Terhempasnya Sebuah Jet Pejuang F-18 Ke Bumi.....

on Apr 7, 2012






Jet pejuang tentera laut Amerika Syarikat (AS) jenis F-18 terhempas sebaik berlepas awal pagi ini dan menimpa kawasan kompleks pangsapuri di Virginia sehingga menyebabkan kebakaran besar.

Nahas itu bagaimanapun tidak meragut sebarang nyawa tetapi dilaporkan sembilan cedera setakat ini.

Kedua-dua juruterbang pesawat dilaporkan sempat menarik butang kerusi anjal untuk keluar dari pesawat sebelum terhempas di kawasan padat penduduk di timur kawasan peranginan popular Pantai Virginia.

Kapten Tentera Laut AS, Mark Weisgerber berkata, nahas itu disebabkan masalah mekanikal pada pesawat.

Gobenor Virginia, Bob McDonnell memberitahu stesen CNN, beliau amat bersyukur kerana ia sesuatu yang ajaib apabila nahas pada pagi Jumaat itu tidak membabitkan sebarang nyawa yang terkorban.

Datuk Bandar Virginia, William Sessoms berkata, setakat ini sembilan cedera termasuk dua juruterbang terbabit dan kini dirawat di hospital.

Beberapa saksi pula berkata, pesawat tiba-tiba menjunam dengan tumpahan minyak pesawat yang bersebar dari udara yang mungkin menyebabkan kebakaran yang besar.

“Saya lihat bangunan pangsapuri mula runtuh,” kata saksi, Zack Zapatero kepada CNN.

“Saya tidak melihat seorang pun berlari keluar dari bangunan tetapi saya diberitahu kebanyakan yang mendiami pangsapuri berkenaan adalah warga pesara. Saya amat bimbang ketika itu,” katanya.

“Sukar untuk mempercayainya. Namun pihak berkuasa bertindak cepat apabila segera tiba di tempat kejadian. Ketika inipun kita dapat mencium bau minyak yang kuantitinya sangat banyak di kawasan nahas,” kata seorang lagi saksi, Jon Swain.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List