BN terima kesan jika Lajim bertanding

on Jul 30, 2012


Barisan Nasional (BN) akan menerima saingan sengit sekiranya bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin bertanding atas tiket parti selain dari BN dalam parlimen Beaufort pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Penganalisis Politik, Dr Jeniri Amir berpendapat, BN perlu berhati-hati meletakan calon yang bertanding di parlimen tersebut kerana Lajim mempunyai sokongan akar umbi yang kuat.

"Satu saingan sengit akan berlaku jika Lajim bertanding di kawasannya, kerana beliau sudah lama berkhidmat dan rakyat sudah mengenalinya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, tindakan Lajim yang masih belum melepaskan jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno, merupakan salah satu strategi politik beliau.

Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu berkata, berdasarkan tindakan Lajim yang sebelum ini melepaskan jawatan dalam Umno dan BN secara berperingkat, berkemungkinan beliau akan melepaskan jawatan yang disandang itu dalam masa terdekat.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan memutuskan kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, hari ini.

Najib berkata, keputusan Lajim melepaskan tiga jawatanny iaitu adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti. - SH

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List