BAHAYA PARACETAMOL @ PANADOL

on Jun 27, 2011



Saya rasa ramai diantara anda yang dah tahu @ pernah terbaca mengenai bahaya PANADOL @ PARACETAMOL.


Kepada yang tak tahu apa itu Paracetamol? Paracetamol ialah ubat tahan sakit yang paling popular di seluruh dunia. Paracetamol sering digunakan untuk mengurangkan rasa sakit kepala, pening, demam, serta dapat mengurangkan sakit gigi, migrain, sakit pinggang dan lain-lain. Paracetamol yang paling dikenali di Malaysia ini ialah PANADOL @ ACTIFAST.



HAK KEBEBASAN BERHIMPUN

on









Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Suhakam: Lindungi hak perhimpunan aman


Merujuk kepada perhimpunan BERSIH, PERKASA dan Pemuda Umno pada 9 Julai ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata ia termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Duta AS ragui penjelasan Putrajaya

on


Enjin jet TUDM: Duta AS ragui penjelasan Putrajaya


Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia memaklumkan kerajaannya awal tahun lalu bahawa pegawai-pegawai kedutaan memang meragui penjelasan pentadbiran Najib mengenai kecurian enjin jet pejuang F-5 milik TUDM pada 2008, demikian menurut maklumat didedahkan oleh Wikileaks.


Dokumen ditandatangani oleh Duta James Keith berkata kedutaannya berkongsi “kesangsian” diluahkan oleh siri komen dalam media atas talian mengenai pendirian Putrajaya bahawa enjin jet itu dicuri oleh dua individu berpangkat rendah dan pihak di peringkat tinggi tidak terlibat sama sekali.
“Kami berkongsi beberapa kesangsian yang dilahirkan oleh blog-blog mengenai kes kerajaan dan penjelasan siapa di belakang kecurian enjin,” kata dokumen itu .

JOHARI ABDUL :- SIAPA DALANG VIDEO LUCAH ANWAR

on











sumber :- youtube

PENINGGALAN ALMARHUM HAJI ITHNIN NAMAN.

on


SURAU HJ. ITHNIN







Salah satu penginggalan ayahanda ku ialah sebuah surau. Oleh kerana beliau ni  orang kuat umno pernah pengerusi JKKK, pernah jadi pengerusi masjid kampung aku selama 15 tahun, maka atas tanah almarhum ini beliau minta peruntukan yang aku tidak tahu dari mana untuk didirikan surau.

Semasa hayat beliau, surau ini tidak ada nama. Apabila beliau meninggal, kami ahli kariah surau ini semuanya setuju menamakan surau ini Surau Hj. Ithnin.


Semasa umno pecah, pernah almarhum memberi tahu aku bahawa dia sekarang berada di atas pagar. Apabila hampir pilihanraya 1999, beliau umumkan kepada aku, dah masuk umno semula.Pada ketika itu kami sedang berhenti minum di satu R&R dalam perjalanan ke Singapura. Pada masa itu juga aku telefon seorang adik dan memberi tahu adik tersebut bahawa ada sorang yang dulu isytihar atas pagar sekarang sudah lompat pagar. Ayahanda aku tersenyum mendengar perbualan telefon aku itu.


Ayahanda aku ni baik dengan Ali Rostam. Pernah AR offer dia datuk, dia tolak. Aku tanya kenapa? dia jawab datuk datuk di negeri ini ada persatuan, setiap tahun ahli persatuan ini kena buat sumbangan kewangan tertentu. Mana aku ada duit nak bagi, katanya.


Ayahanda almarhum adalah pengerusi, imam, siak, bilal dan semua sekali. Semasa beliau masih hidup, setiap ramadhan aku akan berusaha untuk mengimami solat tarawih satu atau dua malam dalam sebulan ramadhan tu. Itu pun dah cukup melegakan bagi beliau, sebab pada usia yang sudah lanjut, menjadi imam solat tarawih adalah membebankan dari segi fizikalnya.


Hujung Mei lepas ada ahli kariah bagi tahu bahawa permohonan surau ini untuk dibaik pulih sudah diluluskan. Datang kontraktor untuk menilai apakah kerja kerja pembaikan yang perlu dilakukan. Hati ku berkata, bila pula aku mohon peruntukan ini.


Walau bagaimana pun, aku sediakan senarai kerja baik pulih yang jemaah mau dilakukan di surau ini.





Kau lihat tu, kipas baru dah tambah, semuga jemaah solat tarawih ramadhan ni nanti kurang la berasa hangat



Dan untuk ramadhan akan datang ini nanti, imam tarawih kami sediakan elaun khas, juga untuk bilal dan siak.


Mana ada surau kampung kokak yang sediakan elaun.





Sumber 





TAMAT KAH RIWAYAT BN........???

on

Matilah BN kali ini


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigU_NFEnLgiijv94_9YYStuvBbHQcNmlYDmT35wjrZ7flFCXCfK0xENQvYgOePujc5QXbICowy7CgHah940t8jii4Vh6zZ1Nl4Z17W6-wx7X5BMV8PdFAbC8_iSzBC-8IJSTnH2Ihq3s0/s320/Keranda%20UMNO.jpgMengapa Barisan Nasional (BN) takut dengan Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini kalau benar dia anak jantan? BN sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri. BN boleh berdiam diri, tidak perlu menggelabah dengan mengaitkan nama Yang di-Pertuan Agong, mendakwa berlaku huru hara dan menggunakan polis untuk provokasi himpunan tersebut, jika parti itu sendiri anak jantan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, tidak payah mendakwa pembangkang bukan anak jantan kerana ia bukan anjuran parti pembangkang tetapi anjuran NGO yang ada kaitan dengan rakyat dan tuntutan mereka dari segenap lapisan masyarakat.

BN begitu bacul dengan sikap tak endahnya, apabila bukti terang-terangan adanya pengundi hantu dalam daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) 13 Mei lalu yang didedahkan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali di Parlimen baru-baru ini.

Ia diperakui kemudiannya oleh SPRM sendiri. Mengapa BN diam? Mengapa tidak bertindak terhadap bukti tersebut dengan membuat pembersihan semula daftar pemilih itu.
Bersih menuntut 8 perkara, mengapa tidak menerima tuntutan tersebut yang telah dikemukakan sejak tahun 2008 lagi. BNlah bukan anak jantan kerana tidak telus dan terbuka membuat pembetulan. Jika terima tuntutan tersebut, BN percaya dia akan kalah dalam pilihan raya.

Takut apa kalah pilihanraya kalau kita di pihak yang benar. Hari ini orang benci dengan sikap telus dan terbuka kita, esok orang akan suka semula sikap kita tersebut. Itulah sikap anak jantan.
Jadi, jelas BN berkuasa atas penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, diktatorship, tamak haloba, takut kalah dan takut hilang kuasa sebagaimana Najib berkata, susah jadi naib johan sebagaimana ucapannya dalam satu majlis baru-baru ini.

Najib menyindir dan menggambarkan BN berada dalam situasi tertekan dan 'pessimistic' (putus harapan) untuk menarik sokongan rakyat umum yang sudah bosan dengan kerenah pemerintahan parti itu.
Sekaligus BN sudah berada di persimpangan jalan. BN tidak relevan lagi untuk mendokong cita-cita dan harapan rakyat untuk melihat suatu pemerintahan yang adil dan berkebajikan kerana parti itu tidak mendokong cita-cita rakyat.

Parti itu begitu sukar untuk menukar warna kelam dan hodoh terpalit di mukanya selama ini dalam waktu terdekat kerana rakyat sudah kenal siapa BN atau Umno yang juga parti teras Barisan Nasional itu. Jika datang kepada rakyat dalam keadaan, menyembah-nyembah sekalipun ia sukar lagi diterima, melainkan mereka menerima segala tuntutan rakyat terhadap pilihan raya adil dan bersih.

Tetapi bahananya akan menimpa BN kalau ditunaikan tuntutan tersebut, iaitu kalah pilihan raya. BN memang takut kalah kerana kalau kalah pilihan raya, kata orang 'matilah BN'. Parti itu hidup dengan penipuan dan penyelewengan. Tanpanya parti itu mati. jadi kalau parti itu bersih sebagaimana tuntutan Himpunan Bersih 2.0, kekotorannya hilang.

Pemimpinnya memang suka mempertahankan kekotoran itu kerana mereka hidup dengan kekotoran tersebut.


Oleh Suhaimi Taib :-  http://www.detikdaily.net




Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List