Pertemuan Zahid Hamidi Dengan Rombongan SULTAN SULU

on Mar 6, 2013




PERJUMPAAN SILATURRAHIM ANTARA Menteri Pertahanan Malaysia DATO' SERI DR RADEN AHMAD ZAHID HAMIDI dengan WAKIL SULTAN BANTILAN II (Sulatniyah Sulu Darul Islam -SSDI) di HOTEL PAN PASIFIC (PWTC) malam tadi 5hb Mac 2013.

Ditemani oleh saudara kami Tengku Muhammad Shahir bin As-Syafi'e (berkopiah putih),

MUFTI BESAR SSDI Datu Paduka Maulana Shar'i Habib Rizieq Bin Hussein Shihab Al-Husseini (serban putih)

Yang bergegas ke Kuala Lumpur menemui Menteri Pertahanan Malaysia bersama Menteri Luar SSDI Datu Habib Zakaria Abdullah (bersongkok hitam)

Dan penulis (bertopi bereta hitam) sebagai wakil Tausug Global Media (TGM) merangkap Menteri Belia dan Sukan SSDI. Pertemuan bersejarah ini adalah usaha muslimin Malaysia dan Sulu untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian kepada kes yang berlaku di Lahad Datu demi Islam dan persaudaraan seagama.

PENJELASAN GAMBAR:

Alhamdulillah walau pun perjumpaan di atas begitu cepat dan ringkas namun Datu Habib Zakaria Abdullah sebagai Menteri Luar SSDI dan Datu Habib Rizieq Shihab sebagai Mufti besar SSDI yang tinggal di Jakarta itu sempat menjelaskan pendirian Sultan Bantilan II, para Datu dan Syarif serta rakyat SSDI, bahawa pencerobohan bersenjata ke atas wilayah kedaulatan Malaysia sebagaimana yang berlaku di Lahad Datu itu bukan sahaja sangat tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia malah rakyat Sulu secara majoriti tidak dapat menerimanya.

Tindakan secara bersenjata yang hanya dilakukan oleh beberapa orang dari Sulu yang mengaku sebagai Tausug itu adalah tindakan bersendirian dan terdesak tanpa membabitkan majoriti Tausug di kepulauan Sulu mahupun yang ada di Sabah dan Malaysia amnya.

Bagi SSDI, apa sahaja permasalahan yang berlaku antara Malaysia dan Sulu ia sewajarnya diselesaikan di atas meja rundingan secara muhibbah dan penuh persaudaraan. Oleh itu, SSDI yang dipimpin oleh Sultan Bantilan II (PBMM Sultan Muhammad Bantilan Muizzuddin II bin Datu Wasik Aranan Puyo) sejak gerakannya yang bermula tahun 2006 di Jolo Sulu itu telah menjadikan slogan ANTI-PERANG dan ANTI-KEGANASAN sebagai dasar perjuangannya TANPA SENJATA.

Di petik dari sumber Sulu


Photobucket

Blogger UMNO The Unspinners :- Guna BERNAMA saja, Terajang M'kini keluar Sabah!!!

on





Tak payah cerita panjang. Masa perang bukan masa untuk demokrasi atau kebebasan akhbar, tetapi mengenai keselamatan dan mencapai tujuan keselamatan

Sejarah Melayu melaporkan Malaysiakini seolah-olah menyokong tentera Sulu dengan mahu rakyat jadi bingung mana satu betul dan kucar kacir untuk mempersoalkan langkah pihak keselmatan.
"Pemimpin Sulu dakwa Malaysia bertindak keterlaluan " .. itu lah tajuk paling terhebat dihasilkan Meloyakini untuk menggambarkan kerajaan Malaysia paling zalim dengan mengutip kenyataan2  musuh negara ( tentera sulu )  . 
Mengapa tajuk seperti ini dipilih ??   Media2 lain semua memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan kita yang sedang berjuang di sana tetapi bukan portal pembangkang ini  .
Niat malaysiakini satu saja  dan  jelas mahu membangkitkan kemarahan rakyat .
Tetapi GPB  yakin rakyat yang telah  menyaksikan sendiri kekejaman penceroboh ini yang terlebih dahulu melakukan serangan terhadap anggota polis kita hingga mengakibatkan 8 terkorban akan berdiri teguh dibelakang pasukan keselamatan kita di Lahad Datu.



Macamana Malaysiakini boleh dibenarkan buat laporan seperti yang ditiru tampal di Wikisabad SINI???

PIHAK BERKUASA PERLU TERAJANG MALAYSIAKINI DARI LAHAD DATU!!! DISAMPING ITU, HANYA BERNAMA SAJA YANG PATUT DIJADIKAN SALORAN RASMI KOMUNIKASI. SIDANG AKHBAR HANYA BUAT DI KOTA KINABALU DAN BUKAN DI LAHAD DATU.

JANGAN BENARKAN WARTAWAN DATANG MENYIBUK DAN MEMBOCORKAN MAKLUMAT DAN RAHSIA KESELAMATAN



Photobucket

Gambar Terhangat

on





 Gambar Aziz Shamsuddin bersama Sultan Esmail Dalus Kiram II 

Gambar Najib Razak bersama Sultan Esmail Dalus Kiram II 

Gambar Abdullah Badawi bersama Sultan Esmail Dalus Kiram II 

Gambar Shafie Apdal bersama Sultan Esmail Dalus Kiram II 

Benarkah semuanya salah Anwar?? gambar-gambar di atas adalah bukti nyata pengkhianatan Umno terhadap rakyat Malaysia.Adalah jelas "Projek IC Sabah" tajaan Umno ini menjadi senjata makan tuan,sehinggakan lapan orang anggota Polis kita telah menjadi mangsa korban kekejaman pengganas-pengganas Sulu yang menjadi sahabat baik Umno selama ini.

Saksi-saksi penting dengan jelas mendedahkan kepada Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) tentang keterlibatan Datuk Aziz Shamsuddin antara "mastermind"nya bersama Mahathir dan Megat Junid dalam "Projek IC Sabah".

Namun, hingga kini beliau tidak dipanggil malah didakwa. Maka itu, tersebarlah gambar mesra Aziz Shamsuddin dengan Sultan Esmail Dalus Kiram II dari Kesultanan Sulu ini.

Jika diamati betul-betul, ada kemungkinan ramai warga Sulu dari Filipinan yang mendiami Sabah berjaya mendapat IC hasil usahasama Aziz dengan pihak kesultanan Sulu.

Jika tidak mana mungkin mereka boleh begitu ramai berada di Sabah. Maknanya, Aziz Shamsuddin memang terlibat secara langsung dengan projek itu dan hubungnnya amat akrab seperti dalam gambar ini.

Justeru, tidak perlulah kerajaan sebegitu mudah membuat tuduhan kononnya pemimpin pembangkang menjadi dalang isu pencerobohan warga Sulu di Sabah sekarang ini.

Mereka mungkin juga mempunyai IC, malah saudara mereka yang ada IC kini ramai mendiami Sabah terutamanya di kawasan Lahad Datu itu sendiri.

Ini bermakna, tidak perlu membuat tuduhan melulu kepada pihak lain jika pemimpin UMNO BN sendiri memang ada hubungan langsung dengan pihak itu sebenarnya.




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List