Terserlah Lah Siapa Dia Sebenar Nya

on Oct 27, 2011

Kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara adalah kerana kelemahan institusi yang disebabkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi  perdana menteri, kata pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari.

NONEPakar undang-undang UIA itu berkata Mahathir telah meminda perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 dengan melucutkan raja-raja daripada kekebalan mereka dan menyediakan peruntukan bagi kerajaan untuk "memberi arahan" kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ini dilakukan dengan cara memasukkan Artikel 40 (1A) dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa Seri Paduka perlu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.

"Pada dasarnya ini merupakan legasi yang ditinggalkan oleh pentadbiran Mahathir, yang mahu monarki disenyapkan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Menurut beliau, pada masa yang sama, negara mempunyai seorang eksekutif yang tidak  memperdulikan kuasa badan yang lain dan monarki yang tidak pasti peranannya.



NONEKenyataan Abdul Aziz itu dibuat bagi mengulas kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara yang tertangguh dua minggu. Laporan itu biasanya dibentangkan pada hari yang sama dengan pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bajet 2012 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lalu.

Kelewatan itu dikatakan kerana jemaah menteri mahu meneliti laporan berkenaan sebelum ia  dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana kebimbangan bahawa laporan audit tersebut akan mencuri tumpuan berbanding Bajet 2012.





NONEMenurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, mengemukakan laporan kepada jemaah kabinet sebelum diperkenan oleh Seri Paduka adalah amalan yang diguna-pakai sejak 1982, iaitu sejurus selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Kata beliau, ia bertujuan untuk membolehkan kabinet membiasakan diri dengan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu dan menjelaskannya di Dewan Rakyat.








sumber

Photobucket

Kes Mata Lebam Timbul Semula....?

on


Datuk Seri Najib Razak pernah mengatakan Tan Sri Abdul Gani Patail tidak wajar terlibat dalam kerja memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam 1998 Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut seorang bekas pegawai kanan polis yang mendakwa bertemu secara peribadi dengannya pada Oktober 2008.

Ketika itu Najib merupakan timbalan perdana menteri dan menjadi perdana menteri pada April 2009.

Datuk Mat Zain Ibrahim, yang sedang menggerakkan kempen seorang diri untuk mengalihkan peguam negara itu berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib untuk membincangkan dakwaan pembabitan Abdul Gani dan juga Ketua Polis Negara masa itu Tan Sri Musa Hassan.

“Komen YAB terhadap Gani Patail antara lainnya, ‘memang salah untuk memalsukan keterangan. Walaupun boleh jadi tujuan Gani adalah untuk menolong IGP’ (merujuk kepada bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor), membuat keterangan palsu, adalah suatu kesalahan dan tidak patut dia lakukan,” kata Mat Zain dengan merujuk kepada apa yang diperkatakan oleh Najib pada pertemuan mereka.

Rahim digantikan oleh Tan Sri Norian Mai dan kemudian oleh Musa sebagai ketua polis negara.

Mat Zain seterusnya menulis, “komen terhadap Musa Hassan pula, YAB menyatakan antara lainnya, ‘saya mendapat tahu peranan Musa tidaklah seteruk Gani. Saya rasa beliau (Musa) boleh melepaskan diri.”

Mat Zain mengatakan demikian dalam surat terbuka kepada Najib.

Dalam surat terbuka itu, Mat Zain menambah, “selanjutnya YAB telah memberi jaminan akan membincangkan perkara pelantikkan panel bebas dengan Perdana Menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu) oleh kerana YAB mengatakan tidak tahu-menahu mengenai pelantikkan panel ini, jika saya tidak maklumkan pada hari tersebut . . .”

Mat Zain merupakan pegawai yang bertanggungjawab menyiasat Rahim berhubung kejadian mata lebam membabitkan Anwar ketika bekas timbalan perdana menteri itu ditahan pada September 1998.

Rahim kemudian mengaku mencederakan Anwar, kini Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Mat Zain sebelum ini mendakwa Abdul Gani, yang mengetuai pendakwaan kes liwat dan rasuah ke atas Anwar sebelum ini dan Musa, telah mereka bukti dalam kes mata lebam.

Dalam suratnya bertarikh 20 Oktober, Mat Zain berkata, sebagai menunaikan permintaan Najib beliau telah memberi taklimat berkaitan dakwaan pemalsuan keterangan dalam insiden mata lebam, di pejabat Menteri Kewangan pada 23 Oktober 2008, lebih kurang pukul 10.30 pagi.

“Saya percaya butir taklimat saya adalah tidak penting lagi. Perkara yang ingin saya ketengahkan ialah komen YAB sendiri terhadap kedua-dua Gani dan Musa dalam perkara ini,” katanya.

Kata Mat Zain, seterusnya Najib turut memperakukan bahawa dakwaan terhadap Abdul Gani akan dibawa berbincang dengan penasihat-penasihatnya untuk meneliti implikasi tindakan jika diambil ke atas beliau kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kes liwat Saiful merupakan yang kedua membabitkan Anwar dan sedang didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“YAB sendiri secara sepintas lalu telah menyatakan keterangan dalam kes Saiful adalah 'bagus'... saya tidak sedikit pun membangkitkan kes ini semasa perbincangan.

“Saya ambil komen-komen sedemikian itu sebagai bermaksud YAB mempunyai maklumat yang mustahak mengenai hubungkait Gani Patail dengan kes liwat kedua serta mengetahui keterangan-keterangan penting dalam kes tersebut,” kata bekas pegawai polis kanan ini.

Mat Zain juga menulis bahawa beliau sedar tidak layak untuk menegur seorang perdana menteri dalam apa hal jua pun.

“Namun sebagai seorang rakyat, saya mempunyai hak untuk memberikan pendapat saya berdasarkan dari peristiwa yang saya sendiri tempuhi dan tahu serta yakin sebagai benar.

“Bukan sahaja undang-undang negara mewajibkan saya untuk bercakap benar, malah ,Islam juga mewajibkan saya menjadi seorang saksi yang bercakap benar walaupun terhadap kedua ibu dan bapa saya.”

“Saya menyatakan bahawa YAB Datuk Seri telah bertindak secara tidak adil, kepada rakyat jelata dan kakitangan awam, dalam penguatkuasaan keadilan awam.

“Walhal YAB sendiri yang telah beberapa kali berjanji kepada rakyat akan mempastikan undang-undang dilaksanakan mengikut keluhuran undang-undang,” katanya lagi.

Mat Zain menegaskan apabila tiba kepada giliran untuk mengambil tindakan terhadap Abdul Gani sendiri, pendirian Najib menjadi “lemah dan lesu seperti tidak bermaya.”

“Walhal YAB dan seluruh Kabinet sedar, beliau telah melakukan, penipuan, pemalsuan, salah guna kuasa, rasuah serta termasuk menyembunyikan keterangan untuk mengelirukan Kabinet.

“Lebih menyedihkan, YAB dilihat sebagai terpaksa membiarkan sahaja dan merestui tindakan pihak tertentu, memanipulasikan fakta dan keterangan, bagi mengelirukan dan mengabui mata rakyat untuk menyelamatkan Gani daripada dikenakan hukuman undang-undang,” katanya lagi. -TMI


Bekas IGP: Awas gelombang hak asasi

Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor hari ini memberi amaran berhubung kebangkitan gelombang hak asasi manusia yang dibimbanginya akan "merombak dan menghakis dasar yang dipersetujui bersama."

Katanya, penyokong kepada "agama baru human right" ini akan mengemukakan pandangan yang liberal sehingga mempersoalkan institusi raja.

"Banyak yang persoal hal-hal yang telah diterima, kontrak sosial ini, seolah-olah dia pandang remeh soal yang dipersetujui itu," tambahnya.

Katanya, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi gelombang ini, seperti juga pengalamannya ketika berdepan dengan gelombang Marxist dan komunisme sebelum ini.

Satu contoh yang dapat dilihat dalam kebangkitan gelombang hak asasi manusia ini ialah gerakan BERSIH yang mengadakan perhimpunan kedua pada 9 Julai lalu, dakwa Rahim.

Beliau yang juga bekas pengarah cawangan khas PDRM juga berkata, satu-satunya cara untuk menghadapi perkembangan itu adalah dengan memainkan peranan untuk kesepaduan dan perpaduan Melayu.

"Saya bukan bercakap kerana mewakili Umno atau PERKASA... Pada saya, bersatulah. Inilah yang jadi teras keamanan," katanya lagi dalam ucapannya ketika merasmikan perhimpunan agung PERKASA di Setiawangsa hari ini.

Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin dan seorang lagi bekas menteri kabinet Datuk Khalid Yunus.

Selain itu, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan juga ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah turut hadir di perhimpunan berkenaan. -mk



Ulasan

Perlu apa Tan Sri Rahim Noor ini dijulang semula? Sedangkan beliau adalah "penjenayah" yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memukul bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan matanya tertutup pada 20 September 1998 ketika berada dalam tahanan polis di lokap polis Bukit Aman.

Rahim telah dijatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Mac 2000. Rayuannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember 2000 dan hukuman penjara dua bulan dikekalkan.

Statusnya sebagai bekas banduan jenayah akan tetap terpahat di dalam sejarah negara. Lagi mahu tunjuk temberang dan lagak dengan rakyat jelata. 




petik dari  :- Blog Ini

Photobucket

BN Kucar Kacir. Muhyuddin Bimbang

on


Tan Sri Muhyiddin berkata beliau bimbang dengan berbalahan yang berlaku dalam komponen BN yang berlaku pada hari ini. Apa yang dimaksudkan oleh Timbalan Pengerusi BN itu ialah masalah ‘intra-party’ dalam komponen itu nampak serius sedangkan pilihanraya sudah hampir tiba.

Tan Lian Ho Ketua Wanita Gerakkan telah meminta supaya Koh Tsu Koon untuk memperbaiki kepimpinannya dan jika Koh tidak berkemampuan Tan Lian Ho supaya menarik diri dari kepimpinan Gerakkan. MCA pula menghadapi masalah kerana ramai dari penyokong MCA itu adalah penyokong kepada Ong Tee Kiat dan beliau telah menyatakan secara terbuka bahawa CSL merupakan seorang calun yang tidak ‘winnable’.

Semuanya ini merupakan barah-barah yang ada di alam parti-parti komponen BN dan keadaan ini jika tidak dikawal, Muhyiddin beranggapan isu ini akan menjejaskan prestasi BN dalam PRU nanti. Masalah ini bukan sahaja berlaku di dalam 6 komponen parti-parti BN terbesar di Semenanjung ini tetapi merupakan satu isu besar di dalam parti-parti dalam BN keseluruhannya.

UMNO memang menghadapi masalah ini dimana-mana. Kepimpinan UMNO di bahagian-bahagian kebanyakannya menghadapi masalah calun kerana kepimpinan bahagian-bahagian dalam UMNO itu tidak semestinya diterima oleh masyarakat ramai untuk mewakili mereka di dalam dewan-dewan legislatif di negeri-negeri masing-masing tetapi juga di dalam dewan Parlimen.

Itulah sebabnya Najib berkata UMNO akan turunkan hanya calun boleh menang dan tidak semestinya dari kalangan kepimpinan bahagian. Tetapi jika calun yang di anggap boleh menang bukan di kalangan pemimpin bahagian yang dipilih oleh bahagian maka calun yang di anggap boleh menang itu tidak akan menang kerana jentera parti dalam pilihanraya itu datangnya dari bahagian.

Di mana-mana kita pergi kita akan mendengar rungutan dalam isu calun ini. Ada yang menyatakan kepada saya yang mereka tidak tahan lagi dengan berbagai-bagai kenyataan kepimpinan yang mengguris hati mereka di peringkat bahagian. “Habis kita nak jadi apa bang?” seorang yang berjawatan besar bahagian dari Perak mengadu kepada saya.

“Kalau gitu biarlah pembangkang sahaja yang mentadbir Perak kerana pentadbiran pimpin BN Perak hari ini pun bukannya ‘legitimate’ pun” sambungnya lagi. Saya hanya menjawab, “Nasib you all lah! Masalah ini sudah lama. Tetapi baru sekarang nampak jelas. UMNO sudah terabai sejak 30 tahun lalu lagi. Sekarang sudah payah nak betulkan”

“Kat NS macam mana abang nampak?” tanyanya lagi. Saya jawab, “tak tau. Abang tak tau. Yang abang tahu the war-lords are fighting each other. Sudah jadi kanser, the cells are killing each other. All good cells are destroyed. I think they need chemotherapy. Lain-lain abang tak tau”.

Keadaan ini kita dengar di mana-mana, dari utara ke selatan, dari timur ke barat. Itu masalah ‘intra-party’, belum lagi di pandang dari sudut ‘inter-party’. Masalah yang paling besar ialah perhubungan di antara parti-parti dalam BN itu tidak sebaik dahulu. Ahli-ahli UMNO masih terluka dengan kenyataan MCA dan Gerakkan yang menyalahkan UMNO kerana kekalahan banyak kerusi dalam pilihanraya yang lalu sehingga tidak dapat mengekalkan majoriti dua par tiga kerusi di dewan parlimen serta di beberapa buah negeri yang di menangi oleh BN.

Selain dari itu lima negeri telah jatuh ketangan PR dan hampir kesemua kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan telah jatuh ke tangan pembangkang. Rakyat sudah biasa dan tidak lagi kekok untuk menyokong pembangkang kerana pembangkang telah terbukti sentiasa berkembang pengaruh mereka di mana-mana.

Rakyat sedar mereka selama ini telah diperdaya oleh BN melalui media masa perdana dan sekarang ini jika media memainkan isu panas terhadap pembangkang rakyat tidak lagi mahu menerima apa yang di siarkan oleh media perdana itu bulat-bulat. Mereka tahu itu adalah semata-mata propaganda politik untuk parti-parti yang memerintah.

Perbalahan ‘intra-party’ dan ‘inter-party’ dalam BN ini, jika dibuat kajian sedalam-dalamnya, ia tidak dapat di sembuhkan lagi. Bagi setengah pihak hanya setelah BN berada di luar kerajaan sahaja penyakit yang dihadapi mereka akan sembuh. Ini akan berlaku kerana yang akan tinggal bersama UMNO dan BN itu sahaja yang akan berkeupayaan untuk memperbaiki penyakit yang di hadapi oleh UMNO/BN itu.

Buat masa ini ‘krisis keyakinan’ terhadap UMNO dan BN itu merupakan persepsi yang begitu ‘conclusive’ oleh rakyat yang bakal memilih pada PRU yang akan datang. Pemimpin-pemimpin tidak mungkin mampu memperbaiki keadaan ini. Hanya rakyat sahaja yang bakal memberikan penyelesaianya nanti.

Apa yang dibimbangi oleh Muhyiddin itu memang satu hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.


By Aspan Alias
Photobucket

Siapa Yang Menyamar...?

on



Rupanya dalam sibuk orang bercakap mengenai isu winnable candidate yakni calon yang boleh menang...ada yang cuba ambil kesempatan ‘ cari makan’.

Ibupejabat UMNO menerima aduan adanya orang tertentu menyamar sebagai ‘ pegawai’ yang dihantar oleh Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk membuat tinjauan dan menilai siapa calon pilihanraya BN yang layak di bahagian-bahagian Umno di seluruh negara.

Ini mendorong Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansoer mengeluarkan satu kenyataan khusus menafikan wujudnya ‘ pegawai’ seumpama itu.

"Saya menegaskan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang diarahkan untuk berbuat demikian melainkan mereka diberi tauliah khusus daripada Ibu Pejabat Umno atau Ibu Pejabat Barisan Nasional (BN) sendiri tanpa melibatkan sebarang pemberian wang daripada calon," katanya

Beliau memberitahu, menerusi aduan tersebut, pihak penilai terbabit meminta mereka yang mahu menawarkan diri untuk menjadi calon BN pada pilihan raya akan datang perlu membayar sejumlah wang agar nama mereka dapat diajukan terus kepada Najib.
"Hal tersebut turut berlaku melibatkan anggota bahagian UMNO termasuklah dalam Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

"Oleh yang demikian saya menasihati semua pihak agar jangan terperangkap dan diperbodohkan oleh orang-orang terbabit lantaran mahu menjadi calon BN pada pilihan raya umum akan datang," kata Tengku Adnan. 



AGENDADAILY (25/10/2011).


Zaman menyamar sebagai 'pegawai PM' sudah berlalu. Mereka yang suka menyamar tu berhentilah kerja yang sia-sia itu jika mahu melihat UMNO menang pada PRU akan datang. Dapatkan maklumat secara senyap, memang digalakkan tetapi menyamar dan mengaku sebagai orang tertentu tidak payah lagilah. Rasanya PM sudah mengetahui pelbagai maklumat mengenai calon. Tunggu sajalah. Untung sabut timbul, kalau tidak tenggelamlah semacam batu.
Photobucket

Pengantin Tua

on




Seorang lelaki India berusia 120 tahunHazi Abdul Noor, masih cergas, dan sihat  telah berkahwin untuk kali kedua pada hari Ahad lepas dan kini beliau  menjadi pengantin lelaki tertua di dunia.
Enam tahun selepas isteri pertamanya meninggal duniabeliau telah berkahwin lagi dengan Samoi Bibi, 60, di kampung Satghori diNorth-East India.

Salima Khatunisteri pertamanyameninggal dunia pada tahun 2005. Sebelum meninggal dunia, Allahyarhamah telah berpesan meminta anak-anaknya untuk mencari seorang isteri untuk bapa mereka yang boleh menjaganya. 

Anaknya, Hazi Azir Uddinberkata"Tidak lama selepas kematianibu saya, ayah saya meminta kami untuk mencari  isteri baru yangakan menjaganya. Ia bukan kerja mudah untuk mencari pengantinyang berusia 100 tahun. Namun dengan rahmat Tuhan, kita telah menemui seorang ibu yang baruwalaupun dia separuh daripadausianya."
Family snap: Mr Noor asked his children to find him a new wife after his first died in 2005. Samoi, 60, from North Foolbari village, has promised to look after him. [Times of India]



Photobucket

Masih Nak Enter Frame

on

RM10bil of hot air from Samy Vellu : Another trademark con-job?

Dalam kemeriahan Rumah Terbuka Deepavali MIC 2011 di Batu Caves semalam aku ternampak satu wajah yang lama aku tak nampak menyelit kat situ.Wajah SAMY THE TIPU SULTAN bekas Presiden MIC dan bekas Menteri Kerja Raya.He he he..rindu juga bila lama tak nampak wajah Pak Lawak yang suatu masa dahulu sering menjadi bahan jenaka rakyat Malaysia.Apapun aku anggap kehadhiran Samy disitu sebagai memberi penghormatan kepada DS Najib dan TS Muhyiddin dalam semangat perayaan bersama 1Malaysia.


Ada satu ketika kelihatan dalam tv Samy Vellu duduk betul betul disebelah Perdana Menteri,membuat aku berfikir apakah dia melanggar protokol sedangkan dia bukan lagi Presiden MIC.Rupanya tidak..bila banyak gambar gambar yang tersiar kemudian nya mempaparkan yang duduk disebelah PM adalah G Palanivel saperti yang sepatutnya.Jadi yang aku lihat itu mungkin Samy Vellu duduk dikerusi Palanivel bila Presiden MIC itu bangun melayan tetamu.Mungkin Samy sekadar bertanya khabar PM dan mungkin tengah bagi breifing tentang MISI dia menawan Selatan Benua India...


Aku difahamkan sejak melepaskan jawatan Presiden MIC Samy telah dilantik sebagai SPECIAL ENVOY TO SOUTH ASIA bertaraf Menteri dengan segala kemudahan menteri dari segi ELAUN dan KEMUDAHAN.Wow!!!patutlah rajin benor dia berulang alik ke Benua India...rupanya MAKAN TANGGUNG BERAK CANGKUNG pakai duit kita semua.Kalau dia kerap kesana sebab gian nak pekena KARI pun siapa tahu?Envoy jadi enjoy lah...


Sebab nak tunjuk konon nya dia hebat boleh dapat projek dalam MISInya itu dia pun kelentong lah kononnya Kerajaan Bangladesh bersetuju bagi projek bernilaiRM10 billion kepada syarikat syarikat Malaysia.Lepas tu KERAJAAN MALAYSIA AKAN MEMINJAMKAN RM9 BILLION kepada Kerajaan Bangladesh untuk Projek Jambatan Padma yang telah dibatalkan pembiayaan nya oleh Bank Dunia atas sebab RASUAH yang berleluasa berhubung projek itu.

PUUYOOHH....BANYAK NYA DUIT KERAJAAN BOLEH BAGI PINJAM...


Perhatikan muka Poyo Samy..orang lain semua angkat tangan 1Malaysia
dia buat apa...???

Projek kelentong TIPU SULTAN yang bernilai RM10 billion itu cuma akan berakhir dengan MOU demi MOU yang bakal ditanda tangani oleh syarikat syarikat yang konon nya diberikan kontrak oleh KERAJAAN BANGLADESH.Apa ada dengan MOU...ianya setakat KERTAS BODOH yang bagi PM syok je.Hakikat nya dah ribu ribu MOU yang pernah ditanda tangani syarikat syarikat Malaysia dengan berbagai pihak luar negara...lepas tu senyap HABUK PUN TARAK!Aku pasti syarikat syarikat yang akan sign MOU dengan Kerajaan Bangladesh ini semuanya syarikat DUMMY Samy untuk bagi syok je..

YANG PASTI....KALAU BENAR BENAR BERLAKU..

Duit KERAJAAN MALAYSIA(duit rakyat Malaysia) sebanyak RM9 BILLION akan belayar ke Bangladesh kalau benar PINJAMAN yang dikatakan itu wujud.

      

Aku Petik Dari :-  Blog INI
 Malaysia Chronicle :-    SINI


Photobucket

Janda Perlis fobia bersolek. Mengapa?

on



Aku petik dari Kosmo......Sebahagian besar golongan janda di negeri ini yang berjumlah 5,400 orang menghadapi sindrom kemurungan selepas berlaku perceraian sekali gus mengakibatkan mereka langsung tidak berminat untuk bersolek selepas perceraian. 

Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, golongan tersebut sama ada dicerai atau ditinggalkan suami mempunyai persepsi negatif bahawa mereka sudah tidak laku lagi untuk dipinang oleh mana-mana lelaki selepas menjadi janda. 

Beliau berkata, paling memberi tamparan yang hebat kepada golongan tersebut ialah apabila mendapati suami meninggalkan mereka gara-gara berkahwin dengan wanita dari negara jiran yang dikatakan lebih cantik. 

“Justeru tidak hairan tabiat golongan itu yang sebelum ini suka bersolek tiba-tiba berubah sehingga mereka trauma untuk bergincu atau berbedak kerana menganggap diri mereka tidak laku lagi. 

“Situasi ini menyebabkan wanita tersebut akan menghadapi masalah kemurungan ekoran malu dan perasaan rendah diri untuk berhadapan dengan masyarakat,” katanya selepas dialog Memperkasakan Wanita dan Ibu Tunggal 2011 di sini semalam. 

Majlis tersebut yang disertai lebih 100 ibu tunggal itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keluarga dan Masyarakat negeri, Mansor Jusoh. 

Muhamad Hazimin berkata, berikutan itu, golongan tersebut lebih suka mengurung diri dalam rumah kerana bimbang pandangan serong masyarakat kononnya mereka sudah tidak cantik lagi. 

Katanya, berdasarkan statistik sehingga September lalu, seramai 5,400 ibu tunggal di Perlis berdaftar dengan JPWN. 

Ibu tunggal yang paling muda dikesan baru berusia 24 tahun dan menyara seorang anak.





Photobucket

Berani Kah Mereka Buka Mulut

on











Pusat Feedlot Kebangsaaan (NFC), projek bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 enggan mengulas prestasi hambarnya.

NONESebaliknya, menurut jurucakapnya  Wan Zurina Saaran, sebarang pertanyaan perlu diajukan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

"(Noh) akan jelaskan isu-isu yang dibangkitkan di Parlimen pada penggulungan bahas minggu akan datang," katanya menjawab soalan e-mel yang diajukan.

Malaysiakini
 menghubungi NFC bagi meminta ulasan berhubung laporan audit yang mendapati NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya serta juga dakwaan yang dibuat oleh PKR bahawa projek yang dikendalikan oleh suami dan anak-anak seorang menteri kabinet.

PKR telah berkata mereka akan "mendedahkan" lebih banyak bukti bagi menyokong dakwaan itu jika menteri Umno itu dan menteri pertanian ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bertindak menjelang Isnin depan.

NONEMalaysiakini juga meminta ulasan mengenai penemuan audit bahawa badan itu kekurangan  4000 ekor lembu yang sepatutnya dibekalkan dan tindakan berkenaan menyebabkan program keusahawanan seperti yang disyaratkan oleh kerajaan tidak dapat dijalankan.

NFC juga enggan mengulas dakwaan PKR bahawa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara projek itu bermasalah sehinggan memaksa syarikat Menteri Besar Negeri Sembilan Pemerbadanan mengambil semula 3,000 ekar daripada 5,000 ekar tanah yang diperuntukkan untuk projek berkenaan.



   sini dan sini
Photobucket

ABU.....ANYTHING BUT UMNO

on

Slogan baru rakyat - ABU! (anything but UMNO) atau (asalkan bukan UMNO).




Perkasa dan Ibrahim Ali begitu kecewa dengan kehadziran yang begitu kecil semasa Himpunan Sejuta umat di Stadium Shah Alam beberapa hari yang lepas. Hanya 5000 orang sahaja yang datang untuk menghadziri perhimpunan itu. Pada awalnya adalah dijangkakan seramai ratusan ribu orang Melayu Islam akan hadzir tetapi jelas walaupun dengan publisiti yang begitu meluas hanya 5000 orang sahaja yang hadzir.

Tetapi kawan rapat saya memberi komen sinis yang jika himpunan itu hendak bercakap kepada 1 juta umat maka pengelola perhimpunan itu terpaksa mengadakan 200 kali perhimpunan seperti itu untuk menyukupkan jumlah 1 juta itu.

Satu hakikat yang sangat jelas ialah jika apa-apa perhimpunan itu di anjurkan oleh kumpulan yang ada kaitan dengan parti pemerintah begitulah keadaan sambutannya. Persepsi rakyat begitu rendah terhadap parti pemerintah dan kedatangan seramai 5000 orang dari seluruh negara itu sudah boleh di anggap berjaya jika di bandingkan dengan persepsi rendah orang ramai terhadap pemerintah.

Ramai dari rakan-rakan yang saya temui beberapa hari sebelum perhimpunan itu diadakan meramalkan yang kedatangan dan sambutan terhadap perhimpunan itu adalah rendah. Masing-masing memberi sebab masing-masing dengan andaian masing-masing.

Tetapi yang pasti himpunan 1 juta umat itu adalah perhimpunan yang dipengaruhi oleh politik dan di sabitkan pula dengan penglibatan parti-parti dalam BN walaupun penganjurnya adalah di atas nama NGO. PAS dan parti-parti lain memang tidak terlibat dengan perhimpunan itu. Yang mampu membawa keluar ramai umat ialah parti-parti dari PR dan tidak ada mana-mana perhimpunan anjuran BN atau kumpulan yang bersimpati dengan BN itu berjaya mengumpulkan umat yang ramai.

Isu tuduhan BN terhadapa kristian yang berusaha memurtadkan orang Islam itu (jika benar pun) tidak mungkin boleh di selesaikan dengan perhimpunan seperti itu. Jika kita sayangkan agama kita orang Islam mesti di hormati dan untuk mendapatkan penghormatan itu hanyalah dengan menunjukan kita sebagai seorang Islam yang baik lebih-lebih lagi kepada pemimpin-pemimpin yang beragama Islam.

Menjadi pemimpin bukannya satu kerja mudah. Pemimpin mesti menunjukan kewibawaan yang tinggi dan jika di pandang dari sudut keagamaan pemimpin-pemimpin kita harus menunjukan yang mereka betul-betul menghormati dan menjunjung agama kita dengan tahap yang sewajarnya.

Kita terlalu obses bercakap pasal Islam tetapi rakyat nampak jelas pemimpin kerajaan sendiri melanggar Islam dengan tidak merasa malu dan silu. Melakukan rasuah adalah bertentangan dengan Islam dan Islam menyamakan perasuah itu sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri. Bagaimana sebuah kerajaan yang menjadikan Islam sebagai modal politik sedangkan apa-apa yang dilakukan itu semuanya bertentangan dengan kehendak Islam.

Dalam lapuran Ketua Audit negara yang baru dikeluarkan itu nampak jelas tidak ada Islamnya lagi. Barang yang berharga RM 400 dibeli oleh jabatan-jabatan yang terlibat dengan harga lebih dari seribu ringgit.

Pembelian alat keperluan angkatan tentera yang Def Tech boleh bekalkan dengan harga RM450 juta dibekalkan dengan harga lebih dari RM5 billion. Dimana Islamnya dan dimana amanahnya sebagai pemimpin yang beragama Islam. Apa semuanya ini?

Apabila rakyat yang terdesak pergi meminta bantuan dari pihak gereja walaupun tidak ada bukti mereka dimurtadkan maka semua mereka (kerajaan) mempolitikannya dan mengadakan perhimpunan sejuta umat pula.

Rakyat ramai yang terdesak kehidupannya tetapi mereka mendengar pemimpin-pemimpin melakukan kerja yang menyakitkan hati mereka. Mereka mendengar isteri-isteri pemimpin melalui TV memakai emas berlian berkarat-karat beratnya. Tas tangan kepunyaan setengah isteri- isteri pemimpin kita berharga ratusan ribu ringgit bagi satu beg tangan itu.

Kalau dikaji latar belakangnya bukannya datang dari keluarga yang kaya-raya pun. Mereka semuanya datang dari taraf sosial yang tidak jauh bezanya dengan kita semua ini. Sikap menunjuk-nunjuk ini selalunya dilakukan oleh mereka yang berlatar belakangkan mereka yang baru jumpa ‘dunia’. Mereka tidak senang hidup jika orang ramai tidak tahu yang mereka sekarang adalah isteri pemimpin yang kaya raya.

Orang tua-tua dahulu ada berkata, ‘kalau orang berdarah raja itu jika menjadi tukang sapu sampah atau jadi tukang cat sekali pun, ia tetap raja, tetapi jika si sengkek diletakan mahkota di kepala mereka sekali pun, mereka tetap sengkek’.

Rakyat yang terdesak kehidupan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah mereka dengan ‘one-off payment’ sebanyak RM 500 yang diumumkan oleh PM baru-baru ini. Kalau pemimpin kita tidak cukup dengan gaji yang besar sehingga melakukan rasuah bagaimana rakyat hendak hidup dengan bantuan RM500 itu? RM500 itu sebenarnya tidak cukup pun untuk membiayai makanan kucing orang-orang kaya dalam kerajaan pada hari ini.

Rungutan ini memang sudah lama tetapi keadaan masih tidak nampak akan berubah. Jika rakyat mengambil keputusan untuk mencari penyelesaian dengan mencuba memberikan mandate kepada parti-parti lain untuk mentadbir negara itu merupakan satu tindakan yang tidak boleh disalahkan. Ini negara demokrasi bukan?

Lagi pun tidak ada dosa atau kesalahan untuk sesiapa memberikan sokongan kepada pihak lain jika mereka tidak berpuas hati dengan pimpinan yang telah diberikan mandat selama lebih dari 5 dekad ini. Kuasa itu adalah kuasa rakyat bukannya kuasa mereka yang sedang memerintah itu.

Ibrahim Ali semasa ucapan penutup perwakilan Perkasa baru-baru ini telah bertanya, dimanakah perginya orang-orang Melayu dan Islam kerana tidak memberikan sambutan kepada himpunan 1 juta umat itu walaupun tujuannya ialah untuk perjuangan Islam dalam mempertahankan orang Islam dari dipengaruhi oleh kristian dengan tujuan memurtadkan orang-orang yang beragama Islam.

Jawapannya mudah: orang ramai tahu tujuan dan matlamat perhimpunan itu di adakan bermotifkan politik pihak berkuasa. Rakyat tahu himpunan itu bukannya kerana Islam. Rakyat tidak lagi mudah dipengaruhi oleh politik desperate pihak tertentu dan membuang masa sahaja.

Pihak yang menganjurkannya mempunyai matlamat tersirat yang lain dari matlamat untuk perjuangan agama suci Islam itu. Rakyat sudah tidak lagi mahu diperkotak katikan seperti dahulu lagi.

Enough is enough. Sekarang rata-rata orang berkata, ABU! (Anything but UMNO). Semuanya ini bukan salah sesiapa. Itu semua berlaku kerana salah laku perbuatan dan pemikiran UMNO itu sendiri.


sumber
Photobucket

Rayuan Bapa Altantuya

on




Setelah tergendala sekian lama, bapa kepada warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dengan kejam, merayu kepada mahkamah di negara ini agar mempercepatkan perbicaraan sivil RM100 juta  yang difailkannya terhadap kerajaan.

parliament 2008 first day 280408 setevSetev Shaariibuu (kiri), yang memfailkan saman itu pada 4 Jun, 2007, menyaman kerajaan Malaysia dan mereka yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan kejam Altantuya di sebuah hutan di Shah Alam pada 19 Oktober, 2006.

Dalam sepucuk surat yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh peguam Mukhsaruul Mijiddorj, Shaariibuu berkata beliau telah membayar sejumlah besar wang kepada mahkamah Malaysia pada tahun lalu.

Wang, berjumlah RM60,000 itu sebagai bon keselamatan, dibayar oleh kerajaan Mongolia bagi pihak Shariibuu.

Walau bagaimanapun, setahun sudah berlalu tetapi beliau masih belum menerima sebarang  berita mengenai tarikh kesnya itu akan dibicarakan.
Kesan buruk

"Hakikat bahawa kerajaan anda tidak mengambil sebarang langkah positif terhadap isu yang dibangkitkan oleh Mongolia mungkin (menimbulkan) kesan buruk terhadap ratusan warga  Mongolia yang belajar dan tinggal di Malaysia," katanya.

"Sedangkan kerajaan Mongolia telah mencadangkan isu ini dibincangkan dengan melantik dan menghantar wakilnya ke Malaysia, namun satu tahun sudah berlalu tanpa sebarang maklum balas," katanya.

Shaariibuu tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai siapa dan bila perwakilan yang dimaksudkannya itu telah datang ke negara ini bagi membincangkan perkara ini.

parliament 2008 first day 280408 sharibuu setevAdalah difahamkan bahawa surat itu, yang sesalinannya diberikan kepada Malaysiakini, pada masa ini, dalam simpanan peguam Karpal Singh (kiri), yang mewakili Shariibuu dalam kes berkenaan secara pro-bono (percuma).

Awal bulan ini, Karpal melahirkan kekecewaannya, kes saman itu telah ditangguhkan kerana kedua-dua anggota polis yang didapati bersalah berhubung pembunuhan berkenaan telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Karpal berkata beliau telah berulang-kali menulis mahkamah untuk memohon pengurusan kes saman itu, tetapi masih belum menerima jawapan.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List