Mahkamah dijangka dengar penggulungan hujah.....

on Apr 25, 2011



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dijangka mendengar hujah penggulungan daripada pendakwa dan peguam bela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kes Fitnah II.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan membuat keputusan samada pendakwa raya mempunyai kes prima facie dalam kes ini.

Seandainya tiada, kes ini akan digugurkan dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan dipanggil membela diri.

Namun, seandainya Anwar diminta membela diri, pasukan peguamnya akan memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya sebagai saksi kerana mereka pernah ditemubual oleh pegawai penyiasat kes ini, DSP Jude Pereira.

Pendakwa raya berhadapan dengan situasi yang sukar dalam kes ini kerana terdapat beberapa keraguan yang nyata dalam pembentangan kes mereka sebelum ini.
Pertama, keputusan ujian makmal menunjukkan terdapat kemungkinan air mani lebih daripada seorang lelaki berada pada kawasan dubur Saiful sewaktu dia diperiksa doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Perkara itu dibangkitkan Ram Karpal Singh sewaktu beliau menyoal balas ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong.
Malah, Saiful Bukhari sendiri sebelum ke HKL untuk diperiksa telah terlebih dahulu ke Hospital Pusrawi. Doktor di Pusrawi, Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, mendapati dubur Saiful ditusuk dengan plastik keras namun ia dinafikan Saiful.

Ketiga, kesan air mani yang ditemui pada seluar dalam Saiful juga ditemui pada bahagian hadapan seluar dalam, dan bukannya pada bahagian belakang seluar dalam jika benar dia diliwat.
Lebih meragukan lagi, seorang lagi ahli kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon memberitahu mahkamah sebelum ini yang dia diarahkan sendiri oleh Ketua Pengarah jabatannya pada masa itu melakukan ujikaji kimia, berbeza dengan tugas rutinnya yang tidak memerlukan arahan dari pihak atasan untuk berbuat demikian.

Pegawai penyiasat kes ini, DSP Jude Pereira juga didapati gagal mengendalikan bahan bukti dengan baik apabila membawanya pulang ke pejabat dan menyimpannya di dalam peti besi peribadi beliau dan bukannya di dalam peti sejuk seperti diarahkan ahli kimia.

Penghujahan dijadual bermula jam 9 pagi esok dan KeadilanDailiy.com akan melaporkan secara langsung dari mahkamah seperti biasa.

-KeadilanDaily




Karpal mahu mahkamah bebaskan Anwar





Peguam Karpal Singh ketika menggulung hujah dalam kes fitnah 2 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menyatakan bahawa pihak pendakwa gagal membuktikan wujud prima facie dalam kes tersebut.

Dengan menyertakan pelbagai bukti dalam hujahnya, Karpal menyatakan bahawa kes itu seharusnya ditolak oleh mahkamah kerana wujud keraguan melampau berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan saksi-saksi pendakwa.

'Saiful minum kopi, karipap selepas didakwa diliwat'

on



Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah.


pertuduhan terhadap anwar ibrahim 070808"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini.
Menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan.

"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa," tambahnya

Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa mestilah membuktikan bukti yang ada.

"Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie.
"Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu," tambahnya.
Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii - iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan.

"Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan.
NONEKarpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas - di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima kes pengadu Azizan Abu Bakar - tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela iri," katanya.
Karpal kemudian menyentuh fakta kes - yang Saiful bukan seorang yang ' tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor.

Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali.
Karpal kemudian menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari berkenaan, berdasarkan testimoni Saiful.

Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful 
boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian.

NONEKarpal turut membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan 
aksi seks tetapi, ini tidak boleh dilaporkan kerana keterangan 
Saiful itu diberikan secara tertutup.

Tambahnya selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan 
karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20 
minit. 

Peguam itu mendakwa, Saiful juga tidak memperlihatkan 
tanda-tanda emosi yang dia telah menjadi mangsa diliwat.
Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar. 

Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkahlaku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian.
Menurut Karpal lagi, Saiful telah melakukan sumpah bohong kerana mendakwa dia telah berbohong di mahkamah dan dalam laporan polisnya apabila dia berkata pelakuan seks itu dilakukan tanpa persetujuannya.

"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 195 untuk mereka bukti," hujah Karpal.

Karpal kemudiannya meminta pendakwa mendakwa Saiful kerana didakwanya telah mereka bukti.

Saiful, tambahnya, juga telah menunda membuat satu laporan polis - dia membuat laporan dua hari selepas insiden tersebut.
"Doktor pertama yang ditemui Saiful ialah Dr Mohd Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," kata Karpal.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 02Hujahnya, ketidakhadiran Dr Osman (kanan) sebagai saksi, telah menimbulkan keraguan yang serius terhadap kes pendakwa.
Katanya, pihak mendakwa tidak berbuat demikian walaupun ditawarkan Dr Osman sebagai saksi.

Katanya, keterangan Dr Osman akan bercanggah dengan keterangan yang diberikan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Akan terdapat dua versi kes dan kesangsian tersebut seharusnya diberikan kepada dituduh," tambahnya.






Mengapa perlu Azmin menyindir tajam Mustafa Ali?

on




"Berikutan kenyataan Setiausaha Agung PAS Dato Mustaffa Ali yang ringkas bagi menjawab soalan wartawan, sepatutnya YB Azmin Ali tidak cepat melatah.. pastikan dahulu butiran yang dikatakan daripada sumber yang betul.. dan bacalah kenyataannya dari awal sampai akhirnya. Sepatah pun Mustafa tidak menyebut akan kaji semula kedudukan PAS dalam PR, ia adalah putar alam media UMNO.

Di antara kata Mustafa: "Itu (tuduhan DSAI sebagai pelakon seks) adalah “andaian”. Kalau “bukan dia” (kalau bukan DSAI sebagaimana yang dituduh) bagaimana? Kita serah kepasa siasatan polis. Kalau terbukti betul dia (DSAI sebagai pelakon video seks dan terbukti bersalah setelah dibicarakan), kita (PAS) akan nyatakan pendirian. Di akhir katanya pendedah (utama) video seks (RTC)  tidak layak  menjadi saksi kerana tidak memenuhi kriteria (saksi yang amanah mengikut Islam)".
Kenyataan YB Azmin Ali dalam twitternya :
"Apakah benar Mustaffa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung PKR dan DSAI. Rakyat menuntut penjelasan. Pimpinan perlu akur dengan kerangka besar agenda bersama PR. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian".
 
Ulasan:
 
Azmin sepatutnya menyedari bahawa beliau adalah Timbalan Presiden PKR. Orang no. 2 parti manakala Mustafa pula SU Agung PAS. Mereka adalah 2 orang besar PR. Jika tidak puas hati dengan kenyataan Mustafa dapatkanlah dahulu maklumat berita yang betul.
 
Jawapan Mustafa sebenarnya sangat mudah dan ringkas. Memandangkan kes tersebut sudah jadi kes polis dan dalam siasatan polis dan sudah sampai ke Peguam Negara, maka PAS parti yang mendokong keluhuran undang-undang perlu dilihat tidak mendahului hasil siasatan.
Jika DSAI didakwa (pelakon dlm video seks), maka PAS memang sudah bersedia untuk mempertahankan DSAI dengan barisan peguam terhandal.
 
Kata-kata "jangan jadi jaguh kampung", satu sindiran yang sangat tajam. Ia memang dituju kepada Mustafa, tapi apa makna "jaguh kampung"?
Adakah Mustafa adalah jaguh yakni Adun atau MP yang tidak terkalah di kampung (negeri Terengganu)? Ya dia pernah jadi MP dulu dan juga Adun dulu, dan dia banyak kali kalah. Maka yang banyak kalah bukanlah 'jaguh' namanya!
Sekarang Mustafa buka lagi Adun dan bukan juga MP malah tidak lagi mahu jadi calon MP atau apa-apa jawatan dalam pemilihan PAS yang terdekat.
Mudah-mudahan jaguh kampung yang Azmin maksudkan itu bukan PAS secara kesluruhan.
 Jaguh kampung biasanya difahami sesorang yang handal diperingkat kampung, jagoan diperingkat atau tahap rendah atau tempatan sahaja atau peringkat negeri sahaja bukan Pusat atau boleh menang di Kelantan sahaja di Sarawak satu kerusi pun tak dapat!
 
Perlu diingatkan jugak bahawa pantas menjawab kepada sebarang pertanyaan yang diajukan oleh wartawan media UMNO - sebagaimana yang Mustafa lakukan -  bukan langkah yang dilihat bijak. Memang semua faham itu tindakan kurang bijaksana sebab sudah menjadi tabiat dan sifat media munafiq memutarbelitkan kenyataan.
Tapi ia sudah berlaku.. dan Azmin sepatutnya tidak memberikan peluang kedua kepada wartawan media UMNO untuk terus memutarbelitkan fakta dengan memasukkan komentarnya di atas kapasiti Timbalan Presiden PKR dalam laman twitternya.
 
Dato Zaid Ibrahim dulu masa menandingi Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR bukan sekerat dua kenyataannya dimuatkan dalam media UMNO bahkan dengan penuh sedar dan rela diwawancara oleh wartawan media UMNO dan dimuatkan sepenuhnya dalam akhbar Utusan Meloya. Akhirnya Zaid melompat keluar, menjahanamkan imej PKR dan juga PR.
 
Kesimpulan : Ingatan kepada pimpinan PR jangan mudah membuat kenyataan terutama kepada media UMNO, jangan mudah memberi komentar sebelum tahu hujung pangkal, jangan label melabel, dan jangan tamak "KERUSI", akhir sekali betulkan niat dan bersangka baiklah sesama komponen.



RAIS TERLIBAT DALAM ROMBAKAN KABINET?

on

KEMELUT yang melanda kepimpinan LDP di Sabah dan Skandal Seks Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Semenanjung mungkin mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengadakan rombakan kabinet dalam masa terdekat.

Ketidak hadiran Rais Yatim bersama Perdana Menteri di Majlis ‘1stMalaysian-Asean Regional Blogger Conference’ di Intercontinental Hotel Kuala Lumpur kelmarin menimbulkan pelbagai spekulasi, terutama sebagai menteri yang bertanggung jawab terhadap dunia internet yang selama ini menjadi penyibuk dengan menyaman para blogger yang ‘mendidihkan darahnya’.

Kenyataan terbuka Perdana Menteri bahawa Malaysia akan meneruskan ‘Dasar Langit Terbuka’ iaitu tidak menapis internet telah memaku erat pendapat Rais di dalam keranda politiknya dan sekali gus membuktikan Rais tidak layak memegang jawatan berkenaan dan wajib dilucutkan daripada jawatannya.
Walaupun sebelum ini Najib agak keberatan ‘memecat’ Rais setelah didakwa terlibat di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan, namun desakan hebat daripada para Blogger dan Siber-Trooper’; ditambah pula oleh sikap tidak profesional Rais menyebabkan dunia memandang Rais sebagai ‘Trojan Horse Virus’ dalam Kabinet Malaysia.
Kekalahan SUPP di Sarawak menyedarkan Najib daripada trauma sekalipun BN memenangi majoriti dua pertiga dalam pilihraya Sarawak, namun peranan para blogger telah melumpuhkan BN di kerusi dominasi Cina.
Maklumat daripada sumber rasmi menyatakan bahawa Najib mungkin melakukan rombakan Kabinet setelah menilai KPI beberapa menteri yang tidak begitu memberangsangkan; termasuk Rais yang mengalami kemelut berpanjangan dengan para blogger termasuk Rocky Bru yang telah mendedahkan Skandal Rasuah Rais kerana anaknya mempunyai kepentingan di dalam kontrak yang ditawarkan oleh kementeriannya.
Ketidak hadiran Rais menimbulkan tanda tanya kepada 300 Blogger yang menghadiri persidangan berkenaan terutama daripada negara Asean kerana Skandal Seks Rais telah merebak begitu cepat; apatah lagi penafiannya tidak disertakan dengan bukti yang melampaui keraguan munasabah.
Jawapannya hanya ada pada Rais kenapa beliau tidak mengiringi Najib dan ‘Sifunya’ Tun Mahathir, tambahan pula persidangan sulung ini amat penting untuk kesinambungan Dasar Langit Terbuka Koridoraya Multimedia yang diasaskan Tun Mahathir dan diteruskan oleh Najib.
Dalam satu perkembangan lain, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V.K.Liew dijangka dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh setelah Ketua Menteri Sabah menemui formula untuk menyelesaikan kemelut yang melanda LDP setelah Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin memperbaharui ‘persengketaannya’ dengan BN Sabah ekoran pilihan raya umum Sarawak dan kritikan terbuka terhadap ‘kebaculan’ Perdana Menteri memecat Ketua Menteri Sabah dan Sarawak yang dijadikan punca kekalahan BN di 12 kerusi dominan Cina.
Namun selepas persidangan LDP kelmarin, V.K. Liew belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung isu kritikan terbuka Chin; apatah lagi dikhabarkan Chin enggan meminta maaf dan meneruskan niatnya membawa LDP keluar daripada BN yang tidak dipersetujui majoriti Majlis Tertinggi dan Ahli akar umbi LDP.
Mungkin V.K Liew terpaksa menggunakan kuasa ‘Veto’ sebagai Presiden untuk menggantung keahlian Chin dan semua yang terlibat meletakkan garam ke luka Semangat BN yang belum sembuh selepas isu Mazu; dengan mengepam keluar semua ‘gurkha’ yang menyokong Chin atas restu Mantan Presiden, Tan Sri Chong Kah Kiat.


MOHD YATIM SUHAILI


Inilah DALANG Disebalik Percubaan TANGKAP Raja Petra....

on

Di sebalik tabir: Bekas ahli PKR yang merupakan anti-Anwar, anti-RPK, anti-Kalimullah, anti-Nor Mohd Yakcop, anti-Malaysia Insider , dan sahabat Mukhriz.

Presiden JMM Azwanddin Hamzah (kiri), pembelot PKR, bersama dengan Mukhriz Mahathir pada bulan Mac semasa pelancaran satu rancangan televisyen baru bertujuan untuk meningkatkan hubungan dua hala Indonesia Malaysia. Foto Mukhriz telah ditampilkan lebih daripada 12 keping di laman web JMM


Kumpulan pendesak Jaringan Melayu Malaysia, yang dipimpin seorang bekas ahli Parti Keadilan Rakyat inilah sebenarnya yang berada disebalik laporan polis sehingga menyebabkan terjadinya permainan kucing dan tikus di Bangkok di antara polis dan Raja Petra Kamarudin. Ia telah mendesak polis untuk menyiasat satu usaha pada tahun 2009 yang dibuat untuk menyekat Najib Razak dari menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri. 

Ia mengatakan laporan terhadap RPK telah dibuat, seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia berkaitan wawancara RPK dengan TV3. JMM menuntut polis menyiasat "konspirasi" ini, polis sedang menyoal siasat empat orang yang dinamakan oleh RPK, dan tindakan telah diambil terhadap laporan memfitnah yang dibuat kepada Najib. 



Laporan polis ini dibuat pada tarikh 14 April. Pada hari Jumaat, blogger Din Merican telah disoal siatas di ibu pajabat polis persekutuan selama tiga jam, The Star melaporkan. Din adalah salah seorang daripada empat orang yang disebutkan oleh RPK mempunyai maklumat untuk menghalang Najib.

Tindakan polis menjurus kepada menyiasat berkaitan konspirasi yang disebut dan bukan tentang Akuan Bersumpah yang dibuat RPK pada tahun 2008 melalui seorang pemberi maklumat, daripada seorang pegawai kanan tentera, telah mengaitkan isteri Najib dan dua pegawai tentera yang terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu. RPK telah berkali-kali meminta dakwaan ini disiasat. Sebaliknya dia pula telah dituduh melakukan jenayah fitnah.

Jaringan Melayu Malaysia dipimpin oleh seorang usahawan yang boleh berbahasa Mandarin Azwanddin Hamzah, 36 dari Ampang. Beliau merupakan seorang ahli Parti Keadilan selama 10 tahun dan Exco Angkatan Muda Keadilan Pusat, ia meninggalkan parti untuk menyertai UMNO pada tahun 2008, bersama-sama dengan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Noor. 

Pada Februari tahun lalu, dia telah berkempen menentang The Malaysian Insider, dan bersumpah akan menutup laman web tersebut. Ia juga mendesak tindakan dikenakan terhadap bekas Naib Pengerusi New Straits Times, Kalimullah Hassan dan dua orang lain yang dituduh membiayai laman web tersebut menggunakan dana yang diperoleh daripada kontrak kerajaan. Azwanddin juga menuntut penjelasan dari Kementerian Kewangan dan Menteri Kewangan Kedua Mohd Nor Yakcop untuk menjelaskan hubungannya dengan Kalimullah. 

Azwanddin mengetuai demonstrasi menentang The Insider Malaysia kerana menjadi "pengkhianat" kepada negara. Gambar: Ismail Faezah.

Awal tahun ini dalam satu acara berprofil tinggi, Azwanddin mengumumkan program televisyen Antara Dua Garisan untuk untuk diterbitkan bersama dengan stesen Indonesia dan bertujuan untuk meningkatkan perhubungan dua hala. Program 30 minit setiap minggu itu, melibatkan wawancara dengan 12 tokoh politik dan pemimpin negara dari kedua-dua negara, yang akan mula disiarkan dari bulan Jun, lebih setahun, menurut kumpulan tersebut. 

Mukhriz Mahathir, anak lelaki mantan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Perdagangan, adalah di antara tetamu terhormat yang dipaparkan lebih daripada sedozen fotonya di laman web. Menteri yang lain ditonjolkan ialah Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, dan Sharizat Jalil,Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Azwanddin juga menuduh pemimpin PKR Anwar Ibrahim menyokong Raja Petra dan penyiasat peribadi P Balasubramaniam, yang sekarang tinggal dalam pelarian di India setelah melakukan dakwaan sensasi mengaitkan Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Ia juga menuduh Kalimullah membantu Raja Petra untuk meninggalkan negara ini, dan membiarkan Raja Petra tinggal di sebuah apartmen di London. (Kalimullah telah membantah tuduhan ini, dan Raja Petra telah mendedahkan sebenarnya ia tinggal di Manchester.)





Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List