Zahid Hamidi fitnah, bohong - Anwar

on Aug 20, 2010

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Kegagalan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan Umno untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini.
Katanya, tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang di-Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata.
“Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menambah, pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang.
“Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera,” ujarnya.
Mereka, katanya menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan perubahan dan demi Malaysia yang adil.
“Oleh demikian, saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu,” katanya lagi.
Menurutnya, hanya dengan melakukan perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang.
 Sumber :- harakahdaily

TPM OH TPM

on



Bila sebut aje pasal PR ( guna nama KM dalam khutbah jumaat)  terus aje suruh pihak berkuasa siasat tapi bila hal berkaitan pengetua rasis dah beberapa hari baru keluarkan arahan. Apa pasal ambil masa untuk keluarkan arahan sedangkan sekolah dibawah kementerian beliau.

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta polis dan Majlis Agama Islam Negeri menyiasat dakwaan bahawa nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin digantikan kepada nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri (kiri, bersongkok) berkata siasatan wajar dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mendapatkan fakta sebenar kerana perkara itu mempunyai implikasi besar.

"Saya mahukan perkara itu dikaji, diteliti dan jika benar kejadian itu berlaku, maka tindakan tertentu oleh pihak tertentu mesti diambil," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang memetik Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang sebagai berkata ada masjid di Pulau Pinang dikesan berbuat demikian pada solat Jumaat minggu lepas. 

Muhyiddin berkata bahawa pada masa ini, beliau tidak mendapat maklumat tepat mengenai perkara itu dan hanya mengetahuinya apabila membaca akhbar.

"Saya pun (hanya) baca dalam akhbar, saya tidak mendapat laporan daripada mana-mana pihak tertentu, sama ada kenyataan itu tepat atau tidak. Adakah ia memang dibuat secara betul, dikatakan dibuat di masjid, saya pun kurang tahu.

"Adakah ia dibuat atas kehendak dia atau atas arahan daripada pihak tertentu. Saya percaya ini suatu perkara yang mempunyai implikasi besar," katanya.

Mengulas mengenai manifesto DAP untuk mengambil alih Putrajaya, Muhyiddin berkata terserah kepada rakyat untuk menilai setiap perancangan yang dilakukan oleh parti pembangkang.

"Rakyat boleh menilai sama ada ia munasabah atau gimik semata-mata," katanya.

Beliau berkata ini kerana ada sebahagian daripada apa yang mereka janjikan dalam pilihan raya lepas tidak tertunai kerana ia mempunyai implikasi yang besar daripada segi kewangan. 



Sumber :- Bernama

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List