedai kopi atau gossip politik antara seorang pada seorang lagi yang dikira agak berpengaruh dalam politik kepartian negara negara tertentu. Apakah kita dengan begitu mudah mengguna pakai cakap cakap kedai kopi bagi menghukum insan lain dengan hukuman bagi kesalahan yang begitu serius?

Nampaknya bukan saja Anwar yang diperangkap malah seluruh rakyat Malaysia telah berjaya diperangkap oleh Wikileaks ini.

Lagi satu, kenapa si pembuat perangkap tu bengap sangat. Kalau dah berjaya menjebakkan Anwar melakukan liwat, mengapa sibodoh tu tidak berusaha mencipta bukti? Bukankah kalau sudah berjaya perangkap itu, ambillah gambarnya! Ambillah videonya supaya senang perbicaraan di mahkamah!

Tak la susah susah perlukan sampel DNA, tak perlu bukti-bukti alibi, dan bermacam lagi perkara mengarut!

Terpulang pada rakyat Malaysia, samaada mahu mempercayai maklumat wikileaks ini atau tidak. Apakah perlu Anwar dipersalahkan dan dihukum dengan hanya laporan dari Wikileaks yang berasaskan cakap cakap kedai kopi saja. Lagipun maklumat ini hanya mendedahkan bahawa Anwar diperangkap, tidak lebih dari itu!

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List