Benci ayah kerana tak bagi harta

on Sep 8, 2011




Semasa balik kampung beraya baru-baru ni, terdengar cerita ada anak membenci ayahnya disebabkan si ayah tidak memberi harta kepada anak tersebut.

Setelah kematian ibu mereka beberapa tahun dulu, si ayah yang telah tua itu ingin menyerahkan tanah dan harta miliknya kepada anak-anaknya.

Tetapi si ayah telah membahagi-bahagikan hartanya mengikut tahap kasih sayangnya, anak yang dia sayang lebih dapat harta lebih, dan anak yang dia tak suka, langsung tak dapat apa.

Timbullah rasa tidak puas hati di kalangan anak-anaknya. Anak yang dapat sikit marah kepada adik beradik yang dapat lebih. Dan anak yang tidak dapat apa-apa pula membenci ayahnya kerana tidak bersikap adil.

Perbuatan si ayah yang dilihat tidak berlaku adil ini telah membuatkan sebahagian anak-anaknya benci kepadanya.

Patutlah Tuhan mengajarkan kepada kita semasa mendoakan ibubapa kita, kita disuruh berdoa, “Kasihanilah ibubapa ku seperti mereka mengasihani aku masa kecil dulu”.

Disebut perkataan ‘masa kecil’ kerana bila sudah besar, tidak semua ibubapa masih sayang kepada semua anak-anaknya, ada yang mereka masih sayang tetapi ada juga yang mereka kurang sayang atau tak suka.

Yang pastinya, tidak ada ibubapa yang tidak sayang kepada anak-anak mereka semasa kecil, ibubapa sanggup berkorban apa saja dan bersusah payah demi untuk membesarkan anak-anak mereka.

Begitulah juga dengan si ayah yang saya kisahkan di sini, dia adalah jiran saya di kampung dan tahu sangat perjalanan hidup beliau. Seingat saya si ayah tidak pernah mendapat rehat yang cukup, bekerja keras pagi petang untuk mendapatkan sesuap nasi dan menyediakan belanja untuk menyekolahkan anak-anaknya.

Saya melihat terlalu besar jasa si ayah ini, rasanya, kalaupun si ayah tidak memberi hartanya kepada si anak, masih tidak ada sebab untuk si anak membenci beliau, kerana memandangkan jasa yang telah disumbangkan oleh si ayah amatlah jauh lebih besar dan tidak akan sama nilainya dengan 10 ekar tanah pun.

Apa yang kita dapat atau tidak, sebenarnya adalah kehendak Tuhan jua, pemberian dari ayah itu adalah jalan untuk kita memperoleh harta itu sahaja. Mungkin ada hikmah yang hanya Tuhan saja yang tahu disebalik kenapa kita tidak dapat memiliki harta tersebut. Ayah hanyalah menjadi sebab, sedangkan Tuhan adalah penentu segala-galanya.

Kenangkanlah jasa ibubapa kita yang telah memberi kasih sayang sepenuhnya kepada kita semasa kecil dan telah bersusah payah untuk membesarkan kita. Semua itu tidak boleh diganti dengan nilai wang ringgit dan harta kekayaan.


Photobucket

KENAPA JAIS TAK SIASAT TAZKIRAH SATIM DIMAN...?

on

azlan



Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dicabar supaya menyiasat Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim yang memberikan tazkitah di sebuah masjid di Kampung Melayu Subang.

Cabaran tersebut dibuat oleh blogger Tulang Besi berdasarkan berita Sinar Harian pada 22 Ogos 2011 melaporkan Ketua Pembangkan Selangor, Satim Diman, telah memberi tazkirah di dalam sebuah masjid di Kampung Melayu Subang.

Mengikut laporan Sinar Harian itu:


Blogger itu menyebut bahawa laporan tersebut tidak dinafikan ataupun ditolak oleh Satim.

“Dan saya yakin Satim Diman tidak pernah mendapat tauliah untuk memberi ceramah agama ataupun khutbah.

“Yang hairannya, mengapa Satim Diman tidak disiasat Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor?

“Mengapa hanya Khalid Samad yang disiasat dan didakwa? Mengapa tauliah yang diberikan kepada Dr Rani Othman ditarik balik?” soalnya.

Justeru, beliau merasakan janganlah diharapkan Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bebas daripada politik.

“Saya rasa janganlah kita nak harap Jais dan Mais ni bebas dari politik.

“Saya yakin pernyataan YB Khalid Samad bahawa MaisS dan Jais adalah kubu terakhir Umno di Selangor adalah benar dan sangat benar,” tulisnya.

Tambahnya, teori Jais/Mais mahu membalas dendam terhadap Khalid Samad kerana mengagalkan perancangan Umno di dalam serbuan gereja (DUMC) semakin jelas kebenarannya.

Katanya, mungkin juga ini tindakan balas dendam kerana Khalid Samad antara yang lantang mendedahkan kelemahan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menyebabkan beberapa orang Islam terpaksa mengemis bantuan dari gereja.

Baginya, tidak seharusnya badan yang menjaga hal ehwal Islam di Selangor menggunakan kuasa mereka untuk membalas dendam sebegini.

“Mais dan Jais harus ingat hadis Nabi s.a.w. yang menyuruh kita takut kepada doa orang yang dizalimi.

“Dalam keadaan sekarang ini, Khalid Samad adalah dizalimi,” ujarnya.


Photobucket

SAFEE SALI KE CARDIFF CITY

on

safee sali cardiff city



Hebat! Itulah kata-kata yang harus diberikan kepada pemain-pemain Bola Sepak di Malaysia. Sebelum ini, BP ada melaporkan mengenai Kapten skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim bakal mencipta nama di bumi Eropah. Kali ini, penyerang sensasi negara, Safee Sali sah akan menjalani sesi ujian dan latihan dengan kelab Liga Kejuaraan England, Cardiff City sekali gus mencipta sejarah sebagai pemain pertama negara yang mendapat peluang menimba pengalaman di sana.

Dia akan menjalani sesi dengan pasukan utama kelab Bluebirds yang dimiliki warga Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee dari 12 hingga 27 September ini di bawah tawaran keemasan dan jarang diperoleh pemain negara.

Di bawah tawaran sekali seumur hidup itu, segala perbelanjaan penginapan, makan minum dan tiket penerbangan pergi balik buat penyerang sensasi negara itu akan ditanggung sepenuhnya oleh kelab yang diuruskan Malky Mackay dan ditubuhkan pada 1899 itu.

Pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim berkata, tawaran itu dimaklumkan sendiri Tien Ghee dalam pertemuan di sini, kelmarin.

safee sali cardiff city

"Datuk Chan memaklumkan saya mengenai tawaran tersebut dalam pertemuan kami di Kuala Lumpur, semalam (kelmarin). Beliau mengesahkan Safee akan berlatih dengan pasukan utama kelab itu.

"Saya menganggapnya satu peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan, kerana biasanya ramai yang memohon menjalani sesi itu dan sudah mencecah 1,000 orang sedangkan Safee diundang ke sana. Itu sudah cukup besar bagi saya.

"Buat masa ini kami tidak mahu menuntut sebarang bayaran sama ada dari segi elaun dan sebagainya sepanjang Safee di sana dan kami serahkan sepenuhnya kepada Cardiff City," kata Zakaria, bekas pengurus pasukan Selangor pada 2008 hingga 2009.

Mengenai sama ada kelab Safee sekarang, Pelita Jaya Indonesia sedia melepaskan Penjaring Terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 itu, katanya: "Saya lihat mereka memberi petanda positif kerana ia juga sebagai sebahagian persediaan tepat menghadapi Liga Super Indonesia, Oktober ini."

Zakaria bagaimanapun menegaskan, hanya Safee yang ditawarkan ke Cardiff City dan mengesahkan bahawa Tien Ghee tidak menyebut sama ada ketua pasukan negara, Safiq Rahim yang turut dikaitkan seperti yang dilaporkan beberapa media Malaysia, akhir bulan lalu.

Sebelum ini, pemain pertahanan Melaka dan Selangor serta kebangsaan pada era 80an hingga 90an, Lim Teong Kim pernah bermain dengan kelab Jerman, Hertha BSC Berlin pada 1987 dan kini menjadi penolong jurulatih pasukan remaja bawah 19 tahun Bayern Munich.



Photobucket

SIAPA DIBELAKANG TABIR.....?

on


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar)menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu memberi bukti jelas bahwa badan itu merupakan kubu ataupun benteng terakhir Umno dalam usaha menyekat pergerakan PAS.

Ini kerana, Jais mahu menyekat PAS dari mendekati rakyat terutamanya program keagamaan yang diadakan di masjid mahupun surau.
Khalid yang didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor semalam berkata demikian ketika mengulas tindakan Jais ke atas beliau itu.

“Saya melihat apa yang jua yang dilakukan oleh Jais ini hanyalah bermotifkan politik dan pendirian saya jelas bahawa Jais merupakan kubu Umno serta merupakan benteng terakhir mereka untuk menyekat segala pergerakkan yang dilakukan oleh PAS.

"Enakmen yang diguna pakai oleh mereka adalah yang digubal semasa pemerintahan mereka dan dengan cara ini sahajalah mereka dapat membuat apa yang mereka suka lebih-lebih lagi apabila sudah hampir dengan pilihanraya,” jelasnya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya di Kuala Terengganu mendakwa Umno terlibat di belakang operasi memeriksa yang dibuat Jais ke atas gereja methodist Damansara Utama.

Ekoran itu, Umno Selangor mahu menyaman beliau dan Mustafa menjawab beliau akan memberikan buktinya dalam mahkamah nanti.

Dalam pada itu, Khalid tidak menolak Jais bukan sahaja menyekat pergerakan PAS tetapi juga ingin menimbulkan masalah kepada Pakatan Rakyat.

“Jelas kerana semuanya bermotifkan politik dan Umno berada dalam ketakutan, mereka bukan sahaja ingin menghalang PAS tetapi juga ingin menimbulkan masalah kepada Pakatan Rakyat.

“Sepatutnya Intitusi ini bertujuan menyebarkan pengetahuan tentang Islam tetapi sekarang semuanya telah berubah mereka pula yang menghalang.

“Selama tiga tahun kita telah cuba mencorak Jais dengan pendirian Islam memerintah bukannya diperintah tetapi Jais tetap berkeras dengan pendirian lama mereka yang mahukan pentauliahan jika ingin menyampaikan tazkirah kecuali di rumah sahaja,” katanya lagi.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Saya akan terus lawan untuk menegakkan Islam walaupun terpaksa hilang keistimewaan sebagai Ahli Parlimen jika disabitkan dengan kesalahan tersebut.

“Kalau Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup kehilangan segala-galanya dalam mencari keadilan kepada gadis Melayu sebelum ini kenapa kita ingin takut untuk menegakkan Islam.

“Dari sudut undang-undang saya akan beri kerjasama sepenuhnya dan akan bersuara jika tindakan tersebut bertentangan dengan apa yang Islam inginkan,” sambungnya lagi.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadan pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.





Photobucket

Turki-Israel: Retak Menanti Belah

on




Pada 31 Mei tahun lalu,  komando Israel menyerang Mavi Marmara, salah sebuah kapal  flotila Gaza,    mengorbankan  sembilan nyawa, dengan lapan daripadanya rakyat Turki, manakala seorang lagi, rakyat Amerika keturunan Turki, dan berpuluh-puluh orang cedera.   Berikutan kejadian itu, Turki memanggil pulang dutanya dari Baitulmuqqadis, menghentikan latihan ketenteraan dengan Israel,  dan melarang pesawat tentera Israel menggunakan ruang udaranya.  Turki juga mengancam untuk memutuskan semua hubungan diplomatik jika Israel enggan memohon maaf, membayar pampasan kepada keluarga mangsa, dan menerima penyiasatan antarabangsa. Israel pula bertindak memanggil balik penasihat tenteranya dari Turki dan memberikan amaran rakyatnya melawat Turki, negara Islam  yang pernah menjadi sekutu padunya.  Israel juga enggan membayar pampasan atau memohon maaf.

Ketegangan hubungan antara kedua-dua buah negara itu mencapai tahap yang jarang-jarang berlaku.  Akibat yang tidak diduga daripada keganasan Israel itu  bukan sahaja mencetuskan kutukan dan kemarahan dunia, tetapi juga mendorong akhbar Israel, Haaretz mengisytiharkan "flotila Gaza mengemudi Israel ke dalam lautan kebodohan."  Serangan flotila Gaza ditafsirkan minggu yang mengubah politik Timur Tengah.  Tindakan Israel itu mencetuskan kemarahan antarabangsa, menggoncangkan hubungannya dengan sekutunya, Turki dan Amerika, dan mungkin membentuk semula diplomasi di rantau itu. 

Israel yang enggan memohon maaf kepada Ankara mereka-reka pelbagai alasan untuk mewajarkan dan menghalalkan tindakan komandonya itu. Setelah berbulan-bulan, akhirnya Israel dikatakan  membuat keputusan yang betul dengan memaklumkan bahawa negara itu akan bekerjasama dengan penyiasatan yang diketuai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Editorial The New York Times pada awal  Ogos tahun lalu menulis dengan penuh harapan bahawa penyiasatan yang telus dan boleh dipercayai mempunyai peluang untuk meredakan kemarahan antarabangsa terhadap peristiwa serangan itu dan mula membaiki hubungan Israel-Turki yang retak.  "Selama enam minggu selepas peristiwa flotila itu, Israel dan Turki saling mengancam antara satu sama lain dan terjebak ke dalam tangan golongan pelampau dan hampir-hampir memburukkan hubungan antara kedua-dua buah negara." 

Sesetengah anggota Kongres Amerika menambahkan lagi ketegangan dengan gembar-gembur anti-Turki dan mengancam untuk menghukum kerajaan Turki.  Editorial The New York Times pada awal Julai,  yang bersungguh-sungguh meredakan ketegangan,  mengingatkan bahawa Israel, Turki, dan Amerika Syarikat semuanya menanggung kerugian jika keadaan ini berterusan.  Turki ialah negara Islam pertama yang mengiktiraf  Israel.  Perdagangan antara kedua-dua buah negara mencecah AS$2.5 bilion pada tahun 2009.  Sebagai negara sekular, demokrasi pasaran bebas yang berkembang maju, dan anggota Nato, Turki mempunyai minat yang kuat terhadao kestabilan Timur Tengah dan mempunyai hubungan rapat dengan Barat.

David Ignatius yang  mengulas  keterlanjuran tindakan Israel  itu menulis, "dengan menyerang flotila, Israel memilih pergaduhan dengan Turki, musuh yang lebih berbahaya daripada Hamas.  Pergaduhan menjadi bergelora untuk beberapa tahun lalu, Turki kini cuba mencabar hegemoni Israel sebagai kuasa besar tempatan.  Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan ialah populis Muslim dengan amanat berkarisma:  Kami tidak akan membenarkan Israel memperkotak-katikkan kami.  Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad selalunya menjadi  pelawak, sebaliknya Erdogan adalah  benar-benar  keras jika musuh tidak menentu."


Ketegangan yang memuncak dalam hubungan Turki dengan Israel, seperti yangdicatatkan oleh Huge Pope, mencapai nadir minggu itu berikutan tindakan Israel membunuh orang Turki dalam flotila bantuan ke Gaza, membangkitkan persoalan baru tentang keseimbangan yang Turki cuba tunjukkan antara sekutu lama Barat dengan statusnya sebagai kuasa yang sedang meningkat di Timur Tengah.  Pope mengesani bahawa Turki sejak beberapa tahun kebelakangan memainkan peranannya untuk mewujudkan kestabilan di rantau itu:  menjadi tuan rumah perbincangan  mesra antara Israel dengan Syria pada tahun 2008.  Satu demi satu, Turki bersetuju dengan Syria, Lubnan, Jordan, dan Libya untuk melaksanakan perjalanan tanpa visa, untuk membuka jalan raya baru, landasan kereta, dan rangkaian komunikasi, untuk menyepadukan infrastruktur tenaga, untuk menandatangani perjanjian perdagangan bebas, dan untuk mengadakan mesyuarat kabinet secara tetap.  Pengaturan yang sama dipersetujui dengan negara lain di rantau itu.  Turki secara eksplisit meniru pengajaran daripada Kesatuan Eropah yang membuktikan bagaimana pertempuan sedemikian boleh menamatkan kitaran konflik.  


Walau bagaimanapun, Huge Pope menegaskan bahawa pertikaian Turki dengan Israel itu  bukannya  bukti kebencian orang Turki terhadap Barat.   Langkah yang diambil oleh Turki itu tidak juga hanya Timur Tengah atau dasar "Islamik," kerana idea keterbukaan yang lebih luas dan integrasi ini diterapkan untuk hubungan dengan Rusia dan Greece.  "Tidak juga," tulis beliau, "bermakna apa-apa perubahan fundamental dalam pendirian asas Turki terhadap Eropah dan Barat."  Pope menarik perhatian baahwa lebih separuh eksport Turki ke Eropah.  Negara Kesatuan Eropah mencatatkan 90 peratus pelaburan asing di Turki, dan lebih empat juta orang Turki telah pun tinggal di Eropah.  Secara perbandingan,   negara Timur Tengah menerima kurang daripada 25 peratus eskport Turki, mencatatkan hanya 10 peratus pelancongnya, dan menyumbangkan paling banyak 200,000 pekerja imigran.


Meskipun lebih setahun berlalu,  tindak-tanduk Israel bukan sahaja  menyebabkan  keberangan Turki semakin menjadi-jadi, bahkan hubungan antara kedua-dua buah negara  kian  runcing dan genting. Dengan terbitnya laporan penyiasatan PBB pada awal bulan ini, meskipun belum disiarkan secara rasmi, Turki betul-betul memperlihatkan kemarahannya terhadap Israel, yang hubungan antara kedua-dua buah negara itu mencapai zaman keemasan pada tahun 1990-an.  Menurut laporan itu, serbuan Israel terhadap flotila ke Gaza yang diketuai oleh adalah "berlebih-lebihan," tetapi menyatakan bahawa penganjur flotila adalah semberono dan sekatan tentera laut Israel  di  Gaza adalah sah. 


Turki bertindak balas terhadap laporan yang bocor itu dengan pengumuman bahawa Ankara mengusir utusan Israel di negara itu dan akan memotong hubungan ketenteraan dengan Israel, meletakkan hubungan antara bekas sekutu itu pada titik terendah dalam masa 30 tahun.  Turki  terus mendesak Israel memohon maaf kerana kematian tersebut, manakala negara Yahudi itu mati-matian enggan tunduk pada desakan itu, meskipun menerima tekanan yang signifikan daripada Presiden Barack Obama.  Bekas ketua perwakilan  Israel di Turki, Alon Leil dipetik sebagai memberikan amaran bahawa risiko krisis diplomatik merebak ke Jordan dan Mesir.  Keadaan ini merupakan tamparan diplomatik yang sangat serius terhadap Israel.  Jika Mesir dan Jordan mengikuti langkah Turki itu, Israel tidak lagi mempunyai duta di Timur Tengah. 




Seterusnya, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengancamuntuk memperluas sekatan terhadap Israel, yang beliau tuduh berkelakuan seperti "budak mua" dan mengesahkan bahawa beliau mempertimbangkan lawatan yang sangat sensitif dari segi politik ke Gaza pada awal minggu depan. Krisis dalam hubungan Israel-Turki semakin dalam apabila Erdogan memberitahu bahawa kerajaannya "menggantungkan sepenuhnya" hubungan industri pertahanan selepas Israel enggan memohon maaf atas serangannya yang menyebabkan kematian ke atas flotila Gaza 15 bulan lalu.  Beliau juga memaklumkan bahawa kehadiran tentera laut Turki diperkukuhkan lagi demi memastikan "kebebasan pelayaran" di Mediterranean Timur dan mengisytiharkan:  "Hubungan perdagangan, hubungan ketenteraan, berkenaan hubungan industri pertahanan, kami menggantungkan semua hubungan itu dengan sepenuhnya."


Melihat keberangan Edorgan itu selepas empat hari berdiam diri,  "adakah beliau mahu membakar jambatan?" tanya Murat Yetkin dalam  Hurriyet:  Daily News. Dengan mengutuk Israel sebagai "budak mua" di rantau itu, khalayak Turki mendapat mesej bahawa ungkapan untuk bermaksud bahawa Amerika Syarikat yang memuakan Israel.  Erdogan sementara menggasak Israel,  mengkritik Amerika Syarikat secara tidak langsung. 


Dalam melihat gelas separuh penuh dalam hubungan Turki-Israel, Barcin Yinancpercaya bahawa perkara baik tentang terjejas hubungan dua hala itu adalah bahawa akan terbukti sebagai pengajaran untuk kedua-dua belah pihak.  Peristiwa Mavi Marmara telah memberikan pengajaran kepada "beberapa orang" dalam kedua-dua kerajaan. Di Turki, tegas beliau, beberapa orang sedar bahawa Turki tidak boleh memejamkan mata terhadap Mavi Marmara, yang hari ini hampir memenuhi matlamatnya menjadi "pembikin permainan" di rantau ini.  Hakikatnya, Mavi Marmara tidak menetapkan pelayaran untuk kali kedua adalah bukti bahawa pengajaran itu diperoleh daripada pengalaman lalu.  Di Israel pula, sesetengah orang sedar bahawa tidak seperti seluruh dunia Arab atau sesetengah negara Eropah, anda tidak boleh lepas dengan mudah daripada Turki sebaik-baik sahaja anda bergaduh dengan negara itu. Itulah sebabnya anggota penting Kabinet Israel mencadangkan memohon maaf.


Kerajaan Israel, dengan membuat keputusan enggan memohon maaf, dikatakanmembuat keputusan strategik yang merisikokan hubungan dengan teruk.  Sementara kerajaan Turki juga, dengan langkah yang diumumkannya, bertindak balas dengan cara yang sama.  Kedua-dua kerajaan menyampaikan mesej kepada dunia bahawa kepentingan negara mereka terlalu konflik. 


Walau bagaimanapun, sebaik-baik sahaja terdedahnya laporan penyiasatan PBB itu, editorial The Guardian mengingatkan bahawa Turki dan Israel belayar ke dalam air berombak.  Dan, sekali lagi Israel memilih kemenangan taktikal mengatasi hubungan strategik. "Turki semakin menjadi interlokulator penting di dunia Arab, yang kehilangan diktator, iaitu Mubarak, Gaddafi, dan Ben Ali,"  editorial itu mengingatkan. "Anda mungkin tidak bersetuju dengan tindakan yang Turki ambil, tetapi tiada negara lain di rantau itu, termask Iran dan Syria, yang tidak menggunakan khidmatnya."


Dalam blog "Global Spin," Tony Karon mengakui keretakan hubungan Turki-Israel tidak dapat diperbaiki dalam masa terdekat dan bukan sekadar berpunca keengganan Israel memohon maaf.  Turki, selain sejak akhir-akhir ini merapatkan hubungannya dengan negara Islam, seperti Iran, Syria, dan Palestin, tegas beliau, tindakan Turki juga menunjukkan rasa tidak sabar antarabangsa yang semakin menjadi-jadi dengan dan kehilangan kepercayaan terhadap Washington dalam menangani konflik Israel-Palestin. 


Demikian juga Yigal Schleifer yangmenulis  dalam Foreign Policy bahawa keterhakisan hubungan secara berterusan antara dua bekas sekutu ini bukannya bermula dengan peristiwa Mavi Marmara, tetapi bermula dengan serangan Israel ke atas Gaza yang bermula pada Disember 2008.  Bagi Turki, pendudukan Israel yang berterusan di wilayah Palestin (terutamanya Gaza) dianggap sebagai sekatan utama ke arah mewujudkan jenis orde serantau yang lebih harmoni yang Ankara bayangkan.  Bagi Israel pula, tindakan Turki mendampingi Hamas di Gaza, Presiden Bashar al-Assad di Syria (sekurang-kurangnya sebelum tindakan keras beliau kini), dan rejim Iran semuanya membuktikan bahawa kerajaan Islamis sederhana, iaitu Justice and Development Party (AKP) dengan pantas bergerak menyertai "paksi penentangan" serantau terhadap Israel.


Kedua-duanya, iaitu Turki dan Israel sedang berlumba-lumba mengejar hegemoni di Timur Tengah.  Meskipun antara Turki dengan Israel  itu pernah terjalin hubungan yang erat, akhir-akhir ini, kedua-dua negara itu saling meragui antara satu sama lain.  Walau bagaimanapun, Israel lebih memerlukan Turki, dan bukan sebaliknya, lebih-lebih lagi dengan tercetusnya Pemberontakan Arab.  Turki yang dikatakan sebelah kaki di Eropah, manakala sebelah lagi di dunia Islam, semakin memperlihatkan kehadirannya di dunia Islam, antaranya kerana kegagalannya menganggotai Kesatuan Eropah.  Langkah dan tindakan Turki sejak akhir-akhir ini dilihat sebagai kebangkitan semula Empayar Ottoman.  


Oleh:  ZULKIFLI  SALLLEH
Photobucket

LAPANGAN TERBANG ANGKASA LEPAS

on



LAS CRUCES, Amerika Syarikat – Fasa pertama sebuah lapangan terbang angkasa lepas komersial yang pertama di dunia untuk syarikat penerbangan Virgin kini 90 peratus lengkap, lapor sebuah akhbar semalam.
Tapak lapangan kapal angkasa Amerika seluas 728.43 hektar itu di Las Cruces, New Mexico, merupakan milik pemilik syarikat penerbangan Virgin, Richard Branson yang turut memiliki syarikat penerbangan angkasa lepas Virgin Galactic.
Lapangan tersebut mempunyai landasan yang menjangkau hampir 3.21 kilometer dan bangunan hangar yang bercirikan futuristik.
Kerja-kerja pembinaan bakal berakhir menjelang akhir tahun ini dan ia akan digunakan pada 2013.
Agensi



Photobucket

Kopi Kecubung Tewaskan Kekebalan Mat Indera

on

http://roketkini.com/wp-content/uploads/2011/09/mat-indera.jpg



NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.

Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.
Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.

Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.
Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.
Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.
“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya.


Photobucket

Marsha AF pengsan telan 30 pil...?

on


 Penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh dilaporkan tidak sedarkan diri akibat terjatuh di rumahnya, dipercayai selepas pengsan kerana mengambil pil secara berlebihan.
Dia dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.
Berita Harian memetik sumber berkata, Marsha yang menerima rawatan di wad trauma dan kecemasan pusat perubatan itu.
“Marsha dihantar oleh seorang wanita dalam keadaan lemah dan hasil pemeriksaan awal mendapati dia menelan sebanyak 30 biji pil,” katanya.
“Dia kini di bawah pengawasan doktor di wad trauma dan kecemasan serta tidak bersedia menerima sebarang pelawat.”
Bagaimanapun, sumber itu berkata, doktor masih belum dapat mengesahkan jenis pil yang ditelan oleh Marsha, finalis program Akademi Fantasia musim ketiga.
Bekas pengurus Marsha, Syada Fiza, mengesahkan penyanyi itu dimasukkan ke hospital, namun menafikan tindakan Marsha yang dikatakan cuba membunuh diri.
“Marsha memang sering sakit dan ada kala dia tidak dapat menerima undangan persembahan disebabkan faktor kesihatannya itu,” katanya.
Penyanyi yang terkenal dengan imej seksi ini pernah menggemparkan industri hiburan dengan berita perkahwinannya yang diadakan secara tertutup di Kepong, Jun lalu.
Bagaimanapun, berita itu hanyalah gimik untuk pembikinan video klip terbarunya.
Dalam temu bual khas dengan Berita Harian beberapa bulan lalu, Marsha yang bakal genap 26 tahun pada 6 Disember ini menafikan dakwaan bahawa dia ligat menjaja diri menggunakan pengaruhnya, kononnya kini menjadi pelacur kelas atasan secara sambilan.


Photobucket

Mat Indera bukan anggota PKM

on




Bukan sahaja tidak berfahaman komunis, tokoh kontroversi kemerdekaan Muhammad Indera atau lebih dikenali Mat Indera juga bukan anggota Parti Komunis Malaya (PKM), kata keluarganya.

Baharum Shah, 65, berkata, abang keduanya itu sebenarnya seorang pejuang kemerdekaan sayap kiri yang mahu menghalau penjajah British dari negara ini.

suhaizan kayat baharom shah 070911"Tidak. Itu peristiwa tahun 1948. Beliau (Mat Indera) komited pada perjuangan membebaskan negara ini," kata Baharum ketika ditanya sama ada abangnya mengganggotai mana-mana platun PKM.

Justeru, tampil dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Baharum (kiri) mahu kerajaan dan ahli akademik membuat kajian dan membersihkan nama abangnya.

"Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan perlu dikaji semula. 

"Saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya," katanya dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat.

Ditanya kenapa baru tampil untuk tujuan itu setelah 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, Baharum berkata, beliau pernah menyuarakannya melalui kajian sendiri dan penulisan tetapi tidak mendapat perhatian.

Katanya, sekitar tahun 1970-an, beberapa siri rencananya berhubung perkara itu disiarkan akhbar milik Umno Utusan Malaysia.

"Saya pergi ke arkib negara untuk buat kajian dan tulis tentangnya," katanya yang sebelum itu memulakan sidang media dengan mengajak pemberita menyedekahkan al-Fatihah kepada arwah abangnya yang dikatakan kuat beragama.

Rangkaian komunis


Bagaimanapun, menurut pesara tentera itu, rekod tersebut tidak lagi disimpannya kerana hilang semasa berpindah rumah. Baharum kini tinggal berdekatan Cheras, Kuala Lumpur. 

Sementara itu, Suhaizan berkata, setelah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dianggotai Mat Indera diharamkan dan beliau sekali gus dikehendaki British, Mat Indera tiada pilihan selain menyertai gerakan gerila.

suhaizan kayat barom shah 070911"Sama ada beliau bekerjasama dengan komunis atau tidak, itu kena ada kajian. Sama ada beliau alat PKR atau memperalatkan PKM (untuk menuntut kemerdekaan). Sebab itu kajian perlu dibuat.

"Dan adakah menggunakan PKM untuk menuntut kemerdekaan menjadi satu kesalahan?" kata anak kelahiran Johor itu.

Malah, kata Suhaizan (gambar, di tengah), selain Umno yang berhaluan kanan, semua pertubuhan lain ketika itu diharamkan British.

Beliau berkata, dengan keadaan komunikasi terhad pada masa itu, Mat Indera juga sudah pasti tidak tahu kaitan antara PKM dengan rangkaian komunis antarabangsa.

"Yang dia tahu, di depannya ada sekelompok orang yang mahukan kemerdekaan," kata Suhaizan yang diberi kepercayaan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bagi berdebat berhubung perkara itu dengan Pemuda Umno.


Photobucket

GHANI PULAK YANG MELATAH

on

abdul ghani othman bangsa malaysia 061106 talking

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan. 

"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

"Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan Johor hari ini.

Abdul Ghani berkata demikian bagi mengulas tindakan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, yang mempertahankan kenyataannya (Mat Sabu) bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan sebenar.

Menurut Mohamad atau Mat Sabu, ia berdasarkan buku "Pengkukir Nama Johor" pada halaman 107 hingga 117 yang menceritakan latar belakang dan perjuangan Mat Indera.

NONEAbdul Ghani berkata tindakan Mat Indera menyertai PKM menyebabkan dia terpesong dan ianya berlainan daripada pemimpin haluan kiri lain seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad dan Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan.

Beliau berkata kemuncak penglibatan Mat Indera yang kejam adalah peristiwa serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Muar pada 23 Februari 1950 dan fakta yang diperoleh dari pelbagai sumber sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan Mat Indera bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.

Mengenai buku "Pengukir Nama Johor", Abdul Ghani berkata dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ), segala kajian, penulisan dan catatan berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak-watak seperti Mat Indera, merupakan data-data kemasyarakatan berkaitan anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku dalam negeri.

Katanya, penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan.

Bernama

Photobucket

'Ketua Hakim Negara jemput saya'

on

NONE

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankankeputusannya mengadakan pertemuan dengan hakim-hakim, dengan menegaskan bahawa beliau berbuat demikian atas jemputan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Najib berkata beliau mengambil sikap berhati-hati supaya pertemuannya dengan anggota badan kehakiman hari ini tidak menimbulkan sebarang pandangan atau persepsi negatif mengenai hubungan antara badan kehakiman dan badan eksekutif.

Dalam ucapannya sempena lawatan kerja pertamanya ke Istana Kehakiman di Putrajaya, perdana menteri berkata, beliau hanya bersedia untuk bertemu dengan para hakim selepas dijemput oleh ketua hakim negara.

Turut hadir ialah Zaki dan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Najib berkata ini bukanlah kali pertama pertemuan seumpama itu diadakan antara perdana menteri dan para hakim, sambil menambah bahawa ia pernah diadakan pada masa lalu.

Walaupun tidak menyebutnya, tetapi Najib dilihat merujuk kepadalaporan awal hari ini bahawa pertemuan tersebut adalah yang pertama antara seorang perdana menteri dengan anggota badan kehakiman.

Berita tersebut menimbulkan persoalan tentang tujuan pertemuan itu diadakan.

Najib berkata, beliau memahami cabaran yang dihadapi para hakim, dengan memetik kata-kata mantan Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat, mendiang Thurgood Marshall bahawa satu-satu sumber kuasa sebenar seorang hakim adalah rasa hormat rakyat.

"Pentadbiran saya komited dalam memastikan badan kehakiman yang bebas yang merupakan ramuan paling penting dalam mana-mana usaha pembangunan negara yang
berjaya," katanya.


Photobucket

Kalau referendum, Tunku tak jadi PM

on


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mungkin berdepan kontroversi baru apabila berkata, sekiranya diadakan referendum atau pungutan suara sejurus selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman tidak akan menjadi perdana menteri Malaysia yang pertama.

mat indera forum 070911Ini kerana, tambahnya, pengaruh pejuang kemerdekaan sayap kiri – yang rata-rata dikehendaki British dan pertubuhan mereka diharamkan – amat kuat ketika itu.

“Kalau dibuat referendum antara Tunku Abdul Rahman, (pengasas Umno) Datuk Onn (Jaafar) dan (pemimpin kiri) Burhanudin Helmy, sudah tentu Burhanudin Helmy akan jadi perdana menteri Malaysia yang pertama.

“Tetapi mereka ini (golongan kiri) ditangkap, diburu dan pertubuhan mereka diharamkan,” katanya yang sebelum itu sinis apabila merujuk kemerdekaan tanah air sebagai “merdeka in bracket”.

malaysia indepence merdeka tunku abdul rahman declare 290806Mempertahankan sumbangan golongan itu dalam menuntut kemerdekaan, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau tidak menolak pemimpin Umno dibariskan tetapi tokoh-tokoh lain juga tidak harus diketepikan.

“Perayaan merdeka ini sudah macam perayaan Umno. Cuba di televisyen letak sekali gambar Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam, Mat Kilau... Barulah rakyat terpanggil merayakan hari kemerdekaan.

mat indera forum 070911“Ini Umno saja raya,” katanya disambut gelak ketawa dan tepukan hampir 500 orang yang hadir dalam forum membincangkan perjuangan Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi.

Turut terlibat sebagai pemforum kolumnis dan bekas aktivis mahasiswa Hishamudin Rais dan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari.

'Chin Peng atau Henry Gurney baik?'

Mohamad berkata, walaupun ada antara aktivis haluan kiri, seperti Rashid Maidin dimomokkan sebagai komunis dan tidak percaya pada agama, perkara itu tidak betul sama sekali.

NONE“Dulu ada seorang menteri besar melawat kem (pemimpin Parti Komunis Malaya – PKM) Rashid Maidin dan beri bantuan kepadanya di Selatan Thailand.

“Dia terkejut, masuk saja sana, ada surau. Petang-petang Rashid Maidin mengajar bahasa Melayu dalam tulisan jawi yang telah dimusnahkan United Malay National Organisation (Umno),” katanya.

Pergi lebih jauh, Mohamad juga menimbulkan persoalan sama ada benar bekas pemimpin kanan PKM Chin Peng seorang pengganas.

sir henry gurney 240609Sedangkan, menurut Mohamad, Chin Peng bertanggungjawab menyebabkan kematian bekas pesuruhjaya British di Tanah Melayu Sir Henry Gurney yang menjalankan usaha membuka perkampungan baru Yahudi di Palestin sebelum dihantar ke Malaya.

“Chin Peng bunuh Henry Gurney (kanan) yang jajah Malaya. Saya hendak tanya, siapa yang baik? Henry Gurney atau Chin Peng?

“Saya tak mahu jawab. Kalau silap, mampus aku esok. Lu fikirlah sendiri,” katanya yang terkenal dengan kelucuannya itu.

Estet, lombong British

Terus mempertahankan kenyataan kontroversinya – bahawa Mat Indera yang penyerang balai polis Bukit Kepong wira sebenar dan bukan “polis British” – Mohamad berkata, beliau kini menemui buku yang ditulis seorang bekas pegawai polis tentang peranan pasukan keselamatan pada era British.

NONEDalam buku itu, tambahnya, bekas pegawai polis itu sendiri mengakui antara tugas polis pada masa itu menjaga kepentingan British di estet dan lombong British.

“Lebih separuh daripada buku ini tulis pasal jaga estet mana, lombong mana. Ini polis yang tulis, bukan aku,” katanya sambil menjulang buku berkulit biru itu.

Setelah diserang bertubu-tubi di media arus pertama sebelum ini, Mohamad pernah mempertahankan pendapatnya menggunakan buku terbitan Yayasan Warisan Johor berjudul Pengukir Nama Johor sebelum ia dinafikan yayasan bawah kerajaan negeri itu semalam.






Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List