Mungkin Kerana Tahu Berapa Banyak Wang Yang Bakal Turun, Akhirnya Ku Li Tergamak Menerima Jawatan Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Galas !!
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah(foto) menerima pelantikan sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Beliau berkata ia merupakan tanggungjawab sebagai anggota UMNO danKetua UMNO Bahagian Gua Musangselama hampir 50 tahun, selain anggota Parlimen kawasan berkenaan. Bagaimanapun, katanya, persoalan sama ada dilantik sebagai calon tidak timbul kerana beliau perlu bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razakserta bermesyuarat mengenai perkara itu Isnin depan. "Kita belum mengadakan mesyuarat pun. Kita bincang tadi, mungkin saya akan jumpa Perdana Menteri pada hari Isnin depan. "Selepas itu, kita akan mengadakan mesyuarat, dan selepas mesyuarat, kitaakan mengadakan sidang media, memaklumkan apa yang kita bincangkan dalam mesyuarat itu," katanya kepada pemberita.
Ku Li Di Sambut Bagai Seorang Pemimpin Hebat
Paling menarik untuk diperkatakan ialah, kepulangan Ku Li dari London tu disambut bagaikan seorang pemimpin hebat. Ramai pemimpin UMNO BN berpusu-pusu menyambutnya di di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ianya adalah satu senario yang sudah lama tidak kita lihat terhadap pemimpin itu sebenarnya. Masing-masing datang menyembah Ku Li, kerana mereka terpaksa akur dengan amanat pemimpin UMNO agar Ku Li dipilih sebagai Pengarah Pilihan Raya DUN itu nanti. Antara kelibat yang dilihat ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Mustapa Mohamed dan Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan dan beberapa orang pemimpjn BN dari MIC dan MCA. Pelantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akhir bulan lepas, kerana yakin dengan kepimpinan beliau yang amat berpengalaman, berpengaruh serta dihormati pengundi di kawasan itu. Pada Jumaat, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata Ku Li merupakan calon paling layak bertanding di DUN Galas berdasarkan kewibawaan beliau, khususnya di Gua Musang, selain dalam arena politik di peringkat nasional. Mengenai dakwaan PAS bahawa cadangan menamakan beliau sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu adalah tidak wajar selain merendahkan darjatnya, Ku Li berkata beliau menghormati pandangan parti pembangkang itu. Bagaimanapun, katanya, pandangan UMNO juga perlu dihormati parti pembangkang berkenaan. Berhubung cubaan PAS memutarbelitkan isu royalti minyak, Ku Li berkata ia adalah isu nasional dan perkara itu tidak boleh ditimbulkan kerana kerajaan PAS telah membawanya ke mahkamah. Katanya, tindakan membincangkan perkara itu adalah "sub judice"kerana kes tersebut belum didengar oleh mahkamah. Berhubung keyakinan PAS bahawa mereka akan terus menguasai kerusi DUN Galas itu, Ku Li berkata, "Kita tengoklah pada 4 Nov nanti".
[Usahlah kita terkejut dengan perkembangan ini. Ku Li tergamak menjual maruahnya yang dicaci dan diperlekehkan UMNO selama ini hanyalah kerana melihat berapa banyak wang yang akan turun di Galas dalam masa terdekat ini. Beliau tahu, jika ditolak maka sudah pasti orang lain yang akan sapu wang tersebut. Maka lebih elok diterima, kalah atau menang tidak menjadi halangan baginya. Apa yang penting, inilah masanya untuk merompak semula wang yang bakal ditaburkan kepada pengundi di pilihanraya kecil itu sebenarnya. Malah, kita juga tidak hairan kenapa UMNO Kelantan beriya-iya benar mahu bertanding disitu. Kerana mereka juga amatlah mengharapkan duit durian runtuh yang akan datang mencurah-curah tidak lama lagi. Maka itu, kenapa kita harus hairan dengan pendirian Ku Li ini. Beliau sepatutnya bersikap "Neutral" dan tidak terikut-ikut untuk terlibat secara langsung dengan pilihanraya kecil ini, tambahan beliau dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk mempertahankan hak-hak berhubung dengan isu royalti minyak. Tindakan dia menerima jawatan ini, akan mewujudkan jurang pemisah semula antara hubungannya dengan kerajaan negeri. Rakyat akan menjadi benci semula kepada Ku Li, selepas mereka sanggup menerimanya sebelum ini]. PDO
0 comments:
Post a Comment