Siapa Pemimpin Malaysia Mati Dijulang...?

on May 18, 2012




Saya ke Kalimantan untuk mendapat pengesahan betul ke Najib datang ke sini untuk bertemu Haji Mahiar. Tahu siapa Haji  Mahiar. Mengikut cerita dari seorang intelligent, dia ada menyimpan tape perbualan Najib dengan Haji Mahiar, ada menteri yang sanggup bayar 10 juta ringgit Malaysia untuk rahsia yang disembunyikan oleh Najib selama ini. Kalau cerita ini keluar macam missing link yang boleh menghidupkan gambar dalam jigsaw puzzle.

Mungkin Najib rasa yakin nyawa politiknya tidak akan mangkat kerana dia sudah berjumpa dengan Haji Mahiar di Kalimantan Timur. Siapa yang tidak kenal dengan Haji Mahiar yang juga didatangi oleh Bambang Susilo, Taib Mahmud dan orang-orang terkenal lain. Mengikut cerita, Kiai ini untuk ‘the rich and famous’. Jangan lup a Arwah Suharto dulu kononnya ada 1000 bomoh, kiai dan ahli sihir, akhirnya mati di julang politik juga.





Photobucket

750516-08-5360 NO IC UTK WANITA

on




TAPI NAMA  MANSOR BIN JALI - LELAKI.....NAK MENIPU PUN BIAR LAH BERPATUTAN....

Satu lagi pembohongan SPR, kalau nombor kad pengenalan hujung tu nombor genap, dah pasti seorang perempuan. 

Nih macam mana pulak nama lelaki pulak, Mansor bin Jali tertera. Atau berkemungkinan kad pengenalan tersebut telah di edit tetapi hujungnya nombor genap masih menjadi tanda tanya.

Inilah akibatnya apabila, SPR bermaharajalela terus menerus memanipulasi daftar pemilih untuk memenangi rejim United Malays National Organisation (Umno). 

Dan sebab ini jugak Bersih 3.0 mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat dalam menentang penipuan SPR yang didalangi oleh United Malays National Organisation (Umno).






Photobucket

PAKATAN RAKYAT MENANG 95 KERUSI PARLIMEN DI SEMENANJUNG MALAYSIA...?

on






Laporan-laporan terbaru Special Branch dan MIO telah membantutkan hasrat PM Najib Razak untuk membubarkan Parlimen yang hangat diperkatakan akan dibubarkan pada bila-bila masa. 

Setakat ini laporan yang diterima menunjukkan Pakatan Rakyat akan memenangi 95 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia,  yang mana situasi ini akan menyebabkan BN tumpas dengan majoriti mudah, dan kemungkinan berlaku ‘Hung Parliament’ ataupun Parlimen Tergantung.

Bulan Mac yang lalu, Najib Razak memberi amaran sekiranya BN gagal mendapat majoriti selesa pada PRU13, maka ini akan member kesan perit untuk BN.  Justeru, katanya, adalah penting bagi BN memperoleh majoriti dua pertiga, kerana negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.

3 perkara yang Najib terpaksa tangguh PRU13

Pertama, pada bulan lepas, Mahkamah Perancis mendedahkan telah memperolehi bukti bahawa Najib, semasa menjadi Menteri Pertahanan, telah meminta bayaran sebanyak AS $ 1 bilion untuk Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, kroni beliau.

"Jika Perdana Menteri mempunyai integriti dan mahu dilihat sebagai seseorang yang mempunyai kemuliaan dan moral, beliau harus memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua keperluan undang-undang," kata naib presiden PAS. 

Mahkamah Perancis mempunyai bidang kuasa terhadap semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.

Akhbar di Kanada yang mempersoalkan Najib dalam kes terbaru melibatkan Altantuya
Tribunal berterusan di Paris telah menyenaraikan beberapa pegawai tertinggi Malaysia, termasuk Najib dan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid sebelum ini mempersoalkan kuasa tribunal untuk mengeluarkan sepina dan menggunakan Interpol untuk membantu jika saksi enggan hadir.

"Siapa mereka untuk mengeluarkan waran tangkap? Kami tidak tertakluk kepada undang-undang Perancis", Zahid berkata.

Bersih 2.0

Kedua, sudah tentu akibat Perhimpunan Bersih 3.0 yang menyaksikan Rakyat berbilang kaum dari segenap lapisan seramai lebih 250,000 Rakyat berhimpun di Kuala Lumpur untuk menyatakan kebenaran dan menyatakan sokongan menentang kerajaan yang korup, penipu dan zalim.


Lebih menakutkan Najib dan UmnoBn adalah yang hadir itu datang dengan wang saku mereka sendiri, walaupun dari golongan miskin Rakyat Malaysia.


Ketiga, acara Perhimpunan Raksaksa 500,000 ahli Umno bagi meraikan Ulangtahun UMNO yang dirancang oleh Najib tidak hanya untuk memperingati ulang tahun ke-66 parti itu, tetapi ia juga adalah untuk menyediakan platform untuk mengumumkan pilihan raya umum ke-13.

Semasa kehadiran Najib Rosmah

Walau bagaimanapun, jumlah kehadiran yang amat mengecewakan dengan jumlah kurang 50,000 orang, telah dibuat perbandingan dengan Perhimpunan pada 28 April Bersih 3.0, di mana seramai 250,000 rakyat Malaysia berkumpul hadir secara sukarela di sekitar Dataran Merdeka Kuala Lumpur.  Nampaknya keadaan ini telah memberikan kedua-dua pemimpin Umno ini, Najib dan Mahathir berfikir dua kali untuk melaksanakan PRU13.

Minggu lepas, Mahathir menasihatkan Najib untuk mengadakan PRU13 hanya selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri, berbeza dengan gesaan beliau pada awal bulan April, yang mengatakan ia adalah masa yang sesuai untuk Najib untuk membubarkan Parlimen secepat mungkin…


Lagi lama ditangguh… lagi parah UmnoBn…!!!

Orang-orang Umno dah mula benci dengan Najib ni… tengok la nanti….


Sumber :- REFORMASI


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List