Apakah Muhyiddin sudah mula 'ketuk kepala' Najib?

on Jun 4, 2012


4 JUN 2012 -

Nampaknya Muhyiddin Mat Yasin sudah mula hilang kesabaran. Perlahan-lahan dia sudah mula 'mengetuk' kepala Najib! Sama ada Najib faham atau tidak, payah hendak diduga kerana Najib memang seorang yang susah hendak faham apa yang orang lain kata kepadanya. 

Suara anak Yasin itu semakin jelas apabila mengakui hidup atau  mati parti Umno ditentukan PRU 13. Tak kan Najib tak faham kerana sewaktu Umno akan menempuh Pilihan raya ke 13 Presiden Umno adalah Najib! Maka peringatan itu  boleh jadi untuk Najib fikir-fikirkan! Maksudnya mungkin sebelum terlambat buatlah sesuatu Najib, 'aku dah bersedia'!

Muhyiddin juga mengingatkan bahawa zaman mewah BN dahulu sudah berlalu. Hakikatnya tiada siapa yang mampu menafikan bahawa perkataan 'mewah' itu begitu sinonim dengan orang 'sebelah' Najib itu. Dah...dahlah bermewah-mewah itu, kawallah sedikit, rakyat dah mula marah! Mungkin itu antara mesej yang ingin disampaikan!

Kata Muhyiddin lagi, "jika pembangkang melakukan sesuatu kebaikan dan rakyat menyokong mereka, itu adalah masalah bagi kita". Hah tak kan Najib tak faham?

Kini Muhyiddin yang dulu pernah 'mengetuk' kepala Pak Lah hingga 'benjol' lantas mengundur diri, kini dia hanya menunggu hujah sokongan dari memanda tua sahaja untuk terus mengetuk-ngetuk kepala Najib. Mungkin dengan sokongan memanda tua, Muhyiddin akan ketuk Najib lebih KAU lagi!

Atau selepas ini Muhyiddin yang akan diketuk dengan sanggul besar?



Photobucket

Takkan tak boleh bertahan tiga bulan hadapi keganasan Umno

on


4 JUN 2012 -
Saya semakin yakin teramat yakin Umno dan Barisan Nasional (BN) mahu mengganas sakan jika kalah pilihan raya umum akan datang. Mula-mula Malaysiakini 25/5/12 siarkan berita bertajuk "Dr M: Demo ganas akan ekori kekalahan Pakatan". Semalam, Malaysiakini siarkan berita bertajuk "Muhyiddin: Pakatan akan demo jika tewas p'raya". Hari ni, FMT siarkan pula berita bertajuk "Hishammuddin: Pembangkang mungkin cetus huru hara".

Bagi saya, bila Umno kata gitu, tu tanda dia dah galak sangat nak buat benda tu. Dah banyak kali dah, bila kita nak turun ke jalan raya nak tuntut pilihan raya bersih dan adil, macam syaitan depa menggelejat-gelejat tuduh kita nak buat ganas. Tau-tau, pada hari kita berkumpul, kerajaan Umno yang buat ganas. Polis depa yang macam syaitan membelasah rakyat tanpa belas kasihan.

Adakah anda takut bila Umno buat ganas kalau dia kalah? Jangan takut.

Gerombolan Umno yang buat ganas tu makan upah. La ni memang la depa galak sakan sebab dapat duit banyak. Bila Umno kalah, paling lama keganasan syatan-syaitan tu akan berlanjutan hingga tiga bulan. Selepas itu, bila puak mentedarah upah tu dah tak dapat duit, tak larat dah depa nak buat ganas.

Tuhan depa ialah duit. Bila duit dah tak dak, habislah kurang ajaq depa.

Takkan rakyat tak boleh bertahan tiga bulan untuk hadapi kurang ajaq dan keganasan Umno tu. Entah-entah tak sampai tiga bulan. Ca hampa fikir, pemimpin-pemimpin Umno nak habiskan duit depa upah hamba-hamba duit tu merusuh buat ganas atau nak guna duit tu cabut lari ke luar negara?

Berkaitan:
Penipuan besar-besaran dalam PRU-13?

sumber
Photobucket

Mahathir kuatir skandal kewangan zaman pemerintahan akan terdedah

on



4 JUN 2012
Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menegaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad khuatir jika Pakatan Rakyat PR mengambil alih Putrajaya kerana skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau akan didedahkan.

 Ahli Parlimen Ipoh Timor ini menegaskan situasi itu melihatkan pemimpin yang masih berpengaruh itu dilihat semakin agresif sejak akhir-akhir ini apabila mengeluarkan kenyataan keras mengkritik pembangkang.

 “ Dr Mahathir sebenarnya khuatir kebenaran skandal kewangan ketika pemerintahan beliau selama 22 tahun akan didedahkan jika Pakatan memerintah.

 “Beliau bukan sahaja mula bertindak mengeluarkan kenyataan agresif malah berusaha sedaya mungkin untuk memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak meneruskan cadangan supaya pilihan raya umum tidak dilaksanakan pada bulan Jun dan Julai ” kata Lim.

 Lim gambar turut menegaskan dalam satu forum di Pulau Pinang semalam bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakop menjelaskan terdapatnya keraguan dalam skandal kewangan terbesar negara itu.

 Rosli turut menamakan empat individu yang terlibat dalam “skandal kelab elit tukaran matawang” dua dekad lalu — bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin bekas Gabenor Bank Negara Allahyarham Tan Sri Jaffar Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Unit Perancangan Ekonomi EPU Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

 Lim turut menambah berdasarkan kenyataan Rosli ketika forum tersebut “Jaffar dan Nor adalah pihak yang bertanggungjawab menimbulkan spekulasi tukaran wang yang bertentangan dengan prinsip perbankan.

 “Malah Rosli turut menuduh Nor yang merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor menyebabkan berlakunya kerugian matawang kerana beliau adalah penyebab kepada spekulasi dan perjudian Ringgit Malaysia terhadap matawang asing .

“Beliau yang pada masa itu merupakan penasihat kepada jabatan pelaburan akan menggunakan komputer kakitangan dan menimbulkan spekulasi dan berjudi di pasaran tukaran wang asing ”.

 Ini menyebabkan pemain tukaran matawang asing menyangka Bank Negara mempunyai pedagang matawang yang agresif “Tapi Nor Yakop yang melakukan perkara itu ”.

 “Arahan untuk melakukan perkara itu telah dikeluarkan Daim dengan “restu” Dr Mahathir ” katanya.


 Pada 1992 Bank Negara telah melabur Pound British dan kemudiannya menjadikan Pound lebih panjang manakal George Soros pemain utama tukaran wang asing menjadi singkat .

Apabila Pound dinilai semula Bank Negara telah mengalami kerugian USD5. 5 billion dan George Soros memperolehi USD1. 7 billion Bank Negara bagaimanapun mendakwa ia hanya kerugian sekitar RM9 .3 billion.

 Rosli berkata “pakar menganggarkan Bank Negara mungkin mengalami kerugian sekitar USD27 ke USD33 billion yang mana lima kali lebih daripada simpanan asingnya dan aset keseluruhan bernilai USD20 7 billion pada 1992 ” tambah Lim.

 “Daripada anggaran saya di Parlimen dua dekad lalu Bank Negara mengalami kerugian sekitar RM30 billion Namun Bank Negara mendakwa mereka hanya mengalami kerugian sekitar RM10 .1 billion pada 1992 dan RM5. 7 billion pada 1993 ” tegas Lim.

 Bagaimanapun Lim mendakwa Dr Mahathir yang dilihatnya semakin agresif sejak akhir-akhir ini cuba untuk menutup skandal kewangan tersebut.

 “Sejak dua minggu lalu beliau mendakwa Bersih adalah “persediaan” dan “pemanas badan” untuk Pakatan Rakyat melakukan demonstrasi menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 jika pembangkang tewas.

 “Malah beliau turut membuat dakwaan jika Umno tewas Melayu akan kehilangan kuasa di tanah air sendiri apabila Pakatan Rakyat mengambil alih negara ”.

 Beliau juga mengulangi dakwaan Dr Mahathir bahawa kegagalan Umno dan BN ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan punca kepada kelemahan Umno di era pemerintahan Najib apabila mengatakan kerajaan masih lagi lemah untuk menghadapi pilihan raya umum.

 “Saya bersetuju dengan Rosli yang menyatakan jika PR mengambil alih kerajaan Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat dakwaan beliau Bank Negara kerugian RM30 bilion sewaktu 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir.

 “Daripada tindakan itu jelas Dr Mahathir khuatir penglibatan beliau dalam skandal tersebut akan terdedah ”. “Saya tidak menyatakan beliau harus menerima nasib seperti Hosni Mubarak yang dihukum penjara seumur hidup tapi rakyat Malaysia perlu tahu perkara ini ” tegasnya lagi.



Photobucket

Hasan Ali Tidak Tau Sejarah

on





Rupanya, bukan hanya PAS yang hancur kerana menyertai Barisan Nasional, tapi Parti Progresif Rakyat (People's Progressive Party atau PPP) juga menghadapi nasib yang sama dengan PAS. 

Ini berdasarkan temuramah bekas Presiden PPP bersama FREEMALAYSIATODAY. Mengikut SI RAJAH, mantan Presiden PPP, populariti serta pengaruh PPP menjunam jatuh selepas mereka menyertai BArisan Nasional. 

Sebelum ni, saya ingatkan hanya PAS sahaja yang tersiksa dan terbahana akibat meneyertai Barisan Nasional. Rupanya2 PPP pun menghadapi nasib yang sama dengan PAS. 

Bagi PAS, kemasukan PAS ke Barisan Nasional menyebabkan PAS BERHENTI menggunakan isu "Negara Islam". Akibat dari penyertaan PAS ke dalam BArisan Nasional, pemimpin2 PAS telah berhenti menggunakan isu NEgara Islam sama sekali. 

Dengan kata lain, kali terakhir PAS menggunakan isu Negara Islam adalah pada pilihanraya 1969.Kemasukan PAS ke dalam Barisan Nasional menyebabkan PAS hilang kredibiliti untuk menaikkan isu Negara Islam.

Sama seperti PPP yang sudah tidak boleh membawa agenda sosialisma dan imej pembela orang miskin mereka akibat masuk ke Barisan Nasional.

Hasan Ali tidak tau sejarah ini. Dia ke sana ke mari menjaja kononnya PAS telah membuang agenda Negara Islam. Hakikatnya, PAS berhenti menggunakan isu Negara ISlam LAMA sebelum PAS bersama dengan Pakatan Rakyat.

Cumanya segala sokongan kepada PPP di Perak itu telah berpindah kepada DAP. Sokongan kepada PAS sebelum masuk BN telah berpindah balik kepada UMNO selepas PAS ditendang dari BN.

Juga, ada cyberuk2 UMNO kerap meninggalkan komen kononnya dulu mereka sokong PAS kerana memperjuangkan Negara Islam. Hakikatnya, mereka ini cyberyuk2 UMNO yang dibayar oleh UMNO untuk berbohong. Mereka2 ini juga penganggur kerana tiada siapa mahu mengambil mereka bekerja dan terpaksa cari kerja dengan menipu.

Syukur alhamdullillah, usaha geng perpaduang dalam PAS gagal. Rupanya ramai veteran2 PAS masih tidak boleh lupa peristiwa pahit PAS menyertai Barisan Nasional ini.


How PPP lost its gloryG Vinod | May 29, 2012
SI Rajah, a former president of the party, talks about its heyday as an opposition party and its subsequent slide towards political irrelevance. INTERVIEW KUALA LUMPUR: It may surprise some Malaysians—especially those younger than 50—to learn that the People’s Progressive Party (PPP) used to be one of the country’s most dynamic political organisations.
Those glory days started fading with the demise of the Seenivasagam brothers, according to SI Rajah, a former president of the party. Speaking to FMT in his modest law office in Jalan Hang Jebat, Rajah couldn’t hide the glint in his eyes as he reminisced on the good old days, talking proudly about how strong PPP was before it became part of Barisan Nasional.
The party was formed in 1955 and the Seenivasagams were among its founders. Darma Raja, the younger of the brothers, was its first president. Rajah said PPP was “formidable” as an opposition party in Perak under Darma’s leadership.
“In those years, we had local council elections and PPP controlled the Ipoh Municipality. We almost formed the state government after the 1969 general election.” The young Rajah, although a PPP member, was working as a legal assistant to an MIC leader, Athi Nahappan, who later became a cabinet minister. Rajah said the party then derived its support from the poor masses and Darma was famous for championing the causes of petty traders and hawkers in Perak.
“He also provided free legal assistance for them and many marvelled at his convincing arguments in the courts.” However, Darma died suddenly a few months before the infamous May 13 riots in 1969, and his elder brother, Sri Padhmaraja, popularly known as SP, took over the party presidency.
“After the riots, prime minister Tun Razak decided to approach the opposition parties to persuade them to join the greater Alliance, named Barisan Nasional,” said Rajah. At first, he said, SP and many others were opposed to the idea of joining BN. Rajah was part of this group. “We knew that our base in the Kinta Valley would be eroded if we joined BN.
Perak was then an opposition fortress. If Darma was alive, he would have rejected Razak’s offer outright.” Persuasion But Razak sought the assistance of a Perak high court judge named Fred Arulanantham, who was known to the prime minister as a man of great persuasive skills. Razak, Arulanantham and SP were in fact old friends. All three were alumni of Britain’s Middle Temple University. SP eventually caved in.
However, according to Rajah, sentiment had little to do with his change of mind; he decided that PPP should join BN for the sake of national unity in the aftermath of May 13. “We joined as equal partners,” Rajah said. “Razak even promised SP that he would be made a cabinet minister, but SP died in 1975.
“The party was never the same again after that.” But Rajah added that the party had started to weaken even before SP’s death. It went through several stages of infighting after joining BN, and many loyal supporters were abandoning it, with the result that it won only one parliamentary seat in the 1974 election, whereas it had four as an opposition party.
Furthermore, he said, Umno was using the divide-and-conquer strategy to weaken PPP’s influence in Perak. “Although we controlled the Ipoh Municipality by a large majority, Umno always appointed an MCA member to be its chairman.”
Asked whether he ever felt cheated by Razak, Rajah was non-committal, but he said the former premier had let the party down. Asked why he did not try to take PPP out of BN when he became its president in 1978, he said he and other party leaders were concerned about national unity; the 1969 riots were still fresh in their memory.
He claimed that he managed to miminise the infighting during his presidency, but was unable to restore the glory that PPP had under the Seenivasagam brothers. “I was known as a general without soldiers,” he said with a chuckle.
However, he insisted that PPP contributed to nation building despite losing popular support. “Although we were weak, the BN leadership always consulted component party leaders before coming up with any policy.
So we also contributed in that sense.” Low morale PPP’s slide towards political irrelevance was fastest and its morale was at its lowest during the time that Dr Mahathir Mohamad was in power, Rajah said. He recalled an incident in 1982 to illustrate Mahathir’s recalcitrance.
As BN chairman, he refused to allocate parliamentary seats to PPP for that year’s election, reneging on promises he had made. “He only offered two states seats, Pantai Remis and Pasir Badamar, which were DAP’s strongholds.
I approached Mahathir on the matter, but he stuck to his decision.” Subsequently, Rajah resigned as PPP president in protest against Mahathir’s decision. “Musa Hitam and Ghaffar Baba, who were vice-presidents in Umno, told me to reconsider my decision. (Former MIC president) S Samy Vellu even offered the Chemor state seat to me,” he said.
“But I felt it was a disgrace for a party president to contest in a state seat, without even being guaranteed an exco seat. So I stuck to my decision.”
On why he did not pull out PPP from BN at that point in time, Rajah said his resignation was strong enough as a statement of his opposition to BN’s policies.
“Besides I had nothing to lose. I just went back to my legal practice and continued working at the grassroots level.”


Photobucket

Johor ‘kubu kuat Umno’ hanya akan menjadi sejarah

on

4 JUN 2012

PAS Johor bersikap sangat realistik dalam jangkaan pertambahan kerusi kemenangannya di negeri itu dalam PRU Ke-13, walaupun ada gambaran bahawa negeri tradisi Umno itu akan menjadi pusat kepada gelombang perubahan pada pilihan raya umum akan datang itu.

Malah Pengarah Eksekutif, Dewan Perdagangan Amerika-Malaysia (Amcham), Fui K. Soong pernah mendakwa, gelombang itu juga mungkin akan merebak ke Melaka sehingga ke Negeri Sembilan.


Bahkan ketika saya bertemu dengan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed baru-baru ini, dengan nada yang sangat sederhana memberitahu bahawa pendukung PAS Johor bekerja keras siang malam untuk mencapai kemenangan dalam PRU akan datang.

“Kami berazam dan berusaha serta bertawakkal, namun ketentuan akhirnya ialah pada Allah s.w.t.,” katanya.
Memang saya dapat membayangkan di mana bukan mudah untuk memecahkan tembok kekuatan negeri tradisi Umno ini dengan segala sejarahnya. Tetapi perkembangan terkini, dengan petanda kesedaran anak Johor akan perlunya perubahan ada isyarat jelas bahawa ‘kubu kuat Umno’ negeri itu akhirnya hanya akan menjadi sejarah.
Lima generasi selepas Umno ditubuhkan, keadaan sangat jauh berbeza dari masa lalu. Kepelbagaian maklumat dari pelbagai sumber media baru sangat menolong kepada perubahan ini, lebih-lebih lagi isu-isu besar, seperti isu pengambilan tanah, pengabaian kehendak rakyat, isu-isu rasuah dan seumpanya sangat menyedarkan rakyat Johor akan perlunya perubahan dalam PRU Ke-13 nanti.

Menurut Fui K. Soong, pandangannya mengenai perubahan iklim di Johor juga berasaskan kepada faktor Johor yang mempunyai banyak kawasan campuran selepas Selangor.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pernah berkata bahawa jumlah ribuan hadirin dalam ceramah PAS di kawasan Melayu semakin menjadi perkara biasa di Johor, sesuatu yang tidak terjadi dimasa lampau.
Lebih memberansangkan, katanya, ialah didapati yang hadir itu terdiri dari penduduk tempatan. "Kecuali majlis-majlis khas yang besar di mana mungkin ahli PAS dari seluruh Johor hadir beramai-ramai, kehadiran majlis biasa adalah dari penduduk tempatan. Maknanya, kalau 1,000 yang hadir ceramah kita, hampir semuanya adalah penduduk tempatan," kata Salahuddin.

Mengenai sambutan di kalangan masyarakat Cina pula, beliau berkata, Umno sendiri semakin merasai bahangnya.

Malah, katanya, bekas Presiden MCA (Ling Liong Sik) sendiri menjangkakan BN mungkin akan kehilangan sejumlah sokongan di Johor.

Gerak kerja PAS Johor yang dipimpin oleh Persuruhjayanya beserta pasukan kerjanya yang bertungkus lumus – Mazlan Aliman, Dzulkufly Ahmad, Aminul Huda, Suhaizan Kayat, Ustaz Abdullah Husein, Muslimat dan Pemuda serta ramai lagi yang tidak dapat disebutkan semuanya – adalah penggerak utama PAS Johor, dibantu oleh pemimpin PAS kawasan dan cawangan.

Seperti yang saya tegaskan tadi bahawa PAS Johor bersikap sangat realistik dalam jangkaan pertambahan kerusi kemenangannya. Datuk Dr Mahfodz meletakkan sasaran realistiknya ialah menang 15 kerusi negeri berdasarkan fokus parti sebaik selesai pilihan raya umum 2008 dan sokongan pengundi.

“PAS akan meletakkan calon di 28 kerusi tetapi potensi menang adalah 15. Ini sasaran yang realistik dan terjangkau,” kata beliau dan menambah, jika menang lebih dari jumlah itu, ia adalah bonus. Namun kemungkinannya tetap ada, katanhya.

Parti itu bertanding 33 kerusi negeri dalam pilihan raya umum lalu tetapi cuma menang dua kerusi negeri – Maharani dan Sungai Abong. Parti itu tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen walaupun meletakkan sembilan calon.

Datuk Dr Mahfodz berkata, kali ini kita (PAS) akan bertanding lapan kerusi Parlimen, antaranya Pulai, Pagoh, Simpang Rengam dan Air Hitam. Menurut beliau lagi, PAS negeri sudah menghantar senarai nama calon kepada Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur.

Katanya, dalam senarai tersebut, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dicadangkan untuk bertanding dua kerusi iaitu Parlimen dan negeri. Kali ini PAS akan menampilkan banyak muka baru dan juga menghantar beberapa nama bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong PAS untuk bertanding atas tiket PAS dan PAS Johor juga sedang merangka manifesto bersama Pakatan Rakyat. PAS akan menggunakan manifesto ini di kawasan yang ditandinginya.

Salahuddin, anak jati Tanjung Piai, Pontian kini menjadi perhatian utama sejak diumumkan akan bertanding di Johor. Diberitakan beliau mendapat sokongan daripada pengundi masyarakat Cina. Sokongan ini telah dizahirkan kepada Salahuddin pada majlis makan malam bersama masyarakat Cina Gelang Patah di sebuah restoran di Gelang Patah.

Rata-rata masyarakat Cina yang hadir di majlis itu menyatakan gembira mereka dengan keputusan yang diambil oleh Salahuddin untuk kembali bertanding di Johor.
Dalam ucapan Salahuddin menyatakan bahawa kepulangan beliau ke kancah politik Johor ialah semata-mata untuk membela nasib rakyat Johor yang menghadapi pelbagai masalah. Majlis makan malam anjuran DAP Gelang Patah itu berjaya mengumpulkan lebih 1,600 orang masyarakat Cina yang turut dihadiri oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat, Dr. Boo Cheng Hau, Tian Chua dan Teng Cheng Kim.

Di tengah-tengah kerancakan gerak kerja PAS Johor, sayap pentingnya – jentera penerangan PAS Johor - telah menggerakkan jenteranya disemua peringkat. Ketua Penerangan PAS Johor, Ghazalie Ayob yang juga adik Salahudin, telah memberi taklimat gerakan penerangan di Batu Pahat baru-baru ini.

Ghazalie telah menggariskan langkah penting gerakan penerangan, khususnya di kawasan pedalaman supaya pengundi Johor ikut sama dalam perubahan menjelang PRU Ke-13 akan datang.
Pada pendapat saya, dengan gerak kerja yang berstrategi, bacaan politik yang tepat, kesepaduan tenaga kerja baik Ulama, Pemuda dan Muslimat, maka peluang PAS Johor mencapai kemenangan dalam PRU Ke-13 adalah cerah. Kini sudah ada tanda jelas bahawa rakyat Johor juga mahukan perubahan.


Oleh Abd Shukur Harun

Photobucket

Setiap Kali Mahathir "berkokok", Muhyiddin Menyahut Kokokan Mahathir

on




Kuasa menentukan PRU 13 adalah di tangan PM Najib. Barangkali hanya Najib dan isterinya Rosmah sahaja tahu tarikh itu.


Muhyiddin dan sekalian Menteri tidak tahu. Mahathir lagilah amat tidak tahu. Mengapa?
Sekarang gabungan 2M timbul semula selepas Team 2M Mahathir-Musa 30 tahun lampau.. Team Mahathir-Muhyiddin sedang bersiap jatuhkan PMNajib.

Cuba lihat setiap kali Mahathir "berkokok", Muhyiddin menyahut kokokan Mahathir. Team 2M tidak sabar-sabar lagi menunggu PRU 13. Mengapa ? Kerana keputusan PRU 13 akan menjadikan UMNO "bangkai" dan atas alasan itulah Najib diminta ucap "sayonara" kepada jawatan Presiden UMNO.Sama seperti Gabungan Mahathir - Najib minta Pak Lah berambus dari jawatan Presiden UMNO selepas PRU 12.

Peranan Mahathir masih berpengaruh keatas jawatan PM Malaysia sama seperti Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew. Cumanya kita tiada potfolio Menteri Mentor.

Mengapa Mahathir "beria-ria" memainkan peranan "menentukan" jawatan PM ? Ini kerana itulah tali hayat beliau untuk selamat dari turun naik ke Mahkamah.

Mahathir sekarang semacam bermain chess. Perlu "checkmate" secepat mungkin.Matlamat utamanya ialah menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi PM dan mempercepatkan anaknya Mukhriz menjawat jawatan PM. Jika kedua perkara ini menjadi kenyataan bermakna tidur Mahathir akan lena dan tenteram.

Sebab itu kita lihat Mahathir begitu licik dalam soal jawatan PM.Kemurkaan terbesar Mahathir kepada Pak Lah bukan kerana Budak tingkat 4 tetapi kerana Pak Lah lepaskan Anwar.

Mahathir kemudian bergabung dengan Najib untuk singkirkan Pak Lah. Kini Mahathir melihat Najib begitu lemah untuk sekat kemaraan Anwar untuk menjadi PM. Maka Mahathir sepantas kilat bergabung dengan Muhyiddin.

Tengoklah nanti jika Muhyiddin juga gagal menyekat Anwar, Mahathir akan mencari orang lain pula. Proses ini berlanjutan hingga Mahathir dikunjungi Malaikat Maut !

Maknanya kehidupan Mahathir selepas jadi PM amatlah menggerunkan, menyeramkan dan keluh kesah.Walaupun anda lihat pada wajahnya seakan "gembira dan tenang" tetapi dalam hatinya, Tuhan sahaja yang Maha Tahu.

 Lebih-lebih lagi selepas Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup.

 Bagai dikejar bayang-bayang sendiri. Adakah ini balasan karma atas setiap dosanya semasa menjadi PM 22 tahun ?

Apakah kesudahan akhir kehidupan Mahathir? Adakah beliau menjadi nyanyuk sebelum kematian ?
Atau seperti doa Almarhum Ustaz Fadhil Nor agar Mahathir dapat hidup lama untuk lihat sepuas-puasnya hasil kerosakkan yang dilakukan semasa jadi PM.

Ya lah...kadangkala kita cara Mahathir bertutur macamlah dia tidak akan mati dan hidup 100 tahun lagi! 


sumber
Photobucket

Azmin kata peluangnya dalam PKR 'tak terancam'

on


NONE


4 JUN 2012
Timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata beliau tidak merasakan bahawa peluangnya dalam parti "terancam" dengan jumlah anggota keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menduduki jawatan penting dalam parti tersebut.

"Saya tidak merasakan apa-apa ancaman dalam konteks itu kerana saya percaya kepada proses demokrasi di dalam parti," katanya ketika ditanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.
Jelasnya, pemimpin berkenaan dipilih bukan kerana nepotisme atau kronisme tetapi diputuskan anggota parti tersebut melalui demokrasi.

"Pada waktu ini presiden (isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan naib presiden (anak perempuan Anwar, Nurul Izzah) dipilih dari kalangan anggota keluarga.

"Dalam pemilihan parti selepas ini kita tidak tahu. Saya tidak tahu apa jawatan saya selepas ini. Biarlah kita jalankan kerja dahulu. Sekarang fokus kita ialah pada pilihan raya umum.
"Lepas itu kita boleh bincang masa depan parti," katanya yang hanya ketawa apabila ditanya sekiranya beliau akan menjadi presiden PKR pada satu masa nanti.

Mengulas lanjut, Azmin berkata Nurul Izzah sendiri terlibat di dalam reformasi sejak pemecatan Anwar pada September 1998 dan memainkan peranan penting dalam menggembleng sokongan kepada Anwar.
Jangan dipengaruhi nepotisme
"Kelantangan beliau, keberanian beliau untuk bersama rakyat dan parti untuk mengerakkan gerakan rakyat dan ini diiktiraf anggota parti, bukan diangkat oleh presiden dan ketua umum tapi dipilih oleh anggota parti.

"Baik, Alhamdulillah pemilihan dia dibuat secara sah. Kita perlu maju ke depan dan pastikan keputusan yang dibuat dalam parti dan kerajaan negeri dan pusat insya-Allah tidak dipengaruhi elemen (nepotisme).

"Itu sahaja peringatan saya. Saya tak mahu parti ini mengamalkan amalan tidak sihat," katanya yang yakin bahawa Anwar akan mempertahankan prinsip tersebut di dalam parti.

Tambahnya, kenyataan Anwar yang keras menentang amalan tersebut ketika di dalam Umno merupakan perkara yang mencetuskan pertembungan Anwar dan Mahathir pada 1997.

"Maka saya yakin (Anwar) akan terus mempertahankan prinsip ini dalam PKR," katanya. - MK



Photobucket

Ketua UMNO Bahagian Bakal Jadi Kuasa Ketiga.

on




4 JUN 2012

Walaupun kedua-dua pihak iaitu BN dan PR masing-masing menaruh keyakinan untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum akan datang ini, hakikatnya kemenangan yang mungkin dicapai adalah kemenangan yang tipis sahaja. Dengan pelbagai isu dan pergolakan yang berlaku dalam kedua-dua gabungan itu menyebabkan kedudukan sokongan rakyat juga sering berubah-ubah. Sekejap UMNO dan BN dilihat berada diatas tetapi di masa yang lain mereka pula ke bawah dan PR pula berada diatas.

Rating Najib dan Anwar, pengemudi BN dan PR juga sering turun naik serta tidak menentu dan ini pastinya membawa pengaruh juga kepada sokongan rakyat.

Kajian terbaru yang dibuat memperlihatkan PR hanya mampu memenangi sejumlah 104 kerusi Parlimen sahaja. Sebelum itu, terdapat juga kajian bahawa kerusi Parlimen yang mungkin selamat bagi BN ialah antara 90 hingga 105 kerusi. Tetapi ramalan banyak pihak ialah kerusi yang selesa untuk dimenangi sama ada oleh BN atau PR ialah sekitar 100 kerusi sahaja. 

Dengan mengambil kira jumlah kerusi Parlimen ialah sebanyak 222 kerusi dan kemenangan mudah untuk membentuk kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya kemenangan 112 kerusi, ini bermakna dengan BN dan PR secara puratanya hanya mampu memperolehi sekitar 100 hingga 105 kerusi, kemunculan kuasa ketiga adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan.

Kiranya masing-masing BN dan PR hanya mampu memenangi sejumlah kerusi sebagaimana yang disebutkan itu dan terdapat pihak lain yang menang kerusi selebihnya, kedudukan Parlimen tergantung akan berlaku di mana tiada mana-mana pihak yang boleh menubuhkan kerajaan kecuali setelah memperolehi sokongan daripada pihak ketiga terlebih dahulu dan menjadikan jumlah kerusi terkumpul menjadi sekurang-kurangnya 112 atau lebih.

Soalnya siapakah pihak ketiga yang akan muncul dalam politik Malaysia buat kali pertama ini?

Para peringkat awal dulu, Perkasa pernah diramalkan akan muncul sebagai kuasa ketiga berikutan keaktifannya memperjuangkan isu-isu Melayu sementara UMNO yang dipimpin Najib lebih suka berlembut dan bertoleransi dengan isu-isu melibatkan kepentingan Melayu. Harapan yang tinggi juga diletakkan kepada Perkasa kerana kesediaannya menyingsing lengan menentang kumpulan yang mempertikaikan hak istimewa Melayu termasuk MCA dan MIC. Namun semakin lama kedudukan Perkasa sebagai kuasa ketiga semakin tenggelam berikutan NGO itu dilihat lebih gemar mengampu Najib dan UMNO semata-mata. Perkasa lebih terghairah dengan kuasa yang ada pada Najib dan UMNO.

Malahan Presidennnya, Ibrahim Ali sendiri dikhabarkan akan bertanding sebagai calon Bebas yang disokong oleh UMNO di Pasir Mas.

Kemudian apabila Dr Hassan Ali dipecat daripada Pas dan menubuhkan NGO Jati, beliau juga diramalkan mampu muncul sebagai kuasa ketiga jika meletakkan calon-calon Melayu bertanding di kerusi Parlimen yang majoritinya Melayu tetapi calon BN terdiri daripada bukan Melayu.

Namun Jati juga akhirnya terkulai daripada peranan yang diharapkan itu. Ini kerana Jati dilihat lebih gemar menyerang Pas dan dalam masa yang sama membela UMNO. Malah laporan terbaru hampir mengesahkan bahawa Dr Hassan Ali lebih diperlukan oleh UMNO dan mungkin diletakkan sebagai calonnya di Parlimen Gombak, Selangor untuk berhadapan dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Dalam masa yang sama, pergolakan politik yang berlaku di Sabah dan Sarawak dengan kemunculan beberapa parti kecil serta tindakan beberapa pihak menanggalkan sokongan kepada kerajaan negeri yang sedang memerintah kedua-dua negeri itu, kebarangkalian kuasa ketiga ini adalah daripada Sabah dan Sarawak nampaknya lebih mudah diterima logik akal.

Politik di Sabah memang diketahui sejak dulu sering berubah-ubah dan tindakan mengalih sokongan adalah perkara biasa. Rakyatnya lebih mudah terpengaruh dengan isu serta kemunculan parti baru sebagaimana yang pernah tergambar melalui sejarah tumbangnya Usno, Berjaya dan PBS sebelum ini.

Di Sarawak pula angin perubahan sudah melanda sejak pilihanraya umum negeri tahun 2010 dulu di samping pengundi kawasan bandar yang memang memperlihatkan sokongan kepada pembangkang. Jika angin perubahan ini kekal sehingga hari ini di samping wujudnya pelbagai isu berkaitan Ketua Menterinya Taib Mahmud, adalah dijangkakan jumlah kerusi yang mampu direbut oleh pembangkang dan lain-lain parti mungkin melebihi jangkaan.

Sejak sekian lama juga, politik Sarawak telah menyaksikan beberapa calon Bebas mampu mencapai kemenangan bersandarkan kekuatan peribadi dan hubungan yang mesra dengan masyarakat.

Jika ini terus berlaku, piliharaya kali ini akan menyaksikan beberapa kerusi di Sawarak akan dimenangi sama ada oleh calon Bebas ataupun calon daripada parti yang tidak terikat dengan BN atau PR.

Bagi UMNO dan BN pula, masalah yang akan timbul ialah apabila berlaku pertembungan di antara keinginan Ketua-Ketua UMNO Bahagian untuk terus bertanding dan bertakhta di singgahsana kuasa dengan transformasi politik yang cuba diterapkan oleh Najib iaitu meletakkan calon-calon baru yang dianggap "winnable" untuk menang di sesuatu kawasan itu. Calon-calon "winnable" ini terdiri daripada pemimpin muda dan profesional yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti tetapi boleh diterima oleh pengundi.

Masalahnya tidak semua calon baru ini dapat diterima dengan baik oleh UMNO dan pimpinan bahagian.

Halangan Najib untuk melaksanakan transformasi politik kali ini ialah sebahagiannya daripada Ketua-ketua UMNO Bahagian dan pimpinan UMNO bahagian yang mungkin tidak bersedia digugurkan sebagai calon. Di Sabah misalnya, sudah kedengaran beberapa Ketua UMNO Bahagian yang popular dan dianggap sebagai "raja" di sesebuah kawasan tetapi sudah menduduki kerusi Parlimen selama beberapa penggal, akan bertanding sebagai calon Bebas jika tidak dipilih sebagai calon kali ini.

Sama ada mereka bertanding sebagai calon Bebas atau dilamar oleh parti-parti lain, berdasarkan populartiti yang dimiliki, harapan mereka untuk menang adalah cerah. Jika bilangan mereka yang digugurkan ini ramai jumlahnya, tidak mustahil mereka mampu mencetuskan gelombang baru yang boleh menggugat kedudukan UMNO dan BN.

Seperti di Sabah, di Semenanjung juga sudah kedengaran kemungkinan beberapa Ketua UMNO Bahagian dan lain-lain pimpinan kanan UMNO yang akan bertanding sebagai calon Bebas jika kali ini nama mereka digugurkan atau tidak dipilih sebagai calon.

Di Johor, Selangor dan beberapa negeri di utara di mana dikhabarkan Najib akan meletakkan ramai calon-calon baru yang dianggap "winnable" dan meminggirkan pimpinan UMNO Bahagian, perkhabaran bahawa mereka akan muncul sebagai calon Bebas semakin kuat kedengaran sejak akhir-akhir ini. Bagi mereka dalam suasana politik yang bergolak dan kedudukan adalah 50-50 antara BN dan PR, percubaan mempertaruhkan nasib sebagai calon Bebas tidaklah terlalu merugikan, malah mungkin mendatangkan laba yang berpanjangan.

Oleh itu, beberapa kemungkinan boleh berlaku dalam pilihanraya umum kali ini. Sementara kuasa ketiga diramal banyak pihak datangnya dari Sabah dan Sarawak yang akan menentukan pihak mana mampu membentuk kerajaan selepas pilihanraya nanti, kemungkinan lain ialah munculnya Ketua dan pimpinan UMNO Bahagian yang bertanding calon Bebas, juga sebagai kuasa ketiga.

Berdasarkan realiti di atas kertas, jika benar kuasa ketiga ini mampu muncul sebagai kuasa penentu, harapan Najib untuk memujuk mereka menyokong BN pastinya melalui jalan yang sukar atau setidak-tidaknya melibatkan kos yang mahal.


shahbudindotcom
Photobucket

Yang baik itu datang daripada Mahathir, yang tak baik itu datang daripada Pak Lah

on

4 JUN 2012.

Dr Mahathir menyalahkan Pak Lah lagi. “Sendiri punya salah, dia salahkan orang lain pulak,” kata beberapa orang yang berhubung dengan saya dan orang-orang yang berhubung dengan saya itu adalah di kalangan yang hadir semasa perjumpaan dengan Dr Mahathir di Johor dulu semalam. Sebagaimana yang saya dan ramai yang lain berkata, Dr Mahathir di hujung-hujung hayatnya asyik menyalahkan orang lain terutamanya Pak Lah atas segala kelemahan BN dan UMNO Baru itu.

Beliau tidak pernah membuat salah dan segala yang baik itu adalah dibuat oleh Dr Mahathir dan semua yang buruk itu adalah kesilapan dan kesalahan orang lain. ‘Yang baik itu semuanya datang dari Mahathir dan yang buruk itu adalah atas kelemahan orang lain terutamanya Pak Lah. Mahathir seolah-olah ada benda yang hendak beliau bersihkan dari diri beliau sehinggakan Pak Lah tidak terlepas dari bibir dan ingatan beliau. Sebaliknya Pak Lah yang tahu apa yang Mahathir lakukan terhadap segala sistem kerajaan, tidak berkata apa-apa dan berdiam diri sahaja. Itulah perbezaan di antara kedua-dua bekas pemimpin negara kita itu.

Mahathir sentiasa mencari alasan untuk mengalihkan kesalahan besar beliau terhadap negara kepada orang lain tetapi satu perkara yang kita mesti ingat bahawa sejarah akan menghakimkan Dr Mahathir Mohamad ini dari rasuah dan salahguna kuasa. Segala kata-kata dan tindakan beliau tercatat di dalam buku nota sejarawan dan akan sampai masanya ia akan tertulis di dalam sebuah buku sejarah khas untuk beliau suatu ketika nanti.

Bak kata perpatah, ‘masakan bangkai gajah boleh ditutupi dengan nyiru’. Suatu ketika nanti akan terbongkar juga. Saya tidak mempertahankan Pak Lah, tetapi kita mesti berlaku adil terhadap beliau kerana beliau yang lemah itu dilantik oleh Mahathir juga. Beliau sebagai orang yang saya kenali, tidak pernah tergila-gila hendak menjadi PM walaupun pun beliau mengharapkan untuk mendapatkan kedudukan itu.

Mahathir sendiri yang telah mewariskan pimpinan negara yang mana semua sistem pentadbiran demokrasi telah diruntuh dan dikorbankan oleh beliau (Mahathir). Semasa Pak Lah mengambil tempat beliau, segala institusi di dalam negara kita telah dibinasakan oleh Mahathir. Kehakiman, perundangan, polis, institusi raja-raja dan banyak yang lain sudah diranapkan oleh Mahathir. Beliau tahu yang Pak Lah tidak mampu untuk memperbetulkan keruntuhan yang telah beliau (Mahathir) lakukan tetapi beliau mahukan juga Pak Lah untuk mewarisi kepimpinan daripada beliau.

Jika Mahathir teruskan memegang jawatan itu sehingga sekarang, beliau sendiri akan menghadapi krisis keyakinan ini seperti yang dihadapi oleh Pak Lah dan Najib sekarang ini. Tetapi oleh kerana Mahathir bersara tepat pada masa masalah yang beliau wujudkan itu hampir terlambak, maka lambakan masalah-masalah itu terpaksa dipikul oleh semua pewaris kepada kepimpinannya dan yang terawal mewarisi keruntuhan semua sistem ini adalah Pak Lah.

Lain-lain perkataan keruntuhan moral demokrasi dan tatacara kepimpinan negara telah dilakukan oleh Mahathir dan masalah-masalah yang kita lihat sekarang tidak akan dapat diperbetulkan lagi oleh pemimpin-pemimpin yang telah terbentuk dengan acuan Dr Mahathir itu.

Sesiapa pun boleh menyangkal pendapat saya ini, tetapi saya memilih untuk tidak menghiraukannya kerana ia adalah kebenaran dan UMNO Baru tidak mungkin mampu memberikan penyelesaiannya sampai bila-bila. Manusia yang boleh menyelesaikannya ialah pemimpin yang tidak berada atau terbentuk dalam satu acuan dengan Mahathir.

Semua yang berada di dalam barisan kepimpinan hari ini adalah dari acuan yang sama dan tidak ada seorang pun di kalangan ahli-ahli Jemaah Kabinet dan MT UMNO Baru akan berjaya melakukan pembaharuan dalam politik negara kita. Mahathirlah yang perlu dipersalahkan kerana acuan kepimpinan hari ini adalah acuan beliau sendiri.

Mungkin Pak Lah adalah orang yang ‘responsible’ terhadap kelemahan BN pada hari ini dalam skala yang kecil, tetapi yang mesti mengambil ‘accountability’ sepenuhnya ialah Dr Mahathir sendiri yang suatu ketika dahulu dijunjung sebagai pemimpin yang mengalihkan paradigma kepimpinan negara dan kerajaan. Sekarang segala paradigma-paradigma itu telah banyak menyebabkan kerosakan daripada kebaikan.

Menyalahkan segala-gala kesalahan kepada Pak Lah seorang merupakan satu tindakan yang sangat tidak berhati perut. Hanya dendam kesumat sahaja yang boleh menyalahkan Pak Lah seratus peratus. Mahathir mesti faham bahawa rakyat khususnya yang berminat untuk menulis sejarah akan menulis segala apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu. Memoir Mahathir yang ditulisnya itu tidak akan lengkap sampai bila-bila selagi beberapa orang yang sebarisan dengan beliau tidak menulis memoir-memoir mereka masing-masing.

Segala sistem pemerintahan yang ada telah dipunahkan oleh Mahathir kerana beliau mahu mewujudkan sistem beliau sendiri. Sesiapa juga yang mengambilalih kepimpinan beliau akan ketiadaan sistem pemerintahan yang betul kerana kerajaan dan rakyat telah dibudayakan dengan sistem acuan peribadi beliau, bukannya sistem pentadbiran sebuah negara yang baik yang boleh  digunapakai  buat selama-lamanya.

Saya tidak dapat menerima yang kesalahan semuanya dilambakkan kepada Pak Lah semata-mata. Takkanlah wang rakyat sebanyak RM1.8 billion yang digunakan oleh Mirzan Mahathir untuk menyelamatkan perniagaannya pun kesalahan Pak Lah. Takkanlah pembuangan lima orang hakim mahkamah agung pada tahun 1998 dahulu kesalahan Pak Lah Badawi.

Membariskan pemimpin-pemimpin lemah yang gunanya untuk mengangguk di dalam kabinet itu adalah kesalahan Mahathir. Pak Lah itu sendiri yang tidak sepatutnya berada di dalam kabinet itu pun diambil oleh Mahathir juga dan itu yang dikehendaki oleh Mahathir. Apabila Pak Lah tidak mahu mengangguk kepadanya apabila mengambilalih kuasa, itulah kesalahan Pak Lah kepada Mahathir yang sebenarnya.

Mahathir sanggup meninggalkan parti kerana tidak sebulu dengan Pak Lah dan beriya-iya ingin melihat UMNO Baru dan BN itu hancur dalam pilihanraya yang lalu. Apabila Pak Lah meninggalkan Putrajaya, Mahathir kembali kepada UMNO Baru dan kembali bercakap tentang UMNO dan menyalahkan semua orang di atas kelemahan UMNO Baru itu.

Adalah tidak munasabah yang segala-gala kesalahan ditolak kepada Pak Lah seorang sedangkan Pak Lah itu hanya melakukan lebih kurang sama dengan apa yang Mahathir lakukan semasa memegang kuasa.

Jika Najib tercari-cari formula untuk melakukan perubahan kepada negara, beliau tidak akan jumpa formula yang terbaik selain daripada semua kepimpinan yang terbentuk dengan acuan Dr Mahathir, termasuk beliau sendiri (Najib) tidak bersedia untuk berkorban dengan meletakkan jawatan dan memberikan tugas menyusun semula negara ini kepada sesiapa yang berpengalaman dan boleh mendapat sokongan dan rasa hormat dari semua kaum dan pemimpin-pemimpin mereka.

Selagi itu tidak dilakukan selagi itulah negara tidak akan mendapat sebuah kerajaan dan kepimpinan yang dihormati rakyat.

Jika dikaji betul-betul, itulah sebabnya rakyat sendiri yang mahu melakukan perubahan ini kerana terlalu lama tertunggu-tunggu perubahan sikap dan cara UMNO Baru mentadbir negara.

Kepada pemimpin-pemimpin bahagian-bahagian di Johor yang mendengar kata-kata Dr Mahathir dulu semalam, boleh memilih untuk mendengar nasihat Mahathir itu. Anda semua tidak boleh mengikut jejak langkah Mahathir untuk menyalahkan Pak Lah semata-mata, kerana kesalahan yang besarnya datang dari Mahathir sendiri. Kalau benar Pak Lah yang bersalah ingat kepada satu perbilangan, ‘there must be a cause for a cause’. Tidak mungkin kesalahan Pak Lah tidak disebabkan oleh kesalahan Dr Mahathir. Ingat itu.

Sesungguhnya Dr Mahathir mempunyai banyak lubang-lubang yang belum beliau kambus lagi. Jika beliau dan penyokong-penyokongnya tidak mahu mengaku pun tak mengapa, asalkan beliau mengakuinya kepada diri beliau sendiri sudah memadai.

Orang lain tidak payah mendengar pengakuannya. Kita pun hendak juga menjaga air muka beliau itu. Mahathir tidak perlu takut dengan apa yang beliau telah lakukan kerana yang mengambilalih tidak akan berdendam seperti sikap yang ada kepada beliau itu.




ASPAN ALIAS


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List