Lajim.....Wilfred.....Ku Li...?

on Jul 30, 2012


Berikutan dengan keputusan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing membuat keputusan untuk keluar dari BN dan merapatkan diri dengan PR menulislah seorang pemimpin UMNO/BN dalam Blognya..

Tanpa disedarinya beliau juga telah menyindir Najib yang sedang gila mengejar populariti, contohnya lihat di ( SINI )

Walaupun BN Sabah merasa "sedih" dan "kesal' dengan berita ini tetapi secara jujur dan ikhlas, respons yang saya dapati dari kalangan ahli-ahli BN ketika ini lebih kepada menghembuskan nafas kelegaan.

Lega kerana satu episod lambaian "bye-bye" politik yang terlalu lama dan yang penuh dengan babak-babak dramatik dan retorik yang memenatkan telah berakhir.

Dalam Twitter saya berjenaka, "Sukan Olimpik baru bermula hari ini, tetapi sudah ada rakyat Malaysia menang pingat emas acara LOMPAT!"

Kenapa Lajim dan Bumburing meninggalkan BN? Banyak spekulasi yang dibuat mengenainya. Daripada kekecewaan tidak mendapat apa yang dihajati dalam BN kepada janji yang diumpan oleh pihak sebelah kepada tuduahan bahawa BN gagal mentadbir negara.

Apa pun sebabnya, itu adalah hak kedua-dua pemimpin tersebut. Malaysia adalah negara demokrasi dan sesiapa pun berhak untuk menggunakan landasan yang disukai dalam perjuangan politik mereka.

Sejak akhir-akhir ini, pembangkang mendakwa Lajim mempunyai pengaruh di Beaufort dan peletakan jawatannya dalam Umno akan memberi tamparan hebat kepada BN. Puluhan tahun menjadi wakil rakyat di jadikan alasan populariti tersebut.

Tetapi saya mempunyai pendapat berbeza. Pengaruh beliau di situ bukan semata-mata kerana populariti beliau sendiri tetapi kerana kekuatan Umno yang menjadi pilihan kepada rakyat di Beaufort.

Majoriti rakyat Beaufort terutamanya pengundi Islam mempunyai pandangan jauh. Mereka mengundi parti bukan indidvidu.

Sekadar seorang individu tidak akan dapat menjamin kepentingan mereka terjamin. .. seterusnya sila baca di ( SINI 

Belumpun sempat Najib nak keluarkan kenyataan.. muncul pula Ku Li menabur garam pada luka Najib dengan memberikan tekanan baru buat Najib..

Ku Li mahu BN selesai isu royalti sebelum PRU 

 Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan segera isu royalti minyak yang dituntut Kerajaan Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, isu itu perlu diselesaikan sebelum PRU13 untuk menarik sokongan rakyat Kelantan kepada BN.
Pas mengekalkan kerajaan negeri yang dirampas daripada BN pada 1990. Beberapa kajian terbaru, termasuk yang diumumkan minggu lalu menunjukkan negeri itu akan kekal di tangan Pas pada PRU13.

Dipetik laporan Astro Awani, Tengku Razaleigh mengulas perkembangan selepas laporan beberapa bulan lalu bahawa Umno Kelantan mahu mendapatkan pandangannya untuk persiapan menghadapi PRU13.

Razaleigh, yang pernah mengeluarkan pandangan yang sama tahun lalu, mengakui bahawa beliau ada didatangi oleh beberapa pemimpin Umno Kelantan yang meminta pandangan bagaimana untuk menguatkan semula Umno di Kelantan.

"Saya kata apa yang dilakukan oleh mereka sudah cukup kecuali hendak digerakkan di peringkat 'grass root' supaya mereka tak tunggu pemimpin datang baru nak bergerak. Tengok parti-parti lawan bergerak sepanjang masa.

"Jadinya, saya cadang kalau boleh diatasi atau diselesaikan dua perkara yang dihadapi oleh rakyat Kelantan, saya rasa masalah boleh selesai...

"Satunya mengenai tuntutan rakyat Kelantan terhadap royalti minyak yang sememangnya sudah pun ditentukan oleh Akta Kemajuan Petroleum yang dibuat pada tahun 1974 atas kehendak Tun Razak yang juga menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu," kata beliau lagi.

Ahli Parlimen Gua Musang ini menambah, satu lagi isu yang perlu ditangani ialah infrastruktur bagi kemudahan rakyat terutamanya jalan raya.

Tengku Razaleigh pada masa yang sama menepis kritikan kononnya beliau menyokong kerajaan Pas yang menuntut royalti petroleum.

"Saya cakap bukannya kerana saya memihak kepada pembangkang, tidak. Saya cuma hendak jelaskan apa yang terkandung dalam Akta Kemajuan Petroleum yang saya tolong gubalkan atas arahan arwah Tun Razak.

"Kalau itu boleh diterima oleh Umno pada ketika itu, masa Tun Razak jadi Presiden, saya jadi Naib Presiden, mengapa Umno sekarang ini tidak boleh pakai, tidak munasabah," katanya yang pernah menjadi Menteri Kewangan.

Pada Ogos 2010, Kerajaan Pas Kelantan mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang didakwa dikeluarkan dari perairan negeri itu.

Dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan tuntutan yang dibuat, sebaliknya terserah kepada mahkamah menentukannya.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin menyifatkan penganjur Konvoi Royalti, yang menjelajah negeri ini, sepatutnya menunggu mahkamah membuat keputusan mengenai kes tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan terhadap Petronas.

"Jika mereka mengambil langkah sebelum mahkamah membuat keputusan, ia dibimbangi tidak selari dengan keperluan undang-undang," katanya.

Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) menganjurkan Konvoi Royalti, yang diketuai Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ke Gua Musang selama dua hari bermula kelmarin.

Awang Adek, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wan Ehsan Kelantan berkata, pemberian wang itu dilaksanakan mengikut keperluan undang-undang dan dilakukan dengan telus membabitkan semua golongan seperti pelajar, mangsa kebakaran rumah dan bencana alam, tanpa mengira fahaman politik.

Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan kira-kira RM24 juta setahun bagi tujuan berkenaan, kata beliau.

Kerajaan Pas Kelantan menuntut Kerajaan Pusat membayar royalti minyak RM1 bilion bagi pengeluaran petroelum dan gas di perairan negeri itu antara 2004 hingga 2009.

Kerajaan Pusat menolak tuntutan itu.

Tengku Razaleigh adalah Pengerusi Petronas semasa perjanjian royalti petroleum itu ditandatangani dengan Kerajaan Negeri Kelantan lebih tiga dekad lalu - Sinar Harian

Pas pastikan kerajaan PR Selangor kekal

on



Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu

SHAH ALAM - Pas menghormati kajian dilakukan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) berhubung ramalan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dan akan berusaha lebih kuat untuk mempertahankan Selangor daripada ditawan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pihaknya juga telah membuat kajian sendiri dan mendapati Selangor mempunyai daftar pemilih yang meragukan.

"Disebabkan daftar pemilih ini, kami akan cuba sedaya upaya dan yakin rakyat di Selangor tetap sokong Pakatan Rakyat (PR)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kajian salah seorang anggota MPN, Prof Dr Mansor Mohd Noor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendapati BN akan merampas Selangor, PR akan kekal di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan dalam PRU13.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali tegaskan kajian MPN itu tidak menggambarkan keseluruhan keputusan sebenar PRU13.

Menurutnya, PR juga membuat kajian yang sama dan mendapati beberapa negeri di bawah pemerintahan BN akan ditawan oleh PR.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan negeri-negeri itu kerana bimbang akan diketahui pihak lawan. Mustafa turut setuju pengundi di Selangor kini dilimpahi rakyat Sabah yang didaftarkan sebagai pengundi di Selangor.

"Ini merupakan strategi BN tawan semula Selangor. Kami juga yakin rakyat Selangor tetap memberi sokongan padu kepada PR," katanya.


BN terima kesan jika Lajim bertanding

on


Barisan Nasional (BN) akan menerima saingan sengit sekiranya bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin bertanding atas tiket parti selain dari BN dalam parlimen Beaufort pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Penganalisis Politik, Dr Jeniri Amir berpendapat, BN perlu berhati-hati meletakan calon yang bertanding di parlimen tersebut kerana Lajim mempunyai sokongan akar umbi yang kuat.

"Satu saingan sengit akan berlaku jika Lajim bertanding di kawasannya, kerana beliau sudah lama berkhidmat dan rakyat sudah mengenalinya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, tindakan Lajim yang masih belum melepaskan jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno, merupakan salah satu strategi politik beliau.

Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu berkata, berdasarkan tindakan Lajim yang sebelum ini melepaskan jawatan dalam Umno dan BN secara berperingkat, berkemungkinan beliau akan melepaskan jawatan yang disandang itu dalam masa terdekat.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan memutuskan kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, hari ini.

Najib berkata, keputusan Lajim melepaskan tiga jawatanny iaitu adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti. - SH

Lompat Si Katak Lompat

on



Sebeluam mesej itu, Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) memetik kata-kata pemimpin yang baru keluar parti semalam, "YB Wilfred Bumburing di Tuaran: kita akan catat perubahan, sokong reformasi dan PR. Tsunami politik gelombang di Sabah."
Kelmarin, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan keputusan meletakkan jawatan parti, beberapa hari selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan.
Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lewat kelmarin, beliau akan memutuskan kedudukan Lajim hari ini. Berdasarkan kenyataan Lajim sendiri dan pengalaman-pengalaman lalu, Lajim sudah pasti tidak akan berada dalam Umno, BN dan jawatan kerajaan sama sekali.

Gua melihat senario keluar masuk parti di sabah ni dah macam trend, sekajap BN kejap keluar, kejap masuk BN, jadi orang sabah boleh dikatakan pandai mengambil kesempatan dalam berpolitik, Umno yang selama ni nak menyelamatkan fix deposit diorang kat sabah menubuhkan umno sabah hanya disebabkan takut kehilangan wakil rakyat lompat parti.
Kali nni gua melihat ada dua kemungkinan kenapa lompat parti di Sabah ni berlaku, kita lihat dari sudut positif dulu, sebabnya pemimpin kat sabah ni dah muak dengan janji Bn dalam membela nasib orang sabah, isu kad pengenalan, isu pendatang tanpa izin, isu kemiskinan, dan isu pembangunan disabah merupakan isu utama. atas kegagalan BN menanangi isu2 ni orang sabah jadi meluat dengan bn dan cabut lari dari BN. Ini cukup bagus untuk pakatan bertapak di Sabah.

Tapi gua melihat isu lompat parti ni dari sudut yang nagetif dan gua percaya banyak nagetif dari positifnya, kenapa baru sekarang nak lompat parti persoalan utama, kenapa dekat sangat pru baru ini semua berlaku.
persoalan kedua boleh ke dipercayai sepenuhnya kutu2 yang lompat parti ni atau memang sudah ada perancangan tertentu dari diorang untuk pru yang bakal hadir tidak lama lagi.
persoalan ketiga, kesetiaan diorang ni boleh dipercayai ke, jangan jadi kes ibrahim ali, zharin, zul kulim atau rakan sewaktu dengannya. bagi gua diorang ni boleh didengar tapi langsung tak boleh percaya.
Sejarah membuktikan upacara lompat parti ni bukan benda baru dalam sabah, dah lama da mainan politik dayus ni dibuat di Sabah, orang pakatan boleh bergumbira tapi jaga2 jangan ada yang menangis nanti.
keempat mana nak letak muka2 lama yang dah selam ni berjuang untuk pakatan nak dipinggirkan dengan memasukan muka baru ni atau beri peluang kepada muka lama bertanding dan muka2 baru ni diberi peluang untuk menunjukan kesetiaan dahulu baru bagi ruang untuk diorang.

Secara perbadi gua memang tak percaya pada kutu2 lompat ni, merbahaya beb, jangan main mercun nanti ada yang terbakar........


sumber

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List