Wasatiyyah Umno bila kroni bolot khazanah negara – Anwar

on Jan 30, 2013




 Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, wasatiyyah Najib Razak gagal menepati konsep sebenar kerana membiarkan rakyat hidup menderita ketika pemimpin Umno BN rakus membolot khazanah negara.

“Wasatiyyah bukan naikkan harga gula dengan alasan atasi penyakit kencing manis atau biar tauke balak bolot kekayaan angkut keluar hasil hutan tapi rakyat dinasihat hidup sederhana.


“Bukan wasatiyyah apabila anak Raja Nong Chik (Zainal Abidin) dapat kontrak RM40 juta,  anak Shahrizat Jalil gaji sebulan RM30,000, anak Jamaluddin Jarjis kontrak RM100 juta, anak Mahathir (Mohamad), Mokhzani kawal minyak melalui Kenchana Petroleum dan Mirzan pula kuasai syarikat arak terbesar San Miguel yang dibeli RM2.9 bilion.


“Tetapi wasatiyyah adalah usaha pertahankan prinsip kebenaran dan keadilan melalui iman, ilmu dan akhlak seperti yang terkandung dalam Al-Quran,” jelas Ketua Umum KEADILAN depan lebih 5,000 rakyat pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Perak, Temoh Stesen, di sini, malam tadi.


Anwar berkata, Rasulullah diutus Allah sebagai rahmat untuk redakan ketegangan sesama manusia, bukan untuk bergaduh, mengugut atau mengancam penganut agama lain sehingga bertindak membakar Bible seperti dilakukan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).


“Punca kemuliaan Nabi Muhammad bukan dari pangkat kekuasaan, keturunan sebagai bangsa Quraisy atau rupa paras tetapi mulianya Baginda kerana akhlak.

“Pada peribadi Baginda ada contoh terbaik dan itulah yang wajib diamalkan dalam politik,” katanya.


Dalam pada itu, beliau menempelak AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) yang bebankan hidup rakyat dan gagal atasi masalah sebenar jalan raya.
“Sepatutnya gaji pegawai berkuasa yang berpenat lelah jaga lalu lintas dinaikkan, bukan buat projek penguatkuasa dan beri kepada kroni.


“Sekarang 400,000 saman dikeluarkan dan kerajaan beri BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) untuk bayar saman RM300. Sebab itu kita tekad, Pakatan Rakyat tawan Putrajaya, AES kita batalkan,” ujarnya.


Beliau pertikai kegagalan pemimpin Umno memberi kelebihan kepada rakyat melalui gaji minima, pendidikan percuma dan menawarkan harga minyak rendah dengan alasan negara akan bankrap.


“Malaysia memiliki khazanah yang banyak untuk ringankan beban rakyat dengan hasil minyak sahaja RM80 ribu juta, hasil kelapa sawit cecah RM80 ribu juta setahun dan ini cukup untuk beri pendidikan percuma.


“Ini maksud sebenar merdeka bila semua hak rakyat dapat dipulangkan untuk kehidupan lebih terjamin,” katanya.


Turut hadir, Pengerusi KEADILAN Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty; Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN, Mustafa Kamil Ayub; Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; Adun Hutan Melintang, S Kesavan; Adun Sungkai, A Sivanesan dan Adun Keranji, Chen Fook Chye.
Terdahulu, Anwar solat maghrib di Asrama Anak Yatim Nurul Ikhsan, Kampung Talang Tengah, Sungai Siput disusuli ceramah di Taman Chandan Puteri, Bukit Chandan.


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List