Krisis air boleh tumbangkan kerajaan PR Selangor

on Jul 23, 2012

perhatikan muka muka dalam gambar ini. Gambar ini boleh menjawab
 seribu persoalan

Gambaran yang diberikan oleh media propemerintah kebelakangan ini memberi tanda-tanda potensi berlaku krisis air di Lembah Kelang.

Pertengkaran terbuka melibatkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Syabas, dengan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat liputan media setiap hari.

Isu ini kelihatan telah mencetuskan kekeliruan disebabkan sisi politiknyayang jelas dan penglibatan banyak pihak yang berkepentingan.  

Satu gambaran yang paling jelas diberikan oleh Syabas yang dilihat masih dikuasai Barisan Nasional ialah kemungkinan berlaku kekurangan air di Selangor dan juga Lembah Kelang yang mendapat bekalan air daripada Syabas, didakwa akibat sikap tidak bekerjasama menteri besar. 

Sekiranya krisis ini berlaku, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor boleh dijangka akan menanggung kos politik yang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, yang negeri Selangor menjadi medan persaingan utama antara BN dengan PR.

Walaupun penyokong PR mungkin boleh melihat kemungkinan permainan politik pihak Umno dan sekutu, satu jumlah besar rakyat dan pengundi mungkin tidak akan melihat dari sudut yang sama, dan mempersalahkan kerajaan pimpinan Abdul Khalid.

Pemerintah negeri Selangor dipersalahkan - sama ada betul atau tidak kerajaan PR boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya - boleh dijangka berlaku ekoran permainan media pemerintah dan kaitan lebih mudah kerajaan negeri dengan krisis di negeri terbabit.

Sekiranya krisis berlaku tidak lama atau sekitar masa pilihan raya, kempen negatif terhadap kerajaan negeri akan dapat dijalankan dengan lebih mudah, dengan manfaat segera, termasuk dalam bentuk undi kepada Umno dan BN, lawan kepada PR.

Satu kes yang hampir sama dari segi kesan politiknya pernah berlaku di California, Amerika Syarikat pada awal dekad lalu, bermula tahun 2000, apabila krisis elektrik di negeri berpenduduk terbesar di negara itu tercetus.

Walaupun perinciannya jauh lebih kompleks, kerajaan negeri Demokrat pimpinan Gabenor Gray Davis akhirnya menanggung kos politik kesan langsung daripada krisis itu, yang akhirnya menjatuhkan beliau dan menaikkan gabenor baharu yang popular, Arnold Schwarzenegger.

Syarikat yang bertanggungjawab dalam kes tenaga elektrik di California, Enron, lebih mudah dikaitkan dengan kerajaan persekutuan Republikan di bawah Presiden George W Bush disebabkan individu-individu yang mempunyai hubungan rapat dengan syarikat itu.

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri lebih mudah dipersalahkan dan pengundi yang dilakukan selepas itu membuktikan kesan politik utama akhirnya ditanggung oleh pihak Parti Demokratik.

Berdasarkan kempen negatif terhadap kerajaan PR Selangor sejak merampas negeri ini pada Mac 2008, sentimen negatif terhadap kerajaan PR sehingga menjejaskan undi mempunyai potensi untuk berlaku, tambahan pula isu-isu lain yang digunakan untuk menarik pengundi pertengahan terus dijalankan oleh pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

siasahdaily

Photobucket

Akhir nya Lajim Sertai PKR...?

on

http://selvarajasomiah.files.wordpress.com/2012/07/lajim-ukin-bisaya.jpg?w=480&h=586

Finally Deputy Federal Minister and United Malays National Organisation Supreme council member cum Beaufort divisional chief Lajim Hj Ukim is saying bye bye to UMNO/Barisan national. In not so many words but in front of a crowd of about 500 people at Kampung Bukit Kallam on July 18 Lajim has openly stated that he intends to join the opposition Pakatan Rakyat headed by Anwar Ibrahim.
“I will sacrifice my RM20,000 monthly pay and perks as a minister for my struggle to uphold Sabah’s rights and fight corruption and cronyism,” he said. He also said that he is expected to be sacked from UMNO and that he did not expect to be re-nominated by BN-Umno to defend his seat in this coming 13th General Election which must be held before April 2013.
Lajim was speaking in the house of former Kuala Penyu independent candidate John Ghani the former strongman from USNO, now PKR.
So, its no more rumour, this is final. Lajim wants out from UMNO and is hoping to be sacked so that he could get some sympathy votes and earn brownie points from his supporters.
By obtaining a sack, Sabah’s famous party hopper the Deputy Federal Minister of Housing and Local Government, is hoping to project himself as the sole champion of Sabahans who is oppressed by Putrajaya, as someone who is able to push and prod the Barisan National government at the Centre into working for the greater common good and struggle to uphold Sabah’s rights.
Lajim will do anything to enhance his political image, even if this means humiliating his senior colleagues in the party including Chief Minister Musa Aman, who heads UMNO and the BN in Sabah. Remember in 1987 he did the same, in-front of the press and dignitaries, in the Istana, he humiliated his boss Party President Pairin Kitingan during the swearing in ceremony because he was not appointed as Deputy Chief Minister. Instead Pairin appointed Baharum Titingan who lost his state seat as Deputy Chief Minister. Lajim was so frustrated then, he couldn’t control his emotions and was screaming profanity and vulgarity and used words like “menteri kalah menteri tewas”.


http://malaysia-today.net
Photobucket

Bukti Untuk Zahid Hamidi

on










Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menolak dakwaan kononnya Umno mempunyai hubungan dengan pihak komunis.

Beliau berkata Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.

Apa buktinya? Dalam sejarah parti Umno, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut,” katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT).




Photobucket

UMNO ambil Wangsa Maju dari MCA?

on



Benarkah kerusi Parlimen Wangsa Maju akan dikembalikan kepada UMNO dalam pilihan raya umum yang akan datang ini? Jika perkhabaran itu benar, maka bersiullah Ketua UMNO Bahagiannya, Dato’ Dr. Mohd. Shafei Abdullah (gambar bertali leher dalam program dengan pelajar di kawasan berkenaan) kerana beliau dikatakan satu-satunya calon UMNO/BN yang winnable untuk dipertaruhkan menentang calon Pakatan Rakyat sekaligus untuk merampas semula kerusi yang telah dimenangi oleh PKR di situ.

Walaupun blogger Shahbudin Husin di dalam blognya menulis bahawa Shafei bukanlah calon yang winnable di Wangsa Maju, namun rata-rata pemimpin-pemimpin UMNO di Wangsa Maju mahukan beliau ditampilkan sebagai calon jika pucuk pimpinan merestui Wangsa Maju kali ini wajar dikembalikan kepada UMNO. Baca Penulisan Shahbudin di SINI

Jika sahabat saya Shahbudin Husin merasakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Haji Jaafar Arifin, Naibnya Hamdan Yusof dan Setiausaha Bahagian Samsudin Husin adalah calon-calon yang lebih winnable dari Shafei, maka itu hanyalah andaian blogger berkenaan sahaja, sedangkan ketiga-tiga tokoh yang disebutkan itu juga merupakan penyokong setia Dato’ Shafei Abdullah. Mereka juga sebenarnya taksub mahukan Ketua Bahagian mereka dinobatkan sebagai Wakil Rakyat bagi kawasan Parlimen Wangsa Maju jika BN menang di situ. Oleh itu perucubaan untuk melagakan mereka ini dengan Dato’ Shafei mungkin hanya menjaring angin sahaja.
Parlimen Wangsa Maju sebelum ini pernah diwakili oleh UMNO bermula dengan Tan Sri Dr Kamal Salih pada pilihan raya 1995, diikuti dengan Dato’ Sri Zulhasnan Rafique pada piihan raya 1999; namun pada pilihan raya 2004 kawasan ini telah bertukar wajah bukan lagi milik UMNO, sebaliknya BN telah diwakili oleh calon MCA iaitu Yew Teong Look (YTL). Namun begitu YTL tidak mampu mempertahankan kerusi ini apabila beliau kecundang di tangan Wee Chee Keong dari PKR dalam PRU 2008.

Dominasi kerusi Wangsa Maju di tangan BN selama ini mula berkecai dengan kekalahan tipis YTL itu. MCA bukan sahaja kalah di Wangsa Maju bahkan semua calonnya di Wilayah Persekutuan turut ditolak oleh pengundi Cina yang menjadi majoriti di kawasan Parlimen yang ditandinginya. UMNO yang bertanding di lima kawasan Parlimen hanya menang di tiga kawasan iaitu di Putrajaya, Labuan dan Setiawangsa. Manakala Parlimen Lembah Pantai dan Titiwangsa yang diwakili calon UMNO turut dibenamkan bersama-sama dengan calon-calon komponen BN yang lainnya di Bukit Bintang, Seputih, Bandar Tun Razak, Cheras, Kepong, Segambut dan juga Batu.

Jika benar perkhabaran terkini bahawa Wangsa Maju akan dikembalikan kepada UMNO, maka sewajarnya UMNO di Wangsa Maju tidak lagi terjebak dengan ‘politik sengketa’. Saya lebih yakin dengan era kepimpinan Dato’ Shafei Abdullah yang mengetuai UMNO dan juga BN di Wangsa Maju, kerana beliau dilihat lebih komited dan terbukti berjaya dengan agenda rakyatnya. Kelibat turun padang (TURPA) dan program walkabout bersua dengan rakyat marhaen tanpa mengira kaum, bersarapan pagi bersama rakyat yang kerap beliau lakukan sekarang ini merupakan tindakan terpuji seorang pemimpin yang mendambakan dirinya bersama rakyat.

Pada saya, Shafei yang juga Setiausaha Politik kepada Dato’ Sri Najib Tun Razak berada di dalam momentum yang terbaik kerana beliau mampu menyatu padukan semua faksi UMNO yang dipimpinnya. Kehebatannya memperkasakan UMNO juga hendaklah diterapkan di dalam parti-parti komponen BN yang lainnya, terutama MCA kerana terdengar juga desas desus kononnya hubungan beliau dengan kepimpinan MCA agak berbahang, apatah lagi kerusi Wangsa Maju kali ini akan dikembalikan kepada UMNO.

Beberapa program anjuran BN dikatakan tidak dipedulikan oleh MCA, sebaliknya Yew Teong Look dilihat semakin ligat bagaikan putaran gasing mempromosi dirinya tanpa disertai oleh Dato’ Shafei sebagai Pengerusi BN Wangsa Maju. Yew Teong Look semakin kemaruk untuk menjadi calon BN kerana beliau juga yakin bahawa pucuk pimpinan partinya telah memberi signal bahawa MCA akan kekal bertanding di Wangsa Maju.

Jika benar UMNO akan bertanding di Wangsa Maju, Dato’ Shafei sebagai Pengerusi BN hendaklah segera mengambil pendekatan lebih mesra dengan MCA. Jika boleh setiap program BN hendaklah disertai oleh Yew Teong Look sebagai bukti bahawa masalah bermasam muka antara UMNO dan MCA tidak berbangkit lagi. MCA pula kena bekerja keras untuk memenangi hati pengundi-pengundi Cina yang kini lebih terpaut dengan Pakatan Rakyat.

UMNO pula janganlah terlalu ‘complesant’ kerana pengundi Melayu yang melebihi 54 peratus di Wangsa Maju bukanlah semuanya menjadi ahli UMNO. Melayu yang pro PAS dan Melayu yang pro PKR juga merupakan ancaman kepada solidariti Melayu untuk memenangkan UMNO di Wangsa Maju. Rasanya majoriti pengundi Cina akan lebih berpihak kepada calon PKR yang mempertaruhkan Dato’ Dr. Tan Kwee Kwong. Kecenderungan pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat masih belum dapat dipatahkan, malah sindrom inilah yang menghantui BN di kebanyakan kerusi yang ramai pengundi Cina.

MCA TANDING DI SETIAWANGSA?

Dalam satu perkembangan lain di Setiawangsa, rata-rata pemimpin UMNO di Bahagian itu tidak bersetuju jika kerusi Setiawangsa menjadi galang ganti untuk MCA bertanding di kawasan ini. Kenapa harus Setiawangsa dikambing hitamkan demi hendak mengembalikan semula UMNO di Wangsa Maju? Pada mereka, kekuatan undi Melayu yang melebihi 60 peratus di Setiawangsa bukannya untuk memberi keselesaan kepada MCA, malah mereka menganggap ini adalah satu penghinaan kepada UMNO.

Jika benar ini yang akan terjadi di Setiawangsa, kemungkinan besar akan berlaku gelombang kemarahan pengundi-pengundi Melayu yang menjadi faktor untuk mereka beralih arah. Desas desus begitu kuat bahawa PKR akan meletakkan calon Melayu bekas Pegawai Tinggi Angkatan Tentera bertanding di Parlimen Setiawangsa. Jika BN mengharapkan undi Tentera tetap solid di Setiawangsa, rasanya mungkin kali ini menjadi terbalik. Kebarangkalian Setiawangsa akan bertukar ganti menjadi kerusi PKR bakal tercipta, jika MCA diajak untuk mewakili BN.

Sikap acuh tak acuh pihak MCA di dalam gerak kerja memantapkan jentera pilihan raya di Setiawangsa sama seperti yang berlaku di Wangsa Maju. MCA masih belum mampu menunjukkan taringnya untuk memikat hati pengundi-pengundi Cina di kawasan ini. Kalau pun pucuk pimpinan tidak mahukan lagi Dato’ Sri Zulhasnan Rafique menjadi calon BN kali ini, tetapi bukanlah penggantinya MCA. Setiawangsa tidak selamat untuk MCA. Percubaan bahaya ini hanya bakal merebahkan BN di tempat yang menjadi kubu kuat UMNO selama ini. Mungkin juga penghinaan terhadap UMNO ini menjadikan orang UMNO tidak percaya lagi kepada UMNO/BN.

Apa juga sepak terajang yang sedang diolah ini, hendaknya janganlah sampai yang dikejar tidak dapat, yang dikendung pula keciciran.



 
Photobucket

Apa...Najib Kena Ugut...?

on





Di hari jadinya yang ke 59 tahun hari ini, khabar buruk makin dirasakan pentadbiran Najib Altantuya.

Mana tidaknya, rupanya ada kisah di sebalik perjanjian pembekalan bahan api oleh syarikat anak Mahathir, Petron kepada MAS selama enam bulan khas untuk pesawat Airbus A380 yang sedang terbang dari Kuala Lumpur ke London!

Apakah Najib Altantuya diugut akan didedahkan rahsianya bersama puluhan skandal curang oleh Mahathir yang sanggup ambil kesempatan atas kelemahan Najib Altantuya?

Jujurnya, Najib Altantuya tidak akan pernah berani menegur amalan tender terus pembekalan minyak Petron kepada syarikat penerbangan MAS, kerana wujud pengaruh kuat bekas bosnya, Mahathir Mohamad, kata Azan Ismail.

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, Najib Altantuya juga menikus berhadapan Mahathir, sedangkan prosedur membekalkan bahan api itu bercanggah dengan langkah transformasi ekonomi yang diuar-uarkannya.

“Najib Altantuya tak ada kuasa. Tak ada kekuatan. Tak berani buat keputusan. Ini langsung tak membayangkan kredibilti sebagai seorang Perdana Menteri.

“Dia takut kalau bersuara berlebihan, akan dilihat sebagai menentang Dr Mahathir. Bila dalam keadaan takut, apa keputusan pun takkan dapat menyebelahi rakyat,” katanya dihubungi.

Pada 29 Jun lalu, Petron dan MAS menandatangani perjanjian khas bagi membekalkan bahan api selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu.

Petron merupakan anak syarikat San Miguel Corporation, perusahaan berasaskan arak terbesar di Filipina yang sahamnya turut dimiliki oleh Mirzan Mahathir.

Mirzan membeli saham dalam syarikat arak terbesar di Asia Tenggara itu yang berpangkalan di Manila, Filipina pada harga RM2.9 bilion manakala saham Exxon-Mobil dibeli pada harga RM610 juta seperti yang didedahkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim awal tahun ini.

Azan berkata, sebagai pembekal utama bahan api negara, Petron bakal mengaut untung besar melalui jualan runcit minyak dan subsidi langsung kerajaan.

“Pertama, Petron untung dari jualan runcit minyak petrol. Kedua, subsidi dibayar langsung oleh kerajaan ke dalam akaun Petron.

“Sebagai contoh, kalau sebulan 80 juta liter terjual, berapa agaknya keuntungan Petron, kalau subsidi setiap liter antara 90 sen hingga RM1?

“Petron cuma salin kulit (menjenamakan semula) dari Exxon-Mobil sahaja. Tak banyak modal keluar. Berapa besar dia untung?

“Inilah kesannya. Konon nak elak orang seludup minyak, kerajaan bagi terus pada pembekal.

“Kaedah pemberian subsidi tak praktikal. Ada yang ambil kesempatan,” kata Azan merujuk pemberian langsung subsidi bahan api kepada Petron.


 

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List