MENGAPA AZMIN TAK PERLU LAYAN FITNAH
1. LATAR
Azmin tidak perlu jawab fitnah yang dilemparkan baik daripada Ummi Hafilda, Dr. Hassan Ali atau sesiapapun kerana ia adalah skrip fitnah ulangan dan telah dipatahkan melalui laporan perubatan dan juga keputusan Mahkamah. Azmin tidak harus terperangkap dengan permainan politik ini. KEADILAN juga tidak harus gusar dengan fitnah ini kerana semakin kuat KEADILAN maka lebih kuat fitnah terhadap pemimpin KEADILAN.
2. FAKTA KES
a. Azmin berserta isteri dan anaknya telah membuat ujian DNA sebanyak 2 kali. Ujian DNA yang pertama telah dibuat di Institute of Science and Forensic Medicine, Singapura pada 2 Julai 1998. Ujian DNA yang kedua telah dibuat di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 28 Julai 1998. Kedua-dua ujian ini dibuat oleh Azmin demi membersihkan fitnah jahat terhadap isteri dan anak beliau biarpun dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian oleh Raja Aziz Addruce, Peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim.
b. Kedua-dua Laporan Ujian DNA tersebut telah mengesahkan bahawa Azmin dan Shamsida adalah 'biological parent' kepada Farah Afifah. Laporan daripada hospital di Singapura tersebut menyebut; "The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked 'X' (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked 'Y' (child)."
c. Laporan DNA yang dibuat di Hospital Kuala Lumpur atas arahan Musa Hassan juga menunjukkan keputusan yang sama. Walau bagaimanapun keputusan bertulis bagi ujian yang dibuat oleh Dr. Zahari Noor dan Dr. Dahlia tidak diserahkan kepada Azmin sehingga hari ini. Namun, keputusan itu dipastikan melalui satu kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor pada ketika itu yang mengesahkan temuan DNA itu membuktikan Azmin adalah bapa kepada anak tersebut.
d. Melalui jalan undang-undang, Azmin telah membiawa kes ini ke Mahkamah Seksyen Ampang. Mahkamah Seksyen Ampang pada 25 Jun 2005 telah memutuskan Dato' Khalid Jafri sebagai bersalah di bawah Seksyen 8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana memfitnah Azmin dan keluarganya dalam buku 50 Dalil. Hakim telah mentuhkan hukuman penjara satu tahun kepada Khalid atas kesalahan yang sangat serius dan melibatkan banyak pihak dan kesengsaraan akibat kesan psikologi yang terpaksa ditanggung sepanjang hayat oleh anak kecil Azmin.
e. Perihal kes DNA ini telah ditulis dalam buku "Mahkamah Sahkan Ada Konspirasi Untuk Memfitnah dan Membunuh Kerjaya Politik Anwar Ibrahim" yang diterbitkan pada tahun 31 Ogos 2005 oleh Institut Kajian Dasar.
f. Berkaitan fitnah tentang saham RM8.5 juta yang dikaitkan dengan Azmin, isu tersebut muncul sejak tahun 1995 dan Azmin telah disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu atas tuduhan memiliki aset yang tidak setara dengan pendapatannya. Azmin bagaimanapun terbukti tidak bersalah kerana tiada tindakan susulan daripada siasatan itu.
g. Penahanan Azmin pada 16 September 1998 untuk siasatan kes Dato' Seri Anwar yang dituduh menghalang siasatan dan melindungi Setiausaha Sulitnya (Azmin) daripada kesalahan pada 1995 juga telah membuktikan bahawa polis gagal menemui sebarang bukti kukuh. Tuduhan terhadap Dato' Seri Anwar itu juga telah digugurkan. Perkara ini turut diulas oleh Dato' Shafee Yahaya dalam biografinya "The Shafee Yahaya Story: Estate Boy to ACA Chief" di mukasurat 306 yang menjelaskan bahawa Azmin tidak bersalah. Fitnah inilah yang diulang oleh Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A Vickneswaran.
----------------------------------
Berikut adalah temuan arkib yang boleh dijadikan rujukan untuk menjawab fitnah khususnya dalam isu DNA.
http://arkibperbicaraananwaribrahim.blogspot.com/search/?q=DNA+anak+azmin&search_submit=
0 comments:
Post a Comment