Rupanya dalam sibuk orang bercakap mengenai isu winnable candidate yakni calon yang boleh menang...ada yang cuba ambil kesempatan ‘ cari makan’.
Ibupejabat UMNO menerima aduan adanya orang tertentu menyamar sebagai ‘ pegawai’ yang dihantar oleh Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk membuat tinjauan dan menilai siapa calon pilihanraya BN yang layak di bahagian-bahagian Umno di seluruh negara.
Ini mendorong Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansoer mengeluarkan satu kenyataan khusus menafikan wujudnya ‘ pegawai’ seumpama itu.
"Saya menegaskan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang diarahkan untuk berbuat demikian melainkan mereka diberi tauliah khusus daripada Ibu Pejabat Umno atau Ibu Pejabat Barisan Nasional (BN) sendiri tanpa melibatkan sebarang pemberian wang daripada calon," katanya
Beliau memberitahu, menerusi aduan tersebut, pihak penilai terbabit meminta mereka yang mahu menawarkan diri untuk menjadi calon BN pada pilihan raya akan datang perlu membayar sejumlah wang agar nama mereka dapat diajukan terus kepada Najib.
"Hal tersebut turut berlaku melibatkan anggota bahagian UMNO termasuklah dalam Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.
"Oleh yang demikian saya menasihati semua pihak agar jangan terperangkap dan diperbodohkan oleh orang-orang terbabit lantaran mahu menjadi calon BN pada pilihan raya umum akan datang," kata Tengku Adnan.
AGENDADAILY (25/10/2011).
Zaman menyamar sebagai 'pegawai PM' sudah berlalu. Mereka yang suka menyamar tu berhentilah kerja yang sia-sia itu jika mahu melihat UMNO menang pada PRU akan datang. Dapatkan maklumat secara senyap, memang digalakkan tetapi menyamar dan mengaku sebagai orang tertentu tidak payah lagilah. Rasanya PM sudah mengetahui pelbagai maklumat mengenai calon. Tunggu sajalah. Untung sabut timbul, kalau tidak tenggelamlah semacam batu.
0 comments:
Post a Comment