Pemuda MCA mahu BN pisahkan diri daripada kumpulan pelampau

on Oct 9, 2010





KUALA LUMPUR: Pemuda MCA hari ini menggesa kepimpinan Barisan Nasional (BN) memisahkan diri daripada pelampau atau kumpulan pelampau
di negara ini. Ketuanya, Datuk Wee Ka Siong, berkata langkah ini penting dalam usaha BN melobi sokongan daripada seluruh rakyat, di samping dalam menunaikan tanggungjawabnya untuk menjaga kebajikan semua pihak agar tiada siapa yang tersisih daripada proses pembangunan.
Kata beliau Pemuda MCA sentiasa menentang kumpulan pelampau dan tidak akan tunduk kepada mereka.
"Kami menghormati kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan. Tapi, kami tidak akan membiarkan Perlembagaan ditafsir sesuka hati mereka.
"Saya ingin tegaskan di sini bahawa kepimpinan Barisan Nasional perlu memisahkan diri secara jelas daripada pelampau atau kumpulan pelampau," kata Wee pada Perhimunan Agung Pemuda MCA Ke-46 di sini.
Dalam ucapannya pada perhimpunan itu yang dirasmikan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan turut dihadiri para pemimpin Pemuda parti komponen BN lain, termasuk Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin, Wee menyelar golongan tertentu yang berangan-angan menjadi wira negara dengan memainkan isu perkauman dan menggelarkan golongan itu sebagai "manusia primitif".
Beliau berkata pemikiran manusia primitif yang gemar meniupkan api perkauman, tidak sesuai lagi pada abad ke-21 ini dan orang ramai tidak suka kepada mereka yang suka menimbulkan keributan atau yang menyamar sebagai wira negara kerana ia tidak bernilai dan tidak memberi makna kepada mereka.
Katanya sikap melampau seperti itu bukan saja tidak boleh diterima dan tidak bersifat membina, malah boleh mengakibatkan banyak kerosakan.
"Lebih teruk lagi, mereka menghalalkan tindakan mereka itu dan mendakwa diri mereka sebagai wira negara. Sebenarnya, mereka melakukan semua itu demi kepentingan peribadi dengan mengorbankan perpaduan, pembangunan dan masa depan negara.
"Hari ini, Pemuda MCA ingin berkata begini kepada manusia primitif itu: "Anda tidak sesuai hidup di zaman moden kini, lebih baiklah anda kembali saja ke zaman kuno!" katanya.
Wee, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, turut menggesa kerajaan supaya menambah saiz kek ekonomi negara untuk membolehkan lebih banyak orang menikmatinya.
Katanya kerajaan perlu menjadi kapten bagi usahawan tempatan, tanpa mengira bangsa dan jenama, dalam mempromosikan produk tempatan di luar negara.
"Kita perlu melihat ekonomi daripada sudut pandangan global dan memperlengkapkan diri kita agar kita mampu bersaing di arena global. Kita perlu ubah set minda kita dan tidak boleh mengurung diri kita dalam dunia kita yang kecil," katanya.
Beliau berkata sejajar dengan usaha negara untuk meningkatkan daya inovasinya, kerajaan wajar mewujudkan Anugerah Inovasi, termasuk menaja projek yang bersifat inovatif atau memberi insentif atau rebat cukai kepada mereka yang terlibat dalam bidang inovatif untuk menggalakkan lebih banyak orang menyertainya.
"Kita boleh wujudkan mata pelajaran bakat inovatif dan memberi penegasan terhadap keperluan inovasi dalam mata pelajaran lain seperti rekaan fesyen, reka bentuk dalaman dan pengiklanan," katanya.
Seramai 888 daripada 1,736 anggota perwakilan pusat menghadiri perhimpunan agung itu, - BERNAMA

Surat Siapa Agak nya......???

on






Dengan isi yang terdapat dalam surat di atas,akan menambahkan lagi kepercayaan dan keyakinan kita bahawa Umno memang Parti Hipokrit atau pun lebih halus dan lembut Parti Munafikk serta pembohong besar.

Rasullullah mengingatkan kita agar menjauhi golongan Munafik, maka salah satu ciri-ciri orang atau golongan Munafik ini kata Rasullulah 
apabila "Bercakap mereka selalu berbohong"..maka yakinlah kita siapa sebenarnya golongan Munafik yang sewajibnya kita jauhi.

WANG LATANG, WANG LATANG, BANYAK OOOHHH...???

on

Mungkin Kerana Tahu Berapa Banyak Wang Yang Bakal Turun, Akhirnya Ku Li Tergamak Menerima Jawatan Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Galas !!





Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah(foto) menerima pelantikan sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Beliau berkata ia merupakan tanggungjawab sebagai anggota UMNO danKetua UMNO Bahagian Gua Musangselama hampir 50 tahun, selain anggota Parlimen kawasan berkenaan. Bagaimanapun, katanya, persoalan sama ada dilantik sebagai calon tidak timbul kerana beliau perlu bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razakserta bermesyuarat mengenai perkara itu Isnin depan. "Kita belum mengadakan mesyuarat pun. Kita bincang tadi, mungkin saya akan jumpa Perdana Menteri pada hari Isnin depan. "Selepas itu, kita akan mengadakan mesyuarat, dan selepas mesyuarat, kitaakan mengadakan sidang media, memaklumkan apa yang kita bincangkan dalam mesyuarat itu," katanya kepada pemberita.

Ku Li Di Sambut Bagai Seorang Pemimpin Hebat

Paling menarik untuk diperkatakan ialah, kepulangan Ku Li dari London tu disambut bagaikan seorang pemimpin hebat. Ramai pemimpin UMNO BN berpusu-pusu menyambutnya di di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ianya adalah satu senario yang sudah lama tidak kita lihat terhadap pemimpin itu sebenarnya. Masing-masing datang menyembah Ku Li, kerana mereka terpaksa akur dengan amanat pemimpin UMNO agar Ku Li dipilih sebagai Pengarah Pilihan Raya DUN itu nanti. Antara kelibat yang dilihat ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Mustapa Mohamed dan Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan dan beberapa orang pemimpjn BN dari MIC dan MCA. Pelantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akhir bulan lepas, kerana yakin dengan kepimpinan beliau yang amat berpengalaman, berpengaruh serta dihormati pengundi di kawasan itu. Pada Jumaat, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata Ku Li merupakan calon paling layak bertanding di DUN Galas berdasarkan kewibawaan beliau, khususnya di Gua Musang, selain dalam arena politik di peringkat nasional. Mengenai dakwaan PAS bahawa cadangan menamakan beliau sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu adalah tidak wajar selain merendahkan darjatnya, Ku Li berkata beliau menghormati pandangan parti pembangkang itu. Bagaimanapun, katanya, pandangan UMNO juga perlu dihormati parti pembangkang berkenaan. Berhubung cubaan PAS memutarbelitkan isu royalti minyak, Ku Li berkata ia adalah isu nasional dan perkara itu tidak boleh ditimbulkan kerana kerajaan PAS telah membawanya ke mahkamah. Katanya, tindakan membincangkan perkara itu adalah "sub judice"kerana kes tersebut belum didengar oleh mahkamah. Berhubung keyakinan PAS bahawa mereka akan terus menguasai kerusi DUN Galas itu, Ku Li berkata, "Kita tengoklah pada 4 Nov nanti".


[Usahlah kita terkejut dengan perkembangan ini. Ku Li tergamak menjual maruahnya yang dicaci dan diperlekehkan UMNO selama ini hanyalah kerana melihat berapa banyak wang yang akan turun di Galas dalam masa terdekat ini. Beliau tahu, jika ditolak maka sudah pasti orang lain yang akan sapu wang tersebut. Maka lebih elok diterima, kalah atau menang tidak menjadi halangan baginya. Apa yang penting, inilah masanya untuk merompak semula wang yang bakal ditaburkan kepada pengundi di pilihanraya kecil itu sebenarnya. Malah, kita juga tidak hairan kenapa UMNO Kelantan beriya-iya benar mahu bertanding disitu. Kerana mereka juga amatlah mengharapkan duit durian runtuh yang akan datang mencurah-curah tidak lama lagi. Maka itu, kenapa kita harus hairan dengan pendirian Ku Li ini. Beliau sepatutnya bersikap "Neutral" dan tidak terikut-ikut untuk terlibat secara langsung dengan pilihanraya kecil ini, tambahan beliau dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk mempertahankan hak-hak berhubung dengan isu royalti minyak. Tindakan dia menerima jawatan ini, akan mewujudkan jurang pemisah semula antara hubungannya dengan kerajaan negeri. Rakyat akan menjadi benci semula kepada Ku Li, selepas mereka sanggup menerimanya sebelum ini]. PDO

Obama pening kepala dengan kerenah Iran, buka semula Tehran-Kaherah

on



Amerika kebelakangan ini semakin terdesak dihantui kerenah Tehran yang diterajui Ahmedinejad. Sebelum Presiden Iran itu ‘mengamuk’ di PBB menghentam Obama dan sekutunya sehingga 27 perwakilan keluar dewan dan kelmarin Ahmedinejad membuka semula laluan udara antara Tehran dengan Kaherah Mesir.

"Kami terus mendesak negara negara Islam, termasuk Mesir, untuk tidak menjalin kerjasama baru dengan Iran sehingga Tehran mematuhi tuntutan antarabangsa," kata Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Amerika, Mark Toner, Khamis lalu 7/10/2010

Laluan udara kedua Negara itu akan dibuka pada ahad ini 10/10 setelah ditutup lebihkurang tiga dekat lepas setelah hubungan Iran-Mesir menjadi renggang apabila kekalahan Mohammad-Reza Pahlavi ditangan revolusi Islam yg memerintah Iran sekarang ini dimana bekas presiden Mesir Anwar Sadat menerima Reza Pahlavi tinggal di Negara nya serta kerajaan Mesir membuat hubungan diplomatic dengan Israel.

Kemarahan Amerika terhadap Iran semakin meningkat apabila Iran enggan membubarkan program nuclear nya yg dianggap Iran bakal membina senjata walau dinafikan dan pada 1995 Amerika melarang syarikat pembuat altganti kapalterbang seluruh dunia menjual alatan kepada Iran.

Yang nyata sekarang ini gelagat Tehran semakin menggusarkan Obama dengan keletah Iran mengunkit kembali peristiwa WTC dan esok membuka semula jalur penerbangan dengan Mesir. – mjr ref:radioiran/Ind

Pakatan Rakyat,Goodbye Putrajaya....???

on




Ketika artikel ini ditulis,tarikh 8 Mac 2008 telah meninggalkan kita dua tahun tujuh bulan yang lalu.Ertinya,selama itulah juga tsunami politik yang melanda negara telah meninggalkan kita.Penulis membawakan angka berkenaan tempoh masa ini adalah untuk kita berfikir,adakah momentum Pakatan Rakyat tersebut akan terus kekal sehingga pilihanraya umum ke-13 ataupun ianya bakal surut begitu sahaja?Penulis meramalkan pilihanraya umum tersebut akan diadakan setahun lebih daripada sekarang iaitu awal 2012.Hal ini kerana jika diikutkan sejarah pilihanraya Umum di Malaysia,kebiasaannya jarak antara dua pilihanraya kebiasaannya adalah selama empat tahun.Ombak ada pasang surutnya.Adakalanya ia menggulung ganas,adakalanya ia bergerak sepi.Itulah ombak.Tsunami itu ombak,dan ombak belum tentu tsunami.

Persoalannya,apakah gelombang yang bakal berlaku dalam pilihanraya yang akan datang?Tsunami politik atau sekadar ombak halus?Adakah sejarah cemerlang Pakatan Rakyat akan diulang semula dalam pilihanraya umum yang akan datang?Itulah yang sukar pada pandangan penulis.Ingatkah lagi tatkala gempa menggegarkan Acheh dan gelombangnya terpukul ke laut kita enam tahun yang lalu?Rentetan daripada peristiwa tersebut,alat-alat pengesan tsunami mula dipasang di negara kita dan sehingga kini kebolehan alat tersebut belum teruji.Dan apa pula kena mengena antara alat pengesan tsunami dengan politik negara?Nah,mari kita lihat.Selepas negara dipukul gelombang,kerajaan yang sebelum itu tidak mempedulikan tentang bahaya tersebut,namun setelah tsunami melanda,persiapan mula dibuat.Berbalik kepada Barisan Nasional,setelah mereka teruk dipukul gelombang,adakah mereka hanya akan mendiamkan diri begitu sahaja?Semestinya telah ada benteng yang mereka buat.

Jelas atau tidak,benteng yang penulis maksudkan tadi adalah Perkasa.Seperti yang ditulis oleh Chegubard baru-baru ini,Perkasa tidak boleh dipandang enteng.Malah,Najib sendiri secara isyarat mengatakan betapa negara akan "kacau-bilau" jika PR memerintah.Masalahnya siapa yang akan menjadi "tukang kacau" tersebut?Di sini,terletak kepada kebijaksanaan pembaca untuk menilai.Mungkin pada kita di belah sini,kita merasakan tidak banyak perubahan yang dilakukan Najib untuk mengembalikan sokongan rakyat kerana ianya dibuat secara tersurat dan tersirat.Tahukah kita kenapa ditubuhkan Perkasa?Kerana UMNO mahu orang Melayu  kekal bersama mereka.Sebab itulah mereka sentiasa meniup api perkauman dan tidak kisah orang Cina dan India condong ke arah Pakatan Rakyat.Kerana apa?Kerana dalam pilihanraya umum yang lalu secara jelas dapat dilihat bahawa BN masih punya majoriti di Parlimen walaupun hampir keseluruhan kerusi Cina dan India ditembus Pakatan Rakyat.

Bagi mengekalkan survival politik mereka,prinsip mencegah lebih baik daripada mengubati telah UMNO laksanakan.Tidak banyak harapan yang diberikan kepada MCA dan MIC untuk mengembalikan sokongan rakyat kerana bagi UMNO,parti-parti ini telah damage.Oleh sebab itulah,apa yang dibuat sekarang adalah untuk mencegah pengundi Melayu berpaling tadah.Dan jika kita sedar,setakat ini masih belum ada faktor yang besar untuk orang Melayu menolak UMNO.Bagi penulis,UMNO tidak berusah ke arah lebih baik kerana ianya sukar,namun sudah cukup dengan mereka mengekalkan situasi tahun 2008 di mana walaupun mereka kalah di lima negeri tetapi mereka masih menguasai Persekutuan dan itulah yang lebih bermakna.

Bagi menyokong hujah penulis ini,penulis bawakan laporan kajian populariti yang telah dibuat oleh Universiti Islam Antarabangsa baru-baru ini.Berikut adalah hasil kajian tersebut:



Jika diambil kira statistik yang telah dibuat oleh UIAM tersebut,Pakatan Rakyat ada asasnya untuk bimbang akan perkara ini.Penulis yakin betapa ada di antara kita akan mempersoalkan hasil kajian ini.Hal ini kerana mana-mana kajian dan tinjauan tidak akan tepat 100 peratus memandangkan akan ada faktor penolak dan penarik yang tersendiri.Namun sebagai seorang yang rasional,kita perlu menerima kajian  ini secara positif.Oleh itu,eloklah kiranya pandangan Profesor Abu Hassan dipetik kembali.Semasa beliau melakukan tinjauan kecenderungan pengundi dalam Pilihanraya Hulu Selangor,beliau menyeru rakan-rakan facebooknya turut sama melakukan kajian serupa.Lalu,penulis telah mempersoalkan tindakan tersebut kerana ianya hanya akan mengurangkan ketepatan soal selidik tersebut.Namun,Profesor Abu Hassan menjawab betapa ketepatan satu-satu kaji selidik bukanlah perkara terpenting,namun apa yang lebih penting adalah data-data yang dikeluarkan demi penambahbaikan terhadap tujuan kajian itu dibuat.

Maknanya,Pakatan Rakyat perlu melihat kajian ini secara positif dan menerimanya.Segala perincian yang dibuat sebenarnya berguna untuk proses penambahbaikan terhadap melonjakkan sokongan rakyat.Sebagai satu strategi,kajian ini boleh membantu kita melihat sejauh mana pentadbiran Pakatan Rakyat diterima oleh rakyat.Bagi penulis,masih ada baki setahun lebih untuk Pakatan Rakyat bersiap sedia bagi menyediakan momentum yang secukupnya untuk menuju ke Putrajaya.Namun,masalah utama Pakatan Rakyat pada hari ini adalah hanya menzahirkan impian,namun perancangan yang tersusun masih lagi kurang.Penulis sendiri hairan mengapa setiap parti dalam pakatan Rakyat bertindak mengeluarkan manifesto secara berasingan di mana baru-baru ini DAP telah mengeluarkan kenyataan secara bersendirian mengenai janji-janji jika DAP berjaya ke Putrajaya.(http://www.malaysiakini.com/news/139972).Hal ini secara tidak langsung membuktikan betapa masih ada kesangsian antara ketiga-tiga parti dalam komponen Pakatan Rakyat di mana PKR mungkin menjanjikan habuan yang lain manakala Pas menjanjikan yang lain pula.

Oleh itu,marilah kita bersama-sama merapatkan saf,bersama menuju Putrajaya.Masih ada dua tahun lima bulan sebelum PRU 12 tamat tempoh.Fikir-fikirkan.


ATAU


Selepas Saiful Gagal, Rahimi Digunakan Untuk Bunuh Karektor Anwar....???

on

Rahimi ‘bom jangka ‘ bunuh karakter Anwar ?





KUALA LUMPUR, 9 Okt — Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub menegaskan, musuh Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menggunakan bekas pembantunya Rahimi Osman sebagai “bom jangka C4” untuk membunuh karakter politik ketua pembangkang itu selepas “gagal” mempergunakan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Rabu lalu, Rahimi mendakwa dia telah dipaksa oleh pemimpin dan peguam PKR agar menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes liwat melibatkan Anwar sekarang.

“Dalam firasat saya, kalau Saiful Bukhari gagal dijadikan sebagai peluru hidup untuk membunuh Anwar, Rahimi dengan apa cara sekalipun mesti dijadikan bom jangka C4 untuk membunuh karakter Anwar,” kata Mustaffa dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Oleh itu kata Mustaffa, beliau melihat konspirasi terbaru melibatkan Rahimi ini tidak patut dipandang remeh oleh semua pihak, terutama rakyat.


“Kita sudah tahu, Rahimilah dalang membawa Saiful Bukhari menjadi salah seorang pegawai khas Anwar.

“Tetapi, persoalan yang lebih penting yang tidak pernah kita semua perbincangkan, siapakah yang membawa Rahimi masuk ke ibu pejabat PKR dan menjadi pegawai khas Anwar?” kata beliau.

Calon timbalan presiden PKR ini menambah, alangkah liciknya mainan pembesar-pembesar Umno sehingga anggota parti pun tidak dapat menghidu rancangan busuk dan tidak bermaruah ini.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider semalam, Rahimi sambil mempertahankan tindakannya mempertikaikan status dua akuan bersumpah yang menurutnya telah dipaksa menandatanganinya dua tahun lalu menegaskan, dia tidak berniat mahu mengganggu kes liwat kedua dilalui Anwar, yang juga penasihat PKR, sekarang.

Bekas pembantu Anwar itu yang dihubungi The Malaysian Insider hari ini berkata, dia hanya mahu membetulkan “kesilapan” yang dia telah lakukan sebelum ini.

“Saya tiada niat untuk mengganggu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya juga tiada hak untuk menuduh Anwar atau Saiful bersalah ataupun membuat tuduhan-tuduhan palsu,” kata Rahimi.

“Saya hanya membuat laporan ini kerana saya mahu membetulkan kesilapan-kesilapan masa lalu,” kata Rahimi.

Rahimi mendakwa dia telah dipaksa mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes liwat Anwar dengan menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008.

Rahimi mendakwa dia telah dipaksa oleh peguam-peguam Anwar termasuk Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya.

Rahimi berkata dia telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008, yang mendakwa Najib dan Rosmah mendalangi konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat melibatkan bekas pembantunya, Mohd Saiful.

Dalam kenyataan hari ini, Mustaffa yang juga Pengerusi Akademi Latihan PKR menambah, selepas ini beliau sangat yakin orang-orang Najib-Rosmah akan tuduh parti ini tidak bermaruah dan bermasalah.

“Saya sangat yakin orang-orang Najib mahu rakyat melihat parti ini sudah didalangi dalang-dalang politik busuk yang bermasalah.

“Angkat Politik Nilai, tolak dalang politik busuk seperti ‘arwah’ Rahimi dan ‘arwah’ Saiful Bukhari!” katanya lagi.

Mustaffa juga yakin Najib dan Rosmah tidak akan tampil mempertahankan diri apabila Rahimimemburuk-burukkan parti PKR dan peribadi Anwar.

“Saya sangat yakin Najib dan Rosmah terlibat dalam konspirasi ini,” katanya.

Mustaffa juga yakin kenyataan Rahimi menuduh Latheefa dan Saiful Izham Ramli memaksanya menamakan Najib-Rosmah dalam akuan bersumpah keduanya itu semata-mata untuk melindungi kepentingan Najib-Rosmah.

“Rakyat dan anggota parti mahu diperbodohkan lagi dengan memadamkan nama kedua-dua peribadi misteri ini.

“Tidakkah kita hairan Rahimi boleh menafikan akuan bersumpahnya selepas dua setengah tahun beliau membuat akuan itu?

“Tidakkah kita hairan, mengapa Rahimi beriya-iya memadamkan nama

Najib-Rosmah dalam akuan bersumpahnya sekarang?” kata beliau sambil menambah, tidakkah “kita hairan, mengapa Najib-Rosmah begitu berdiam diri dan sangat defensif walhal Rahimi bermati-matian cuba memadamkan nama kedua-dua peribadi itu dalam akuan bersumpahnya.”

Katanya, beliau yakin Rahimi dipaksa membuat tuduhan itu agar rakyat tidak terus menganggap Najib-Rosmah terbabit dalam mencatur Saiful mengenakan Anwar.

Beliau mendakwa mereka mahu Anwar ke penjara dengan apa cara sekalipun kerana Umno sendiri percaya Anwar mampu membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.


Bukti ADUN lindungi suspek bunuh Sosilawati...???

on




Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri didakwa melindungi suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.
Ahli Parlimen S Manikavasagam berkata beliau mempunyai bukti wakil rakyat itu mempunyai kaitan dengan suspek tersebut.

Adalah dipercayai, suspek itu juga terbabit dalam beberapa kes orang hilang sebelum ini.
Manikavasagam berkata beliau hanya akan mendedahkan identiti wakil rakyat itu bila tiba masanya.
"Saya mempunyai bukti, dan saya akan dedah siapa yang terlibat. Saya akan dedah!" kata Manikavasagam.

Sebelum ini, ahli Parlimen itu dibidas polis kerana menganggu siasatan, semasa beliau berkata mahu membawa isteri salah-seorang mangsa suspek ke lokasi pembunuhan.
Manikavasagam berkata, beliau tidak boleh mengelak apabila isteri kepada Allal Kathan Muturaja itu datang menemuinya, meminta pertolongan.

"Usharani datang dari India mencari saya untuk meminta bantuan. Beliau hubungi saya dan saya bantu. Tetapi saya kesal bila dibidas polis, yang kata saya campur siasatan. Saya sekadar mahu membantu dan polis sekurang-kurangnya patut berterima-kasih," kata Manikavasagam.

Beliau turut memaklumkan, Usharani yang telah pulang ke India akan kembali ke Malaysia untuk membawa lebih banyak bukti bagi membantu siasatan polis.
"Usharani akan kembali ke Malaysia. Dia nak bawa bukti, dan saya mahu bantu. Usharani akan bagi kerjasama dengan polis," ujar Manikavasagam.


Galas: SPR Jawab Nik Aziz Isu Tarikh Mengundi

on


Memang Kurang Ajar SPR Nie..




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membidas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mendakwa suruhanjaya itu bersifat pilih kasih dan tidak sensitif apabila menetapkan 4 November sebagai tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangn Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat apa-apa keputusan berhubung penetapan tarikh penamaan calon ataupun pembuangan undi.

Jelas beliau, keupayaan pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam DUN Galas merupakan keutamaan utama yang diberi perhatian oleh SPR.

"Perkara yang paling penting ialah sama ada tarikh yang dipilih itu bersesuaian serta tidak menyusahkan pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekesalan Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berhubung pemilihan tarikh mengundi yangbertembung dengan persidangan DUN negeri yang bermula 1 November depan.

Malah Mursyidul Am PAS itu menganggap SPR tidak menghormati sidang DUN dan seolah-olah sengaja memberi kelebihan kepada Umno.

Mengulas lanjut Wan Ahmad berkata, dakwaan bahawa SPR hanya mengambil kira tarikh yang bersesuaian dengan Umno iaitu selepas Perhimpunan Agung yang berlangsung dari 19 hingga 23 Oktoberini adalah tidak benar.

Sebaliknya beliau menegaskan bahawa SPR juga pernah mengambil kira tarikh berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS ke-54 yang diadakan pada 2008 iaitu semasa berlakunya kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

"Ini masalahnya... mereka mudah lupa perkara yang SPR lakukan yang berpihak kepada mereka. Sebaliknya mereka akan tuduh kita macam-macam kalau ia berpihak kepada parti lain.

"Kita pernah ambil kira mengenai Muktamar PAS ketika itu, dan kali ini kebetulan Umno mengadakan perhimpunan agung mereka, jadi ia turut diambil kira oleh SPR," katanya.

Selain itu Wan Ahmad berkata, soal tidak menghormati sidang DUN tidak timbul kerana ia hanya melibatkan beberapa pemimpin parti itu.

"Sidang DUN bukan melibatkan semua pemimpin PAS, ada ramai lagi jentera mereka yang boleh menjalankan aktiviti berkempen.

"Malah kebanyakan aktiviti ceramah diadakan pada waktu malam, jadi mereka yang terlibat dengan sidang DUN boleh mengambil tempat untuk berkempen di waktu malam," katanya. -mstar

Ulasan GB

Tidak seperti selazimnya, pengumuman tarikh pilihanraya atau plihanraya kecil biasanya diumumkan oleh Pengerusinya sendiri iaitu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Tetapi kali ini ia diumumkan oleh Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, seorang anak Kelantan.

Mengenai tarikh mengundi bagi PRK Galas yang jatuh pada 4 November memamng ketara terlalu berpihak kepada UMNO BN. Terlebih lagi ianya dilakukan sewaktu DUN Kelantan sedang bersidang.

Jawapan Datuk Wan Ahmad mudah, ia hanya melibatkan beberapa pemimpin parti itu.

Persoalan kini DUN Kelantan tidak dihormati sebagai sebuah insitusi penting di dalam sebuah kerajaan negeri, dalam konteks ini kerajaan Kelantan.

Wan Ahmad dilihat cuba memusingkan fakta dan mengelirukan rakyat.

Sebarang persidangan DUN dirasmikan oleh Sultan sesebuah negeri, dansebarang ganggu-gugat perjalan persidangan itu sebenarnya tidak menghormati malah mencemari Sultan di negeri berkenaan.

Ia bukan persoalan ramai atau tidak keterlibatan pemimpin yang ada di dalam pilihanraya yang diadakan, tetapi menyangkut persoalan SPR tidak menghormati sebuah institusi yang paling penting di dalam sesebuah negeri selepas institusi raja.

Hairan, seorang penjawat awam boleh bertindak sedemikian rupa semata-mata untuk melaksanakan agendanya bagi memberikan kelebihan kepada UMNO BN supaya menang di dalam PRK berkenaan.

Mungkin sebagai persediaannya untuk cepat menggantikan tempat pengerusi SPR yang akan bersara.

Tetapi, kita yakin, perencanaannya itu akan digagalkan Tuhan Yang Maha Berkuasa.

P185 BATU SAPI :- AYUH PR LAKUKAN KEJUTAN......???

on

Analisis PRK Batu Sapi..PR Ada Ruang Untuk Lakukan Kejutan

P185 BATU SAPI
Jumlah Pengundi: 26,004
Peratusan Kaum: B/I: 60.14% B/B/I: 2.31% C: 37.21% L: 0.34%
1. Edmund Chong Ket Wah (BN) (9,479)
2. Chung Kwong Win (Bebas) (5,771)
Majoriti: 3,708
Jumlah undi: 15,980
Peratus mengundi: 61.45%
Undi rosak: 730
Penyandang: Edmund Chong Ket Wah (BN)
(Majoriti: )
Menang tanpa bertanding

PRK Batu Sapi sudah pasti akan dilangsungkan tak lama lagi. Nak tak nak, BN kena berhadapan dengan siri PRK yang ke -13 kerana mengikut perlembagaan, PRK perlu diadakan 60 hari selepas Speaker Dewan laporkan kekosongan luar jangka iaitu kematian mengejut ahli Parlimen. Ini peruntukkan Perkara 54 tersebut.
Perkara 54. Kekosongan di dalam Dewan Negara dan kekosongan luar jangka.
1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Fasal (3), apabila terdapat sesuatu kekosongan di kalangan ahli Dewan Negara atau sesuatu kekosongan luar jangka di kalangan ahli Dewan Rakyat, maka kekosongan atau kekosongan luar jangka itu hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh dipastikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara bahawa ada kekosongan atau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa ada kekosongan luar jangka, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan suatu pilihan raya hendaklah diadakan atau suatu pelantikan hendaklah dibuat dengan sewajarnya:
Dengan syarat bahawa kegagalan membuat apa-apa pelantikan sedemikian dalam tempoh yang dinyatakan dalam Fasal ini tidaklah menidaksahkan apa-apa pelantikan yang dibuat di luar tempoh itu:

Dengan syarat selanjutnya bahawa, jika kekosongan luar jangka di Dewan Rakyat dipastikan pada suatu tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh Parlimen akan terbubar
Jadi sememangnya akan wujud PRK nanti. Apa yang nak difokuskan di sini ialah adakah Pakatan Rakyat mampu untuk membuat kejutan dalam PRK kali ini? Ikuti jawapannya di akhir penulisan saya ini..

Dalam PRU 2008, calon BN, Edmund Chong Ket Wah (BN) telah mendapat 9,479 undi dengan menewaskan calon Bebas, Chung Kwong Win (Bebas) yang mendapat 5,771 undi. Majoritinya adalah 3,708 undi. Apa yang menariknya ialah saingan sengit dalam antara BN dan PR serta Bebas dalam 2 buah dun di dalam Parlimen ini. Iaitu Dun Karamunting dan Dun Sekong.
Walaupun kedua-dua dun itu dimenangi oleh BN, tapi dun Karamunting nyaris-nyaris dimenangi pembangkang jika tiada pertandingan 4 penjuru. Jika dicampur undi yang diperolehi oleh PKR, DAP dan Bebas iaitu sebanyak 3,716 undi, jelas bahawa BN hanya menang majoriti tipis sahaja iaitu 1,455 undi (5,171 (BN) - 3,716). Lagipun kerusi itu menyaksikan sebanyak 53.08% pengundi Cina. Sesuatu yang menggusarkan BN akhir-akhir ini.

N43 SEKONG
Jumlah Pengundi: 11,308
Peratusan Kaum: B/I: 81.05% B/B/I: 2.22% C: 16.58%
1. Datuk Shamsuddin Yahya (BN) (4,271)
2. Datuk Nahalan Damsal (PKR) (2,082)
3. Mansor Mursalim (Bersekutu) (242)
Majoriti: 2,189
Jumlah undi: 6,876
Peratus mengundi: 60.81%
Undi rosak: 281
Penyandang: Datuk Shamsuddin Yahya (BN)
(Majoriti: )
Menang tanpa bertanding
N44 KARAMUNTING
Jumlah Pengundi: 14,696
Peratusan Kaum: B/I: 44.06% B/B/I: 2.38% C: 53.08%
1. Peter Pang En Yin (BN) (5,171)
2. Sak Cheong Yu (Bebas) (1,455)
3. Tan Shu Tee (PKR) (452)
4. Chok Kon Tack (DAP) (1,809)
Majoriti: 3,362
Jumlah undi: 9,158
Peratus mengundi: 62.32%
Undi rosak: 271
Penyandang: Datuk Wong Lien Tat (BN)
(Majoriti: 1,579 undi)

Dan jika diikutkan bagi kerusi Parlimen, jelas bahawa Pembangkang atau bebas sepatutnya mendapat 6040, bukannya 5,771. 6,040 adalah diperolehi daripada jumlah semua undi yang PR dapat di dua kerusi dun di bawah Parlimen Batu Sapi (Sekong (2,324) tambah dengan Karamunting (3,716). Jadi majority hanyalah 3,439, bukannya 3,708 yang diperolehi oleh BN dalam PRU 2008. Majoriti 3 ribu bukan mustahil untuk PR kejar kerana ikut pengalaman di Sibu, pada awalnya PR pun kalah dengan majoriti 2 ribu lebih sebelum menang dengan majoriti 6 ratus lebih.

Lagipun pada PRU 2008, hanya 61.45% pengundi atau 15,980 daripada 26,004 pengundi sahaja keluar mengundi. Maknanya 10,024 yang tak kuar mengundi. Ini angka yang mengejutkan. Janganlah SPR jadi bodoh piang, buat hari pengundian waktu bekerja sudahlah. Lagi kurang rasanya peratusan mengundi. Jadi tak mustahil untuk PR dapat undi daripada mereka yang tak keluar mengundi ini.

Satu lagi adalah berkaitan dengan komposisi pengundi. Jelas bahawa kaum bumiputeraadalah pengundi majoriti iaitu sebanyak 60.14%, diikuti kaum cina sebanyak 37.21%. Tapi dilihat pada peratusan kaum Cina yang hamper 40 peratus ini, tak mustahil PR boleh lakukan kejutan.
Ditambah dengan isu-isu tempatan dan nasional, maka tak mustahil PR boleh capai kemenangan sepertimana di Sibu. Cuma calon dan isu sahaja yang penting untuk PR rampas kerusi Parlimen ini. Dan calon BEBAS perlu berkompromi dengan PR untuk tumbangkan BN. Sama ada calon PKR atau DAP, perlulah dilihat aspek moral dan ketelusan. Rasanya calon DAP lebih layak untuk bertanding kerusi ini kerana sudah pasti BN akan letakkan calon berbangsa Cina dalam PRK nanti, sama bangsa seperti mendiang. Jadi mungkin tsunami di Sibu akan beralih pula ke Batu Sapi..mudah-mudahan..

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List