Kenapa Anwar Tak Tawar Diri Bertanding Di Pekan....Ada Berani...?

on Nov 7, 2012






Kalau dari segi ketahanan mental dan perasaan, apa yang ada pada diri batang tubuh bakal Perdana Menteri Malaysia ke 7 ,  tidak aku nafikan, bagaimana beliau mampu dapat menahan dari segala macam fitnah yang tak perlu aku paparkan semula, sabar menempuhi kehidupan dalam penjara di Sungai Buluh,, semuanya itu belum tentu ada pada semua pemimpin lain.
Namun dari segi keberanian lain Anwar sebenarnya penakut...  


Anwar hanya berani mencabar Najib untuk bertanding di Marang, namun apakah ia berani menawarkan diri bertanding di Pekan sama seperti TG Haji Hadi Presiden PAS.. 

Anwar mula menceburi politik tahun 1982, waktu itu aku baru sahaja habis dari rekrut TLDM, memenangi kerusi Permatang Pauh mengalahkan calon PAS Allahyarham Zabidi Ali. 

Sepatutnya Anwar ditawarkan bertanding dalam parti PAS, tetapi kononnya ia nak mengislamkan UMNO waktu itu,, jadi masuklah UMNO,, namun apa yang ia dapat,, apa yang aku nampak dia hanya dapatnya  perangai UMNO yang masih belum boleh dibuang,, sama-sama penakut macam Najib juga... begitu juga dengan kroni dan banyak lagi samanya seperti UMNO.

Tak perlu aku nak korek kisah lama 1982 tu banyak-banyak, ,, OK Kita ambik kisah tahun 2008 selepas Anwar dibebaskan dari penjara dah boleh bertanding semula,,, ada dua kerusi PKR yang aku dengar Anwar nak bertanding iaitu Bandar Tun Razak dan Kulim Bandar Baru,,, apakah Anwar tak berani di dua kerusi tersebut dan Anwar hanya berani di kerusi Permatang Pauh., wallahhuaklam..

Jadi tak payahlah nak cabar Najib,, renungi diri sendiri dahulu,, lebih kurang juga,,, janganla terlebih sangat sembang politik,,, 

Tahniah kepada Naib Presiden PAS, YB Salehudin Ayub, yang betui-betui anak jantan,, berani balik ke negeri sendiri walaupun nak harap kemenangan masih belum tentu lagi, kerana Johor masih lagi lubuk UMNO,, 

Kesimpulannya, buat pemimpin-pemimpin kanan parti PAS atau pun juga pemimpin melayu PKR  janganlah duk nak cari kerusi yang boleh beri kemenangan sahaja,,, belum bertanding belum tentu anda akan merasa kemenangan, anda hanya boleh merancang,, pengundi akan menilai nak undi siapa namun keputusan nya Allah sahaja menentukannya,

Buktikan dahulu keiklasan anda nak jadi pemimpin, Insyaallah, kemenangan akan berada di pihak anda...yakinlah..,  , 

sumber

Photobucket

Obama Kekal Presiden Amerika

on






New York - Presiden Barack Obama berjaya mempertahankan jawatannya buat penggal kedua dengan memperoleh 281 undi pemilih - lebih 11 undi minimum yang diperlukan.

Obama yang dilihat ketinggalan di awal proses pengiraan undi, yang bermula sekitar jam 7 pagi tadi waktu Malaysia, melepasi garisan minimum 270 undi yang diperlukan kira-kira 12.20 tengah hari. Kedudukan itu meningkat kepada 281 kira-kira 20 minit kemudian dan dijangka mencecah paras 300 kerana ada negeri yang belum diketuai keputusan rasmi.

Pemilihan ini dilihat sebagai paling sengit dalam sejarah AS walaupun Obama menang dengan selesa empat tahun lalu dan muncul sebagai pemimpin kulit hitam pertama memenangi jawatan presiden pada 2008. Selain isu panas dan tiga debat nasional yang sengit, kedua-dua calon - Obama dan Mitt Romney, juga dilaporkan membelanjakan hampir RM6 bilion kali ini.

Di peringkat awal pengiraan undi, Romney yang mula dengan 'bergaya' dan mendahului Obama beberapa kali sepanjang lima jam yang lalu, memperoleh 203 undi pemilih.

UNDI PEMILIH:
Barack Obama: 281
Mitt Romney: 203

UNDI POPULAR: (Undi membabitkan 47 daripada 51 negeri/wilayah)
Barack Obama: 46,088,635 (49.2%)
Mitt Romney: 46,299,165 (49.4%)
Lain: 1,367,862 (1.5)

Laporan CNN menyebut Obama memenangi pemilihan kali ini, yang menyaksikan AS jelas berpecah dua, dengan gelombang sokongan kumpulan minoriti, wanita dan golongan moderat untuk kekal di White House buat penggal kedua.

Malah laporan CNN juga menyebut Obama mengatasi Romney dengan menyapu kejayaan di Ohio. Kejayaan di negeri itu memberikannya undi pemilih 271 berbanding 201 bagi Romney.

Sebaik sahaja Obama memperoleh sejumlah undi pemilih itu, penyokong presiden 'tenggelam' dalam arus kegembiraan di ibu pejabat parti Demokrat di Chicago, negeri kelahiran pemimpin itu.

Obama juga menang di Pennsylvania, Wisconsin dan Iowa - yang memberi tekanan ke atas Romney.

Bagaimanapun dari segi undi popular, Romney masih di depan. Beliau menguasai 49.4 peratus berbanding Obama 49.2 peratus.

Obama mengumpulkan 46,088,635 undi manakala Romney 46,299,165 undi. Calon bebas memperoleh 1,367,862 undi.

Keputusan empat negeri masih belum habis dikira. Ini termasuklah Florida yang menyediakan 29 undi pemilih.





Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List