Belum pernah berlaku lagi dalam sejarah Malaysia dimana perhimpunan rakyat yang diadakan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan yang ada. Belum pernah ada lagi. Dan pasti tidak akan berlaku. Aku pasti. Hakikat ini aku dasarkan kepada beberapa perhimpuanan yang diadakan oleh rakyat sebelum ini. Samada BLCK 505 ataupun perhimpunan-perhimpunan lain yang pernah diadakan samada di ibu negara Kuala Lumpur ataupun di tempat-tempat lain.
Sejarah ‘tunjuk perasaan’ di Malaysia bermula pada zaman Dato’ Onn Jaafar selaku pemimpin ulung orang Melayu menentang pelaksaaan Malayan Union oleh British. Orang Melayu menentang British pada ketiak itu kerana tidak puas hati dengan beberapa tindakan Brtish apabila melaksanakan Malayan Union. Dan yang paling orang Melayu marah ialah apabila kuasa Sultan dikurangkan. Bagi orang Melayu perbuatan British sedemikian amat menghina Sultan. Orang Melayu ‘berang’..
Tunjuk perasaan dengan mengadakan perhimpunan sudah merupakan satu ‘trend’ di kebanyakan negara yang mengamalkan demokrasi. Di Amerika Syarikat atau di negara-negara maju lain, tunjuk perasaan adalah merupakan perkara biasa kerana sememangnya salah satu syarat subur tidaknya pelaksanaan demiokrasi disesebuah negara itu. Kini di Turki dan di Brazil telah berlaku tunjuk perasaan terhadap sessuatu tindakan kerajaan yang memerintah. Bukan untuk menumbangkan kerajaan tetapi sekadar ‘mengingatkan’ dan ‘menyedarkan’ kerajaan yang memerintah apakah yang sepatutnya dilakukan.
Black 505 dilancarkan oleh anak-anak muda di negara ini kerana mereka merasakan perjalanan SPR dalam mengendalikan PRU13 yang lalu tidak berapa betul. Ada bukti-bukti yang telah ditunjukkan bahawa SPR menyeleweng dalam melaksanakan tugas mereka. Sudah ada bukti. Samada bukti yang dikemukakan itu betul atau pun tidak terpulanglah kepada pihak mahkamah untuk menentukannya. Tetapi ‘sekirangya tidak ada angin, takkanlah pokok bergoyang…’ . Para pelaku ‘Black 505’ yakin bahawa pasti ada ‘angin’ yang menyebabkan pokok bergoyang’.
Bagi aku jangan dipersalahkan anak muda yang tuurun ke jalan raya menentang penyelewengan itu. Aku berkata begitu kerana sudah banyak sekali teguran yang dibuat terhadap pihak SPR agar mebetulkan kesilapan itu, namun pihak SPR masih ‘mempertahankan dan menegakkan benang basahnya’. Bukan tidak ada tindakan yang ‘lemah-lembut dikemukakan’ melalui rundingan, namun pihak SPR masih mengatakan bahawa mereka diatas landasan yang benar. Pihak anak muda pula meresakan bahawa mereka juga di pihak yang benar. Jadi ke jalan rayalah akhirnya.
Perhimpunan Black 505 diadakan adalah bertujuan untuk membertahu pihak tertentu bahawa rakyat amat serious dalam tuntutan mereka ini. Sudah berapa kali perhimpunan diadakan di seluruh negara ini dan diperhatikan bahawa rakayat memang merasakan bahawa mereka ditas landasan yang benar.
Tidak mudah membawa rakyat ke suatu tempat perhimpunan Black 505, sekiranya ada sesuatu yang melonjak dan mendorong mereka untuk pergi ke tempat berkenaan yang kadang-kadang terpaksa berada dalam keadaan hujan ribut. Pihak tertentu harus memandang hal ini secara serious. Rakyat sanggup berjalan berbatu-batu untuk sampai ke tempat-tempat perhimpunan untuk menyatakan rasa ketidakpuasan. Mereka sanggup meninggalkan kereta berbatu-batu jauhnya dari tempat ceramah dan menanngung berbagai risiko yang mungkin terjadi kepada kenderaan yang ditinggalkan. Mereka tidak peduli akan bahaya-bahaya berkenaan semata-mata untuk menyatakan yang mereka tidak puas hati dengan perjalanan PRU13 yang dikatakan dinodai oleh SPR.
Ada piha yang menuduh kumpulan Black 505 sebagai ‘kaki gaduh’ yang tidak puas hati dengan keputusan PRU 13. Bukan. Bukan begitu. Sudah berapa PRU diadakan di Malasyia. Semenjak kemerdekaan. Mengapa tidak ada bantahan. Rakyat sedar bahwa mereka bukanlah ‘ kaki gaduh’ sebagaimana yang dituduh oleh setetngah pihak. Dalam PRU yang lepas sudah kedengaran cerita-cerita penyelewengan dan penipuan-penipuan seperti yang berlaku sekarang. Naum semuanya tidak dihebuhkan. Sebab mungkin rakyat Malaysia faham tentang menjaga maruah negara. Sekiranya dihebuhkan maka imej negara di mata dunia akan tercalar.
Kini mungkin kesabaran sedemikian sudah sampai ke kemuncaknya. Mungkin ada antara peserta ‘Black 505’ itu mengalami sendiri dan melihat dengan ‘mata kepala’ penipuan yang telah berlaku. Mungkin ada di antaranya yang melihat sendiri bagaimana lampu terpadam dan berlaku sesuatu yang di luar dugaan. Mungkin mereka sendiri melihat ada ‘abang-abang Bangla’ yang sama-sama beratur utuk pergi ke tempat mengundi dan dapat melihat sendiri bagaimana ‘kerjasama’ yang telah diberikan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyenangkan pihak-pihak berkenaan membuang undi. Mungkin……
Rakyat Malaysia seharusnya berasa bersyukur kerana masih ada anak muda kita yang perihatin dan sedar akan tanggungjawab mereka untuk menyelematkan negara ( sekiranya apa yang berlaku kini akan merosakkan negara dalam jangka masa panjang). Aku bersyukur kerana disamping ada di antara anak muda yang masih mementingkan diri sendiri dan kesejahteraan hidup, masih ramai juga anak muda Malaysia yang sanggup menghadapi apa juga cabaran yang berada di hadapan.
Keadaan ini lebih kurang serupa juga dengan keadaan dan suasana apabila Dato Onn menghadapi penjajah British menentang Malayan Union. Walaupun ramai orang Melayu yang boleh digertak dan diperkotak-katikan tetapi masih ada anak muda pada ketika itu yang berani menentang British. Berani menganjurkan perhimpunan, menulis surat dan menyuarakan pandangan mereka. Orang Melayu tentulah tidak lupa akan jasa dan sumbangan tokoh-tokoh pejuang seperti Dr. Burhanudddin El Hilmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan tokoh-tokoh lain yang sanggup ‘mengabdikan’ diri untuk kepentingan rakyat, khususnya orang Melayu pada ketika itu.
Sehingga kini jasa dan sumbangan mereka masih dikenang oleh rakyat. Dato Onn Jaafar tentunya tidak mempastikan nasib dirinya ketika beliau memimpin demonstrasi menentang British. Disebabkan perjuangannya jujur dan ikhlas semata-mata untuk menyelamatkan bangsa dan negara maka penjajah British sanggup memansuhkan Malayan Union dan menggantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Perjuangan anak muda yang terlibat dalam Black 505 itu adalah lebih kurang sama juga dengan perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu – menentang penyelewengan. Jelas perjuangan mereka bukan untuk menumbangkan kerajaan tetapi untuk membetulkan segala penyelewengan dan membetulkan apa yang dirasakan tidak betul.
Semoga perhimpunan berjalan dengan aman dan berjaya mencapai matlamat.-Abuhassanadam