Siapa ahli UMNO yang akan dipecat...???

on Aug 4, 2011




EKORAN TULISAN MSO, PENAWAR DESAK NAJIB...?







Isu yang dibangkitkan oleh MSO itu adalah satu perkara yang bukan main-main, ianya satu pendedahan bahawa terdapat ahli-ahli UMNO yang tidak suka kepada pentadbiran Najib dan ini boleh menyedarkan Najib supaya berhati-hati kerana ada ahli dalam pertubuhan yang disertai oleh bekas pemimpim UMNO sedang berusaha untuk mendesak Najib.

Dan tidak mungkin ada isu yang begini serius sekiranya tidak ada perancangan yang rapi, sekiranya ditilik arus untuk membaham Najib supaya letak jawatan bukan baru dalam UMNO kerana terbentuknya PERKASA sudah dapat dilihat bahawa terdapat ahli-ahli UMNO yang sudah tidak yakin kepada perjuangan Najib yang mana 90% ahli PERKASA adalah ahli UMNO.

Walau pun pada asal penubuhan PERKASA bukan kearah itu dan Presidannya bukan ahli UMNO tapi disitulah ahli-ahli UMNO bertenggek untuk melahirkan perasaan tidak sebulu dengan kepimpinan Najib yang mana kalau diintai disitu terdapat orang yang rapat dengan Mahyuddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO.

Apatah diperhebatkan lagi dengan penubuhan NGO bernama AMANAH yang dipimpin oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan terbaru Kadir Shiekh Fadzhil telah mengecam bahawa dalam UMNO sekarang ini bukan tempat untuk bersuara yang boleh membaiki kelemahan pentadbiran UMNO.

Apa pun penafian yang dibuat, sama ada isu PENAWAR ataupun ulasan Kadir Shiekh Fadzil, semuannya itu untuk menyedap dada Najib dan Rosmah, pada hakikatnya ramai ahli-ahli UMNO sedang merunggut bahawa edah UMNO sudah hampir tiba sebagai sebuah Kerajaan, ini kerana 80% ahli UMNO telah menyampah kepada Rosmah Mansor termasuklah staf-staf di Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

Isu cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan pengelapan wang haram, Isu Maira Nazarbaye yang dikaitkan dengan Mafia Russia, Isu Azilah Hadri dan Sirul Umar yang dijatuhkan hukuman mati dan wajahnya belum boleh dilihat sehingga kini menjadi topik perbincangan telah menjalar dikampung kampung hatta telah sampai dirancangan rancangan FELDA. Ini semua memudahkan kejatuhan sebuah Kerajaan.

Keputusan keluar UMNO dan berjuang bersama Pakatan Rakyat PR bagi membetulkan landasan perjuangan untuk Ugama, Bangsa dan Negara adalah jalan yang paling tepat dari terus mendodoi PM Najib dari dalam tapi mengenakan tektik menipu untuk menjatuhkan beliau dan isterinya.

Saya adalah lebih baik sekiranya dibandingkan dengan anda yang telah terang memang tak suka Najib tapi hari hari mencium tangannya dan menulis menghentam PR hanya semata-mata hendak dilihat sebagai penyokong UMNO tegar sedangkan tak pernah pun tahu erti perjuangan sebenar.

UMNO pula tidak berani memecat mana-mana ahli yang dilihat boleh menyusahkan parti tapi bermegah mengantung dan memecat ahli parti dimusim persidangan perwakilan berlangsung yang menyebabkan Ali Rastam Ketua Menteri Melaka dan Isa Samat Pengerusi FELDA menjadi mangsa UMNO yang tidak demokrasi.


sumber :- http://newkk.blogspot.com

Dan Baca Lagi Di SINI

JUS MONAVIE.

on





KETERANGAN LANJUT :-
 SILA CALL / SMS
AME (013-2955322)





TAWARAN PRODUK

Monavie mempunyai 4 jenis jus, iaitu MONAVIE Original, MONAVIE Pulse, MONAVIE Active dan MONAVIE (M)mun. Sama seperti jus, monavie gel mempunyai nama yang sama. Monavie juga mempunyai produk lain seperti EMV, EMVlite dan RVL, walaubagaimanapun, kesemua produk kecuali Monavie Pulse (botol Merah) dan Monavie Original (botol ungu) belum lagi berada di dalam pasaran Malaysia.
Monavie jus yang telah memasuki pasaran Malaysia hanyalah Monavie Original dan Monavie Pulse. Manakala Monavie Active, masih lagi terdapat dalam pasaran Singapura. Begitu juga gel active masih lagi dijual di pasaran Singapura. Dalam masa beberapa bulan lagi monavie active akan memasuki pasaran Malaysia.
Produk MONAVIE sangat bagus sebagai makanan tambahan atau menyembuhkan penyakit-penyakit kronik atau yang telah lama berlarutan seperti kanser, sakit jantung, darah tinggi, strok, gout, asma, migrain dan diabetis.

MONAVIE ORIGINAL
Monavie Original

MONAVIE Original mengandungi jus Acai yang dicampur dengan 18 jenis buah yang penuh khasiat, iaitu anggur putih, epal, acerola, aronia, anggur unggu, kranberi, buah passion, prun, kiwi, blueberi, wolfberi (buah goji), laici, buah delima, camu camu, buah lai, pisang, dan bilberi.
Antara khasiat utama MONAVIE Original adalah :


• Merangsang kesihatan secara umum dan panjang umur
• Melindungi badan anda pada tahap sel yang baik
• Melawan kesan kerosakan oksidatif dan penuaan
• Memberikan antioksidan yang efektif dan perlindungan dari radikal bebas
• Menyediakan khasiat nutrisi untuk semua peringkat umur
• Hanya 120 ml Jus MONAVIE Original membekalkan antioksidan yang menyamai lebih kurang 13 hidangan buah-buahan biasa dan sayur-sayuran.
• Sesuai untuk diet yang seimbang
MONAVIE Original sesuai digunakan untuk merawat diabetis, migrain, kanser, sungugut, dan penyakit kulit. Ia boleh diminum oleh semua peringkat umur termasuk kanak-kanak dan perempuan yang mengandung. Ia juga boleh membantu tumbesaran anak-anak.
MONAVIE Original
Jumlah BotolHarga SebotolJumlah HargaPenjimatan
1 BotolRM135RM135-
4 BotolRM102RM408RM132
8 BotolRM93.90RM751RM329



MONAVIE Pulse
Monavie Pulse
MONAVIE Pulse mengandungi jus Acai yang dicampur dengan 18 jenis buah yang penuh khasiat, iaitu epal, acerola, aronia, kranberi, blueberi, buah delima, camu camu, bilberi, anggur Concord, nanas, prickly pear, elderberi, yumberi, blackberi, cheri, raspberi, strawberi, dan cupuacu. .
Antara khasiat utama MONAVIE Pulse adalah :


• Menurunkan kadar kolesterol secara semulajadi
• Melindungi jantung dan sistem kardiovaskular
• Membantu mengekalkan level kolesterol yang baik
• Melawan kerosakan oksidatif dan penuaan
• Memberi kesihatan jantung yang sihat dari plant sterois dari tumbuhan, resveratrol dan asid lemak Omega 3
• Diformulakan secara saintifik dengan jantung sebagai sasaran
• Sumber antioksidan yang hebat
MONAVIE Pulse amat baik untuk kesihatan jantung. Ia sesuai digunakan untuk merawat sakit jantung, darah tinggi, kanser, gout, diabetis, dan strok. Ia boleh diminum oleh semua peringkat umur.

MONAVIE Pulse
Jumlah BotolHarga SebotolJumlah HargaPenjimatan
1 BotolRM145RM145-
4 BotolRM111.25RM445RM135
8 BotolRM98.75RM790RM370




Satu botol Jus MONAVIE bersamaan 750 ml.
Amalkan 30 ml (6 sudu besar) sekali minum. Perbanyakkan kekerapan dalam sehari untuk kesan yang lebih cepat

PERINGATAN 
Jus MONAVIE bukan ubat, tetapi jus buah-buahan yang berkhaisat. 
Pengambilan jus secara berlebihan TIDAK akan mendatangkan masalah melainkan sekiranya ada alahan. 
Sekiranya penyakit berlanjutan, sila rujuk pada pakar kesihatan atau doktor. 
Untuk tempahan, sila hubungi:- AME (013-2295532)




OOH INI SEBAB NYA NC UNISEL LETAK JAWATAN.....

on






Utusan Meloya bersemangat memainkan isu perletakan jawatan Dr Datuk Dr Rosti Saruwono dari jawatan Naib Cancelor Universiti Selangor (Unisel).

Alasan yang diberi oleh Dr Rosti adalah:
"Sah saya letak jawatan berkuat kuasa 3 Ogos (esok). Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa," katanya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Ketiga-tiga orang yang tidak sanggup dipecat oleh Dr Rosti adalah:

1.0 Pendaftar, Rokmaa Mat,
2.0 Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman
3.0 Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah

Apa yang tidak dilapurkan oleh Utusan Meloya adalah Rokmaa Mat adalah Mak Saudarakepada bekas Menteri Besar, Khir Toyo.

Ketiga-tiga orang ini telah disiasat oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Mesyuarat Exco Selangor. Dikatakan laporan dari Jawatankuasa itu membuktikan terdapat banyak kes salahlaku yang melibatkan kewangan serta pemberian kontrak dan juga masalaah moral.

Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah disebabkan Rokmaa Mat ini mak saudara kepada Khir Toyo, beliau amat berkuasa di Unisel. Sehingga segala-gala yang berlaku di Unisel dikawal oleh beliau.

Dikatakan juga, Dr Rosti pula adalah seorang penyokong tegar UMNO. MB melantik beliau kerana ingatkan beliau seorang yang professional dan komited kepada tugas Naib Cancellor.

Namun, apabila menduduki jawatan tersebut, beliau terus menyokong “geng UMNO” dan membiarkan Unisel ditadbir seolah-olah Selangor masih diperintah UMNO. Dan Rokmaa Mat ini terus bermaharajalela. 

Itu maklumat yang Tulang Besi dapat dari sumber dalaman kerajaan Selangor sendiri.

Bayangkan berapa kali Nurul Izzah tidak dibatalkan program beliau di Unisel. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim. Dengan kata lain, Dr Rosti meneruskan penguasaan UMNO ke atas Unisel melalui Rokmaa Mat.

Dan dalam setiap pentadbiran UMNO, mesti ada korupsi. Atas sebab2 ini juga ketiga-tiga di atas mahu dipecat.

Tak hairanlah Utusan Meloya bersungguh-sungguh mempertahankan beliau.

Faktanya adalah Dr Rosti tidak mahu memecat beberapa nama yang salah seorangnya mak saudara Khir Toyo.

Hairan juga. Arahan untuk memecat ketiga-tiga orang ini bukan datang dari MB Selangor. Ianya diputuskan dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh MB Selangor, pegawai2 kerajaan, Dr Rosti sendiri serta kesemua Timbalan Naib Cancelor di Bangunan SUK.

Laporan dari JK Exco itu telah dibentang dalam mesyuarat tersebut bersama-sama dengan segala bukti yang beliau perlu.

Juga, dalam mesyuarat itu, Dr Rosti tidak membantah. Tidak mempersoal hasil laporan JK yang ditubuh Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.

Namun, tiba-tiba beliau letak jawatan dan tidak mahu melaksanakan keputusan yang dipersetujui bersama itu. Beliau tuduh pula keputusan itu tanpa sebab dan tidak mengikut proses.

Maka, apabila beliau kata pemecatan itu "tanpa sebab dan tidak mengikut proses" jelas beliau BERBOHONG. Sudah ada JK Khas yang ditubuh Exco bagi menyiasat ketiga-tiga orang ini.

Jelas, perletakan Dr. Rosti adalah kerana beliau tidak sanggup menghapuskan legasi UMNO dalam Unisel. Itu sahaja. Mungkin beliau rasa beliau akan khianat pada UMNO kalau ketiga-tiga orang ini dipecat.

sumber :- Tulang Besi




SIAPA DI KELILING KU LI..?

on




DALAM beberapa minggu ini timbul cerita mengenai Tengku Razaleigh Hamzah a.k.a Ku Li.
Beliau selama ingatan kita sejak beberapa tahun ini, tidak begitu dipedulikan, baik musuh atau kawan. Tiba-tiba beliau muncul semula.
Pihak-pihak tertentu mengangkat putera raja Kelantan itu sebagai presiden sebuah NGO baru bernama Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), menggunakan perkataan ‘angkatan’ seiras Angkatan Perpaduan Ummah (APU) – gabungan antara Pas dan Semangat 46 dulu.
Apa tujuan mereka mempergunakan Ku Li? Apa motif pertubuhan baru ini? Apakah ia mahu menyaingi dengan Perkasa; atau ia adalah satu lagi Perkasa tapi dalam komposisi berbilang kaum?
Apakah akhirnya Perkasa dan Amanah akan bergabung dan membentuk sebuah parti politik?
Apakah Ibrahim Ali mahu bergabung dengan Ku Li? Tidak mustahil kerana Ibrahim pun dikenali sebagai orang kuat dan pengikut setia Ku Li.
Struktur Amanah juga sedang bergerak ke akar umbi dengan dikembangkan ke peringkat negeri atau kawasan, seolah-olah rangka sebuah parti politik.
Jika dulu teori saya mengatakan orang Melayu pecah enam – Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Atas Pagar dan Melayu Liberal – kini ia sudah menjadi tujuh iaitu Melayu NGO seperti ini.
Melayu NGO ini mungkin ada di kalangan enam itu, tapi kini mereka mahu berdiri sendiri. Nampaknya orang Melayu memecahkan kuasa mereka kepada lagi kecil. Maka yang majoriti di Malaysia akan menjadi minoriti dan yang minoriti menjadi majoriti, untuk menentukan hala tuju kuasa politik negara ini.
Atau mungkin juga kuasa penentu politik tanah air sudah tidak lagi relevan diterajui oleh orang Melayu? Jika itu benar, dan boleh diterima oleh semua pihak, maka biarkanlah ia berlaku.
Tiba-tiba ketika Amanah, yang dilancarkan pada 22 Julai itu tenggelam sedikit, timbul pula cerita ada cubaan memujuk Ku Li memegang jawatan Ketua Pembangkang, menggantikan Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi kes liwat di peringkat akhirnya.
Wah, nama Ku Li kini benar-benar disebut semula. Dalam usianya di pertengahan 70-an, peranannya masih diiktiraf.
Benarkah dengan semua khabar angin ini atau ia hanya satu perang psikologi pihak-pihak tertentu? Persoalannya, siapa yang merangka percaturan ini? Perlu disebut, pokok tak akan bergoyang jika tidak ditiup angin.
Tidak mustahil juga ia boleh berlaku. Ku Li ini dikenali sebagai pakar mereka percaturan besar, atau grand design. Bermula dengan keazamannya mencabar Tun Mahathir untuk kerusi presiden UMNO pada 1987 serta pengharaman UMNO kemudian menubuhkan UMNO Baru, Semangat 46 dan APU.
Ternyata Ku Li ialah political animal yang tidak boleh ditolak tepi begitu sahaja. Semangat juangnya masih kuat sehingga kini.
Namun, siapa di kelilingnya? Beliau sudah tentu mempunyai teamnya untuk menggerakkan grand design ini.
Seorang sahabat yang juga seorang penganalisis politik berkata “semua di kelilingnya sekarang ada penyakit.” Tapi walaupun mereka adalah orang bermasalah dalam kerjaya politik masing-masing, kemunculan mereka tidak boleh di pandang ringan.
Bekas Menteri Penerangan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir adalah penggerak utama team Ku Li sekarang. Bekas menteri Kabinet dalam BN selama lebih dua dekad itu kini sudah tidak aktif dalam UMNOkah? Difahamkan beliau ialah the prime mover dalam Amanah, kata satu sumber.
Apa perjuangan yang mahu ditunjukkan oleh Kadir? Sepatutnya sebagai bekas menteri, bantulah kerajaan yang ada hari ini, bukan sebaliknya.
Tapi, mengenali latar belakang Kadir, beliau amat setia kepada Ku Li dan pernah bersama-sama Ku Li dalam Semangat 46 dulu, sebelum dibawa masuk ke dalam politik arus perdana oleh Dr. Mahathir.
Tamrin Ghafar – anak Tun Ghafar Baba juga kini bersama-sama Ku Li. Tamrin juga ialah seorang yang gagal dalam politik. Pernah masuk Pas dan pernah juga menjadi ahli Al-Arqam. Begitu juga Mazlan Harun, anak Tan Sri Harun Idris juga bersama-sama Ku Li dalam Semangat 46.
Bekas Presiden MCA yang disingkirkan oleh parti itu, Ong Tee Kiat dan bekas Timbalan Presiden MIC yang juga seteru ketat Samy Vellu, S. Subramaniam (Datuk Subra) dan Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zaid Ibrahim juga bersama-sama Ku Li sekarang. Mereka memegang jawatan penting dalam Amanah.
Selain mereka ialah Wilfred Bumburing, Bujang Ulis dan Daniel Tajem, mewakili kaum Pribumi Borneo.
Sebagai anak raja sehinggalah menjadi orang terpenting kepimpinan negara satu ketika dulu, kita tidak boleh salahkan Ku Li. Ku Li tentunya naik ‘syok’ apabila ada orang yang mahu mengangkatnya semula.
Tapi yang menjadi kekhuatirannya apa pula agenda, motif dan objektif orang-orang kelilingnya itu.
Semua orang keliling itu ialah orang yang sudah tamat tarikh luput atau hampir luput.
Namun, apa sekali pun Ku Li tetap Ku Li. Beliau mempunyai karekter politik yang hebat. Pernah tidur sebantal dengan Nik Aziz dalam APU sehinggalah membakar jambatan dengan Tok Guru itu.
Jika beliau berani menentang Dr. Mahathir, siapalah Nik Aziz.
Apa sekali pun, kita harus mengiktiraf juga sumbangan Ku Li dalam pembangunan negara. Pernah menjadi Menteri Kewangan negara yang hebat. Menubuhkan Amanah Saham Nasional, bangunan UMNO dibina di atas tanah miliknya, Naib Presiden UMNO yang paling kuat serta anak emas kepada Tun Razak.
Pada pendapat kita, beliau mungkin tidak akan jadi begitu sekiranya dia diberi sedikit peranan penting dalam negara.
Difahamkan majlis berbuka puasa Ku Li ialah pada 7 Ogos ini. Kita lihat siapa yang akan berdamping dengannya?


PENGKHIANAT NEGARA DAN PENIPU RAKYAT.....

on


Baca Sini


ANWAR TIDAK DAPAT DISELAMATKAN LAGI.

on


 Berahim Ali dan puak2nya sudah panas hati sebab macam2 bikin tapi orang semua main gelak2 saja kah kah kah.

Hari tu mau jihad dengan ambiga tapi bila ambiga datang berahim ali lari lintang pukang kerana takutkan Ambiga kah kah kah. Lepas tu Berahim Ali nak kasi budak2 UiTM piala syok sendiri kah ah kah.

Semua serba tak kena, bikin itu orang gelak bikin ini orang gelak kah kah kah. Hari ini Berahim Geli dengan panlima jihadnya nak hantaq memo pulak pada agong tapi apa pasal hantaq dekat pintu pagaq saja. Tak kan pahlawan jihad barisan hadapan nak jumpak agong pun kat pintu pagaq saja kah kah kah. Itu bukan panglima jihad tapi itu namanya anjing kurap kah kah kah.

Ambiga yang menderhaka pun boleh lepak2 dengan Agong tapi Berahim Ali dan pahlawan jihad cuma boleh jumpak agong kat pintu pagaq saja kah kah kah.

Lawak lawak sambil lawak sambil kesian kah kah kah...



NAJIB LETAK JAWATAN...?

on











Mereka itu bekas Menteri dan bekas MP UMNO. Jangan pandang ringan. Sekiranya betul apa yang ditulis oleh Mohd Sayuti Omar (MSO) dalam blognya yang bertajuk,'PENAWAR Desak Najib Letak Jawatan?' memang ada yang tak kena berlaku dalam UMNO.

Dato' Aziz Shamsuddin, Dato' Mokhtar Hashim, Aziz Yassin dan Mohd Tamrin Ghafar adalah nama-nama yang sentiasa disebut dalam persada politik UMNO, mereka ada pengikut dan masih aktif secara diam diam bagi merenung nasib UMNO dibawah pimpinan PM Najib.

Mereka itu sayangkan UMNO dan boleh jadi mereka sudah tidak sanggup melihat kemungkaran berlaku didepan mata maka mereka terpanggil untuk berbincang mencari kata sepakat bagi menentukan UMNO tidak akan tumPAS dalam PRU 13 nanti.

Ramai ahli ahli UMNO sekarang tahu dan sedar bahawa nasib UMNO dalam PRU 13 akan kecundang dengan gelagat kepimpinan Najib bersama isterinya Rosmah, tapi mereka terpaksa membisu kerana takut tidak dipilih menjadi calun pilihanraya terutamanya Ketua Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri.

Mereka bercakap dibelakang tapi didepan mereka mencium tangan dan membongkok seakan-akan Najib akan menjadi Perdana Menteri selama-lamanya, mereka lupa bahawa mahyuddin selaku Timbalan Perdana Menteri layak jadi Perdana Menteri diatas sifatnya sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Yang berani adalah Presiden MIC Palanivel, dari seorang Senator kini telah dilantik sebagai Menteri oleh Najib kerana mengambarkan kaum India tidak akan menyokong BN dalam PRU 13 ini, walau pun partinya tidak menyumbangkan banyak kerusi tapi MIC dapat jawatan 2 Menteri dan 2 Timbalan Menteri.

Sebenarnya bukan PENAWAR saja yang tak suka Najib jadi Perdana Menteri, ramai lagi ahli-ahli UMNO sedang menanti perletakan jawatan oleh Najib yang sedang menunggu untuk berpesta terutamanya genarasi muda yang sedang merasa mereka disisihkan apabila mengenang nasib Ketua Pemudanya iaitu Khaity Jamaluddin tidak diberi penghormatan oleh Najib.

Ahli-ahli UMNO kini sedang menanggong malu terutamanya isu terbaru iaitu kegagalan SPR dan JPN memberi penjelasan yang memuaskan rakyat berhubung dengan pendatang mendapat Kad Pengenalan dan didaftarkan sebagai pengundi. Ini menunjukkan dakwaan pihak Pakatan Rakyat (PR) terdapat undi hantu adalah benar.

Hishamuddin pula terlalu gairah untuk mengambil Biometrik rakyat asing yang berada di Malaysia yang tentu akhirnya yang haram akan jadi halal, tak terkira nanti berapa ramai warga asing yang datang untuk merompak, merogol, mencuri, membunuh, meragut, menipu akan diberi visa untuk membolehkan mereka berada dinegara ini dengan selamat.

Kita bukan hendak mengata tapi lihat nanti.

sumber dari :-  http://newkk.blogspot.com

Lagi berita kat SINI


Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List