Azmin kata peluangnya dalam PKR 'tak terancam'

on Jun 4, 2012


NONE


4 JUN 2012
Timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata beliau tidak merasakan bahawa peluangnya dalam parti "terancam" dengan jumlah anggota keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menduduki jawatan penting dalam parti tersebut.

"Saya tidak merasakan apa-apa ancaman dalam konteks itu kerana saya percaya kepada proses demokrasi di dalam parti," katanya ketika ditanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.
Jelasnya, pemimpin berkenaan dipilih bukan kerana nepotisme atau kronisme tetapi diputuskan anggota parti tersebut melalui demokrasi.

"Pada waktu ini presiden (isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan naib presiden (anak perempuan Anwar, Nurul Izzah) dipilih dari kalangan anggota keluarga.

"Dalam pemilihan parti selepas ini kita tidak tahu. Saya tidak tahu apa jawatan saya selepas ini. Biarlah kita jalankan kerja dahulu. Sekarang fokus kita ialah pada pilihan raya umum.
"Lepas itu kita boleh bincang masa depan parti," katanya yang hanya ketawa apabila ditanya sekiranya beliau akan menjadi presiden PKR pada satu masa nanti.

Mengulas lanjut, Azmin berkata Nurul Izzah sendiri terlibat di dalam reformasi sejak pemecatan Anwar pada September 1998 dan memainkan peranan penting dalam menggembleng sokongan kepada Anwar.
Jangan dipengaruhi nepotisme
"Kelantangan beliau, keberanian beliau untuk bersama rakyat dan parti untuk mengerakkan gerakan rakyat dan ini diiktiraf anggota parti, bukan diangkat oleh presiden dan ketua umum tapi dipilih oleh anggota parti.

"Baik, Alhamdulillah pemilihan dia dibuat secara sah. Kita perlu maju ke depan dan pastikan keputusan yang dibuat dalam parti dan kerajaan negeri dan pusat insya-Allah tidak dipengaruhi elemen (nepotisme).

"Itu sahaja peringatan saya. Saya tak mahu parti ini mengamalkan amalan tidak sihat," katanya yang yakin bahawa Anwar akan mempertahankan prinsip tersebut di dalam parti.

Tambahnya, kenyataan Anwar yang keras menentang amalan tersebut ketika di dalam Umno merupakan perkara yang mencetuskan pertembungan Anwar dan Mahathir pada 1997.

"Maka saya yakin (Anwar) akan terus mempertahankan prinsip ini dalam PKR," katanya. - MK



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List