PKR bertanding di Batu Sapi....???

on Oct 10, 2010


KUALA LUMPUR, 10 Okt — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menurunkan calonnya mewakili Pakatan Rakyat (PR) jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanggil pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah meskipun tiada wakil diletakkan dua tahun lalu.
Pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan Batu Sapi yang mempunyai 26,000 pengundi, yang terletak di sebelah timur Sabah, merupakan pilihan raya kecil yang ke-13 sejak 8 Mac 2008.
PR hanya memenangi satu daripada 25 kerusi Parlimen ditandingkan di Sabah pada 2008.
Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, berdasarkan persetujuan PR kerusi itu diperuntukkan kepada parti itu tetapi tidak dapat meletakkan calon kerana sebab-sebab tertentu.
“Memang ia kerusi PKR, diperuntukkan kepada kami tetapi calon tidak dapat diletakkan.
“Oleh itu, PKR akan membuat persiapan untuk bertanding di Batu Sapi (apabila diadakan pilihan raya kecil nanti),” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, PR Sabah yang dijadual bermesyuarat hari ini dijangka menyentuh isu berkenaan.
“Kami sudah memberi fokus mengenai soal persediaan, dan mesyuarat Pakatan Sabah esok (hari ini) akan membincangkan persiapan,” katanya lagi.
Perkara tersebut juga dijangka akan disentuh pada mesyuarat PR pusat Rabu ini.
“Soal siapa yang akan bertanding, kami akan membincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rabu ini,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi.
SPR akan mengadakan mesyuarat khas sebaik sahaja menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List