Tuan Speaker Parlimen Malaysia. Kenapa...?

on Apr 7, 2012

BN paksa Parlimen terima usul ‘reformasi’ pilihan raya tanpa bahas, inikah transformasi Najib?


Apabila wakil-wakil rakyat PR memberitahu Speaker bahawa beliau telah membuat kesilapan,  Pandikar tetap menolak untuk mengkaji semula keputusannya.


Tidak lama selepas makan tengah hari, Pandikar membuat satu kemunculan mengejutkan dalam Dewan dengan terus menggantung tiga wakil rakyat PR, iaitu Azmin, R. Sivarasa (PKR Subang) dan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS Kuala Selangor) atas alasan mempertikaikan keputusan Speaker.


Menurut Kit Siang, Pandikar yang telah hilang kawalan Dewan terus memaksa usul yang dibawakan oleh Pengerusi PSC tersebut, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, untuk diundi tanpa perbahasan, yang didakwanya diluluskan dengan majoriti Ahli Parlimen yang tidak tahu apa yang sedang berlaku.


Kemudian, Pandikar terus menangguhkan mesyuarat Dewan tanpa memberi peluang kepada sesiapa untuk berucap lagi.





Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List