Demikianlah perihal kisah cinta Raja Azmi, 54, yang pernah kecewa dengan seorang lelaki muda berusia 27 tahun. Namun berkat ketabahannya, dia kini mengakui sudah pun menemui teman hidup baru yang bukan muda... tetapi seusia dengannya.
Cinta dengan lelaki yang merupakan pemain gitar sebuah kumpulan rock popular tahun 1990-an itu telah berbunga sejak empat bulan lalu. Dan dalam tempuh beberapa bulan lagi, mereka berdua telah memutuskan untuk melangkah ke fasa seterusnya atau lebih tepat menjadi suami isteri yang sah.
"Seperti semua sedia maklum, agak sukar untuk saya hidup tanpa cinta. Selepas gagal dalam hubungan bersama lelaki muda, saya masih tidak berputus asa untuk mencari lelaki yang sesuai dengan diri saya.
"Dan Alhamdulillah, lelaki yang saya kenali sekarang ini kami berkenalan di gim. Sudah empat bulan kami kenal dan masing-masing serasi bersama.
"Insya-Allah kami bagi tempoh masa selama enam bulan sebelum memutuskan ke peringkat seterusnya. Jika ada jodoh, tunggu saja sidang media akan datang," ujar penerbit itu.
Bila ditanya lebih lanjut, Raja Azmi bagaimanapun enggan mendedahkan identiti sebenar lelaki itu sehinggalah ktiba hari bahagia nanti.
"Saya seorang wanita yang sentiasa berfikiran positif. Saya percaya setiap dugaan ada hikmahnya.
"Contohnya, dengan pelbagai kontroversi yang melanda membabitkan diri saya serta kegagalan dalam hal cinta tetapi Allah tetap memberikan kegembiraan dengan cara lain.
"Alhamdulillah, saya mempunyai teman lelaki yang benar-benar saya cintai dan kalau boleh kami ingin kahwin segera jika serasi, Insya-Allah. Doakan yang terbaik buat kami," ujarnya yang menjanda sejak setahun lalu setelah bercerai talak satu dengan bekas jaguh badminton Jalani Sidek.
http://www.myartis.com/2013/06/penerbit-raja-azmi-sedia-kahwin-baru.html#more
0 comments:
Post a Comment