Ibrahim Tak Nak Terlibat PRK Galas??...Jangan Percaya Sangat Cakap Si Katak Berwajah Manusia

on Oct 10, 2010



Ibrahim Kataki hari ini nyatakan takkan terlibat dengan PRK Galas. Kenyataan beliau boleh dilihat di (sini).
Tapi boleh percaya ke manusia yang suka berbohong dan melompat ini. Kata tak nak campur, alih-alih muncul pula dia kat Galas. Jangan percaya sangat cakap kapiaq Ibrahim nih..Daripada 10 dia cakap, hanya 1 je boleh dipercaya. Tengoklah sendiri keterlibatan Perkose bantu UMNO dalam siri-siri PRK lalu..

PRK Manek Urai
Ibrahim Kataki pernah berceramah di kampung Laloh berdekatan stesen Minyak Caltex semasa PRK Manek Urai. Ibrahim katak secara terbuka tanpa segang silu mengajak pengundi-pengundi di Manek Urai supaya mengundi calon Umno BN dalam Pilihanraya nanti. Bherim katak berharap agar penduduk di manek urai dapat memberi kemenangan kepada calon UMNO BN demi untuk pembangunan di kawasan Manek Urai.
Katanya Pas tidak akan terjejas sedikitpun dengan kemenangan UMNO di MU katanya. Ceramah yang dihadiri hampir 1000 orang lebih itu turut dihadiri penceramah import dari selangor iaitu Datuk Fuad Hassan.Tidak ketinggalan juga pelakon terkenal tanah air jalaluddin hassan juga turut berada di atas pentas bersama dengan brehim katak…
Bahkan Pengerusi Kelab Veteran PAS Terengganu, Ustaz Kassim Ahmad pernah dedahkan bahawa si katak ini pernah Ibrahim Ali ketuai urusan pemberian wang untuk beli undi. Ini kenyataan veteran PAS itu.
"Saya telah didatangi oleh seorang tuan punya bengkel kereta yang muda, katanya beliau bersama-sama golongan pemuda seramai lebih kurang 30 orang didatangi oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Pasir Mas, saudara (Dato’) Ibrahim Ali,
"(Ibrahim Ali) rupa-rupanya mengetuai pembahagian wang, tiap-tiap seorang ahli (pemilik) bengkel itu memperolehi RM300

PRK Bagan Pinang
Aktif berceramah minta pengundi Bagan Pinang sokong Isa Samad dan tolak calon PAS.

PRK Hulu Selangor
Ibrahim Kataki pernah muncul sepentas dengan dua ekor katak, , Zahrain Hashim dan Zulkifli Noordin.
Bahkan PERKOSE sendiri telah mengadakan bilik gerakannya di Prima Beruntong, Bukit Beruntong untuk membantu BN.
"Datuk Ibrahim membantu kempen BN atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen Bebas bukannya sebagai Presiden Perkasa," kata pegawai bilik gerakan Ahli Parlimen Pasir Mas ini.
Nah jangan percaya sangat kat Ibrahim Katak ini. Memang dasar spesis katak, suka lompat sana sini. Berbohong perkara wajib dilakukan dalam satu hari. Mesti dia akan bantu UMNO punya. Lagipun Ku Li yang dah tak relevan, adalah bosnya semasa jadi katak dalam Semangat 46 dulu.
Jadi Ibrahim Katak kata PERKASA takkan terlibat dengan kempen PRK Galas, adalah menipu semata-mata. Kerana si katak ini turut kata, dia akan tetap meninjau dan memberi pendapat ketika kempenPRK itu atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen Bebas (baca katak), bukannya atas nama presiden Perkasa. Yela beri pendapat, tapi pendapatnya mesti condong pada UMNO punya. Potong jari kalau tak percaya..

PKR bertanding di Batu Sapi....???

on


KUALA LUMPUR, 10 Okt — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menurunkan calonnya mewakili Pakatan Rakyat (PR) jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanggil pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah meskipun tiada wakil diletakkan dua tahun lalu.
Pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan Batu Sapi yang mempunyai 26,000 pengundi, yang terletak di sebelah timur Sabah, merupakan pilihan raya kecil yang ke-13 sejak 8 Mac 2008.
PR hanya memenangi satu daripada 25 kerusi Parlimen ditandingkan di Sabah pada 2008.
Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, berdasarkan persetujuan PR kerusi itu diperuntukkan kepada parti itu tetapi tidak dapat meletakkan calon kerana sebab-sebab tertentu.
“Memang ia kerusi PKR, diperuntukkan kepada kami tetapi calon tidak dapat diletakkan.
“Oleh itu, PKR akan membuat persiapan untuk bertanding di Batu Sapi (apabila diadakan pilihan raya kecil nanti),” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, PR Sabah yang dijadual bermesyuarat hari ini dijangka menyentuh isu berkenaan.
“Kami sudah memberi fokus mengenai soal persediaan, dan mesyuarat Pakatan Sabah esok (hari ini) akan membincangkan persiapan,” katanya lagi.
Perkara tersebut juga dijangka akan disentuh pada mesyuarat PR pusat Rabu ini.
“Soal siapa yang akan bertanding, kami akan membincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rabu ini,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi.
SPR akan mengadakan mesyuarat khas sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat.

Panass..Gambar ini Buktikan Hamidah Osman Semakin "Sasau".....!!!!

on



Hamidah Osman ADUN Sg Rapat sekali lagi meracau menempelak Pakatan Rakyat terutamanya PKR kerana kepincangan dan kelemahan yang berlaku di dalam pengurusan parti tersebut,terutamanya kekecohan semasa pemilihan persidangan cabang PKR yang diadakan baru-baru ini.

"Beliau meminta agar masyarakat membuka mata dan mengambil ikhtibar akan kepincangan yang berlaku di dalam PKR dan menilai sendiri parti mana yang mampu membawa kemajuan kepada negara,"katanya kepada Sinar Harian.

Barang diingat...PKR ini adalah dari Umno asal kejadian mereka,sudah pasti segala sikap buruk dan jijik umno masih ada terlekat yang agak sukar untuk di buangkan,justeru itu ia akan mengambil masa untuk menanggalkan kekotoran daripada budaya kotor Umno tersebut.

Apakah Midah Osmang lupa akan rentetan peristiwa baling kerusi,pergaduhan,fitnah memfitnah dan politik wang dalam pemilihan Umno cawangan dan bahagian.Bagaimana Ali Rustam yang didapati bersalah oleh lembaga disiplin Umno kerana rasuah,tetapi penyokong Umno yang buta perut masih lagi melantik pimpinan yang tiada integriti ini untuk berkuasa.



Malah lebih malang,ada mesyuarat Umno yang terpaksa di kawal oleh anggota polis simpanan (FRU).Ini memaparkan kepada kita akan buruk dan jijiknya akhlak pimpinan dan penyokong Umnongok ini kerana tidak berlandaskan kepada syariat Allah.

Memang sesuailah kata-kata Kak Midah Osmang ini Umpama "Terpijak Taik di tengah jalan terpercik ke muka sendiri".Parti mana yang sebenarnya berlaku kepincangan dalam pentadbiran mereka..??



Parti mana yang merampas kerajaan Perak dari PR dengan cara merasuah wakil rakyat,Pimpinan parti mana yang sanggup bunuh diri,ditangkap kerana rasuah,melarikan isteri orang,pecah amanah,meniup semangat perkauman,menghalalkan judi,Pemimpin parti mana yang hidup bermewah-mewah dengan aset dan harta di luar negara..dan banyak lagi broo..lu pikir la sendiri...

Dalam situasi terkini,sudah pasti pimpinan umno yang bersuara seperti Kak Midah Osmang dianggap seperti "Mengigau di siang hari" kerana rata-rata rakyat semakin membenci dan menjauhkan diri dari Umno,ini diakui sendiri oleh beberapa pimpinan Umno yang meminta ahli Umno agar menerima kenyataan bahawa generasi muda semakin menjauhi Umno.

InsyaAllah apabila Perak kembali dikuasasi kembali oleh PR pada PRU-13 nanti,maka Kak Midah Osmanglah pimpinan umno yang akan meroyan dan sasau terlebih dahulu kerana tidak berpijak dibumi nyata selama ini...Tepuk meja,tanyalah rakyat..!!

Rakyat Tidak Perlu Risau Jika Bertukar Kerajaan - Prof Aziz Bari

on

Pakatan pembangkang yang dilihat giat mengatur strategi bagi mengambil alih kuasa peringkat persekutuan tidak pernah cuba menukar sistem sedia ada lantaran kesetiaaan mereka kepada Perlembagaan Malaysia.

Sehubungan itu, penganalisis politik dan pakar perlembagaan, Prof. Dr Abdul Aziz Bari mengganggap rakyat Malaysia bertuah kerana perubahan politik mahupun kuasa pentadbiran yang berlaku, langsung tidak melibatkan sistem.

Bercakap pada program Wacana Rakyat anjuran Gerak Massa Malaysia (Gesa), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini, beliau berkata, suasana itu berbeza di negara lain yang menyaksikan penukaran sistem sebagaimana Revolusi Perancis dan China yang membawa pertumpahan darah.

"Inilah sebenarnya satu sifat, satu ciri yang menerangkan mekanisme perubahan itu dan di sini satu perkara yang sangat baik dan positif kerana perubahan tak jadikan negara tunggang langgang seperti di sesetengah tempat.

"Rakyat mampu melihat sesuatu yang berbeza tanpa membayar harga yang mahal," katanya.

Aziz berkata, rakyat Malaysia semakin berani memilih dan terbukti melalui keputusan pilihan raya umum ke-12 lalu sekali gus menunjukkan mereka sudah bersedia untuk atmosfera politik baru dengan menerima pakai sistem dua parti iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

"Macam kita bawa satu produk, dia akan ambil yang baik...yang dia rasa boleh penuhi keperluan pilihan dia," katanya.

Beliau juga menganggap sistem dua parti di negara ini semakin mantap berikutan penubuhan entiti Pakatan Rakyat yang membawa dasar yang jelas dalam perjuangan politik, sekalipun pendaftarannya sebagai sebuah gabungan, berdepan halangan.

Aziz juga berharap BN mampu mengulangi kewibawaan peranan Pakatan Rakyat sebagai pembangkang jika entiti menggabungkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP itu menguasai Putrajaya, bagi mengekalkan keseimbangan politik.

Penduduk serbu rumah gadis ghaib rakam gambar jin

on

ORANG ramai mengambil gambar jin dan makhluk halus didakwa dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum  dihanyutkan ke laut oleh bomoh, malam tadi.
ORANG ramai mengambil gambar jin dan makhluk halus didakwa 
dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum dihanyutkan ke laut 
oleh bomoh.





JERTIH: Rumah gadis yang mengalami gangguan misteri yang menyebabkannya sering ghaib di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, diserbu ratusan penduduk selepas dua lelaki datang menawarkan diri merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan makhluk halus malam kelmarin.

Dalam kaedah rawatan tradisional jam 7.30 malam itu, dua lelaki menggunakan kaedah masing-masing bagi merawat Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang ghaib ‘dilarikan’ makhluk ketika senja dan dinihari, sejak dua bulan lalu.

Dua lelaki itu yang menawarkan khidmat percuma selepas membaca kisah itu di akhbar sejak Selasa lalu, berpecah dua ketika sesi rawatan dengan seorang daripadanya berada di dalam rumah mengerjakan solat dan seorang lagi di luar rumah menggunakan jampi.

Kira-kira 15 minit selepas rawatan, seorang lelaki yang berada di luar rumah mendakwa melihat satu lembaga yang didakwanya dapat ditangkap.

Dia mendakwa dapat menangkap sembilan jin atau makhluk halus yang menyebabkan beratus-ratus penduduk menyerbu rumah gadis itu.

Selepas menangkap sembilan makhluk itu, bomoh itu memasukkannya ke dalam bekas khas bertutup bagi mengelak makhluk berkenaan terlepas.

Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.

Usaha Berita Minggu mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap, dihanyutkan ke laut.

Siti Balqis pula mengakui kini berasa lebih tenteram kerana dalam tempoh 48 jam lalu, beliau sudah tidak lagi ghaib.

“Saya harap usaha murni semua pihak yang menghulurkan bantuan akan membuahkan hasil dan membolehkan saya kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali.

Ibunya, Norizan Said, 47, berkata, sejak kisah anaknya disiarkan, 17 bomoh menawarkan diri merawat Siti Balqis secara percuma tetapi kejadian malam tadi adalah kemuncaknya apabila bomoh berkenaan dapat menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.

Katanya, sejak kisah anaknya disiarkan media, keluarganya juga berasa lega kerana tidak perlu lagi menanggung perbelanjaan besar untuk mengupah bomoh sama ada berasaskan rawatan Islam atau kaedah tradisional kerana semuanya kini menawarkan khidmat merawat anaknya secara percuma.
-bharian-

'Siapa pula bawa Rahimi masuk pajabat PKR?'

on

Terdapat persoalan 'misteri' yang tidak pernah dibincangkan oleh anggota PKR tentang Rahimi Osman, iaitu siapakah yang membawanya masuk ke ibu pejabat PKR?

"Kita sudah tahu, Rahimilah dalang membawa (Mohd) Saiful Bukhari (Azlan) menjadi salah seorang pegawai khas Anwar.

"Tetapi, persoalan yang lebih penting yang tidak pernah kita semua perbincangkan, siapakah yang membawa Rahimi masuk ke ibu pejabat PKR dan menjadi pegawai khas Anwar?" soal naib presidennya Mustaffa Kamil Ayub.

Minggu lepas, Rahimi - bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim - mendakwa beliau dipaksa dua peguam PKR Latheefa koya dan Saiful Izham Ramli untuk menandatangani akuan bersumpah bagi mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya dalam kes dakwaan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Latheefa dan Saiful - kedua-duanya juga pemimpin PKR - bagaimanapun menafikannya. Mereka sebaliknya mendakwa akuan bersumpah itu dibuat secara sukarela.

Dalam satu kenyataan semalam, Musaffa berkata, alangkah liciknya mainan "pembesar-pembesar Umno sehingga anggota parti pun tidak dapat menghidu rancangan busuk dan tidak bermaruah ini".

"Saya sangat yakin orang-orang Najib mahu rakyat melihat parti ini sudah didalangi dalang-dalang politik busuk yang bermasalah," dakwa Mustaffa yang juga pengerusi PKR Perak.

Beliau juga mendawa Rahimi tampil mengatakan dipaksa menamakan Najib dan Rosmah dalam akuan bersumpahnya semata-mata untuk melindungi kepentingan kedua-dua mereka.

"Rakyat dan anggota parti mahu diperbodohkan lagi dengan memadamkan nama kedua-dua peribadi misteri ini," kata Mustaffa sambil mempertikaikan kenapa Rahimi "beriya-iya" mahu memadamkan nama itu sekarang.

"Tidakkah kita hairan, mengapa Najib-Rosmah begitu berdiam diri dan sangat defensif walhal Rahimi bermati-matian cuba memadamkan nama kedua-dua peribadi itu dalam akuan bersumpahnya," katanya.

Ku Li kata UMNO & Mustapa Mohamed Tipu....???

on

Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mengecam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar berhubung sebab utama tentang kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus pada 2009.

"Beliau tidak bercakap benar, berpusing-pusing beri alasan remeh," katanya kepada Malaysiakini di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar hari ini.

Razaleigh mengulas alasan menteri itu bahawa Malaysia hanya berjaya menarik FDI sangat sedikit berbanding ekonomi negara jiran kerana ia melibatkan skala pembangunan pada tahap berbeza, justeru tidak boleh menarik pelaburan infrastuktur.

Mustafa dilaporkan berkata ini kerana Malaysia tidak berminat menarik pelaburan dalam sektor pulangan rendah seperti yang melanda ekonomi kawasan lain.

Razaleigh yang juga ahli parlimen Guan Musang mengetepikan perkiraan bahawa pelabur tempatan lari ke luar negara kerana pasaran Malaysia sudah tepu.

"Masalah sebenarnya ialah keyakinan (pelabur). Jika begitu, kenapa syarikat seperti YTL buat stesen janakuasa di Singapura? Awak boleh tanya mereka.

"Kita perlukan duit untuk bangunkan negara ini. FDI bukan hanya bawa duit tapi latihan dan kemahiran pembangunan," katanya. -  dari arkib malaysiakini.com

Ada Ketua UMNO Yang Tergamak Menyamar Sebagai ' Warga Emas' ...???

on

Panas: Terbongkar, Rupanya Ada Si Ketua UMNO Yang Tergamak Menyamar Sebagai ' Warga Emas' Semata-Mata Untuk Jatuhkan Imej Lim Guan Eng






Susulan insiden pemulangan semula wang ehsan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada warga emas baru-baru ini, maka hebohlah puak-puak UMNO menjaja kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (foto), itu telah menipu warga emas terutamanya yang beragama Islam. Malah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeridan ADUN Penaga iaitu Datuk Azhar Ibrahim juga menyifatkan tindakan itu jelas sekali menipu warga emas yang serba kekurangan itu. "Mereka orang kampung, ibu-ibu bapak-bapak... mereka sembahyang, mereka mengaji, mereka bukan orang jahat, mereka orang baik-baik tetapi mereka ini agak kurang mendapat rezeki daripada Allah SWT, kekurangan itu maka digunakan kesempatan ini untuk menipu mereka", katanya. Beliau kononnya bangkit sebagai pembela kepada warga emas terbabit yang kecewa dengan status wang tersebut. Malah beliau mengatakan kononnya warga emas sendiri mahu mengadakan majlis untuk memulangkan wang tersebut kepada UMNO untuk diserahkan kepada Kerajaan Negeri. Dalam majlis itu seramai 40 warga emas dari Penaga, Kepala Batas telah bertindak memulangkan wang yang dipercayai haram hasil sumbangan Kelab Lumba Kuda untuk program membasmi miskin tegar di negeri itu. Biarpun Lim Guan Eng sudah menjelaskan bahawa wang sumbangan tersebut adalah dari hasil kerajaan negeri sendiri, namun mereka tetap tidak dapat menerima kenyataan tersebut kerana termakan dakyah puak UMNO. Maka disiarkan secara eksklusif oleh media arus perdana.

Ketua UMNO Tergamak Berlakon Jadi Warga Emas

Maka, selepas itu pemulangan wang diikuti pula oleh warga emas Bayan Baru dan semalam diikuti pula oleh warga emas dari Balik Pulau. Makanya hebohlah orang memperkatakan serta kecewa dengan tindakan Lim Guan Eng itu. Biarpun Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah memberi penjelasan demi penjelasan, anehnya puak-puak UMNO masih terus mahu menjadi juara isu ini. Hilang isu doa khutbah untuk Lim Guang Eng, kini timbul pula isu panas ini. Pendek kata UMNO amat berharap agar isu seperti ini akan menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan negeri pimpinan DAP itu. Malah, akan melunturkan sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat di seluruh negara atas apa yang berlaku di negeri itu. Namun, akhirnya mungkin sudah suratan takdir UMNO terpaksa menerima hakikat bahawa majlis yang diadakan itu adalah tajaan UMNO Pulau Pinang sendiri sebenarnya. Malah, bukti jelas berjaya dibongkarkan yang terdapat seorang Ketua UMNO Bahagian tergamak menyamar sebagai warga emas pada hari berkenaan. Beliau ialah Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir (foto). Sunggu melucukan melihat adengan beliau sanggup berlakon sebagai warga emas untuk diambil gambar oleh media, kemudian dilihat semula duduk semula di sebelah Datuk Azhar ketika sidang media. Dengan bukti ini, maka sahlah isu "wang haram" yang dimainkan oleh puak-puak UMNO ini hanyalah ciptaan mereka.


Bukti, wajah Si Ketua UMNO yang sanggup jadi pelakon tambahan itu

Lagi bukti, wajah sebenar pelakon tambahan yang tidak tahu malu itu
Jika seorang Ketua Bahagian sanggup jadi "pelakon tambahan warga emas" seperti itu, maka apatah lagi dengan ahli-ahli biasa sebenarnya. Makanya, kemungkinan besar 40 warga emas yang dikatakan memulangkan wang tersebut adalah terdiri daripada ahli-ahli UMNO sekitar DUN Penaga dan ditempat lain itu sebenarnya. Maka itulah kita tidak hairan mereka memulangkan wang RM100 ke dalam tabung yang disediakan oleh UMNO, kerana kemungkinan besar mereka ada perjanjian akan diberikan wang lain sebagai ganti "aksi lakonan mereka" pada majlis itu. Pendedahan ini sungguh menjijikkan sebenarnya. Sungguh kita tidak sangka seorang Ketua UMNO sanggup berlakon sebagai warga emas semata-mata untuk mencari publisiti murahan. Apalah nak jadi dengan puak-puak UMNO ini agaknya. Mereka sudah terlalu kemaruk untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng. Malah mereka tidak mahu Lim dipandang popular oleh dasar-dasarnya yang banyak membela dan menjaga kebajikan rakyat. Maka itulah kita tidak hairan, dicari jalan sedaya upaya untuk menjatuhkan imej dan maruah Lim Guang Eng. Apapun, kini sudah terbukti bahawa adengan tersebut hanyalah lakonan dan sandiwara semata-mata. Maknanya, sia-sia sahaja adengan mereka selepas ini susulan daripada pendedahan yang dibuat ini.



[Inilah akibatnya, cuba menyamar tapi tidak kena pada tempatnya. Akhirnya berjaya juga dibongkarkan secara eksklusif begini. Akhirnya siapa yang mendapat malu?. UMNO Pulau Pinang juga yang mendapat malu sebenarnya. Patutlah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hanya memberikan reaksi ‘Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya’ apabila beliau ditanya tentang isu ini oleh wartawan. Malah, Lim juga meminta kepada mana-mana warga emas yang ingin memulangkan wang itu supaya tidak memberikan kepada wakil rakyat atau wakil dari UMNO. Ini kerana perbuatan tersebut bakal mengundang UMNO yang akan mempergunakan wang itu untuk tujuan yang tidak munasabah berdasarkan sejarah parti itu yang didakwanya tidak amanah. Maknanya, wang tersebut sudah pasti akan dibayar kepada pelakon tambahan seperti Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam itu agaknya. Tambah memalukan, siasatan kami mendapati beliau juga pernah bergelar Senator Dewan Negara satu ketika dulu dan bersaudara denganKadir Sheikh Fadzir bekas Menteri Penerangan. Soalnya, apakah ini sikap seroang Senator?. Moga berakhirlah sandiwara ciptaan UMNO ini].  PDO

Polis Gempur Majlis Jamuan Hari Raya PKR Johor.......???

on

Memalukan: Tindakan Polis "Patahkan Microfon" Dan Gempur Majlis Jamuan Hari Raya PKR Johor Buktikan UMNO Negeri Kian Nazak Sebenarnya !!




Sungguh memalukan apabila kami mendapat berita yang Majlis Jamuan Hari Raya, Parti Keadilan Rakyat(PKR) Negeri Johor yang diadakan diKg.Ayer Manis Kulai telah diganggu oleh pihak polis dua hari lalu (8 Okt). Ia sesuatu yang tidak wajar berlaku sebenarnya. 


Apakah UMNO Johor sudah terlalu takut dan sanggup mengarahkan pihak polis untuk menggempur sebuah majlis jamuan hari raya parti politik?.


Biarpun pihak polis yang melakukan kekasaran itu, namun hakikatnya rakyat lebih tahu yang mereka melaksanakan tugas mengikut arahan puak-puak UMNO Johor itu sendiri sebenarnya. Mahu dinafikan pun tidak berguna, kerana Johor adalam"Lubuk UMNO" yang kononnya terlalu sukar untuk ditembusi oleh parti pembangkang di negara ini. 


Tambahan pula UMNO itu sendiri lahirnya di negeri Onn Jaafar itu. Makanya, ketakutan yang amat sangat menyebabkan UMNO Johor terpaksa menggempur majlis anjuran PKR itu. 


Difahamkan pasukan polis yang diketuai oleh OCPD Zul dari Balai Polis Kulaijaya telah mematahkan mikrofon ketika Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng (foto), sedang berucap dihadapan lebih 400 orang hadirin. 


Tindakan tersebut menyebabkan Chua Jui Meng terpaksa berucap tanpa menggunakan microfon. Walau pun sudah mematahkan microfon, pihak polis masih terus berada disitu termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan(FRU). Difahamkan antara pemimpin PKR pusat yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Presiden, Azmin Ali dan Ketua Wanita, YB Zuraida Kamaruddin



Inilah gaya polis upahan UMNO JOhor yang bertindak kurang ajar itu

Orang ramai panik lihat polis tergamak gempur majlis jamuan hari raya 

[Nampaknya UMNO Johor semakin gentar untuk berlawan secara "anak jantan" dengan Pakatan Rakyat di negeri itu sekarang ini. Tindakan mengarahkan pihak polis menggempur Majlis Jamuan Hari Raya adalah satu tindakan biadap bagi manusia yang tidak bertamadun. Apakah ini yang dikatakan demokrasi yang diamalkan di Malaysia ini agaknya. Ternyata, mereka sudah terlalu takut untuk melihat satu persatu kerusi DUN dan Parlimen di negeri itu jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang. Apapun, syabas dan tahniah kepada PKR Johor yang telah berjaya mencipta sejarah yang amat menarik untuk diperkatakan oleh rakyat Malaysia ini. Semoga dengan ini, rakyat Johor yang selama ini karat UMNO akan membuka mata dan hati mereka untuk membuat perubahan dalam PRU-13 nanti. Jika inilah sikap mereka, ternyata mereka tidak layak untuk berkuasa lagi sebenarnya]. PDO.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List