PRU-13 :Ramalan Tun Daim Zainuddin

on Mar 3, 2012



Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan ada membuat beberapa ramalan melalui wawancara khas dengan akhbar China Press.

Ramalan beliau akan wujud keadaan “Parlimen Tergantung” atau dikenali sebagai “Parlimen Seimbang”. Ia wujud dalam negara demokrasi yang mengamalkan sistem dua parti di mana keputusan sesuatu pilihan raya memperlihatkan tidak ada mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak. Antara beberapa ramalan lain beliau ialah;

Orang ramai sudah bosan dengan pertelingkahan politik yang tidak putus-putus antara Barisan Nasional-BN dan Pakatan Rakyat-PR, dan ini mungkin menyebabkan mereka tidak akan turun mengundi dalam PRU yang akan datang dan keadaan tersebut mewujudkan ‘Parlimen Tergantung’ atau Hung Parliament.


Pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas.


Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor. Dapatkan anda bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat? (Soal Daim)


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin menunggu sehingga tahun hadapan sebelum mengadakan PRU ke-13.


Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama.


PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah.


BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak.


Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN.


BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor.


Sukar untuk meramalkan berapakah jumlah kerusi yang BN akan menang atau tewas. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda.

Sebelum ini Daim Zainuddin juga pernah secara terbuka membuat ramalan dalam PRU-12 yang BN akan kehilangan beberapa negeri @ menerima kekalahan terburuk dalam sejarah. Adakah ramalannya kali ini menepati seperti 2008!!



Photobucket

Surat Israel: Perangkap bagi Anwar atau Mahathir...?

on

mahathir ebook launching 091211 04


Tiga pucuk surat mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga perdana menteri Israel pada 1993, 1997 dan 1999 yang didedahkan oleh akhbar tempatan benar-benar menginsafkan.  Ia menonjolkan keprihatinan Dr Mahathir terhadap nasib buruk rakyat Palestin.

Sekaligus ia juga melaungkan sikap Dr Mahathir mahu sengketa sesama jiran diselesaikan melalui rundingan. Di segi perhubungan antarabangsa, ia membuktikan betapa konsisten dasar Malaysia bila berhadapan dengan konflik di antara negara serantau.

Bagaimanapun agak malang, keluhuran dasarnya ini kini tercemar oleh keghairahan pihak berkuasa dan peneraju media Malaysia hari ini untuk menjadikan dasar dan sikap negarawan ini sebagai modal untuk kepentingan politik semasa Malaysia.

Sama ada sengaja atau tidak, dalam usaha mengaut dividen politik, soal dasar yang mulia ini telah dipesongkan. Gejolak untuk memomokkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, oleh pemimpin kerajaan hari ini, termasuk Menteri Luar yang mengizinkan surat-surat Mahathir disiarkan pada umum, meninggalkan natijah yang menonjolkan kedangkalan dan niat buruk mereka sendiri.

Perhatikan kandungan surat Dr Mahathir pada Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada 8 Jun 1999. Antara perkara utama Dr Mahathir mengisyaratkan:

1.    Beliau (Dr Mahathir) sebagai perdana menteri Malaysia mengiktiraf sistem pilihan raya umum Israel. Sebab itu beliau mengucapkan tahniah kepada Ehud Barak yang baru memenangi pilihan raya negara itu.

2.    Jika Dr Mahathir menganggap kemenangan itu sah, ini bererti Barak berdiri sebagai perdana menteri Israel dengan cara sah sekaligus mengakui kesahihan kewujudan Negara Israel. Ini ditokok dengan hakikat bahawa Israel adalah anggota Pertubuhan Negara-negara Bersatu (United Nations).

3.    Dr Mahathir juga sebelum itu mengalu-alukan Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama Di antara Israel dan PLO seperti dalam surat 21 Disember 1993 kepada Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin. Malah Dr Mahathir menegaskan penglibatan Malaysia menjadi Negara Penderma dan diwakili dalam Persidangan Damai di Washington.

4.    Dr Mahathir mengingatkan Ehud Barak bahawa untuk menjamin perdamaian benar-benar berlaku di rantau itu, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen. Anak kuncinya, menurut Dr Mahathir, ialah bertolak ansur.  Katanya, rakyat Palestin tidak lagi menuntut penghapusan Israel. “Mereka malah bersedia berkongsi Baitulmaqdis,” kata beliau.

5.    Sebab itu, Dr Mahathir menegaskan pendirian “Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak , sama ada rakan atau musuh”.

6.    Sebagai kemuncak meraikan iltizam tulen untuk mencari damai di bumi Palestin dan Israel, Dr Mahathir “mengula-gulakan” bahawa “penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel”.

Demikian hatibudi dan sikap kenegarawanan Mahathir.

NONE

Kini bandingkan sikap Anwar Ibrahim apabila memberitahu Wall Street Journal bahawa “keselamatan Israel perlu dijamin sementara hak sah rakyat Palestin perlu dipertahankan”. Apa bezanya sikap Anwar dengan bekas sifunya, Dr Mahathir sendiri?

Kedua-duanya tahu bahawa menggertak Israel bererti mencabar Amerika Syarikat. Malah ada sosek politik  antarabangsa bahawa Dr Mahathirlah yang menasihati Almarhum Yasser Arafat supaya menerima penyelesaian menurut dasar “Dua Negara” dengan Israel.

Ini mungkin ada kebenarannya jika surat Dr Mahathir kepada Benjamin Netnyahu pada 14 Mac 1997 dijadikan sandaran.

Tambahan pula perkembangan mutakhir selepas Gelombang Kebangkitan Arab” atau “Arab Spring” menunjukkan kebijaksanaan ahli-ahli politik yang mendapat inspirasi daripada pergerakan Ikhwanul Muslimin yang mengambil alih kuasa di Mesir, Tunisia dan Libya mula “bercakap” dengan Israel.

Bukankah ini selari dengan pemikiran Dr Mahathir yang mahu pemimpin-pemimpin Palestin memberi peluang pada diri mereka sendiri membina Negara Palestin tanpa “gangguan” Israel dengan mengadakan “engagement” dengan Yahudi?

Namun kalangan yang berfikir tahu hasrat dan mengapa media arus perdana serta politikus kurang daya  berfikir di Malaysia membesar-besarkan isu yang tercetus daripada wawancara Anwar dengan Wall Street Journal.

Pertama, mereka mahu mengkiaskan Anwar memang berbaik dengan Yahudi dan mahu menggunakan hubungan intim ini untuk melonjakkan peluang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Malangnya kini, surat-surat Mahathir kepada tiga perdana menteri Israel sebenarnya mengesahkan pemikiran Anwar tidak jauh daripada dasar Dr Mahathir.

Kedua, politikus muflis dan pengarang dangkal ini mahu mengadu-domba Anwar (PKR) dengan sekutunya, PAS. Malangnya, ini sebenarnya memberi kesempatan pada Anwar untuk memperjelaskan di antara doktrin PAS dalam hubungan Yahudi dengan dasar Pakatan Rakyat dalam menentukan dasar luarnya apabila memerintah Malaysia. Ini ada beza dan PAS faham perbezaan ini.

Namun yang menggelisahkan ialah, strategi dan langkah dangkal editor pengamal media arus perdana membayangkan ada kemungkinan ketiga – dengan menguar-uarkan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merestui pendedahan surat Dr Mahathir ini, ia seolah-olah mendedahkan strategi Najib mahu melondehkan siapakah Dr Mahathir sebenarnya.

NONE

Mungkinkah Najib ingin menyimpulkan bahawa Dr Mahathir sendiri mengiktiraf Israel? Adakah Najib juga mahu memutuskan rantai kebergantungannya pada “petunjuk” Mahathir dalam politik. Adalah jelas bahawa mutakhir ini Mahathir memang mendapat banyak publisiti.

Tidak mungkinkah Najib agak rimas dengan kemunculan semula Mahathir dalam gelanggang politik negara? Adakah Najib hendak menyamakan “nafsu Mahathir untuk terus memerintah Malaysia” dengan keghairahan Anwar mahu menjadi Perdana Menteri? Adakah mesej yang hendak dilontarkan Najib bahawasanya kedua-dua (Mahathir dan Anwar menyokong dan mengiktiraf Israel?)

Apapun pendedahan surat-surat Mahathir kini meringankan beban Anwar untuk memperjelaskan pendiriannya dalam hubungan beliau dengan Yahudi. Terima kasih pada Anifah Aman, editor media arus perdana dan politikus bankrap dalam kerajaan serta bekas rakan-rakan Anwar.

Inisiatif ini nampaknya sudah menjadi senjata makan tuan.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Zainal Salleh adalah bekas penjawat awam dan aktif dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian. Beliau sekarang menjadi seorang penulis bebas.


sumber



Photobucket

Ku Li Minta Selesaikan Royalti Sebelum PRU Ku Li minta selesaikan royalti sebelum PRU

on






Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1969 mengingatkan Kerajaan Persekutuan Umno & Barisan Nasional bahawa tuntutan royalti bukan tuntutan Pas, tetapi kebetulan saja Pas mendapat mandat dan menubuhkan kerajaan di negeri Kelantan tetapi ramai juga orang yang menyokong Umno di sana," kata beliau dalam temu bual dengan Astro Awani, yang dirakamkan kira-kira seminggu lalu dan disiarkan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan lawatan kerja satu hari ke Kelantan semalam, dan antara lain meminta rakyatnya memberi mandat kepada kerajaan BN untuk memerintah negeri ini pada PRU13 bagi membolehkan perikatan itu menyelesaikan masalah dihadapi rakyat selama di bawah pemerintahan Pas.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN mampu menyelesaikan masalah rakyat termasuk masalah bekalan air, ladang rakyat, kemudahan asas dan perumahan rakyat.
Najib berkata, kerajaan BN akan mengubah landskap Kelantan dengan  pelbagai pembangunan yang menjadikan Kelantan membangun dan maju.

Kerajaan negeri Kelantan memulakan tindakan perundangan dengan memfailkan saman terhadap Petronas mendakwa syarikat petroleum nasional itu tidak membayar royalti  dianggarkan RM800 setahun sejak 2005 terhadap hasil minyak diperoleh dari luar pesisir pantai Kelantan.

Menurut kerajaan negeri Kelantan, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga mendakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Tengku Razaleigh berkata, BN perlu menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak memandangkan ia sudah sebati dengan rakyat negeri pantai timur itu.

"Itu satu hal kerana begitu..begitu terlekat di hati orang Kelantan.
"Jadi kalau kita tak layan macam mana kita nak cari dia nak sokong kita, jadi ini satu faktor yang besar, kita tak boleh nak ketepikan kepentingan dia dan tiba-tiba kita nak dia sokong kita," kata bekas Menteri Kewangan ini dan juga Pengerusi Petronas semasa perjanjian royalti petroleum ditandatangani dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada 1975.

Dalam pada itu, Tengku Razaleigh berpendapat pemimpin Umno perlu mendekati rakyat Kelantan sepanjang masa kalau mahu diterima.

"Jadi kalaulah dekat pilihan raya baru kita nak tunjuk muka saya rasa kita tak laku, apatah lagi ada orang yang berceramah malam siang, selalu dengan mereka, kita hanya datang bermusim susah kita nak mengatasi pengaruh yang ditanam mereka mendekati rakyat umpamanya," kata Ku Li lagi.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List