Blogger Cucumatkilau Apa Hal........???

on Oct 19, 2010

Spekulasi: Benarkah, Blogger Cucumatkilau Bakal Tinggalkan PKR Gara-Gara Terkilan Dengan Sikap Pemimpin Yang Mula Tersasar Dari Landasannya!






Penyokong Pakatan Rakyat di Negeri Pahang kini dalam keadaan"terkejut" apabila timbulnya desas-desus seorang"Blogger Panas" di negeri iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli@Cucumatkilau (foto) dikatakan akan meninggalkan "perjuangan rakyat" dalam masa terdekat ini. Malah ada yang terkejut dan gusar andainya "khabar angin" ini benar-benar berlaku.


 Sebelum ini kita ada mendengar Blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK) mengkritik kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam parti itu. Kini, apakah seorang lagi blogger akan berbuat demikian?. Beliau dikatakan sudah mula"jelek" dan kecewa dengan senario semasa dan fenomena "luar biasa"yang berlaku sekarang ini. Ketika dihubungi, Cucumatkilau mengaku beliau kini berada dalam situasi yang cukup "kronik" antara meneruskan perjuangan politik dan perjuangan hidup. 

"Saya melakukan satu kesilapan apabila berada dalam parti, sedangkan saya sepatutnya berada diluar parti dan menjadi blogger bebas seperti Raja Petra. Kehadiran saya dalam parti sedikit sebanyak menyebabkan diri saya menjadi bahan cacian dan umpatan orang. Malah, saya amat terhina apabila ahli parti sendiri kini mula mencemuh dan mengutuk diri saya. 


Sedangkan bagi saya musuh sebenar ialah UMNO Barisan Nasional. Gara-gara dikatakan berpihak kepada kumpulan tertentu dalam pemilihan 2010 sekarang ini akhirnya saya seolah-olah dimangsakan", kata CMK. Beliau juga pernah bertanding atas tiket PKR dalam Pilihanraya Umum Ke-12 lalu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan, Parlimen Bera.



[Apakah memang ada sesuatu yang tidak kena dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) agaknya. Apapun difahamkan spekulasi itu masih dalam pertimbangan dan perbincangan antara pihak-pihak berkenaan. Namun, seandainya Blogger Cucumatkilau bertegas mahu mengambil keputusan berkenaan, maka ia satu tindakan yang amat besar buat Pakatan Rakyat di negeri Pahang ini sebenarnya. 

Sesuatu harus dilakukan untuk menarik beliau ke meja rundingan. Memang kami amat faham dengan apa yang terjadi ini. Malah, beliau sudah beberapa kali menyatakan kepada rakan-rakan dan sahabat seperjuangan bahawa keadirannya dalam arus perjuangan bersama PKR dipandang sepi oleh pimpinan parti itu di Pahang. Malah, kelibatnya langsung tidak dihargai oleh sesetengah ahli. 

Bukan sahaja kutukan dan kata nista yang diterima, malah beliau turut dilabelkan dengan imej tertentu. Beliau juga pernah menyatakan kekecewaan akibat banyak agenda yang ingin dilaksanakan terhadap parti "hanya sekadar janji dimulut" sahaja oleh pemimpin tertentu. Sedangkan perlaksanaannya "jauh panggang dari api". Mungkin itu yang menjadi punca kenapa tindakan drastik ini berlaku. Ikuti kenyataan ikhlas beliau di blog peribadinya.]


 www.cucumatkilau.blogspot.com

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List