'Siapa Yang Waras Akan Sengaja Masuk Perangkap?'

on Dec 13, 2010



sankara nair bukit aman teresea kok isa arrest pc 170908 02"Siapakah yang berfikiran waras, akan dengan sengaja memasuki perangkap jika dia sudah tahu mengenainya?

Soalan itu diajukan oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan dalamWikileaks yang tuduhan liwat terhadapnya adalah satu perangkap.

Pihak berkuasa Singapura dipetik sebagai mendakwa Anwar mungkin mengetahuinya "tapi tetap masuk ke dalamnya (perangkap)".

"Ini sama sekali tidak logik dan benar-benar tak masuk akal," kata 
Sankaran Nair dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga mendakwa akhbar New Straits Times danUtusan Malaysia mengamalkan 'kewartawanan yang tidak bertanggungjawab' dalam melaporkan pendedahan tersebut.
Sankara Nair berkata, media tempatan telah memilih untuk bergantung kepada laporan untuk menerbitkan perkara yang tidak terbukti dan hanya berdasarkan kepada desas-desus dan telahan.

"Sampai saat ini, semakan kami dengan rakan sejawatan serta pelbagai sumber menunjukkan tiada rujukan seperti itu dibuat oleh Wikileaks berdasarkan tuduhan khusus seperti yang dilaporkan dalam Herald Sun (Sydney Morning Herald)," katanya.

Sankaran mendakwa akhbar berkenaan sengaja mengherotkan laporan tentang Anwar dan memfokus terhadapnya sahaja dan meninggalkan semua tuduhan serius terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan yang lain-lain.

Jelas, kata Sankara, kedua-dua khabar tersebut mempunyai "motif jahat dan telah mengamalkan kewartawanan yang tidak bertanggungjawab".

'Subjudis untuk dilaporkan'

Sankara juga menyifatkan laporan mengenai dakwaan tersebut sebagai "jelas subjudis" dan ia mungkin merupakan satu penghinaan mahkamah, kerana perbicaraan sedang berlangsung.

Katanya, penerbitan kenyataan yang berkaitan dengan dakwaan kesalahan itu adalah dilarang.

Katanya, tindakan itu menceroboh integriti perbicaraan dan hakim berkewajiban untuk melindungi kesucian perbicaraan, terutama daripada mereka yang bukan dalam sistem kehakiman jenayah, dan dalam hal ini, pihak media.

Menurutnya, laporan media telah mensasarkan tepat pada perbicaraan dan "kami amat memandang berat terhadapnya".

Sambil menegaskan bahawa hakim juga manusia, Sankaran berkata, fokus media itu boleh mempengaruhi persepsi umum terhadap Anwar.

Malaysiakini

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List