Ini bukan kes pertama peniaga Melayu tidak disambung kontrak berniaga di Suria KLCC. Sebelum ini beberapa peniaga Melayu telah mengalammi nasib yang serupa bukan sahaja di Suria KLCC di Kuala Lumpur, bahkan di Putrajaya. Haruskah orang Melayu memboikot Suria KLCC dan KLCC, atau kita hanya sekadar “Menang Sorak, Kampung Tergadai”? KLCC ni milik siapa sebenarnya?
USAHAWAN WANITA DAKWA DIARAH KOSONG PREMIS
25 SEP 2012 - Seorang usahawan wanita yang menjalankan perniagaan fotografi di kompleks beli-belah Suria KLCC di sini mendakwa diarah mengosongkan premisnya pada 30 Sept ini tanpa alasan kukuh. "Saya tidak menghadapi sebarang masalah dalam perniagaan, malah sewa juga dibayar tepat pada masanya sejak mula berniaga pada 1998," katanya.
Sherifah mendakwa walaupun sewa kedainya kini melambung sehingga RM22,500 sebulan berbanding RM7,500 ketika mula berniaga, beliau tetap mampu membayar sewa berkenaan tanpa kelewatan.
PENIAGA ALAMANDA DAKWA DITEKAN, AKHIRNYA 'DITENDANG'
10 OGOS 2010 - NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah seorang peniaga yang tidak disambung kontrak perniagaan di Suria KLCC di Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T buatan tempatan bernama Malaya Distro. Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak dibenarkan lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan mereka turun.
LAGI KES PENIAGA MELAYU DISISIH DI KLCC
9 JULAI 2007 - Pada 19 April 2007 lalu, Utusan Malaysia menyiarkan berita mengenai peniaga bumiputera premis Levi’s/Dockers yang berniaga sejak sembilan tahun lalu diberi notis keluar oleh pengurusan Suria KLCC tanpa sebab. Syarikat tersebut mencatat jualan RM5 juta setahun dan membayar sewa kira-kira RM500,000 setahun. Inilah hakikat keadaan yang dihadapi ramai pengusaha bumiputera di Suria KLCC. Daripada 325 premis perniagaan di Suria KLCC, sekitar 10 peratus melibatkan usahawan bumiputera. Kadar penutupan premis perniagaan bumiputera adalah sekitar dua, tiga unit setiap tahun, sama ada kerana diberi notis keluar atau dibebani kenaikan sewa yang melampau.
Saya sendiri menjalankan perniagaan Restoran Kelantan Delights di Aras 4, Suria KLCC sejak 1997. Tempoh perniagaan saya di Suria KLCC akan ditamatkan pada Ogos 2007.
Pihak pengurusan Suria KLCC ada menawarkan perjanjian sewa yang baru tetapi telah menetapkan beberapa syarat baru, selain yang sedia ada. Antaranya ialah:
“Menaikkan sewa hampir 50 peratus lagi iaitu dari RM360,000 setahun kepada RM520,000 setahun. (Padahal, kadar sewa telah naik 100 peratus dalam tempoh enam tahun. Pada 2001, sewa adalah RM180,000 setahun dan sekarang RM360,000 setahun).
“Kos mengubah suai keseluruhan premis pula ditanggung sepenuhnya oleh penyewa (yang saya anggarkan antara RM600,000 hingga RM700,000).
Tindakan pengurusan Suria KLCC ini bagaikan usaha untuk ‘menghalau’ perniagaan saya keluar dari kompleks tersebut.
Padahal sepanjang menjalankan perniagaan di sini, saya tidak mempunyai masalah membayar sewa, gaji atau stok. Saya sudah melabur modal yang besar untuk berniaga di Suria KLCC.
Bayangkan, dalam negara kita meraikan 50 tahun kemerdekaan tahun ini, hanya ada sebuah restoran Melayu di bangunan ikon kebanggaan negara dan rakyat Malaysia. Ini satu senario yang memalukan.
Satu-satunya restoran Melayu di Suria KLCC, selain Kelantan Delights iaitu Restoran Senja telah ditutup kira-kira dua tahun lalu.
Justeru, kerajaan sebagai payung perniagaan Melayu dan menjaga hak kepentingan bumiputera perlu memantau keadaan yang dihadapi peniaga bumiputera di Suria KLCC.
Rujukan :
sumber
0 comments:
Post a Comment