Satu Lagi Konspirasi Liwat...?

on Mar 10, 2013





Jeng jenggg... sorang lagi akan mengaku diliwat Anwar? Siapa dia.. Zulnordin, Ezam, Zamil, Zaid Md Arip, Gobala?


TAK SERIK-SERIK PUAK NI DOK MAIN POLITIK PUNGKORK... UMNO DAN PUNGKORK BERPISAH TIADA

[PANAS] Seorang Lagi "Saiful Bukhari" Muncul, Adakah Budak Ini Juga Akan Mengaku Diliwat?



Budak Mohd Fareez Kamal Intidzam ini menulis surat kepada Presiden PAS, TG Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Isnin lalu. Baca laporan FMT.Menurut FMT, surat yang ditulis tangan oleh budak ini antaranya mendakwa bahawa dia ‘rapat’ dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kononnya menyebabkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah Anwar berasa cemburu akan hubungan mereka.

Dalam surat itu, budak ini mendakwa Anwar melantiknya sebagai Pegawai Diplomat Sulit Antarabangsa sejak tahun 2008 kononnya kerana hubungan yang rapat tersebut. Selain itu, budak ini juga merupakan bekas Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Surat yang dihantar kepada Presiden PAS itu kononnya mahu meminta campur tangan TG Hadi Awang agar menasihati Wan Azizah supaya berundur daripada parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Dakwa budak ini, pengunduran Wan Azizah dapat menyelamatkan pilihan raya daripada sikap negatif Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah.

Berikutan penulisan surat itu, budak ini membuat laporan polis kononnya bimbang dia akan menerima ancaman keselamatan daripada pengikut-pengikut Presiden PKR.


Selain itu, budak ini juga sudah menjadi modal politik terbaharu pencacai dalam Buletin Utama TV3 malam tadi. Sambil mengakui dirinya sebagai penulis surat tersebut, budak ini mengulangi dakwaannya bahawa ancaman keselamatan terhadap dirinya datang daripada pengikut setia Wan Azizah.

“Saya kenal mereka, sebab saya sudah lama dalam PKR,” katanya kepada Buletin Utama, TV3 malam tadi.

Budak ini turut mengulangi kata-kata yang terkandung dalam surat itu bahawa Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah cemburu akan hubungan rapatnya dengan Anwar Ibrahim.
 -DCM/FMT/OutSyedthebox



ULASAN TENTANG BERITA BERKAITAN :

Anwar Bersedia Hadapi FITNAH Terbaru BN!



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata beliau bersedia untuk menghadapi serangan fitnah baru dibawa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya Umno termasuk cubaan melabel beliau sebagai dalang insiden warga Filipina menceroboh Lahad Datu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu tegas Anwar, walaupun sejak akhir-akhir ini banyak tipu muslihat BN dan Umno satu-persatu terbongkar, namun ia tidak bermakna cubaan mereka untuk menghancurkan karier politik beliau akan terhenti.

"Cara media perdana mainkan saya (kaitkan) isu Lahad Datu, saya akan hadapinya, namun undur tidak sekali. "...tipu muslihat mereka terbongkar satu persatu, saya tak rancang pun, tapi ALLAH tunjukkan.

"...muncul (isu klip video) Lingam, kemudian (ahli perniagaan permaidani) Deepak, (penyiasat bebas) Bala dan terkini bapa Saiful Bukhari, beliau sendiri minta maaf kepada saya dan keluarga," katanya pada majlis sambutan ulang tahun kelima pentadbiran Pakatan Rakyat di Shah Alam, Selangor, lewat malam tadi.

Menurut Anwar, pendedahan bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim tidak diketahuinya malah ia juga tidak dirancang kerana beliau yakin ia adalah pertolongan ALLAH dan berkat doa yang tidak putus-putus daripada rakyat.

Pagi semalam sambutan yang serupa diadakan di Pulau Pinang.

Di GEORGETOWN, Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN berkata, dari awal lagi beliau menegaskan bahawa tidak bersalah.

"Mahkamah juga membuat keputusan yang sama apabila ia membebaskan saya tahun lepas," kata Anwar. 

"Bagi saya, tiada apa yang berubah kerana dari awal lagi saya telah menegaskan bahawa saya tidak bersalah, bahawa ini adalah satu fitnah yang berniat jahat," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Anwar mendakwa baru-baru terbongkar lagi usaha yang dilakukan BN apabila dana sebanyak RM1.2 juta dibayar kepada seorang penulis berbangsa Yahudi, Joshua Trevino semata-mata untuk memburuk-burukkan dan memfitnahnya menggunakan pengaruh individu tersebut.

"Dua minggu lalu terbongkar lagi tipu daya Umno apabila wang jutaan ringgit dibayar kepada penulis berbangsa Yahudi untuk membuat kerja-kerja memfitnah dan mencemarkan nama Anwar.

"...dakyah dibongkarkan penulis akhbar New York Times," dakwanya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut hadir pada majlis terbabit mendakwa Perdana Menteri, Najib Altantuya tidak diberikan mandat dan tidak dipilih oleh rakyat.

Menurut beliau, Najib hanya mendapat mandat daripada Perdana Menteri terdahulu, Abdullah Ahmad Badawi secara lantikan terus sekali gus ia tidak menjunjung semangat demokrasi yang kerap kali diuar-uarkan pemimpin BN sendiri.

 
Kata Kit Siang, Najib Altantuya bukan Perdana Menteri yang sah kredibilitinya dipertikaikan banyak pihak susulan beliau mengambil masa yang lama untuk menetapkan tarikh pilihanraya umum ke-13.
"Buat pertama kali dalam sejarah negara ini yang nasih tidak laksana pilihan raya selepas lima tahun atau habis penggal.

"...mungkin Najib Altantuya takut dengan ramalan Prof Rahman jadi kenyataan BN apabila hayat BN akan berakhir," katanya.

Selain itu, beliau yakin sekiranya rakyat bersatu padu nescaya kawasan "fixed deposit" (simpanan tetap) Umno-BN di beberapa negeri akan dapat dipecahkan.

"Bukan senang nak ambil alih Putrajaya, tapi ia boleh dicapai, jika rakyat bersatu padu, kita boleh pecahkan fixed deposit Johor, Sabah dan Sarawak," tegasnya.

Seramai 2,500 penyokong hadir majlis itu manakala 10,000 orang pula melayari siaran langsung di TV selangor.

Hadir pada majlis itu Presiden KEADILAN, Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List