Kenapa Salih Yaakob suka jadi bapok...?

on Apr 7, 2012



Sebut Salih Yaakob orang akan ingat 2 perkara:

Seorang artis yang ada 4 orang isteri.

Seorang tukang lawak radio yang dikenali sebagai SY bergandingan dengan KE dan juga Khairil dalam radio Sinar.FM setiap pagi sepanjang minggu.

Salih Yaakub ditingkatkan popularitinya apabila diberikan peluang menyanyikan lagu-lagu saduran Melayu yang diterjemahkan ke dalam bahasa 'Mat Saleh'. Habis semua lagu Melayu popular dinyanyikan semula dalam bahasa Mat Saleh oleh SY dalam rancangan di Sinar.FM.

Ada berbagai watak yang dimainkan oleh Salih Yaakob dalam menjadi juruhebah radio tersebut:
Watak Mak Ning. Sekarang terkenal dengan siri Mak Ning...Haaaa! Pening! yang ditaja oleh syarikat insuran yang mendakwa sebagai "peneraju kehidupan manusia" dengan hadiah lumayan sebanyak RM70,000 untuk dimenangi. Harga tersebut adalah kacang saja bagi sebuah syarikat Insuran yang mengaut berbillion ringgit hasil dari berniaga 'kalau' dengan orang ramai.

Watak Mat Saleh. Bila Salih Yaakob bertukar menjadi Mat Saleh dia mula bercakap orang putih dengan nada macho giler.

Watak Abang Jem. Abang Jem mula muncul apabila Sinar.FM mahu mengajar para pendengar membuat berbagai-bagai jenis senaman merapu. Cakap apa saja situasi abang jem akan memberi bimbingan bagaimana nak bersenam dalam keadaan itu.

Dalam kesemua watak yang disebutkan di atas, watak yang sentiasa di mainkan oleh Salih Yaakob adalah watak bapok samada watak Abang Jem yang bercakap saling tak tumpah macam bapok tua dan watak Mak Ning, juga watak suara bapok dengan gaya percakapan cara lama seperti pelakon dulu kala zaman P Ramlee.

Sekali sekala lucu juga mendengar celoteh mereka tetapi kebanyakan masa, rasa amat meluat dan nak termuntah apabila mendengar Salih Yaakob melalut dengan gaya suara bapok tua. Saya tertanya-tanya kenapa apabila menjadi pak lawak untuk hiburkan orang, watak bapok amat popular di kalangan artis lawak.

Untuk Salih Yaakob saya senarai kemungkinan berikut di bawah:

Oleh kerana Salih Yaakob beristeri empat, maka dia merasakan watak bapok lakonannya lebih menyerlahkan kejantanannya yang punya isteri ramai sedangkan ramai orang yang tak bapok hanya punyai satu isteri.

Ini membawa kepada andaian yang Salih Yaakob sedang menyindir orang lelaki lain yang biasa dan meluat dengan bapok tetapi tak ramai isteri.

Dalam masa yang sama juga Salih Yaakob dan juga mereka yang sering melakonkan watak bapok mengambil geng-geng bapok sebagai bahan lawak kepada orang ramai. Bagi Salih Yaakob bapok sama juga dengan badut atau pak/mak lawak.

Rakyat Malaysia kebanyakannya amat gemar bersenda gurau dengan bapok dek sikap mereka yang mengada-ngada. Oleh itu watak bapok jika dilakonkan menarik minat ramai rakyat Malaysia.

Perbualan dengan suara original akan menjadi tidak lawak lansung kerana pelawak Malaysia hanya pandai buat mimik orang lain saja untuk timbulkan suasana lawak. Mereka tidak ada idea lawak melalui perbualan terus tanpa mimikan. Ini juga membawa maksud mereka bukannya pandai buat lawak.

Dalam keghairahan pihak berkuasa agama cuba mengawal golongan wanita jadi-jadian di negara kita ini, ada pula pihak yang mempromosikan golongan seperti itu saban hari setiap pagi untuk didengari oleh semua rakyat Malaysia. Patutkah kita biarkan ia berlarutan sebegitu?


sumber :- dari sini


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List