Pakatan Rakyat,Goodbye Putrajaya....???

on Oct 9, 2010




Ketika artikel ini ditulis,tarikh 8 Mac 2008 telah meninggalkan kita dua tahun tujuh bulan yang lalu.Ertinya,selama itulah juga tsunami politik yang melanda negara telah meninggalkan kita.Penulis membawakan angka berkenaan tempoh masa ini adalah untuk kita berfikir,adakah momentum Pakatan Rakyat tersebut akan terus kekal sehingga pilihanraya umum ke-13 ataupun ianya bakal surut begitu sahaja?Penulis meramalkan pilihanraya umum tersebut akan diadakan setahun lebih daripada sekarang iaitu awal 2012.Hal ini kerana jika diikutkan sejarah pilihanraya Umum di Malaysia,kebiasaannya jarak antara dua pilihanraya kebiasaannya adalah selama empat tahun.Ombak ada pasang surutnya.Adakalanya ia menggulung ganas,adakalanya ia bergerak sepi.Itulah ombak.Tsunami itu ombak,dan ombak belum tentu tsunami.

Persoalannya,apakah gelombang yang bakal berlaku dalam pilihanraya yang akan datang?Tsunami politik atau sekadar ombak halus?Adakah sejarah cemerlang Pakatan Rakyat akan diulang semula dalam pilihanraya umum yang akan datang?Itulah yang sukar pada pandangan penulis.Ingatkah lagi tatkala gempa menggegarkan Acheh dan gelombangnya terpukul ke laut kita enam tahun yang lalu?Rentetan daripada peristiwa tersebut,alat-alat pengesan tsunami mula dipasang di negara kita dan sehingga kini kebolehan alat tersebut belum teruji.Dan apa pula kena mengena antara alat pengesan tsunami dengan politik negara?Nah,mari kita lihat.Selepas negara dipukul gelombang,kerajaan yang sebelum itu tidak mempedulikan tentang bahaya tersebut,namun setelah tsunami melanda,persiapan mula dibuat.Berbalik kepada Barisan Nasional,setelah mereka teruk dipukul gelombang,adakah mereka hanya akan mendiamkan diri begitu sahaja?Semestinya telah ada benteng yang mereka buat.

Jelas atau tidak,benteng yang penulis maksudkan tadi adalah Perkasa.Seperti yang ditulis oleh Chegubard baru-baru ini,Perkasa tidak boleh dipandang enteng.Malah,Najib sendiri secara isyarat mengatakan betapa negara akan "kacau-bilau" jika PR memerintah.Masalahnya siapa yang akan menjadi "tukang kacau" tersebut?Di sini,terletak kepada kebijaksanaan pembaca untuk menilai.Mungkin pada kita di belah sini,kita merasakan tidak banyak perubahan yang dilakukan Najib untuk mengembalikan sokongan rakyat kerana ianya dibuat secara tersurat dan tersirat.Tahukah kita kenapa ditubuhkan Perkasa?Kerana UMNO mahu orang Melayu  kekal bersama mereka.Sebab itulah mereka sentiasa meniup api perkauman dan tidak kisah orang Cina dan India condong ke arah Pakatan Rakyat.Kerana apa?Kerana dalam pilihanraya umum yang lalu secara jelas dapat dilihat bahawa BN masih punya majoriti di Parlimen walaupun hampir keseluruhan kerusi Cina dan India ditembus Pakatan Rakyat.

Bagi mengekalkan survival politik mereka,prinsip mencegah lebih baik daripada mengubati telah UMNO laksanakan.Tidak banyak harapan yang diberikan kepada MCA dan MIC untuk mengembalikan sokongan rakyat kerana bagi UMNO,parti-parti ini telah damage.Oleh sebab itulah,apa yang dibuat sekarang adalah untuk mencegah pengundi Melayu berpaling tadah.Dan jika kita sedar,setakat ini masih belum ada faktor yang besar untuk orang Melayu menolak UMNO.Bagi penulis,UMNO tidak berusah ke arah lebih baik kerana ianya sukar,namun sudah cukup dengan mereka mengekalkan situasi tahun 2008 di mana walaupun mereka kalah di lima negeri tetapi mereka masih menguasai Persekutuan dan itulah yang lebih bermakna.

Bagi menyokong hujah penulis ini,penulis bawakan laporan kajian populariti yang telah dibuat oleh Universiti Islam Antarabangsa baru-baru ini.Berikut adalah hasil kajian tersebut:



Jika diambil kira statistik yang telah dibuat oleh UIAM tersebut,Pakatan Rakyat ada asasnya untuk bimbang akan perkara ini.Penulis yakin betapa ada di antara kita akan mempersoalkan hasil kajian ini.Hal ini kerana mana-mana kajian dan tinjauan tidak akan tepat 100 peratus memandangkan akan ada faktor penolak dan penarik yang tersendiri.Namun sebagai seorang yang rasional,kita perlu menerima kajian  ini secara positif.Oleh itu,eloklah kiranya pandangan Profesor Abu Hassan dipetik kembali.Semasa beliau melakukan tinjauan kecenderungan pengundi dalam Pilihanraya Hulu Selangor,beliau menyeru rakan-rakan facebooknya turut sama melakukan kajian serupa.Lalu,penulis telah mempersoalkan tindakan tersebut kerana ianya hanya akan mengurangkan ketepatan soal selidik tersebut.Namun,Profesor Abu Hassan menjawab betapa ketepatan satu-satu kaji selidik bukanlah perkara terpenting,namun apa yang lebih penting adalah data-data yang dikeluarkan demi penambahbaikan terhadap tujuan kajian itu dibuat.

Maknanya,Pakatan Rakyat perlu melihat kajian ini secara positif dan menerimanya.Segala perincian yang dibuat sebenarnya berguna untuk proses penambahbaikan terhadap melonjakkan sokongan rakyat.Sebagai satu strategi,kajian ini boleh membantu kita melihat sejauh mana pentadbiran Pakatan Rakyat diterima oleh rakyat.Bagi penulis,masih ada baki setahun lebih untuk Pakatan Rakyat bersiap sedia bagi menyediakan momentum yang secukupnya untuk menuju ke Putrajaya.Namun,masalah utama Pakatan Rakyat pada hari ini adalah hanya menzahirkan impian,namun perancangan yang tersusun masih lagi kurang.Penulis sendiri hairan mengapa setiap parti dalam pakatan Rakyat bertindak mengeluarkan manifesto secara berasingan di mana baru-baru ini DAP telah mengeluarkan kenyataan secara bersendirian mengenai janji-janji jika DAP berjaya ke Putrajaya.(http://www.malaysiakini.com/news/139972).Hal ini secara tidak langsung membuktikan betapa masih ada kesangsian antara ketiga-tiga parti dalam komponen Pakatan Rakyat di mana PKR mungkin menjanjikan habuan yang lain manakala Pas menjanjikan yang lain pula.

Oleh itu,marilah kita bersama-sama merapatkan saf,bersama menuju Putrajaya.Masih ada dua tahun lima bulan sebelum PRU 12 tamat tempoh.Fikir-fikirkan.


ATAU


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List