ZAMAN TUNGGUL KAYU SUDAH BERLALU

on Mar 19, 2013





Parlimen boleh dibubarkan bila-bila masa sahaja dari sekarang. PRU 13 semakin hampir. Dahulu kita sering dengar, jika BN letakkan calon tunggul kayu sekalipun pasti akan menang. Kini, tidak lagi. Jika calon tunggul kayu dipertaruhkan, akan hilanglah wang deposit. Peredaran masa telahmenyebabkan rakyat sudah pandai menilai antara kaca dengan permata.

Cuma orang politik sahaja kadang kala tidak pernah sedar. Mahu terus bertanding atau kekal menjadi wakil rakyat sampai mati. Faktor usia yang semakin meningkat dan tenaga semakin merosot, tidak diambil kira. Bila bertanding, menang, tidak lama selepas menjadi wakil rakyat, dia pun mati. Maka berlakulah pilihan raya kecil. Wang habis lagi. Bukankah merugikan.

Tetapi, tidak kepada rakyat. Rakyat gembira, kerana dengan adanya pilihan raya kecil, mereka akan dapat jalan baharu dan lain-lain kemudahan. Pendek kata, semakin banyak pilihan raya kecil, makin berubahlah keadaan dan prasana sesebuah kawasan terlibat. Inilah budaya politik kita. Keadaan akan berubah apabila ada pilihan raya. Jika tidak, puas menjerit baru ada perubahan. Calon yang bertanding pula akan terhegeh-hegeh, tersengih-sengih dan senyum selalu untuk meraikan undi. Sebelum itu, batang hidungpun tidak nampak.

Kadangkala ada juga logiknya orang berkata, ada kalangan rakyat berdoa agar wakil rakyatnya mati cepat. Bila mati, ada pilihan raya kecil, ketika itu berpusu-pusu peruntukan dan berbagai kemudahan masuk. Bukankah bantuan terhadap rakyat dan kawasan tidak kenal musim?

Namun, lawak jenaka ini tidak menginsafkan mereka yang mahu menjadi wakil rakyat. Semua terus berebut-rebut mahu jadi wakil rakyat. Wakil rakyat ada kuasa, apatah lagi jika ada jawatan dalam kerajaan. Pendek kata, mereka ingin terus jadi wakil rakyat, walaupun mereka tahu rakyat doakan cepat mati, tetapi dia tetap tidak mahu mati. Mereka mahu mati di atas takhta.

Paling tidak pun jika sudah tidak dapat bertahan lagi, dia akan memastikan kepada ahli keluarga, kroni dan kerabat naik menggantikannya. Jika kepimpinan tertinggi memutuskan ada calon yang lebih lanyak, jawapannya, boikot. Akhirnya calon tersebut kalah. Kejadian ini sudah banyak kali berlaku.

Begitulah takutnya seseorang itu akan kehilangan kuasa. Takut tidak dipedulikan. Duduk di masjid tiada yang menyapa. Inilah akibat apabila berkuasa tidak tinggalkan jasa, terutama kepada agama, bangsa dan negara. Pendek kata, kuasa itu bukan segala-galanya.

Sebab itu, saya cukup menghormati wakil rakyat yang sanggup mengundurkan diri bila tiba masanya. Dia tahu jawatan itu amanah. Jawatan ada perkiraan dosa dan pahala, dunia dan akhirat. Inilah baru namanya wakil rakyat. Tahu, ketika diperlukan. Sedar diri, bila tidak berkemampuan. Keadaan biasa dilihat pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Ada yang menawarkan diri, tetapi ditolak, kerana Rasulullah SAW tahu siapa yang lebih layak. Hari ini, sudahlah tidak layak, cari jalan untuk jadi layak. Jika tidak berjaya. Boikot.

Sepatutnya, kita memberi laluan kepada orang lain yang berwibawa. Persoalan timbul, apabila calon yang muda dan berwibawa tidak mendapat sokongan akar umbi. Mereka bukan ketua bahagian, mahupun cawangan. Pencalonan mahupun kemenangan mereka akan menimbulkan masalah kerana, ketua bahagian atau cawangan tidak akan memberikan laluan. Kedudukannya terawang-awang. Inilah dilemma yang dihadapi oleh sesetengah wakil rakyat. Mempunyai kedudukan dan kuasa dalam kerajaan, tetapi tidak mempunyai jawatan di peringkat akar umbi. Menang pun tiada erti. Hidup dalam dilema.

Lebih serius lagi, mutakhir ini, seringkali kedengaran ugutan untuk tidak mengundi parti-parti tertentu dalam PRU 13 jika tuntutan dan desakan mereka tidak dituruti atau dipenuhi. Semua mahu jadi calon, tidak kira dirinya kuat atau tidak. Yang penting mesti bertanding. Kuota yang sedia ada mesti dipenuhi. Kalau boleh ditambah lagi. Sehingga ke peringkat jawatan dalam kabinet.

Sampai bilakah kita boleh sampai ke tahap kematangan dalam berpolitik? Sepatutnya yang dibincangkan adalah soal strategi, ciri-ciri calon yang boleh menang dalam PRU 13, bertangungjawab, ada agenda agama, bangsa dan negara. Boleh menjadi contoh kepada orang lain atau rakyat. Mempunyai latar belakang dan keluarga yang baik-baik. Bukan sekadar memenuhi kuota. Apa guna kuota, jika kalah pilihan raya.

Justeru, menjelang PRU 13 akan datang, penegasan perlu segera dilakukan. Mereka yang menjadi parasit hendaklah digugurkan. Patuhi arahan ketua atau risikan. Ingatlah jawatan itu adalah amanah, bukan untuk keselesaan atau mengumpul harta. Sekarang bukan masa untuk boikot atau membalas dendam.

Selain itu, kawasan yang menjadi majoriti sesuatu kaum hendaklah diwakili oleh kaum tersebut. Jika tidak ada majoriti, maka fikirkanlah cara lain untuk mewakilinya. Bukan apa, kadangkala kita terlampau baik dan bertolak ansur. Meletakkan calon bangsa minoriti di kawasan bangsa majoriti. Pembangkang membaca strategi tersebut, mereka meletakkan calon bangsa majoriti di kawasan bangsa majoriti. Akhirnya, mereka menang. Bukan tidak boleh, tetapi jangan terlalu kerap.

Kesimpulan, apapun yang kita lakukan, ingatlah di situ ada perkiraan dosa pahala, kebahagiaan dunia dan akhirat, kerana menjadi wakil itu adalah amanah. 


Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah





Photobucket

Tun Mahathir Bermasaalah......?

on




https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/6166_535600433151652_1749635237_n.jpg







Kalau di Sulu ada Raja 'Jamalul Kiram', di Malaysia ada Raja 'Belit Walauta'! Nak tahu siapa?

Orang tua ini memang 'bijak', bijak merekacipta alasan. Selagi mulut dia boleh bercakap dia akan terus mencipta alasan untuk menutup bekas-bekas busuk dari apa yang pernah dia lakukan. Namun nak mengaku salah, minta ampun lah!

Dia akan terus cipta alasan walaupun dia sedar orang mungkin boleh baca bahawa kata-kata alasan yang terbit dari mulut dia itu macam atau 'sah' BOHONG!

Habis kalau dulu mereka itu konon akan memberontak, apakah hari ini penduduk kampung yang Mahathir cadang hapuskan  itu semuanya tunggul kayu? Mereka akan tengok sambil gelak-gelak aja lah apabila kampung mereka dihapuskan?

Kampung Air yang diduduki rakyat marhaen akan menyebabkan pencemaranlah konon! Habis itu Kilang Lynas di Gebeng Kuantan tidak menyebabkan pencemaran kalau salah urus atau berlaku kemalangan? Hak rakyat miskin nampak sangat pencemarannya, hak para cukong kroni tak membawa pencemaran pulak!

Ooo...kampng air yang diduduki rakyat marhaen boleh menyebabkan pencerobohan asing! Cheh...yang bagi IC  kepada pendatang asing itu tidak pulak boleh menyebabkan penecerobohan asing? 

Padahnya Sabah berada dalam bahaya sekarang, kerana boleh berlaku perang gerila pada bila-bila masa!

Kepada orang tua itu, sudah-sudahlah merapu dan merepek apatah lagi berbohong! Elok benarlah duduk diam-diam main dengan cucu! Kalau malas sangat, sekali sekala pergilah ke masjid!

Dipertik dari Malaysiakini:



Masa itu takut mereka memberontak, kata Dr M


Ahmad Fadli KC   18 Mac 2013


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak menghapuskan penempatan perkampungan air di perairan Sabah sewaktu mengetuai pentadbiran sebagai perdana menteri kerana bimbang penduduk berkenaan akan memberontak.


Bagaimanapun keadaan senario semasa yang berbeza di Sabah pada masa ini mewajarkan perkampungan berkenaan dihapuskan, katanya.

"Kalau kita cuba pada masa itu mereka akan memberontak. Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada orang luar juga.

"Kita tak mahulah ada banyak masalah tanpa ada sebab. Tetapi, kali ini kita dapati mereka terbuka kepada kemasukan orang asing tanpa diketahui oleh pegawai-pegawai," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan di Kuala Lumpur petang ini.

Beliau diminta menjelaskan perkara itu susulan gesannya pada hari Khamis lalu agar kerajaan tidak lagi membenarkan rangkaian rumah yang dibina di atas batang kayu itu.


Mahathir memberi alasan, ia boleh digunakan untuk pencerobohan asing selain menyumbang kepada pencemaran.

Enam anggota polis Malaysia terbunuh dalam serangan hendap oleh penceroboh bersenjata yang mewakili tuntutan kesultanan Sulu di laluan jalan kaki yang sempit di perkampungan air di Semporna Sabah, ketika mereka melakukan serbuan di situ.





Photobucket

Militan lebih kejam daripada komunis

on




Hamza Taib


SELEPAS 10 hari membuat liputan di Lahad Datu, akhirnya kami dapat mendekati antara individu yang paling sibuk memantau Op Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, dengan riak wajah yang sentiasa tenang menyifatkan pengganas bersenjata selatan Filipina lebih kejam daripada komunis yang pernah menyerang negara.

Melihat tindakan yang tidak berperikemanusiaan dilakukan terhadap anggota dan pegawai polis semasa operasi mengesan mereka di Kampung Simunul, Semporna 2 Mac lalu, beliau tidak dapat menggambarkan betapa kejamnya pengganas itu.

Sungguhpun begitu kami yakin semangat anak buahnya langsung tidak pernah pudar untuk memastikan pengganas berkenaan gugur dari setiap inci permukaan bumi Malaysia.

Beliau yang pernah terlibat dengan operasi membanteras komunis di Raub, Pahang yakin pasukan keselamatan akan menumpaskan pengganas walaupun tidak menetapkan tempoh masa tertentu.

“Cuba lihat apa dilakukan oleh mereka ini, lebih kejam daripada komunis!” Nada suaranya teras menyatakan kepada kami dalam pertemuan di Felda Residen Sahabat, semalam.

Difahamkan, anggota keselamatan yang maut di Kampung Simunul, Semporna 2 Mac lalu dibunuh kejam.

Mereka yang terkorban adalah Asisten Superintendan Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud di Kampung Tanduo.

Manakala di Semporna adalah Superintendan Ibrahim Lebar, Deputi Superintendan Micheal Padel, Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sarjan Mejar Abd Azis Sarikon, Sarjan Salam Togiran dan Koperal Azrul Tukiran.

Dua lagi adalah Koperal Ahmad Hurairah Ismail di Kampung Sg Nyamuk dan Koperal Ahmad Farhan Roslan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu - Cenderawasih.

Beliau berkata, gugurnya 10 wira negara dalam Op Daulat langsung tidak mematahkan semangat anak-anak buahnya dan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Kami yakin dapat menyelesaikannya kerana kawasan pengganas telah dikepung pasukan keselamatan," katanya.

Sebelum ini, Hamza juga menegaskan, pihak berkuasa tidak sekali-kali mempercayai apa yang ditawarkan Azzumudie Kiram, katanya, “Sejak hari pertama kami tidak mempercayainya.”




Photobucket

Aidil Zafuan Halang Rita Rudaini Berlakon Dengan Aaron Aziz?

on



rita rudaini aaron aziz


Agak menarik mendengar cerita daripada Rita Rudaini menerusi portal Murai baru-baru ini. Walaupun tidak menyebut nama, Rita memaklumkan yang suaminya, Aidil Zafuan tidak memberi izin dirinya berlakon dengan seorang pelakon Singapura. Mungkinkah pelakon Singapura tersebut ialah Aaron Aziz?
Telahan ini Abang Nara lakukan kerana sekarang ini drama Sehangat Asmara lakonan Rita dan seorang pelakon Singapura iaitu Adi Putra sedang hangat ditayangkan. Selain daripada Adi Putra, hanya Aaron Aziz merupakan pelakon Singapura yang popular dan ada kemungkinan untuk digandingkan bersama. Kata Rita:-

Aidil memang tidak beri izin saya berlakon dengan aktor tersebut. Saya sendiri tidak tahu sebabnya. Jadi, saya pun ikut saja permintaannya dengan menolak tawaran itu. Sebenarnya, saya jikalau berlakon dengan mana-mana pelakon, saya akan cepat mesra. Kami satu kumpulan produksi dah macam satu famili. Mungkin Aidil dari bidang lain dan dia tidak faham. Apapun, saya tetap terima keputusannya kerana saya isterinya
aaron azizMungkin juga Aidil rasa tercabar dengan kehenseman Aaron Aziz. Apa pun, Abang Nara respek dengan Rita Rudaini kerana menurut perintah suaminya tanpa banyak soal. Semoga suatu hari nanti, hati Aidil akan terbuka untuk membenarkan Rita berlakon dengan Aaron Aziz. Pasti satu gabungan yang mantap dan akan meletup tak ingat punya.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List