Mengapa perlu Azmin menyindir tajam Mustafa Ali?

on Apr 25, 2011




"Berikutan kenyataan Setiausaha Agung PAS Dato Mustaffa Ali yang ringkas bagi menjawab soalan wartawan, sepatutnya YB Azmin Ali tidak cepat melatah.. pastikan dahulu butiran yang dikatakan daripada sumber yang betul.. dan bacalah kenyataannya dari awal sampai akhirnya. Sepatah pun Mustafa tidak menyebut akan kaji semula kedudukan PAS dalam PR, ia adalah putar alam media UMNO.

Di antara kata Mustafa: "Itu (tuduhan DSAI sebagai pelakon seks) adalah “andaian”. Kalau “bukan dia” (kalau bukan DSAI sebagaimana yang dituduh) bagaimana? Kita serah kepasa siasatan polis. Kalau terbukti betul dia (DSAI sebagai pelakon video seks dan terbukti bersalah setelah dibicarakan), kita (PAS) akan nyatakan pendirian. Di akhir katanya pendedah (utama) video seks (RTC)  tidak layak  menjadi saksi kerana tidak memenuhi kriteria (saksi yang amanah mengikut Islam)".
Kenyataan YB Azmin Ali dalam twitternya :
"Apakah benar Mustaffa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung PKR dan DSAI. Rakyat menuntut penjelasan. Pimpinan perlu akur dengan kerangka besar agenda bersama PR. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian".
 
Ulasan:
 
Azmin sepatutnya menyedari bahawa beliau adalah Timbalan Presiden PKR. Orang no. 2 parti manakala Mustafa pula SU Agung PAS. Mereka adalah 2 orang besar PR. Jika tidak puas hati dengan kenyataan Mustafa dapatkanlah dahulu maklumat berita yang betul.
 
Jawapan Mustafa sebenarnya sangat mudah dan ringkas. Memandangkan kes tersebut sudah jadi kes polis dan dalam siasatan polis dan sudah sampai ke Peguam Negara, maka PAS parti yang mendokong keluhuran undang-undang perlu dilihat tidak mendahului hasil siasatan.
Jika DSAI didakwa (pelakon dlm video seks), maka PAS memang sudah bersedia untuk mempertahankan DSAI dengan barisan peguam terhandal.
 
Kata-kata "jangan jadi jaguh kampung", satu sindiran yang sangat tajam. Ia memang dituju kepada Mustafa, tapi apa makna "jaguh kampung"?
Adakah Mustafa adalah jaguh yakni Adun atau MP yang tidak terkalah di kampung (negeri Terengganu)? Ya dia pernah jadi MP dulu dan juga Adun dulu, dan dia banyak kali kalah. Maka yang banyak kalah bukanlah 'jaguh' namanya!
Sekarang Mustafa buka lagi Adun dan bukan juga MP malah tidak lagi mahu jadi calon MP atau apa-apa jawatan dalam pemilihan PAS yang terdekat.
Mudah-mudahan jaguh kampung yang Azmin maksudkan itu bukan PAS secara kesluruhan.
 Jaguh kampung biasanya difahami sesorang yang handal diperingkat kampung, jagoan diperingkat atau tahap rendah atau tempatan sahaja atau peringkat negeri sahaja bukan Pusat atau boleh menang di Kelantan sahaja di Sarawak satu kerusi pun tak dapat!
 
Perlu diingatkan jugak bahawa pantas menjawab kepada sebarang pertanyaan yang diajukan oleh wartawan media UMNO - sebagaimana yang Mustafa lakukan -  bukan langkah yang dilihat bijak. Memang semua faham itu tindakan kurang bijaksana sebab sudah menjadi tabiat dan sifat media munafiq memutarbelitkan kenyataan.
Tapi ia sudah berlaku.. dan Azmin sepatutnya tidak memberikan peluang kedua kepada wartawan media UMNO untuk terus memutarbelitkan fakta dengan memasukkan komentarnya di atas kapasiti Timbalan Presiden PKR dalam laman twitternya.
 
Dato Zaid Ibrahim dulu masa menandingi Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR bukan sekerat dua kenyataannya dimuatkan dalam media UMNO bahkan dengan penuh sedar dan rela diwawancara oleh wartawan media UMNO dan dimuatkan sepenuhnya dalam akhbar Utusan Meloya. Akhirnya Zaid melompat keluar, menjahanamkan imej PKR dan juga PR.
 
Kesimpulan : Ingatan kepada pimpinan PR jangan mudah membuat kenyataan terutama kepada media UMNO, jangan mudah memberi komentar sebelum tahu hujung pangkal, jangan label melabel, dan jangan tamak "KERUSI", akhir sekali betulkan niat dan bersangka baiklah sesama komponen.



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List