Showing posts with label Hal Artis. Show all posts
Showing posts with label Hal Artis. Show all posts

PENERBIT RAJA AZMI SEDIA KAHWIN BARU - Gagal bukan bererti terus berputus asa...!

on Jun 10, 2013




Demikianlah perihal kisah cinta Raja Azmi, 54, yang pernah kecewa dengan seorang lelaki muda berusia 27 tahun. Namun berkat ketabahannya, dia kini mengakui sudah pun menemui teman hidup baru yang bukan muda... tetapi seusia dengannya. 

Cinta dengan lelaki yang merupakan pemain gitar sebuah kumpulan rock popular tahun 1990-an itu telah berbunga sejak empat bulan lalu. Dan dalam tempuh beberapa bulan lagi, mereka berdua telah memutuskan untuk melangkah ke fasa seterusnya atau lebih tepat menjadi suami isteri yang sah. 

"Seperti semua sedia maklum, agak sukar untuk saya hidup tanpa cinta. Selepas gagal dalam hubungan bersama lelaki muda, saya masih tidak berputus asa untuk mencari lelaki yang sesuai dengan diri saya. 

"Dan Alhamdulillah, lelaki yang saya kenali sekarang ini kami berkenalan di gim. Sudah empat bulan kami kenal dan masing-masing serasi bersama. 

"Insya-Allah kami bagi tempoh masa selama enam bulan sebelum memutuskan ke peringkat seterusnya. Jika ada jodoh, tunggu saja sidang media akan datang," ujar penerbit itu. 

Bila ditanya lebih lanjut, Raja Azmi bagaimanapun enggan mendedahkan identiti sebenar lelaki itu sehinggalah ktiba hari bahagia nanti. 

"Saya seorang wanita yang sentiasa berfikiran positif. Saya percaya setiap dugaan ada hikmahnya. 

"Contohnya, dengan pelbagai kontroversi yang melanda membabitkan diri saya serta kegagalan dalam hal cinta tetapi Allah tetap memberikan kegembiraan dengan cara lain. 

"Alhamdulillah, saya mempunyai teman lelaki yang benar-benar saya cintai dan kalau boleh kami ingin kahwin segera jika serasi, Insya-Allah. Doakan yang terbaik buat kami," ujarnya yang menjanda sejak setahun lalu setelah bercerai talak satu dengan bekas jaguh badminton Jalani Sidek. 


http://www.myartis.com/2013/06/penerbit-raja-azmi-sedia-kahwin-baru.html#more

Photobucket

Raja Azmin dihimpit kontroversi lagi...!

on Jun 7, 2013


Raja Azmi

KEMELUT melibatkan penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, dan seorang pendatang baru dalam industri seni, Adam Davin, 25, memasuki episod baru, apabila Raja Azmi mengadakan sidang media kelmarin dan turut membawa bersama individu pernah ditipu Adam.

Adam kelmarin menerusi kenyataannya pada sebuah akhbar dan stesen televisyen mendakwa dia telah difitnah Raja Azmi setelah dia batalkan hasrat untuk melabur dalam filem terbaru Raja Azmi iaitu Anak Ikan.

Adam atau nama sebenarnya Davinder Singh Gurchan Singh adalah pelakon dicanang sebelum ini untuk menjayakan watak utama filem itu.

Menegaskan sidang media tersebut bukan untuk mengaibkan Adam, Raja Azmi berkata, dia amat berharap Adam berhenti daripada terus menjaja namanya dan berhenti menipu orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

"Saya mengenali dia menerusi laman sosial Instagram. Adam yang terlebih dahulu perkenalkan diri kepada saya dan menyatakan hasrat bapanya yang ingin melabur RM500,000 dalam filem Anak Ikan. Tetapi dengan syarat dia ditawarkan watak utama.

"Ketika itu bagi saya, jika benar ada pihak mahu bantu, saya akan terima dengan baik memandangkan kini saya berstatus ibu tunggal. Sebelum ini jika saya mahu terbitkan filem, bekas suami saya (Jailani Sidek) yang akan bantu.

"Dia juga memberitahu saya, dia adalah pemilik kedai Gulatis di Wangsa Walk dan juga merupakan anak kepada pemilik gedung kain terkemuka, Jakel.

"Malah Adam juga pernah berjanji mempertemukan saya dengan bapanya bagi membincang filem itu sebanyak dua kali tetapi terbatal," jelasnya dalam satu sidang media di RK Recipe & Cafe, Taman Melawati, semalam.

Menurut Raja Azmi, bagaimanapun selepas itu, dia menyedari lelaki tersebut adalah penipu selepas dia menerima banyak maklum balas daripada pengikut di Instagramnya.

Sejak itu, beliau terus menyekat akaun Adam daripada Instagramnya malah tidak lagi menjawab panggilan telefon lelaki tersebut.

"Sudahlah dia menipu orang dan turut menjaja nama saya termasuk adakan sesi pencarian bakat untuk filem Anak Ikan tanpa pengetahuan saya. Kemudian dia kata saya fitnahnya pula.

"Ini betul-betul satu tamparan buat saya kerana seumur hidup, saya tidak pernah fitnah orang," jelasnya sebak.

Dalam pada itu, Raja Azmi berkata selepas dia menulis mengenai perbuatan Davin tersebut dalam Instagram miliknya, ramai individu turut berkongsi menjadi mangsa ditipu.

“Sekarang ini, semua mangsa telah buat laporan polis, begitu juga dengan saya. Bayangkan dalam masa dua bulan, 10 orang tampil mengakui ditipu Adam. Sekarang kami harap Davin segera ditangkap kerana terdapat banyak bukti mengenai penipuannya itu,” tegasnya.

Antara mangsa yang hadir ialah  tertipu gara-gara urusan pembelian telefon bimbit, pemilik butik Kos Serani (butik baju yang dipinjam Adam untuk ABPBH lalu) dan wakil dari outlet Gulatis Wangsa Maju.

Dalam pada itu Raja Azmi berkata, meskipun dia berdepan kontroversi ini, perancangannya untuk menerbitkan filem Anak Ikan tetap akan diteruskan.

“Bajet keseluruhan filem ini lebih kurang  RM900,000. Saya akan tetap teruskan projek filem ini. Pelakonnya terdiri daripada pelakon lama dan baru. Kita akan adakan uji bakat bagi cari pengganti Adam Davin juga untuk pelakon lain," katanya.




Photobucket

Aidil Zafuan Halang Rita Rudaini Berlakon Dengan Aaron Aziz?

on Mar 19, 2013



rita rudaini aaron aziz


Agak menarik mendengar cerita daripada Rita Rudaini menerusi portal Murai baru-baru ini. Walaupun tidak menyebut nama, Rita memaklumkan yang suaminya, Aidil Zafuan tidak memberi izin dirinya berlakon dengan seorang pelakon Singapura. Mungkinkah pelakon Singapura tersebut ialah Aaron Aziz?
Telahan ini Abang Nara lakukan kerana sekarang ini drama Sehangat Asmara lakonan Rita dan seorang pelakon Singapura iaitu Adi Putra sedang hangat ditayangkan. Selain daripada Adi Putra, hanya Aaron Aziz merupakan pelakon Singapura yang popular dan ada kemungkinan untuk digandingkan bersama. Kata Rita:-

Aidil memang tidak beri izin saya berlakon dengan aktor tersebut. Saya sendiri tidak tahu sebabnya. Jadi, saya pun ikut saja permintaannya dengan menolak tawaran itu. Sebenarnya, saya jikalau berlakon dengan mana-mana pelakon, saya akan cepat mesra. Kami satu kumpulan produksi dah macam satu famili. Mungkin Aidil dari bidang lain dan dia tidak faham. Apapun, saya tetap terima keputusannya kerana saya isterinya
aaron azizMungkin juga Aidil rasa tercabar dengan kehenseman Aaron Aziz. Apa pun, Abang Nara respek dengan Rita Rudaini kerana menurut perintah suaminya tanpa banyak soal. Semoga suatu hari nanti, hati Aidil akan terbuka untuk membenarkan Rita berlakon dengan Aaron Aziz. Pasti satu gabungan yang mantap dan akan meletup tak ingat punya.



Photobucket

ND Lala Kecewa Sharnaaz Ahmad Tetap Mahu Masuk Merisik

on Jan 31, 2013





#01 ND Lala Kecewa Sharnaaz Ahmad Tetap Ingin Masuk Merisik Shila Amzah - ROTIKAYA



ND Lala menyuarakan rasa kecewa beliau denga kenyataan Sharnaaz Ahmad yang mengakui Shila Amzah adalah bakal isterinya kerana beliau tidak pernah berbincang tentang isu perkahwinan.
Melalui Harian Metro hari ini, bapa Shila Amzah ini meminta Sharnaaz Ahmad supaya tidak biadap dengan meneruskan niat beliau untuk masuk merisik Shila Amzah pada Mac ini.
“Saya dan ibu Shila (Amzah) masih hidup, masih bernyawa — sekurang kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya”
“Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya,” ujar ND Lala dalam kekecewaan.
ND Lala bagaimanapun tidak pernah menolak jika jodoh Shila Amzah dengan Sharnaaz Ahmad tetapi beliau merasakan belum sampai waktu untuk kedua dua anak seni ini mendirikan rumahtangga.


Photobucket

Apa masalah pemain bola sepak kita?

on Jan 30, 2013




Baru je tahun lepas semua rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan si Nazmi ni main kat kelab luar negara, sekarang kisah kontroversi Twitter dia lebih popular dari cerita karier dia. 

Sumber
"She is relationship???" Dah la tulis merepek2 kat Twitter dan tak pasal2 tuduh Aidil Zafuan ada skandal dengan awek dia, dah puas kutuk tuduh lepas tu minta maaf.
Sumber

Jangan main2 dengan Aidil, dia dah dua kali tanduk bola masuk gol masa lawan Perak (takde kaitan).



Ok balik cerita tadi, apa sebenarnya masalah pemain bola sepak kita ni? Perempuan? Walau budak lagi tapi dah ada awek hot itu hal dia aku malas nak komen sangat masing2 dah besar panjang. Tapi biasalah tu, kalau dah namanya couple, couple mana yang tak pernah ada masalah. 

Ya, semua orang pun ada masalah. Haiwan juga ada masalah. Tapi menjadi masalah bila dok sembang kat Twitter (dah jadi selebriti haruslah ada Twitter) pasal masalah dengan awek, gaduh dengan awek, kutuk awek sendiri bitch la apa la (kemudian tarik balik dengan alasan streotype, akaun Twitter saya kena hack), lepas tu tuduh pula orang lain secara terbuka.

 Sejak bila menceritakan masalah pakwe makwe, laki bini secara terbuka menjadi budaya? Oh sejak wujudnya Twitter, Facebook dan blog. Masalah percintaan kau simpan sendiri2 la, tak pun cerita dengan kawan2 atau minta nasihat dengan mak bapak.

Nazmi Faiz tak dinafikan anda memang tere main bola. Tapi jangan sampai cerita2 bodoh macam ni lebih popular dari karier anda, sebab kalau satu hari prestasi anda menurun, orang ramai boleh kaitkan isu ni yang jadi punca kemerosotan prestasi anda. Sejarah dah membuktikan, belajarlah dari kesilapan player2 terdahulu. Jangan sampai orang hilang respek kerana isu2 mengarut nih.

Tapi masalah lain yang lebih besar dari isu remeh pasal awek2 ni adalah "Messi Malaysia" yang terbiar dan dah tak bersekolah selama 2 tahun. 



Sufian Mat, 17, ketika berada di tahun lima, pernah dipilih mewakili skuad bola sepak bawah 12 tahun di Kejohanan Jemputan Antarabangsa Saitama, Jepun pada 2007. Dia juga pernah berada di bawah bimbingan ketua jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ketika menyertai program realiti anjuran Media Prima, TV3, Soccer Kids pada tahun yang sama.  

Tak tahulah di mana silapnya, tapi kalau dia dibimbing dan digilap betul2, kalau tak dapat jadi Lionel Messi pun, at least dapat jadi Keisuke Honda pun dah kira cukup bagus. Tapi seperti kebiasaan, nampaknya lepas masuk suratkhabar barulah beliau dapat perhatian daripada pihak2 berkaitan. Semoga lepas ni beliau dapat menjadi pemain bola sepak yang berjaya, tapi kalau dah glam tu harap takde dengar cerita tak best yang berkait pasal perempuan.


sumber
Photobucket

Saya Semakin Sunyi Apabila Tidur Seorang Diri Di Katil – Raja Azmi

on Jan 1, 2013



raja azmi sunyi


Meremang bulu roma Abang Nara membaca kata-kata yang dituturkan oleh Raja Azmi ini. Agaknya inilah yang dirasai oleh kesemua janda dan duda di seluruh dunia. Iyerlah, setelah sekian lama tidur berdua, tup-tup tiba-tiba tidur seorang diri, pasti kesunyian melanda jiwa raga. Tak gitu?
Untuk pengetahuan anda, sudah genap 6 bulan Raja Azmi berpisah dengan Jalani Sidek. Berusia 53 tahun, Raja Azmi meluahkan rasa sunyinya kepada Mstar Online:-

Sebelum ini, tidak rasa sangat tetapi sejak akhir-akhir ini rasa sunyi semakin menebal pula terutamanya apabila saya hendak tidur. Pada 27 Disember lalu, genap enam bulan saya dan suami (Jalani Sidek) berpisah. Saya semakin sunyi apabila tidur seorang diri di katil.

Diharap ada lelaki yang sudi mengisi kesunyian Raja Azmi sekaligus melamarnya menjadi isteri. Tak baik dibiarkan sunyi lama-lama. Sama-samalah kita doakan agar Raja Azmi cepat-cepat bertemu jodoh kembali dan hilang segala kesunyian yang melanda dirinya.


Photobucket

Datuk K Kemalangan Jalanraya Di New Zealand

on Dec 14, 2012







Berita duka untuk Datuk Siti Nurhaliza hari ini apabila suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K telah mengalami kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam1 tengahari tadi Khamis (5petang, New Zealand) telah menyebabkan Datuk K mengalami kecederaan pada tangan dan kaki serta bahu beliau juga telah patah.

Adik kepada Datuk K iaitu Datin Zaiton Mohamad Jiwa mengatakan bahawa akan berangkat ke New Zealand pada hari Jumaat (esok) bersama Datuk Siti Nurhaliza untuk melihat keadaan Datuk K disana.

Datuk Siti Nurhaliza terpaksa membatalkan konsert yang bakal berlangsung di Banjarmasin, Indonesia.



Lagi Berita nya:-

Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau dikenali sebagai "Datuk K" terlibat dalam satu kemalangan di Queensland, New Zealand, hari ini.

Datuk K dilaporkan mengalami kecederaan teruk dengan patah bahu, tangan dan kaki namun keadaannya stabil.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira 12.45 tengah waktu Malaysia (4.45 petang wakti tempatan) ketika beliau sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Laporan portal Media Hiburan menyebut, susulan kejadian itu, Siti akan berangkat ke New Zealand esok bagi melihat keadaan suaminya.

Siti yang kini masih berada di Jakarta terpaksa membatalkan dua persembahan besar iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang dijadualkan berlangsung di Banjarmasin dan Jakarta sehingga esok.

Anak kelahiran Kuala Lipis itu dalam media sosial Twitter pada jam 7.46 malam memberitahu beliau baru saja menghubungi suaminya dan dapat bercakap dengannya sambil meminta peminatnya agar mendoakan Datuk K pulih segera.

"Terima kasih semua yang mendoakan suami saya... alhamdullillah dapat bercakap dengan suami tadi... sama-sama doakan agar DK segera sembuh ye...salam," kata beliau.

Dalam satu mesej sekitar jam 1.40 tengah hari tadi, Siti menulis, "salam, maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua team konsert. Ct (Siti) tak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tidak terduga. Mohon memahami ya," katanya lagi.

Datuk K dilaporkan berada di New Zealand sejak 6 Disember lalu atas urusan perniagaan.

Sementara itu, laporan Bernama lewat malam ini menyebut bahawa Datuk K dilaporkan stabil selepas terbabit dalam kemalangan.

Memetik anggota keluarga terdekat Datuk K yang enggan dikenali, Bernama berkata, kemalangan berlaku apabila Datuk K cuba mengelak kayu di atas jalan raya.

"Beliau kini dilaporkan stabil dan dirawat di sebuah hospital di Queenstown," katanya.

Menurutnya Siti dan kakak iparnya Datin Zaiton Mohamad Jiwa akan berlepas ke New Zealand esok.

Sinar Harian


Photobucket

Nurcahya - taruhan Indonesia di Miss Universe 2012

on Dec 11, 2012








Maria Selena Nurcahya
Born: September 24, 1990 (age 22)
Palembang, South Sumatera
Height: 1.76 m (5 ft 9 1⁄2 in)
Hair color: Black
Eye color: Black
Title(s) Puteri Indonesia 2011
Major competition(s) Puteri Indonesia 2011
(Winner) Miss Universe 2012

ISLAM kah dia?

Saksikan semua peserta miss universe kali ini di yahoo entertainment


Photobucket

Isu Pakai Uniform Tentera Cacamarba, ATM Tegur Farid Kamil

on



ddd


Farid Kamil bukan sahaja tidak mendapat kebenaran untuk memakai uniform pasukan keselamatan pada majlis resepsi persandingannya dengan Diana Danielle tetapi telah mengenakan pakaian yang cacamarba.

Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Rahimah Taib berkata, pakaian “istiadat” itu tidak mencerminkan anggota beruniform di negara ini kerana ia tidak selari dengan imej pasukan berkenaan.

“Pada dasarnya baju, seluar dan topi dipakai Farid itu adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah lambang mejar jeneral Tentera Darat.
“Lencana penerbangan di bahu kanan pula menggambarkan seseorang itu adalah anggota Tentera Udara,” katanya.

Ahad lalu akhbar Kosmo melaporkan Farid Kamil mungkin diipenjara kerana menyalahgunakan pakaian istiadat pegawai pasukan keselamatan pada majlis resepsi persandingannya yang diadakan di Taman Ekuestrian Putrajaya dekat sini pada 1 Disember lalu.
Istiadat lalu di bawah pedang yang diadakan ini tidak menggambarkan ciri-ciri anggota polis kerana pakaian yang dipakai tidak lengkap.

Tambah Rahimah, sekiranya Farid benar-benar berhajat untuk menyarungkan uniform tentera pada majlis itu, dia boleh membuat permohonan rasmi untuk dipertimbangkan.
Pihak beliau tiada masalah untuk tujuan tersebut kerana selama ini mana-mana penerbit yang ingin menggunakan pakaian tentera bagi watak-watak tertentu dalam filem atau drama akan mendapat nasihat cara pakaian sebenar sebagai seorang anggota tentera.

“Kami tidak menerima apa-apa permohonan daripada Farid berhubung perkara itu tetapi langkahnya mencampuradukkan pangkat dan pakaian pasukan beruniform di negara ini adalah tidak wajar,” katanya.

Sehubungan itu pihaknya akan menghantar surat teguran kepada Farid supaya dia tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut namun tiada tindakan undang-undang dapat dikenakan disebabkan pakaian yang disarungkan itu tidak mencerminkan mana-mana pasukan keselamatan di negara ini kerana ia bersifat cacamarba .

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (Urusetia) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Asisten Komisioner, Zulkifli Alias pula berkata Farid tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap pasukan itu kerana pakaian yang digayakannya tidak melambangkan imej sebenar PDRM.

Malah katanya, istiadat lalu di bawah pedang yang diadakan itu juga tidak menggambarkan ciri-ciri anggota polis.
“Pakaian yang digunakan semasa “sword bearer” (lalu bawah pedang) itu bukan uniform rasmi polis malah tiada lencana yang dipakai anggota beruniform itu. Jadi ia bukan satu kesalahan. Cuma ia sedikit mengelirukan,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan Zulkifli memberitahu, Farid hanya mengemukakan surat permohonan rasmi kepada pihaknya untuk menggunakan khidmat pasukan berkuda bagi mengiringi perkahwinannya dan ia telah diluluskan tanpa sebarang masalah.

“Farid telah banyak bekerjasama dengan pihak PDRM sebelum ini dalam pelbagai acara yang mungkin tidak diketahui umum dan rasanya tidak menjadi masalah bagi pihak PDRM untuk membantu melancarkan perkahwinannya.

“Malah beliau juga adalah anggota pasukan simpanan PDRM,” katanya.



Photobucket

Datuk Yahya Sulung Dan Isteri Diusir Keluar Rumah

on




ddd


Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.
Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.

Alisah,65, berkata, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.
“Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan,” ujarnya.
Alisah memberitahu dia kini menghidap kanser paru-paru.

Aisah berkata, sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal yang diterima sebanyak RM400 sebulan serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu dalam jumlah yang sama.
Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.
Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.
“Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan. Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian,” katanya yang begitu sedih dengan ujian itu.
Alisah memberitahu, dia malu untuk meminta sumbangan daripada orang ramai kerana selama ini telah banyak pihak yang menghulurkan bantuan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera bagi membantu dan menyelesaikan masalah pelakon veteran itu.
Ujar Zed, pihaknya akan berbincang dengan DBKL mengenai tunggakan yang tidak dibayar oleh Yahya selain menghulurkan bantuan lain sekiranya perlu.
“Selalunya masalah-masalah begini kami tahu daripada pihak lain dan bukannya daripada ahli Seniman sendiri. Seperti kes Yahya, jika kami tahu lebih awal sudah tentu bantuan diberikan untuk meringankan masalah,” ujarnya.





Photobucket

CORAT-CORET ANUGERAH SKRIN 2012

on Nov 10, 2012





Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) terbitan TV3 telahpun menutup tirainya semalam. Filem Bunohan yang kurang mendapat perhatian ramai telah terpilih sebagai 'Filem Terbaik' dan 'Lakon Layar terbaik' mengalahkan banyak saingan yang sememangnya 'laris' di pawagam. 

Lebih sinis, lawak yang diketengahkan oleh pelakon dan penerbit Rosyam Noor malam itu telah didakwa oleh segelintir pihak seolah-olah menyindir TV Al Hijrah mahupun TV3 sendiri. Namun bak kata pepatah, 'siapa makan cili, dia yang rasa pedas'. 

"Nasib baik kita kat TV3 boleh cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh," demikian kata Rosyam secara berseloroh. 

Menambahkan kehangatan, terdapat pula segelintir pihak yang mengajukan isu tersebut kepada Ustaz Azhar Idrus mengenai hukumnya. Soalan tersebut telah dibalas oleh Ustaz Azhar dengan jawapan "Waalaikumsalam, cakap orang jahil macam tu... Jika ada niat menghalalkan yang haram maka berdosa besar". 


Klik untuk imej besar...

 


Berikut adalah keputusan penuh ASK 2012: 
1. Kategori Filem 
Filem Terbaik: Bunohan. 
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Shaiezy Sam (Songlap) 
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Maya Karin (Ombak Rindu) 
Pengarah Terbaik Filem: Fariza Azlina / Effendee Mazlan (Songlap). 
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Ombak Rindu) 
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Shafie Naswip (Songlap) 
Lakon Layar Terbaik Filem: Dain Iskandar Said (Bunohan) 

2. Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri 
Drama Terbaik: Di Telapak Kaki Bonda 
Pelakon Lelaki Terbaik: Abu Bakar Omar (Gincu Ayah) 
Pelakon Wanita Terbaik: Rumnah Sidek (Parit Jawa) 
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Namron (Parit Jawa) 
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda) 
Pengarah Terbaik: Kabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda) 
Lakon TV Terbaik: Lum Pung Hu (Di Telapak Kaki Bonda) 
Videografi Terbaik: Aku Mahu Terbang (Neon Entertainment (M) Sdn Bhd. 
Drama Rantaian Terbaik: Jangan Ambil Padang Kami (Suhan Movies) 
Drama Komedi Terbaik: Elly Epit (Red Communication Sdn. Bhd) 

3. Kategori Penerbitan Dalaman 
Dokumentari atau Majalah Terbaik: Dunia Tersembunyi (Rambu Solok) 
Bual Bicara Terbaik: Bella: Labour Day Special. 
Rancangan Muzikal Terbaik: Anugerah Juara Lagu 26. 
Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25. 
Rancangan Realiti Terbaik: Jemputan Umrah Episod Pengenalan. 
Laporan Khas/ Berita Terbaik: Berita TV9 - Bom Jangka. 
Anugerah Yasmin Ahmad: Pierre Andre 
Artis Harapan Pantene: Puteri Balqis. 


GAMBAR-GAMBAR ASK 2012:

Klik untuk imej besar

 

 

 

 

 

 



myartist

Photobucket

Neelofa Bak Puteri Di Anugerah Skrin 2012

on




neelofa ask2012


Bukannya nak memuji lebih-lebih tetapi sememangnya penampilan Neelofa di Anugerah Skrin 2012 bagaikan seorang puteri. Sayangnya Neelofa tidak berjaya menjadi seorang pengacara yang hebat ketika majlis berlangsung. Suasana ASK2012 sememangnya hambar.
Walaupun jutaan cacian dan kutukan dihantarkan kepada Neelofa menerusi Twitter, Abang Nara berharap agar Neelofa tabah dan anggap ini sebagai satu pengajaran untuk memajukan diri di masa hadapan. Apa pun tak boleh nak salahkan Neelofa seorang kerana kebosanan ASK2012. Tak ke gitu?
neelofa ask2012
10 lagi gambar Neelofa ketika Anugerah Skrin 2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

neelofa ask2012
neelofa ask2012
neelofa ask2012
neelofa ask2012
neelofa ask2012
neelofa ask2012
neelofa ask2012
neelofa ask2012
neelofa ask2012
neelofa ask2012
Kredit foto Facebook Anugerah Skrin dan RotiKaya.


Photobucket

Aktres Rita Rudaini Menang, Aidil Tanggung Kos Mahkamah

on Nov 9, 2012




Aktres Rita Rudaini Menang, Aidil Tanggung Kos Mahkamah


PETALING JAYA, 8 NOV 2012: Hasrat pemain pertahanan ATM, Aidil Zafuan Abd Radzak yang mahu menuntut isterinya pelakon, Rita Rudaini Mokhtar agar kembali taat (nusyuz) tidak kesampaian selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam telah menerima permohonan Rita bagi membatalkan permohonan tersebut.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro, pemain yang bakal berhijrah ke pasukan Johor itu juga selaku plaintif telah diperintahkan untuk membayar segala kos mahkamah. Ini berikutan kesilapan pada isu alamat pemastautin Aidil, 25, yang dikemukakan dalam permohonan tersebut yang difailkan pada 15 Mei lalu.
Berikutan itu, pihak mahkamah memutuskan bantahan awal yang difailkan defendan iaitu Rita, 35, pada 3 Julai lalu diluluskan.

Sementara itu, Rita yang ditemui di luar mahkamah bersyukur apabila bantahan awal yang difailkannya diluluskan mahkamah dan akan meneruskan kes cerai yang masih lagi belum selesai.
"Alhamdulillah, saya bersyukur apabila mahkamah tidak menangguhkan keputusan kes bantahan awal ini meskipun tanpa kehadiran Aidil.

"Saya hanya ingin mempertahankan diri dan hak saya bersama anak-anak. Apabila sudah sampai ke tahap kes mahkamah, maksudnya saya sudah mula berjuang dan tidak akan menoleh ke belakang.

"Selepas ini, peguam saya akan selesaikan status perhubungan kami pula. Tunggu sahaja nanti," ujarnya.
Aidil pada Rabu tidak hadir ke mahkamah walaupun telah diberi peringatan semasa sebutan kes pada 3 Oktober lepas kerana menyertai skuad negara dalam perlawanan persahabatan dengan Thailand di Bangkok, semalam.

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Pada Januari lalu Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara dekat sini ketika Rita bersama anak-anak pulang ke kampung halamannya di Perlis.




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List