Berita duka untuk Datuk Siti Nurhaliza hari ini apabila suaminya Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K telah mengalami kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand.
Kemalangan yang berlaku kira-kira jam1 tengahari tadi Khamis (5petang, New Zealand) telah menyebabkan Datuk K mengalami kecederaan pada tangan dan kaki serta bahu beliau juga telah patah.
Adik kepada Datuk K iaitu Datin Zaiton Mohamad Jiwa mengatakan bahawa akan berangkat ke New Zealand pada hari Jumaat (esok) bersama Datuk Siti Nurhaliza untuk melihat keadaan Datuk K disana.
Datuk Siti Nurhaliza terpaksa membatalkan konsert yang bakal berlangsung di Banjarmasin, Indonesia.
Lagi Berita nya:-
Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau dikenali sebagai "Datuk K" terlibat dalam satu kemalangan di Queensland, New Zealand, hari ini.
Datuk K dilaporkan mengalami kecederaan teruk dengan patah bahu, tangan dan kaki namun keadaannya stabil.
Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira 12.45 tengah waktu Malaysia (4.45 petang wakti tempatan) ketika beliau sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi.
Laporan portal Media Hiburan menyebut, susulan kejadian itu, Siti akan berangkat ke New Zealand esok bagi melihat keadaan suaminya.
Siti yang kini masih berada di Jakarta terpaksa membatalkan dua persembahan besar iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang dijadualkan berlangsung di Banjarmasin dan Jakarta sehingga esok.
Anak kelahiran Kuala Lipis itu dalam media sosial Twitter pada jam 7.46 malam memberitahu beliau baru saja menghubungi suaminya dan dapat bercakap dengannya sambil meminta peminatnya agar mendoakan Datuk K pulih segera.
"Terima kasih semua yang mendoakan suami saya... alhamdullillah dapat bercakap dengan suami tadi... sama-sama doakan agar DK segera sembuh ye...salam," kata beliau.
Dalam satu mesej sekitar jam 1.40 tengah hari tadi, Siti menulis, "salam, maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua team konsert. Ct (Siti) tak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tidak terduga. Mohon memahami ya," katanya lagi.
Datuk K dilaporkan berada di New Zealand sejak 6 Disember lalu atas urusan perniagaan.
Sementara itu, laporan Bernama lewat malam ini menyebut bahawa Datuk K dilaporkan stabil selepas terbabit dalam kemalangan.
Memetik anggota keluarga terdekat Datuk K yang enggan dikenali, Bernama berkata, kemalangan berlaku apabila Datuk K cuba mengelak kayu di atas jalan raya.
"Beliau kini dilaporkan stabil dan dirawat di sebuah hospital di Queenstown," katanya.
Menurutnya Siti dan kakak iparnya Datin Zaiton Mohamad Jiwa akan berlepas ke New Zealand esok.
Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment