Di hadapan 63 orang wakil daripada 22 buah parti daripada 20 buah negara yang hadir dalam program forum antarabangsa, Tun Dr. Mahathir tanpa berselindung mengecopmohorkan bekas Timbalannya, Anwar Ibrahim sebagai peliwat dan tindakannya menyeret Anwar ke mahkamah merupakan tindakan yang sangat tepat. (Utusan Malaysia Online)
Kalaulah Anwar atau juak-juaknya membaca berita ini, pasti Tun Dr.Mahathir akan kena saman sekali lagi. Mungkin kali ini bukan RM100 juta lagi tapi beribu-ribu juta ringgit. Alasan saman ialah mendatangkan 'KEMALUAN' yang sangat besar (payah guna Bahasa Kebangsaan dalam terma undang-undang. Patutlah para peguam gila dengan Bahasa Inggeris dan istilah Latin).
Anwar Ibrahim mungkin tidak kisah kalau kisah yang dituturkan oleh Tun Mahathir didengar oleh parti-parti di Malaysia, tetapi apabila membabitkan 'luar negara', ia sememangnya sangat sensitif kepada Anwar. Dari tahun ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi, Anwar sudah giat berkempen di luar negara, sehinggalah baru-baru ini, dia baru sahaja pulang dari Jakarta untuk berkempen bagi menyelamatkan kemaluannya di negara BENDERA yang ingin mengganyang Malaysia itu. (Padan muka bila tenaga kerja dari Indonesia dihentikan)
Tun Mahathir turut menolak dakwaan berlakunya konspirasi untuk menjatuhkan Anwar. Menurut Tun Mahathir, mustahil konspirasi boleh dilakukan apabila membabitkan lebih 100 orang termasuklah hakim, pendakwa, polis, saksi-saksi dan mangsa.
Bagi yang tidak tahu perjalanan Kes Liwat I, jarak masa antara aduan daripada Ummi Hafilda binti Ali, adik perempuan Azmin Ali dan Azizan Abu Bakar, pemandu peribadi Wan Azizah dengan tindakan mengheret Anwar ke mahkamah tidaklah lama. Sebelum Tun Mahathir menerima aduan daripada Ummi Hafilda, terlebih dahulu Tun Mahathir telah menerima aduan daripada Ketua Polis Negara dan bekas Ketua Polis Negara tentang Anwar Ibrahim. Kisah Anwar Penjubur dipopularkan oleh Mat Sabu dan terakam dalam sebuah majalah bernama Tamadun serta Karpal Singh yang meminta agar siasatan skandal seks songsang Anwar dilakukan segera oleh Tun Mahathir.
Dalam jarak masa tidak sampai tiga bulan sehingga iaitu sebulan sebelum Tun Mahathir bercuti selama dua bulan dan selepas percutiannya, pemecatan dan pengguguran keahlian UMNO Anwar dilakukan, SANGAT-SANGAT MUSTAHIL konspirasi sebesar dan melibatkan orang seramai itu dapat dilakukan.
Sebelum ini, Anwar Ibrahim telah mengacah-acah untuk mengheret Tun Mahathir ke mahkamah, termasuklah skandal pita rakaman V.K Linggam 'Correct! Correct! Correct!'. Ternyata bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat itu mencabar agar dia dibawa ke mahkamah, sama ada sebagai saksi mahupun orang yang tertuduh. Dan dalam kes berasingan, Anwar Ibrahim seolah-olah sengaja tidak mahu meneruskan prosiding samannya ke atas Tun Mahathir kerana memecat dan memalukannya dengan 'item melibatkan Bahasa Inggeris' yang sudah tentu ditolak oleh mahkamah.
Mungkin kali ini, Anwar Ibrahim akan mencuba lagi. Kenyataan yang diberikan oleh Tun Mahathir di hadapan orang asing dan luar negara, termasuklah wartawan-wartawan asing yang begitu mendapat tempat di hati Anwar, pasti akan mencalarkan imejnya. (Masa kes dia hendak ditangkap di rumah lamanya... bukan main terhina lagi wartawan tempatan kerana Anwar lebih gemar berurusan dengan wartawan luar negara terutama daripada agensi yang berjenama besar. Kalau setakat cikai-cikai, dia buat tak layan dengan muka sombongnya.)
Sumber:- TheFlyingKick
0 comments:
Post a Comment