Simpanan tetap BN retak, tulis Kadir Jasin

on Jul 29, 2012


Penarikan diri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dari Umno dan Barisan Nasional (BN) menyebabkan simpanan tetap BN sudah retak, tulis wartawan veteran, Datuk A Kasir Jasin.

Kadir Jasin dalam tulisannya menulis, penarikan diri Lajim daripada semua jawatan dalam Umno adalah tamparan hebat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana, Najib selama ini cuba mewujudkan gambaran bahawa beliau mempunyai kawalan penuh ke atas politik di dua buah negeri Borneo itu.

Bagi beliau, ia bukan berita yang diharapkan oleh Presiden Umno itu.

Selain menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno, Lajim adalah juga ketua bahagian Umno Beufort dan pengerusi BN Beufort.

Lajim menyerahkan kedudukan beliau sebagai timbalan menteri ditentukan oleh BN selepas langkahnya itu.

Najib sendiri berkata yang peletakan jawatan Lajim adalah sesuatu yang dijangkakan buat beberapa ketika dan beliau akan membuat keputusan esok (Isnin) mengenai kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri.

"Tetapi tindakan Lajim itu tidaklah pula sesuatu yang baru atau memeranjatkan.



Ramalan mengenai kemungkinan beliau menarik diri daripada Barisan Nasional dan menyertai pembangkang sudah berbulan lamanya," tulis bekas Ketua Pengarang Kumpulan akhbar NSTP itu.

Beberapa bulan lalu, timbul cakap-cakap bahawa beberapa pihak yang tidak puas hati dengan Mohd Najib di Sarawak dan Sabah akan berpakat bagi menentang BN di dua buah negeri itu.

Bagaimanapun, perselisihan pendapat antara Mohd Najib dan kepemimpinan BN Sarawak, khususnya mengenai kedudukan Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri, telah diatasi. Ramalan mengatakan Abdul Taib tidak akan dipaksa meletakkan jawatan.

Sebaik mana pun Perdana Menteri cuba menyembunyikan kehampaannya terhadap perkembangan di Sabah itu, hakikatnya ia adalah petanda yang tidak positif bagi BN, khasnya di Sabah.

Sambil merujuk kepada peletakan jawatan Datuk Onn Jaafar sebagai presiden Umno, Najib berkata penarikan diri oleh ahli Umno bukanlah sesuatu yang baru. Yang lebih penting, kata beliau, adalah kesetiaan kepada parti.

Setelah kehilangan pengaruh di kawasan-kawasan Cina pada pilihan raya negeri (PRN) Sawarak pada April tahun lalu, pergantungan BN kepada Sabah menjadi lebih besar, sambung Kadir.

Dua buah negeri Borneo itu sering disebut sebagai “fixed deposit” atau simpanan tetap kerana jaminan sokongan yang padu kepada BN.

Pada PRU 2008, BN menang 30 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dan 24 daripada 25 di Sabah berbanding 85 yang dimenangi di Semenanjung dan sebuah di Labuan.

Tetapi, selepas kemaraan besar DAP dalam PRN Sarawak adalah dikhuatiri yang BN mungkin kehilangan sehingga enam kerusi Parlimen di Sarawak jika trend PRN itu berterusan.

Dengan penarikan diri Lajim, tabung simpanan tetap BN di Sabah telah retak dan jika merebak, pergantungan BN terhadap negeri bawah bayu itu akan menjalin lebih tidak terjamin, tulisnya.

Di Sabah, taat setia politik bolehlah diumpamakan seperti pasir di pinggir pantai – sentiasa berubah. Penarikan diri Lajim boleh membawa kepada pemberontakan besar-besaran seperti yang terjadi pada PRU 1990.

Soalnya, masalah Mohd Najib dan BN di Sabah tidak terhad kepada Lajim seorang saja.

Beliau juga perlu membuat keputusan mengenai kedudukan Ketua Menteri, Musa Aman, dan pergiliran jawatan Ketua Menteri antara Islam, Bumiputera bukan Islam dan Cina yang dimansuhkan oleh pendahulunya, Abdullah Ahmad Badawi, kata Kadir lagi.

Kesimpulannya, tulis Kadir, perkembangan terbaru di Sabah itu merumitkan lagi tugas Mohd Najib membuat keputusan mengenai tarikh PRU akan datang kerana tabung simpanan tetap BN mungkin sudah retak.- Harakahdaily



Photobucket

Anwar disambut Lajim Ukin, gerakan baru merebak ke seluruh Sabah

on



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) tengah malam tadi dari Kuala Lumpur.

Ketibaannya disambut oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua, pengerusi majlis pimpinan negeri, Ahmad Thamrin Jaini, ahli-ahli majlis pimpinan negeri dan puluhan penyokong Pakatan Rakyat yang setia menunggu Anwar tiba di balai ketibaan.

Anwar baru sehari tiba dari tanah suci Makkah setelah selesai mengerjakan ibadah umrah selama lima hari dan tiba dari Jeddah, Arab Saudi dengan penerbangan jam 1.45 petang kelmarin.

Turut menanti ketibaan Anwar adalah Presiden Parti Reformasi Sabah (STAR), Jeffery Kitingan.

Paling mencuri tumpuan, kehadiran Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin yang mengumumkan perletakkan jawatannya dalam semua jawatan parti Umno-APCO dan kerajaan serta Pengerusi BN Beaufort.

Lajim mengumumkannya dalam satu majlis ringkas di kediamannya di Likas Jaya, Kota Kinabalu, jam 6 petang semalam.


Beliau turut mengumumkan sebuah parti baru, Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang dijangka dirasmikan Anwar dalam satu majlis di Beaufort, jam 6 petang nanti.

Pada masa yang sama, Lajim mengumumkan seramai 17 pemimpin PPS dilantik bagi menyelia 17 kawasan parlimen di bawah gerakan baru tersebut.

Beberapa pemimpin tempatan menyifatkan kehadiran Anwar telah lama ditunggu-tunggu kerana proses perubahan politik di negeri ini memerlukan satu suntikan baru dengan keluarnya Lajim dan juga ahli parlimen Tuaran yang juga Timbalan Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO), Wilfred Bumburing.


Dalam majlis yang akan diadakan di Masjid Jamek Kampung Kebatu, Beaufort, Anwar dan Lajim serta pemimpin Pakatan Rakyat dijadual akan berbuka puasa di masjid tersebut dengan Anwar dijangka akan memberi ucapan berkenaan keputusan Lajim mengisytiharkan keluar Umno-APCO dan perlunya rakyat Sabah membuat perubahan keluar dari paras kemiskinan.

Sabah merupakan negeri kedua termiskin di Malaysia selepas Sarawak berdasarkan pendapatan per kapita penduduk.

Selesai majlis tersebut, menurut aturcara program yang diedarkan sejak tiga hari lalu, Anwar dan saf pimpinan akan bertolak ke kediaman Lajim di Likas Jaya untuk meneruskan perincian hala tuju politik Lajim serta proses pengambil alihan kerajaan persekutuan dari tangan Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum ke 13 yang dijangka diadakan September ini.

Sementara itu di PEKAN, PAHANG, Perdana Menteri Najib dalam komen selepas mengetahui keputusan Lajim tersebut berkata, kedudukannya selaku timbalan menteri akan diumumkan pada Isnin ini setelah selesai perbincangan dengan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang semalam berada di Sabah tetapi telah pulang ke Kuala Lumpur malam tadi juga setelah gagal dalam misinya menghalang Lajim keluar Umno-APCO.

PPS dijangka akan bersama menyokong Pakatan Rakyat dalam memastikan BN negeri yang diterajui Ketua Menteri, Musa Aman tumbang dalam pilihanraya umum akan datang.





Photobucket

Artis Masuk PAS Ada Agenda?

on



BEGITU ramai orang dalam Pakatan Rakyat, tidak memberi perhatian yang betul dengan kenyataan yang dikeluarkan artis Abby Abadi baru-baru ini berhubung masa depan kariernya sebagai artis setelah menyertai PAS.
Penulis melihat ada percanggahan ketara antara kenyataan Abby itu dengan polisi Pakatan Rakyat yang ramai dari kita faham.
Abby Abadi dipetik sebagai berkata, “Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, PR perlu menang dan membentuk kerajaan untukmerealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah?
Pertama, penulis tidak ingat dimana dalam buku Jingga dan manifesto yang sedang dirangka, ada dimasukkan tentang unsur-unsur ‘syariah’ dalam dunia hiburan seperti yang disebutkan Abby Abadi.  Penulis yakin ada banyak perkara yang berubah setelah Pakatan Rakyat mengambil alih, tetapi ‘mensyariahkan’ bidang hiburan bukan salah satu dari agendanya.
Abby mungkin selebriti tapi pemahamannya mengenai perjuangan Pakatan Rakyat kelihatannya masih kabur.  Yang Abby terlepas pandang, kenyataan ini boleh menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat bukan Islam di negara ini, seolah-olahnya Pakatan Rakyat mahu menguatkan lagi imej Islam di negara ini.
Percayalah itu tidak akan berlaku.  Kalau pun PAS mendesak, DAP tidak akan bersetuju, begitu juga dengan PKR yang berkongsi pendirian yang sama.  Pakatan Rakyat setahu penulis, tidak sama sekali berhasrat sama sekali ‘mengislamkan’ negara ini lebih dari apa yang ada sekarang.
Malah mungkin ada pengurangan di sana sini untuk memberi ruang kepada penganut agama lain pula.
Ini kenyataannya, negara ini negara berbilang kaum dan agama, penumpuan khas kepada sesuatu kaum dan agama adalah amalan yang ditolak dan tidak akan diamalkan oleh Pakatan Rakyat, atau kita akan dinilai sama sahaja seperrti BN.
Kedua, apakah Abby Abadi fikir Pakatan Rakyat akan memberi ‘keistimewaan’ kepadanya dalam bidang hiburan ini setelah pentadbiran persekutuan bertukar?  Ada berapa ramai artis yang menyertai PAS kebelakangan ini, kalau semua nak diberi keistimewaan tertentu, adakah adil pada yang lain.
Kita ada beribu orang artis, majoriti daripada mereka tidak cenderung kepada mana-mana parti politik. adilkah Pakatan Rakyat menutup peluang mereka ini kerana Abby Abadi dan segelintir yang lain mahukan keistimewaan dari kerajaan Pakatan Rakyat nanti?
Penulis melihat disini, Abby Abadi tidak ikhlas menyertai Pakatan Rakyat, belum apa-apa agenda peribadinya sudah terserlah.  Ketara sangat penyertaan Abby Abadi ke dalam PAS hanyalah untuk mencari peluang lebih baik yang tidak mampu didapatinya dengan kerajaan sekarang.
Mungkin Abby bermimpi Pakatan Rakyat akan menyerahkan slot yang panjang dari mana-mana rancangan RTM sedia ada kepadanya.
Penulis ingin ingatkan disini, kemasukan Abby Abadi adalah dengan kerelaan, tidak ada sesiapa yang menjemputnya masuk.  Kita hargai sokongan Abby dan artis-artis lainnya kepada Pakatan Rakyat, tapi jangan memandai-mandai menyatakan sesuatu yang tidak pernah menjadi polisi Pakatan Rakyat, seperti ‘mensyariahkan’ hiburan.
Atau paling teruk lagi, mengharapkan balasan.
Sebab itu beberapa hari sudah, laman ini ada memberikan amaran kepada PAS supaya jangan terlalu ghairah membawa masuk golongan artis ke dalam parti tersebut.


sumber

Photobucket

Hasan Ali Kembali Ke TV 1

on

alt



Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali kembali berkhidmat sebagai Pengacara sebuah Forum berkaitan Islam menerusi Forum Khas : Ehya' Ramadhan yang telah disiarkan di TV1.

Forum yang dipaparkan pada setiap hari Khamis jam 10 malam itu bakal berlangsung selama 4 minggu sepanjang bulan Ramadhan dengan tajuk perbincangan berkaitan Islam khususnya mengupas aspek kerohanian ibadah dalam mengimarahkan bulan tersebut.

alt

Rancangan ini telah membuka tirai pada malam tadi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu telah menjemput 2 panel khas iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi & Prof. Dr. Muhaya Hj Mohammed membincangkan tajuk 'Ramadhan Pembinaan Sahsiah'.



Photobucket

Kedudukan Lajim Akan Ditentukan Isnin Ini

on




Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Sabtu berkata kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diputuskan, Isnin ini.

Perdana Menteri berkata keputusan Lajim melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti.

"Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini.

"Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan. "Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Ubudiah Kampung Mambang, Chini di sini, Sabtu.

Najib berkata dalam sejarah parti peletakan jawatan seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru kerana pengasas parti, Datuk Onn Jaafar pernah bertindak demikian.

"Namun, sebagai parti yang berpengalaman kita mampu menghadapi cabaran itu," katanya.Lajim hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta-merta.




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List