Baru je tahun lepas semua rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan si Nazmi ni main kat kelab luar negara, sekarang kisah kontroversi Twitter dia lebih popular dari cerita karier dia.
Sumber |
Sumber |
Jangan main2 dengan Aidil, dia dah dua kali tanduk bola masuk gol masa lawan Perak (takde kaitan).
Ok balik cerita tadi, apa sebenarnya masalah pemain bola sepak kita ni? Perempuan? Walau budak lagi tapi dah ada awek hot itu hal dia aku malas nak komen sangat masing2 dah besar panjang. Tapi biasalah tu, kalau dah namanya couple, couple mana yang tak pernah ada masalah.
Ya, semua orang pun ada masalah. Haiwan juga ada masalah. Tapi menjadi masalah bila dok sembang kat Twitter (dah jadi selebriti haruslah ada Twitter) pasal masalah dengan awek, gaduh dengan awek, kutuk awek sendiri bitch la apa la (kemudian tarik balik dengan alasan streotype, akaun Twitter saya kena hack), lepas tu tuduh pula orang lain secara terbuka.
Sejak bila menceritakan masalah pakwe makwe, laki bini secara terbuka menjadi budaya? Oh sejak wujudnya Twitter, Facebook dan blog. Masalah percintaan kau simpan sendiri2 la, tak pun cerita dengan kawan2 atau minta nasihat dengan mak bapak.
Nazmi Faiz tak dinafikan anda memang tere main bola. Tapi jangan sampai cerita2 bodoh macam ni lebih popular dari karier anda, sebab kalau satu hari prestasi anda menurun, orang ramai boleh kaitkan isu ni yang jadi punca kemerosotan prestasi anda. Sejarah dah membuktikan, belajarlah dari kesilapan player2 terdahulu. Jangan sampai orang hilang respek kerana isu2 mengarut nih.
Tapi masalah lain yang lebih besar dari isu remeh pasal awek2 ni adalah "Messi Malaysia" yang terbiar dan dah tak bersekolah selama 2 tahun.
Sufian Mat, 17, ketika berada di tahun lima, pernah dipilih mewakili skuad bola sepak bawah 12 tahun di Kejohanan Jemputan Antarabangsa Saitama, Jepun pada 2007. Dia juga pernah berada di bawah bimbingan ketua jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ketika menyertai program realiti anjuran Media Prima, TV3, Soccer Kids pada tahun yang sama.
Tak tahulah di mana silapnya, tapi kalau dia dibimbing dan digilap betul2, kalau tak dapat jadi Lionel Messi pun, at least dapat jadi Keisuke Honda pun dah kira cukup bagus. Tapi seperti kebiasaan, nampaknya lepas masuk suratkhabar barulah beliau dapat perhatian daripada pihak2 berkaitan. Semoga lepas ni beliau dapat menjadi pemain bola sepak yang berjaya, tapi kalau dah glam tu harap takde dengar cerita tak best yang berkait pasal perempuan.
sumber
0 comments:
Post a Comment