KEMPEN PEMILIHAN PKR DAH BERMULA... Chegu Bard Penerus Kebangkitan REVOLUSI........????

on Oct 19, 2010

Suntingan dari blog Sharpshooter:-


Baru sahaja meneliti pandangan Blogger di luar PKR seperti Penarek Beca a.k.a Pak Bakar memberikan sedikit komentar tentang Chegu Bard katanya Kata nya dia tak kenal siapa Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard.

Pak Bakar pun tak berani nak kempen untuk dia(Chegu Bard). Namun, yang Pak Bakar tertarik ialah apabila beliau(Chegu Bard) menekankan dalam Sidang media bahawa "Saya tidak ditaja atau dibayangi oleh sesiapa kerana saya berpegang kepada kebebasan dan ketelusan yang dilakukan oleh parti. Saya adalah calon yang bebas dari tajaan mana-mana pihak"

Berdiri di atas Suara Revolusi Anak Muda Chegu Bard adalah pembawa Suara Revolusi Anak Muda di jalan - jalan raya.Ada suara tengkorak sumbang yang mengatakan Chegu Bard harus kekal di jalan - jalan raya.Sedangkan mangkuk ayun ni lupa Gerakan Reformasi ini juga bermula di jalan raya, begitu juga UMNO kalau tak percaya cuba "try" tanya Encik Google.

Selama 10 tahun Gerakan Reformasi berjuang di jalan - jalan raya akhirnya berjaya menawan beberapa buah negeri dalam pilihanraya umum yang lalu.Lalu PKR yang sinonim dengan Gerakan Anak Muda di jalan - jalan raya kini di lingkari oleh puak - puak kapitalis dan opportunis dan akhirnya mereka memandang hina pada pejuang - pejuang "pilihan Jalan raya".




Oleh itu siapakah yang akan meneruskan kesemua gerakan Revolusi ini kalau bukan Chegu Bard! Chegu Bard telah mencetuskan semua Semangat ini di negara kita sedang golongan - golongan Elit di dalam PKR sedang duduk bersenang lenang.Andai PKR ini tewas suatu hari nanti gurkah - gurkah politik ini akan lari meninggalkan perjuangan ini dan Menyertai United Malays National Organisation.
Tetapi yang cuma tegas dan Cekal Berdiri hanya lah Chegu Bard, Dia percaya pada Kepada Fikrah Revolusi ilan Jalan Raya berbanding Pilihan Raya kerana sejarah telah membuktikan hanya ini sahaja cara untuk menumbangkan kerajaan yang zalim.
Masih ingat lagi!!!!!!






Anak muda dan kaum buruh di Malaysia juga tidak ada pilihan melainkan turun ke jalan raya.

OLEH ITU MARI KITA BERSAMA - SAMA MELETAKKAN CHEGU BARD DI DEPAN DENGAN MENGUNDI NYA SEBAGAI KETUA ANAK MUDA YANG BARU SEBAGAI USAHA DALAM MENGGERAKKAN SATU REVOLUSI DI TENGAH - TENGAH ASIA TENGGARA INI'.

PASTIKAN UNDI CHEGU BARD!

Aneh !!! Tapi Benar......???

on

Salam


Di sini ada satu pengiraan matematik mudah untuk latihan anda semua, sediakan kalkulator, ia akan memberikan kejutan pada setiap dari anda yang membuat kiraan ini.

* Ia cuma mengambil masa lebih kurang 30 saat
* Ikut arahan ini satu persatu..
* Jangan terus pergi ke arahan terakhir sebelum anda siapkan kesemua kiraan.
* Bersedia dengan kalkulator anda !!! OK....

Kita mulakan...

1.  Mula-mula, tetapkan jumlah dalam seminggu... berapa kali anda ingin makan malam bersama suami atau isteri dan anak-anak di luar.  (tekan nombor di kalkulator)

2.  Darab atau kalikan dengan 2

3.  Tambah atau campurkan dengan 5

4.   Darabkan atau kalikan dengan 50

5.   Jika tarikh lahir anda pada tahun ini sudah lepas atau sudah berlalu .....tambah 1760,  sebaliknya tambah 1759 jika ianya belum lepas.

6.   Kiraan Terakhir :   Tolak tahun anda dilahirkan. (Contoh :  1941, 1973, 1985 dan sebagainya)

Jumlah yang anda dapat di kalkulator sekarang adalah dalam tiga digit nombor...kan !!

Digit pertama dari 3 digit tersebut - Adalah jumlah nombor yang anda ingin makan malam bersama isteri atau suami dan anak-anak dalam masa seminggu.

Sekarang yang paling COOL !!! - 2 digit terakhir memberitahu anda.......Schroll di bawah......























UMUR 

anda!!!!







2010 ADALAH SATU-SATUNYA TAHUN

DIMANA PENGIRAAN INI BERHASIL



daulatpang5.blogspot.com

PRU13 :- DS Anwar & Ku Li bergabung......???

on






Tidak ramai pemimpin yang berjaya memerintah selama 2 dekad mentadbir sesebuah pemerintahan kerajaan di Malaysia. Diperingkat pusat setakat ini hanya Tun Dr. Mahathir sahaja yang berjaya melakukannya dengan memerintah selama 22 tahun, satu rekod yang mungkin sukar dilakukan lagi selepas ini.

Tetapi diperingkat negeri, terdapat beberapa pemimpin kerajaan negeri yang berjaya melakukannya, iaitu Tan Sri Osman Saat (bekas Menteri Besar Johor), Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (bekas Menteri Besar Terengganu) dan Tun Lim Chong Eu (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang) serta Datuk Patinggi Taib Mahmud (Ketua Menteri Sarawak) dan Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan).

Rekod semasa Menteri Besar atau Ketua Menteri paling lama berkuasa setakat ini masih dipegang oleh Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud, 74 yang juga Presiden Parti PBB, sebuah komponen BN dari Sarawak selama hampir 30 tahun yang memerintah negeri Sarawak sejak dari tahun 1981 hingga sekarang.

Manakala Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya baru memerintah Kelantan sebagai Menteri Besar hampir 20 tahun sejak 20 Oktober, 1990 dijangka berjaya memasuki tempoh tersebut jika pilihanraya umum tidak diadakan secara mengejut sebelum 20 Oktober tahun ini.

Kejayaan PAS memerintah Kelantan ketika itu adalah kerana sikap PAS yang bersedia bekerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li bersama Parti Melayu Semangat 46 (PMS46), serpihan UMNO berjaya mengembelengkan kekuatan pembangkang Melayu/Islam membentuk Angkatan Perpaduan Ummah dengan PAS-Berjasa-Hamim-Kimma dan membentuk Gagasan Rakyat dengan DAP-IPF-PRM-PBS.

Orang PAS bodoh dan bacul sangatkah menghadapi DAP....???

on

Malaysian Insider hari ini melaporkan berita bertajuk "Tunggu tumbukan BN di PRU-13, Ku Nan beri Pakatan amaran".


Saya rasa, Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tak payahlah cakap nak tumbuk pembangkang pada Pilihan Raya ke-13 nanti. Kalau betul SMS yang saya terima pada jam 11.29 malam tadi, anggota-anggota kelab pencinta Umno hakikatnya tak henti-henti menumbuk PAS dari dalam parti itu sendiri.

Mereka sedang giat menabur paku di atas jalan yang hendak dilalui rakyat yang berlari laju untuk menghambat Umno dan BN.

Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran apa yang didakwa dalam SMS itu. Mungkin bohong hidup-hidup. Tetapi untuk tujuan berwaspada (atau puak-puak yang haraki sakan sebut sebagai hazar), saya rasa bertanggungjawab menyiarkan kandungan SMS itu (saya tak edit sikit pun):
Salam. Pd 8.10.10 harun din hadir usrah 'doktrin' di rumah hasan ali. Yg terlibat dlm usrah adalah graduan master dan phd. Dlm usrah tsb, dia dakwa bahaya dap, dan ada cdgn supaya pas keluar pr dan menyendiri.
Saya harap apa yang didakwa dalam SMS itu tak benar. Jika benar, ia membuktikan anak-anak murid taksub kepada bekas Ketua Staf Perisikan Pertahanan (KPPP), Leftenan Jeneral Datuk Wan Abu Bakar Omar masih lagi ligat dengan agenda mereka untuk mempertahankan pemerintahan Umno dan BN.

Kita tidak lupa sama sekali bagaimana idea mengenai kerajaan perpaduan disodok-sodokkan kepada kita. Tujuan muktamadnya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memastikan Umno dan BN terus berada di tampuk pemerintahan - tak kisahlah walaupun berkongsi dengan parti-parti yang selama ini menentangnya. Yang penting, Umno BN tetap melekat di tampuk pemerintahan.

Jika benar dakwaan dalam SMS itu, mengapa saya kata mereka sebenar berkhidmat untuk kepentingan Umno BN? Sifirnya amat mudah. Jika puak yang menentang Umno dan BN dipecah-pecahkan, yang akhirnya jadi pemenang dalam pilihan raya ialah Umno dan BN. Pada masa yang sama, puak yang membantu Umno BN di dalam pembangkang tidak boleh dituduh menjadi pecacai atau pak yet Umno BN. Mereka boleh kata, "Kamu tak nampakkah kami pun menentang Umno BN? Kami juga berhabis masa dan tenaga menentang Umno BN!"

Mereka ingat mereka licik. Tetapi, belang pengkhianatan mereka terhadap aspirasi rakyat yang mahu menamatkan kekejaman Umno BN amat mudah dilihat oleh hati yang tidak buta.

Malas nak cakap banyak dan saya ingin tanya, di antara DAP dan Umno, siapakah yang lebih mengancam orang-orang Melayu?
1. DAPkah yang melesapkan hampir separuh tanah rizab Melayu? Dari kira-kira tiga juta hektar negara menyambut kemerdekaan dulu, kini hanta tinggal 1.7 juta hektar sahaja. DAP yang belasah?

2. DAPkah yang melakukan pengkhianatan terjahat mereka terhadap orang-orang Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 dahulu?

3. DAPkah yang menjadikan peneroka Felda yang rata-ratanya orang Melayu tak ubah seperti rakyat India yang miskin sedangkan negara mereka kaya-raya?

4. DAPkah yang kendurikan gitu-gitu sahaja RM50 bilion saham Bumiputera? Itu belum lagi kiramarket capitalisationnya.

5. DAPkah yang berpakat dengan Gerakan memingirkan orang-orang Melayu Pulau Pinang?

6. DAPkah yang suatu masa dahulu merentap bantuan sekolah-sekolah agama rakyat (SAR)?

7. DAPkah yang bunuh orang-orang Melayu Islam di Memali dan Lubok Merbau? (Kalau DAP yang jadi alasan, ketika orang-orang Melayu Islam itu dibunuh, mereka tidak pula berkawan dengan DAP pada masa itu)
Umno dengan bantuan penjilat-penjilatnya dalam kelab pencinta Umno di dalam PAS telah berjaya menjadikan DAP hantu yang ditakuti oleh orang-orang Melayu. Mereka sengaja mengetepikan hakikat bahawa paling tinggi pun DAP hanya boleh menang 40 kerusi sahaja dari 222 kerusi Parlimen.

Katakanlah Umno dan penjilat-penjilatnya dalam Kelab Pencinta Umno di dalam PAS berjaya menghalang DAP memenangi kesemua kerusi itu, adakah PAS atau Umno yang akan menang? Bukankah kalau bukan DAP yang menang, MCA atau Gerakan atau MIClah yang menang?

Adakah MCA, Gerakan dan MIC baik sangat terhadap orang-orang Melayu? Tak cukupkah lagi apa yang berlaku kepada orang-orang Melayu Pulau Pinang ketika negeri itu diperintah oleh Gerakan? Tidak cukupkah pelbagai khabar yang kita dengar tentang Tan Sri Dr Fong Chan Onn ketika beliau menerajui Kementerian Sumber Manusia? Menteri-menteri Umno sendiri yang mengadu kepada beberapa wakil rakyat PAS. Cukuplah dua contoh itu.

Puak-puak yang tak henti-henti bubuh paku di atas jalan rakyat yang berlari laju untuk menghambat Umno BN dari tampuk kuasa selalu mendakwa 40 Ahli Parlimen DAP itu akan berkuasa ke atas wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) yang lain. Semua Ahli Parlimen PR yang lain akan jadi boneka 40 Ahli Parlimen DAP itu.

Awatnya? Hampa bodoh sangatkah sampai boleh dijadikan lembu kerbau DAP? Itu satu. Kedua, kalau dah memang hampa bodoh sangat-sangat, adakah bodoh sangat-sangat hampa tu boleh dipagari dan disembunyikan dengan mengambil tindakan menyendiri dan keluar dari PR? Kalau memang dah bodoh terlampau, tak duduk dalam PR pun DAP boleh jadikan kerbau lembu dia.

Saya teringat Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang terkenal sakan dengan rungutan-rungutan kononnya dipinggirkan oleh DAP dan PKR, termasuk khabarnya merungut dalam mesyuarat-mesyuarat dan pertemuan-pertemuan PAS (saya dengar rakaman rungutannya dalam salah satu pertemuan PAS). Kalau benar perkara itu berlaku, ia dengan terang dan jelas menunjukkan Dr Hassan sendiri yang tidak cekap dan tidak cerdik (saya tak nak la kata bodoh, takut nanti menggelejat dan histeria pula penyokong-penyokong dia).

Orang cekap dan cerdik tak mudah untuk dipinggirkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Teresa Kok atau Ronnie Liu, kalau benar perkara itu berlaku. Orang cerdik biasanya sangat cekap untuk position diri dia walaupun dalam mesyuarat yang hostile terhadapnya - kalau benar PKR dan DAP bersikap hostile terhadap Dr Hassan.

Persoalannya, jika benar apa yang didakwa dalam SMS di atas, mengapa ulama yang sering melaung-laungkan kalimah Ummatan Wasatan itu tidak mengemukakan pilihan yang lebih bersifat wasatiyyah? Wasatiyyah bukan bererti menyerah kalah.

Kalau takut sangat 40 Ahli Parlimen DAP (katakan DAP menang 40 kerusi) menjadikan Ahli-Ahli Parlimen PR yang lain sebagai kerbau lembu mereka, mengapa tak jalankan usaha-usaha untuk mempersiapkan PAS dengan bakal-bakal calon yang cerdik dan cekap dan tak mungkin mampu dipinggirkan atau dijadikan kerbau lembu DAP?

Atau, jika benar apa yang didakwa dalam SMS di atas, adakah ulama itu sebenarnya memberikan undi tak percaya kepada kemampuan dan ketegasan calon-calon yang bakal dikemukakan oleh PAS dalam pilihan raya umum nanti? Awatnya, PAS nak calonkan mereka yang bodoh-bodoh dan bangang-bangang ka?

Atau, adakah orang-orang PAS bodoh dan bacul sangat nak hadapi DAP atau PKR?

Peringatan Untuk Ke Berapa Kali.......??? PRU - PR Dah Sedia Ke...???

on

PR dah sedia hadapi pilihan raya umum ........???





Berita Malaysian Insider hari ni bertajuk "Anwar dakwa SPR terima peruntukan 2010 RM250 kendali PRU-13" melaporkan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disediakan dengan peruntukan besar hampir RM250 juta untuk perbelanjaan tahun depan, didakwanya sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum tergempar.

Ramai yang tak terkejut. Dan selepas ini, saya rasa ramai juga yang tak terkejut jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membatalkan beberapa projek gila seperti Warisan Merdeka yang saya rasa akan jadi pusat penternakan jin tertinggi di dunia - sama seperti kerajaan menangguhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk kesekian kalinya sebelum ini.

Selepas itu, dalam gendang pilihan raya mereka, pak yet-pak yet Najib dan Umno akan menyalak sampai terkeluar anak rengkung dan mendakwa "inilah kerajaan yang pro-rakyat".

Bila Umno dan Barisan Nasional (BN) menang lagi pilihan raya dan terus memerintah, GST pun akan dihempuk atas kepala kita, subsidi akan direntap dengan lebih bengis, harga barang akan mengamuk sakan, tugu-tugu rasuah mencanak-canak naik untuk dijadikan pusat-pusat penternakan jin dan tambahlah sendiri apa lagi agenda mereka untuk menyembelih rakyat.

Memang, dalam menghadapi pilihan raya, saya tidak nampak walau satu parti pun yang tidak berpenyakit dalam negara ini. Semua parti ada penyakit masing-masing. Tetapi, saya yakin rakyat yang waras dan berakal tidak akan pilih parti yang sah-sah tidak boleh diubati lagi, iaitu Umno dan BN.

Masalahnya, saya melihat apa yang orang dakwa pernah berlaku di Terengganu dulu sedang berulang semula kini kepada hampir semua pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) di seluruh negara. Di Terengganu, orang mendakwa kemenangan 1999 menyebabkan orang-orang PAS kelihatan begitu asyik maksyuk dan tak habis-habis menikmati bulan madu hinggalah ke tahun 2004. Akhirnya, bila penyakit gila Pak Lah melanda rakyat Malaysia, PAS dihambat dari kekuasaan oleh undi rakyat Terengganu pada pilihan raya umum 2004.

Memang boleh menjerit-jerit fasal pengundi hantu dan apa saja yang mahu dijeritkan. Yang tak boleh diubah lagi ialah hakikat bahawa PAS kalah di Terengganu dan sesetengah pihak mendakwa perkara itu berlaku kerana orang-orang PAS Terengganu ber"honey moon" tak habis-habis sampai 2004. Tak perlu diceritakan tentang dakwaan imej "gong" para pemimpin PAS di Terengganu. Tidak semestinya dakwaan-dakwaan itu benar, tetapi ia tetap berlegar-legar hingga kini dan kenyataan yang ada di hadapan kita ialah PAS kalah di Terengganu.

Ambil satu contoh sikap honey moon tak habis orang-orang PR kini - kesemua parti kecuali DAP tidak memperlihatkan kesungguhan mendaftarkan pengundi-pengundi baru (dalam PAS, saya dengar hanya satu negeri yang bersungguh-sungguh buat kerja tu). Umno dok pulun sakan.

Selain itu, ketika Umno berjaya memperdayakan orang-orang Melayu dengan perkauman sempit Melayu, sehingga kini kita tak dengar PR tampil dengan battle cry yang memikat imaginasi rakyat (capture the rakyat's imagination). Bila ada battle cry, ia bukan sahaja boleh membangkitkan rakyat malah boleh membentuk pemikiran mereka. Lihat saja kesan yang dibawa oleh tema Muktamar PAS 1984 "Menggempur Pemikiran 'Asabiyyah". Sampai ke hari ini tetap terasa kesannya.

Dalam menghadapi pilihan raya, kalau pun hendak dianggap ada slogan PAS yang paling memikat ialah apa yang kita lihat dan gunakan dalam tahun 1999 - "Dulu Umno sekarang PAS". Itu pun bukan strategis PAS yang reka. Hamdan Syarikat An-Nahli yang reka slogan itu untuk sticker yang dikeluarkannya. Lepas itu, bukan sahaja peniaga-peniaga lain tiru slogan itu, pemimpin PAS pun tiru dan boleh diangap jadi battle cry.

Tahun 2008, PR menang di banyak tempat bukan kerana depa bagus sangat atau kerana rakyat suka sangat kat depa. Depa menang kerana kami, rakyat, benci sangat-sangat kat Umno dan BN. Masalahnya, sampai bila PR nak bergantung nasib kepada kebencian kami terhadap Umno dan BN semata-mata.?

Part 16: The MACC officers are useless, says the MACC senior officer (1)

on



On 7th December 2006, Ramli Manan of the MACC sent Sidek Hassan, the KSN, and Shahrir Samad, the Chairman of the PAC, a 13-page letter to lament about the flood of corruption cases in Malaysia. He cites the various cases and the ineffectiveness of the MACC (then called ACA) in combating corruption. He actually calls the MACC officers useless and blames the government for this.
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin

TO BE CONTINUED

MalaysiaToday

BONGKAR :- Tektik jahat Berita Harian didedah.......???

on



Keratan akhbar diatas adalah dari Berita Harian bertarikh 17 Oktober 2010..Jelas gambar yg dipaparkan pada keratan ahkbar diatas tiada kaitan dengan tajuk "60 ahli PKR desak Anwar bertaubat"..

Gambar ini sebenarnya adalah gambar ketika perarakan penyokong/ahli PKR ketika penyerahan borang calon pemilihan 2010 bersama Shamsul Iskandar..tiada kena-mengena dgn isu 60 ahli PKR desak Anwar bertaubat...

Namun dengan jahatnya, gambar ini juga diguna pakai media memburukkan DS Anwar dan PKR..sungguh tidak beretika wartawan dan akhbar ampu Umno ini!

Penulis minta pihak atasan bangkitkan isu ini, jika perlu saman, maka samanlah sebagai pengajaran..maruah dan imej PKR akan terjejas jika perkara ini dibiarkan berterusan!..HENTIKAN SALAHGUNA MEDIA RAKYAT!!..wallahua'lam..









Dato Zaid Ibrahim Dijangka Mendapat 6 Ribu Undi Di Perak....???

on

PERAK NEWS: DATUK ZAID AKAN DAPAT 6000 RIBU UNDI DI PERAK !




Setelah 2 hari buat culaan untuk undi Timbalan Presiden di Perak, nampaknya Datuk Zaid jauh mendahului Azmin Ali. 

Setakat hari ini Zaid dijangka akan mendapat 6000 ribu undi daripada ahli-ahli Perak, berbanding dengan Azmin yang hanya akan memperolehi 2000 ribu undi manakala Hj Mus sekitar 500 undi.

Di Perak, pembuangan undi untuk MPP akan bermula 30 Oktober ini. Bermula dengan Cabang Parit Buntar, Bagan Serai, Larut,Taiping,Padang Rengas, Lenggong, Gerik, Sg Siput.Daripada 8 Cabang ini, 2 memihak kepada Azmin, 5 untuk Hj Mus serta 1 kepada Zaid semasa pencalonan tempohari, tapi untuk pengundian dan daripada culaan Zaid akan dapat 1200-1500 undi untuk hari pertama di Perak. 

Kem Azmin "mati" di Perak, termasuklah "kem" Hj Mus.Kem Zaid kini bergerak ke setiap cabang hampir setiap malam. Fokus utama "kem" Zaid adalah mengundi daripada kaum India.

Salah seorang kempen manager "kem" Zaid adalah Janabala yang kecewa apabila pencalonan beliau sebagai Timbalan Presiden ditolak.Tak salah beliau berkempen untuk Zaid..tapi..? pikir sendiri... 

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List