PRK Galas: Umno tak jadi letak Ku Li sebagai calon.....???

on Oct 9, 2010


WarkahDaily – Tarikh pilihanraya belum lagi diumum, tapi juak-juak Umno dah pun berkira-kira nak meletak Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Umno di Dun Galas.

Memang diketahui umum, Umno beriya mahu meletak Ku Li kerana mahu mengambil kesempatan pengaruh Ku Li di kawasan berkenaan.

Namun sehingga kini, Ku Li belum lagi menerima permintaan beberapa pemimpin Umno itu walaupun ada antara mereka berlebihan memuji Ku Li adalah calon sesuai. Padahal sebelum itu, Ku Li menjadi antara sasaran cemuhan mereka apabila Ku Li menyokong kerajaan negeri Kelantan menuntut royalti minyak dari kerajaan pusat.

Nak terima ke tak nak, terpulang kepada Ku Li, bahkan tidak sedikit pun menjadi kudis kepada PAS yang bakal mempertahankan kerusinya itu selepas kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September lepas.

Pemimpin PAS bertegas, siapa sahaja calon Umno, PAS tetap lawan habis-habisan. Jadi ianya bukanlah halangan jika betul Ku Li mahu menyahut cabaran menjadi calon.

Tapi, yang ingin dibawa penulis, apakah beberapa pemimpin Umno negeri (Kelantan) yang lain akan berdiam diri jika betul Ku Li akan dicalonkan di kawasan itu walaupun pada luarannya mereka ini dilihat memberi sokongan terhadap cadangan mencalonkan Ku Li.

Bagaimana Datuk Mustafa Mohamed yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan telah pun secara sinis memberi teguran agar hentikan spekulasi calon Umno. Ketika itu Ku Li dilihat terus diwar-warkan calon Umno.

Kenapa Datuk Pa mahu menghentikan spekulasi itu? Apakah Datuk Pa ingin orangnya bertanding di kawasan berkenaan?

Perkara ini sudah menjadi kebiasaan dalam Umno iaitu ‘cantas-mencantas’. Masing-masing mahu meletakkan orang dari teamnya sebagai calon. Lebih-lebih lagi Datuk Pa ialah pengerusi Umno Kelantan. Sudah pasti dia mahu menguatkan kedudukannya sebagai pengerusi Umno.

Dalam semua Umno duk sokong Ku Li sebagai calon, ada Umno kawasan luar Kelantan mahu sebaliknya.

Umno bahagian Ceras telah pun menyatakan, Ku Li bukanlah calon yang sesuai di kawasan itu jika dilihat kepada kedudukan dan ketokohan, karisma dan pengalamannya masih diperlukan di peringkat nasional.

“Hentikan spekulasi Tengku Razaleigh Hamzah dicalonkan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan (DUN) Galas,” kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Cheras, Syed Mehdhar Syed Abdullah.

Beliau juga turut membuat tuduhan kononnya spekulasi itu adalah permainan PAS untuk memecah belahkan pemimpin Umno.

Katanya, pihak pembangkang terutama PAS sengaja menyebarkan cerita kononnya hanya Tengku Razaleigh layak bertanding di DUN Galas jika UMNO ingin meraih kemenangan.

“Ini semua taktik Pas untuk pecahbelahkan UMNO dan malangnya kita (pemimpin UMNO) terus terikut-ikut dengan dakyah yang mereka sebarkan itu,” ujarnya lagi.

Laporan akhbar dua hari lepas, setiausaha Umno Gua Musang, Abdul Aziz Yusof, 49, adalah antara nama yang disebut-sebut sebagai bakal calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

Satu lagi nama yang timbul ialah Naib Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Zamzani Harun, 39.

Dua yang bakal dicalonkan itu tidak diketahui cadangan siapa dan melalui ‘team’ mana.

Namun bagi pihak Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula, beliau berkeinginan mahu meletak Ku Li sebagai calon Dun Galas.

Laporan Umno-online, Muhyiddin menegaskan Ku Li adalah calon Umno Dun Galas yang paling layak bertanding.

‘‘Kita mengiktiraf kewibawaan beliau (Ku Li). Siapakah orang yang lebih layak kalau tidak Tengku Razaleigh khususnya di Gua Musang, selain politik di peringkat nasional?, “jelas Muhyiddin di Sydney yang ketika ini dalam rangka lawatan rasmi ke Australia selama lima hari.

Namun keputusan berada di tangan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib dijangka akan membuat pertemuan dan berbincang dengan Tengku Razaleigh ketika perjumpaan di parlimen Isnin ini.

Namun pertembungan dalam meletak siapakah calon yang sesuai untuk berhadapan calon PAS masih lagi menjadi teki-teki walaupun masing-masing mempunyai kehendak yang berlainan lebih-lebih lagi beberapa pemimpin Umno Kelantan yang berasakan kedudukan mereka tergugat di negeri itu jika Ku Li diberi peluang itu.

Apa-apa pun, tunggu keputusan pertemuan Najib dan Ku Li Isnin ini. Bagi penulis, sebarang keputusan mungkin akan meletakkan pertembungan ‘team’ dalam Umno Kelantan semakin panas.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List