Dulu Penyapu Sekarang Tong Sampah......Sejarah Bakal Berulang.

on Feb 13, 2012



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang dipertikaikannya.

Menurutnya, beliau mengambil tindakan itu dalam majlis perjumpaan bersama kepimpinan tanah rancangan itu di Kuala Lumpur hari ini kerana beberapa perkara yang diketengahkan pembangkang didakwa tidak berdasarkan maklumat yang tepat.
Tindakan simbolik itu dibuat di pentas ketika sesi penerangan lebih dua jam kepada pemimpin Felda daripada keseluruhan 317 tanah rancangannya berlangsung hari ini.

Malaysiakini dan portal berita Merdeka Review bagaimanapun tidak dibenarkan membuat liputan pada acara itu dan hanya dibenarkan menghadiri sidang media selepas majlis berkenaan.

Buku Jingga yangmemuatkan tawaran 100 hari sekiranya berjaya menawan Putrajaya antaranya berjanji akan membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketika Felda.

NONE

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata tindakannya memasukkan Buku Jingga ke dalam tong sampah memang dimaksudkan kerana kerana hujah pembangkang didakwa "amat salah".
Bantu keluarga miskin

"Pertama, mereka sebut tanah itu milik Felda Plantations. Felda Plantations tak ada tanah. Itu pun dah salah, belum lagi ulasan yang saya sebut (dalam sesi penerangan)," katanya.

"Itu sebabnya saya masukkan dalam tong sampah di depan peneroka, sebab mereka tak sudah-sudah pergi bagi borang tanah. Macam mereka ini DO (pegawai daerah). Nak faraid tanah, kononnya tanah Felda Plantations."

Sebaliknya, jelas Ahmad lagi, Felda Plantations hanya mengurus dan pemilik sebenar tanah adalah "the big Felda" selepas kerajaan tidak lagi memberikan tanah kepada peneroka pada 1990 supaya ia dapat berdikari dan mendapat keuntungan.

azlan

"Dan itu sepatunya bantu keluarga miskin lain. Jadi tanah itu tidak boleh nak serahkan pada anak peneroka. Dan kalau kita beri tanah pada anak peneroka, orang kampung yang ayah dia tak dapat tanah, ayah, Cina tak dapat tanah, India tak dapat tanah...

"Tiba-tiba nak lagi pada orang yang ada tanah tanah. Adil ke tu? Sebab itu saya campak buku tadi dalam tong sampah," soalnya lagi dengan sinis.

Ahmad juga berkata keuntungan Felda juga, antaranya melalui tindakan terbaru untuk menyenaraikannya di Bursa Malaysia pada Mei ini akan diserahkan kembali kepada rakyat.

"Itu jauh lebih baik daripada Buku Jingga dan 'Negara Berkebajikan' PAS yang juga sebut pasal Felda ini," katanya lagi.



sumber

Photobucket

Gaji Anwar Ibrahim RM 1, Gaji Rafizi Ramli RM Puluhan Ribu

on



Tindakan Rafizi Ramli terus-menerus menyerang Datuk Seri Shahrizat Jalil dengan tuduhan-tuduhan yang diputar belit telah menimbulkan rasa tidak senang dikalangan ahli-ahli PKR sendiri di Selangor.

Khamis petang sel13.com diajak untuk berjumpa dengan seorang ahli PKR yang juga seorang ahli majlis sebuah PBT di Selangor. Kata ahli PKR berkenaan tindakan Rafizi itu berkemungkinan akan mengundang tindak balas agresif dari pihak lawan mereka.

Katanya kepada wakil sel13.com, “tuan ingat semua orang-orang PKR yang ada jawatan di Selangor bersih ke ? “

Beliau turut berkata Rafizi hanya mementingkan dirinya sahaja untuk dipotretkan sebagai hero. Dia tidak fikir bagaimana jentera parti dibawah bekerja dan segala-galanya memerlukan wang. Katanya lagi, “Rafizi masuk politik terus berada diatas dan dapat gaji puluhan ribu sebulan,dia tidak tahu susah payah orang di bawah” .

Sel13.com diberikan satu salinan resume Rafizi Ramli semasa memohon kerja sebagai Ketua Eksekutif di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.








Di muka surat tiga walaupun tidak dinyatakan berapa gaji yang Rafizi minta untuk bekerja sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor , tetapi tindakan beliau menyatakan gaji semasa dan elaun beliau sebanyak RM 30’000.00 ribu sebulan sudah cukup untuk menyatakan yang beliau mahukan pendapatan seperti itu atau lebih untuk bekerja di pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Jika tidak mendapat pendapatan seperti itu tidak mungkin Rafizi bekerja di sana sekarang. Apabila Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan gaji RM 1 , sampaikan ada ahli PKR yang menitis air mata mengenangkan Anwar sanggup berkorban sampai ke tahap itu demi untuk rakyat Selangor. Apa guna gaji penasihat RM 1 tetapi gaji ketua eksekutif puluhan ribu ringgit ? Itu belum lagi dikira gaji kakitangan-kakitangan yang lain, kos pentadbiran, kos pejabat, tuntutan elaun perjalanan penasihat ke luar negara, kos utiliti dan sebagainya lagi. Sepatutnya apabila gaji Anwar RM 1, maka gaji Rafizi hendaklah 50 sen kerana dia bekerja di bawah Anwar.

Di waktu pemerintahan BN tidak wujud penasihat ekonomi seperti seperti kerajaan sekarang. Selangor tetap maju dan terus maju serta mencatatkan pertumbuhan ekonomi serta pelaburan yang memberangsangkan setiap tahun. Manakala pemerintahan kerajaan hari ini yang dinasihat oleh penasihat ekonomi Selangor semakin hari semakin teruk. Pelaburan dan pendapatan merosot, jalan-jalan raya rosak teruk, sampah tidak terangkat dan sebagainya.

Jawatan penasihat ekonomi serta pejabat penasihat ekonomi Selangor sengaja diwujudkan untuk menempatkan kroni-kroni PKR bagi mereka mendapat gaji dari kerajaan negeri dan melakukan kerja-kerja parti. Rafizi sendiri ada kalanya sampai berminggu-minggu tidak masuk pejabat atau melakukan apa-apa kerja , sebaliknya masa beliau dihabiskan di pejabat PKR di Damansara.



Mengikut pemberi maklumat, Rafizi hanya akan masuk pejabat apabila ada kontraktor-kontraktor hendak menghantar kerja atau cadangan. Amalan kerajaan negeri hari ini , jika ada mana-mana pihak atau syarikat yang ingin menghantar cadangan projek, kertas berkenaan perlu dihantar ke Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan akan disemak oleh Rafizi terlebih dahulu. Sekiranya pihak berkenaan setuju memberi 10 % kepada Rafizi atas nama sumbangan dana pilihanraya PKR , maka kertas tersebut akan diangkat kepada Anwar Ibrahim untuk kelulusan sebelum dihantar kepada Kerajaan Negeri.

Jika tidak mendapat pendapatan atau kemudahan melebihi dari tempat lama beliau bekerja, adakah anda fikir Rafizi sanggup tinggalkan kerja lamanya semata-mata untuk bekerja dengan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor atas nama hendak berkhidmat kepada rakyat Selangor ?

Dalam wawancara dengan malaysiakini minggu lepas, Rafizi berkata gajinya kecil dan tinggal di rumah biasa. Walhal gaji puluhan ribu sebulan dan tinggal di kondominium di kawasan elit.


sumber
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List