Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

UMNO bergolak antara dua Kem...???

on Jun 18, 2011








Desas-desus bahawa PRU-13 bakal diadakan pada pertengahan tahun ini agak kencang sebelum ini. Tetapi, susulan daripada kenaikan harga minyak, gula, elektrik dan sebagainya, kemungkinan ini semakin menipis. Ada yang mengatakan bahawa Najib dan Muhyiddin berbeza pandangan dalam hal ini - Muhyiddin berharap PRU diadakan secepat mungkin, Najib pula mahu menanti peluang dan masa yang lebih baik.

Hujah ini ada asasnya yang objektif pada tahap tertentu. Sokongan pengundi Cina belum kembali ke BN, malah sokongan bumiputera bukan Islam di Malaysia Timur terhadap BN mulai goyah. Seandainya PRU diadakan sekarang, amat sukar untuk BN memperolehi majoriti dua pertiga. Sungguhpun majoriti dua pertiga dimenangi BN, besar kemungkinan ia ditunjangi kerusi UMNO - maka wujudlah sebuah kerajaan yang didominasi sepenuhnya Melayu, dengan bumiputera Malaysia Timur sebagai sampingannya.

PRU-13: Najib jumpa setiap MP BN 8 Jan

on Jan 1, 2011



Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabtu depan di sebalik spekulasi bahawa perdana menteri kemungkinan akan memanggil pilihan raya umum dalam waktu terdekat. Pengerusi BN itu dijadual akan mengadakan pertemuan dengan kesemua ahli Parlimen untuk mendapatkan maklum balas mengenai langkah mengadakan pilihan raya umum awal memandangkan pemimpin-pemimpin perikatan itu kelihatan berbelah bahagi dalam soal itu. Najib kini bercuti di Timur Tengah.


“Najib akan bertemu dengan setiap ahli Parlimen BN selama lima minit pada 8 Januari. Pertemuan itu dijangka mengambil masa kira-kira 11 jam, jadi kemungkinan akan berlarutan sehingga Ahad ( 9 Januari),” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Seorang ahli Parlimen BN mengesahkan pertemuan itu sambil berkata Najib telah meminta mereka melaporkan pandangan tentang persediaan di bahagian masing-masing.

“Kami kena berikan satu laporan. Tetapi lima minit adalah waktu yang singkat kecuali setiap orang yakin dan mengatakan kesemuanya OK,” kata wakil rakyat itu.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan pada suku pertama tahun depan ketika cuti sekolah bulan Mac.

Bagaimanapun BN sekarang dikatakan mempertimbangkan untuk menangguhkannya sehingga apabila projek-projek ekonomi diperkenalkan Najib mula merancakkan ekonomi tempatan.

The Malaysian Insider difahamkan Najib telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin komponen BN awal bulan lalu di Parlimen untuk membincangkan sama ada mengadakan pilihan raya umum pada bulan Mei atau Jun.

Mandat semasa hanya akan berakhir 20 April 2013. Ia pertemuan pertama seumpama itu sejak Najib menjadi perdana menteri April 2009.

BN juga sedang membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.



“Ketika mesyuarat Kabinet baru-baru ini, dipersetujui bahawa pilihan raya umum kemungkinan diadakan minggu kedua bulan Jun. Jika tidak, ia akan dianjak sehingga November,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun perkembangan-perkembangan terbaru ini menunjukkan wakil rakyat-wakil rakyat yang tidak berhasrat untuk bertanding mahukan pilihan raya diadakan tahun depan.

“Ahli-ahli Parlimen kanan mengharapkan faedah daripada pelbagai projek yang dilaksanakan sebelum pilihan raya umum. Mereka juga menyebarkan khabar angin bahawa ahli-ahli Parlimen muda (penggal pertama) tidak akan memperoleh pencen jika pilihan raya umum diadakan awal,” kata sumber itu lagi.

Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 memperuntukkan pencen bagi wakil rakyat jika mereka berkhidmat sekurang-kurangnya 36 bulan.

Penasihat-penasihat Najib pula dikatakan menggesa beliau agar mengadakan pilihan raya umum seawal Jun ekoran kebimbangan bahawa ekonomi dunia kemungkinan perlahan, sehingga boleh memberi kesan ke atas ekonomi tempata pada suku ketiga.

Najib, perdana menteri keenam, telah memperkenalkan pelbagai projek untuk merangsang ekonomi negara meskipun ramalan menunjukkan ia akan perlahan tahun ini.

Ia termasuklah projek transit aliran massa (MRT) yang akan menelan RM36 bilion, menara Warisan Merdeka RM5 bilion, Daerah Kewangan Antarabangsa KL RM26 bilion, projek ekoresort RM3 bilion di Karambunai, Sabah dan pembangunan kawasan seluas 1,084 hektar milik Institut Penyelidikan Getah (RRI) di Sungai Buloh.

Bank Pembangunan Asia (ADB) baru-baru ini meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam lingkungan lima peratus, satu peratus lebih rendah daripada diharapkan oleh pentadbiran Najib.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, dua minggu lalu mengadakan konvensyen kedua mereka di Kepala Batas, Pulau Pinang dan menerima Buku Jingga yang menggariskan Program 100 Hari.

Seminggu sebelum itu BN telah mengadakan konvensyen mereka, yang memfokus usaha ke arah persiapan pilihan raya umum.


M/I

Spekulasi PRU-13 Makin Hampir.......???

on Dec 25, 2010

KUALA LUMPUR 25 DIS: Spekulasi Pilihanraya Umum makin hampir apabila Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan, ketua stesen televisyen Media Prima Berhad milik Umno, dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri berkuat kuasa 1 Januari ini.

Memetik laporan The Malaysian Insider, Farid akan membawa bersama lima eksekutif televisyen dengan tugasan beliau dikatakan berhubung kait dengan kempen konsep 1 Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

“Pinjaman sepenuh masa ini bersifat sementara dan sebaik sahaja selesai tugasan (di Jabatan Perdana Menteri), beliau dijangka akan kembali untuk meneruskan peranan lamanya,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Datuk Amrin Awaluddin dalam satu kenyataan semalam.

Amrin berkata, Ahmad Izham Omar, pengarah eksekutif 8TV, ketua pegawai eksekutif Alt Media dan ketua Media Prima Radio Networks (MPRN) akan menggantikan Farid berkuat kuasa 1 Januari.

“Beliau juga akan menjalankan peranan sebagai ketua pegawai eksekutif Primeworks Studios Sdn Bhd, melapor terus kepada pengarah urusan kumpulan,” kata Amrin.

Katanya, Izham akan melepaskan jawatannya sebagai ketua MPRN dan pengarah eksekutif 8TV.

Dalam memo edaran dalaman, Media Prima menamakan lima eksekutif yang akan mengikut Farid iaitu Noor Amy Ismail, Noor Syazwani Abdul Rahman, Nurul Asyikin Ab Aziz, Nasir Taff dan Eddy Sulaiman.

“Farid merupakan seorang eksekutif media dan pengiklanan yang berpengalaman dan boleh diyakini dalam kerja-kerja berkaitan dengan konsep 1 Malaysia,” kata seorang editor Media Prima.

Konsep 1 Malaysia menjadi sasaran serangan Pakatan Rakyat yang mendakwa Najib menggunakan firma perunding perhubungan awam APCO Worldwide, yang dikatakan terlibat dalam kerja-kerja kempen One Israel diperkenalkan bekas perdana menterinya Ehud Barak.

Najib menafikan dakwaan itu dengan mengatakan beliau telah memikirkan perkara itu sebelum menjadi perdana menteri April 2009 termasuk menggunakannya sebagai nama blognya.

Selasa lalu, Najib menzahirkan rasa terkilan dengan dakwaan bahawa konsep 1 Malaysia diciplak dari negara lain dan menyifatkan dakwaan itu sebagai “pendustaan besar.”

Minggu lalu, Parlimen menggantung Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu itu. Turut digantung tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Farid merupakan profesional media kedua menyertai pentadbiran Najib sejak tiga bulan lalu.

Bekas koresponden Reuters Malaysia Abdul Jalil Abdul Hamid dipinjamkan dari Suruhanjaya Sekuriti untuk menyertai pasukan komunikasi nasional perdana menteri.

Semalam, Merdeka Center mengumumkan, tahap kepuasan hati terhadap Najib merosot sedikit kepada 69 peratus berbanding 72 yang dicatat Mei lepas, dengan 22 peratus “sangat berpuas hati” manakala 47 lagi “agak berpuas hati” dengan prestasi beliau.

Kenyataan Merdeka Centre hari ini menyebut ia mungkin disebabkan reaksi rakyat terhadap pengurangan subsidi kerajaan bagi barangan seperti minyak petrol dan gula, yang berlaku ketika tinjauan dijalankan.

Kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa terdapat kesedaran sederhana di kalangan rakyat berhubung Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan kerajaan September lepas, dengan 16 peratus dilapor memiliki beberapa tahap pengetahuan dan pemahaman mengenai pelan tersebut serta matlamatnya.
 TVS

Ganti Md Isa Atau PAS Menang.......???

on


Md Isa kata dia tak tau ada orang nak ganti dia. Maknanya dia masih Pengerusi Perhubungan Umno Perlis yang sah hingga Najib ganti dengan orang lain. Itu pun kalau Najib nak ganti. Kalau tak, dia akan kekal sebagai pengerusi.Kalau Najib nak ganti Md Isa, sapa yang boleh ganti dia?



Shahidan Kassim, rasanya tak mungkin. Walau pun tidak mustahil, tapi lantik Shahidan kali kedua agak pelik, jarang-jarang orang buat. Lagi pun, Shahidan tak mesra dengan istana. Tak mungkin salah seorang exco kerajaan negeri sekarang yang juga dari istana akan merelakan Shahidan dilantik semula.


 Syed Razlan, juga agak mustahil sebab dia orang istana. Kalau dia jadi Pengerusi Perhubungan Umno dan ditakdirkan BN menang lagi dalam PRU akan datang, maknanya kerusi MB milik dia.
Tentu agak kurang manis dua beradik berada di singgahsana pemerintahan negeri. Tak mungkin raja Perlis sekarang akan merestui keadaan itu berlaku. Baginda tentu kurang selesa dengan keadaan itu.
Sapa lagi tokoh Umno Perlis yang ada selain Md Isa? Yazid Mat, dia ibarat ubat tamat tempoh. Sudah tidak punya ummpphh lagi untuk memimpin Umno. Prestasinya pun bukan menyerlah sangat sama ada sebagai pemimpin Umno atau pemimpin negeri. Biasa-biasa sahaja.

Radzi Syeikh Ahmad, dia pernah letak jawatan sebagai SU Agong Umno. Suaranya pun jarang kedengaran dan kelibatnya pun jarang nampak di Perlis. Dia duduk dimana pun orang Perlis tak tau. Apa yang orang Perlis tau, rumah dia memang di Perlis.

Azmi Khalid, dia lebih kurang macam Yazid Mat juga. Kalau ibarat tayar, sudah kehabisan bunga dan kalau brek pun tidak mencengkam lagi. Brek di sini berhenti di sana. Sudah tidak makan, ikut kata oranglah.
Sapa lagi tokoh Umno yang ada? Exco-exco yang lain kalau ada yang dilantik jadi Pengerusi Perhubungan Umno tentu kena buli dengan Shahidan kecuali yang jadi geng Shahidan.
ADUN Guar Sanji yang orang sebut-sebut baik dan warak tu pun kena buli dengan Shahidan. Takkan dia Najib nak lantik jadi orang nombor satu Umno Perlis.
Exco dan pemimpin Umno yang lain semuanya tumpang semangkuk sahaja. Kalau Shahidan jadi ketua tumpang mangkuk Shahidan. Kalau Md Isa jadi ketua tumpang mangkuk Md Isa. Nak harap depa tu ada mangkuk sendiri, entah bila. Lebai mangkuk adalah…

Tapi orang kampung bukan kisah sangat dengan itu semua. Bagi depa, asal nampak kelibat dacing saja terus pangkah. Sama ada yang pimpin dacing tu berwibawa atau tidak, itu tidak penting, yang penting dacing.
Petang tadi jumpa Bang Mat Sabu di tempat kenduri. Dia tanya, “Macam mana Perlis, boleh menang?” Entah, garu kepala juga nak jawab. Tak jawab, yang tanya pimpinan pusat. Tanya pula dengan penuh semangat.
Nak kata tak boleh menang, perjuangan PAS mesti sentiasa optimis, meyakini kemenangan. Itu yang diajar dalam usrah dulu-dulu (lama dah tak pi usrah, pasai apa…?).
Nak kata boleh menang, Perlis bukan macam Perak atau Selangor. Cina Perlis bukan macam Cina Perak atau Selangor. PAS Perlis pun bukan macam PAS Perak atau Selangor, atau macam PAS Kedah. Tidak patut sangat tak kata PAS boleh menang.

Tapi nak kata PAS boleh menang, tidak ada pun gelombang itu. PAS memang ada aktiviti, program, mesyuarat tak berhenti, usrah memang kerap, tak percaya tengok diari pemimpin PAS. Penuh!
Macam pernah sebut sebelum ini, ada orang yang tidak pernah merasai kewujudan PAS. Mereka hanya menyedari kewujudan PAS pada musim pilihanraya sahaja, itu pun bila nampak poster bulan tergantung.
Macam mana saya boleh tahu itu semua? Jawabnya, apabila saya bergaul dengan orang biasa, bukan orang kuat PAS.

MAHUKAH UMNO BERUBAH.....???

on Dec 24, 2010

GAYA POLITIK UMNO - PRAGMATIK


Apa makna pragmatik? Politik mengikut keadaan.  Apabila PR mengemukakan 10 reformasi dalam 100 hari memerintah UMNO sudah gelabah.  Respon pertama PM ialah kerajaan akan kaji kes perkhidmatan keguruan negara.  Demikian bertahun pelbagai rayuan dibuat dalam konteks perkhidmatan keguruan dibuat, ia tidak diendahkan kerajaan UMNO-BN.  Tapi bila PR mahu memberi RM500 untuk intensif guru di Malaysia, UMNO-BN kata kerajaan akan muflis. Pembazirn UMNO-BN cukup banyak,


1.   komisyen beli kapal selam yang tidak boleh menyelam RM500 juta. 
2.   Komisyen beli kapal terbang sukoi?
3.   Ketirisan projek yang banyak?
4.   Bangunan 100 tingkat  dengan kos RM 5billion? 
5.   Lawatan PM-Najib sejak jadi PM sebanyak RM8.7 juta?
 Semua ini UMNO-BN kata tak bazir. 



Tetapi nak beri bonus 1 bulan gaji kepada seluruh kakitangan awam sebanyak 1.2 juta orang dengan nilai RM3.2 BILLION, UMNO-BN kata rugi.  Mahukah anda mengundi lagi pemimpin UMNO-BN?



MENGHAPUSKAN RASUAH?



Mampukah UMNO menghapuskan rasuah?  PAS yang memerintah Kelantan selama 20 tahun mendapat pengiktirafan dari SPRM bahawa negeri yang paling kecil berlaku rasuah.  MB Kelantan bebas rasauh.  Negeri UMNO-BN macam mana?  Negeri yang dipimpin UMNO-BN adakah mereka seperti Kelantan?  Mampukah negeri yang dipimpin UMNO-BN bebas rasuah seperti Kelantan?



Berapakah harta MB PAS Kelantan yang memerintah Kelantan selama 20 tahun?  Nak dibandingkan dengan harta yang dimiliki oleh Taib Mahmud yang menjadi ketua Menteri Sarawak?  Mana lebih banyak?



Mahukah anda memberi undi kepada calon UMNO-BN dalam PRU 13.....???



JAUHI UMNO-BN.  JANGAN UNDI CALON UMNO-BN DLAM PRU 13

Nasihat Dr Khir: Jangan Pandang Enteng Janji Pakatan Rakyat.......

on Dec 23, 2010

Jangan Pandang Enteng Janji Pakatan Rakyat


1. Pada hemat saya, Barisan Nasional tidak boleh memandang enteng sebahagian janji Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang yang terkandung dalam Buku Jingga bertajuk, "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!"

2. Sungguhpun sebahagian janji tersebut tidak realistik namun terdapat janji-janji yang boleh mempengaruhi rakyat memberi undi kepada mereka terutamanya kenaikan gaji guru sebanyak RM 500.

3. Terdapat kira-kira 400 ribu guru sekarang ini dan tidak mustahil sebahagian besar mereka akan menilai tawaran tersebut dengan serius. Ini kerana kebanyakan guru mempunyai pegangan politik yang agak bebas. Tidak ramai yang membuat keputusan menyokong mana-mana parti politik sejak awal lagi.

4. Kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan biar pun mereka mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya.

5. Saya percaya jentera kerajaan terutamanya Menteri "jaga makmal" boleh memberi penjelasan yang logik, rasional dan sangat akademik kepada rakyat bagi menjustifikasikan kenaikan harga barang, petrol dan pengenaan pelbagai cukai termasuk kemungkinan pelaksanaan GST.

6. Saya juga percaya kerajaan mempunyai kebolehan untuk menjelaskan mengapa Menteri "jaga letrik" mengumumkan kerajaan bersetuju kenaikan tarif letrik tapi masa belum sesuai. Tentulah kerajaan juga mampu menjelaskan mengapa Tenaga Nasional Berhad bercakap soal kekurangan untung (bukan rugi) jika tarif tidak dinaikkan seolah-olah TNB ini berniaga menggunakan duit sendiri bukannya duit rakyat.

7. Menurut sebahagian rakyat termasuk guru-guru yang menjadi sasaran kempen Pakatan sekarang, "sekurang-kurangnya ada harapan dengan Pakatan berbanding Barisan Nasional yang asyik bercakap soal mengurangkan subsidi dan menaikkan tarif yang sekaligus menambah perbelanjaan dan hutang mereka."

8. Jadi, ketika kita boleh menjelaskan untung rugi, logik dan rasional setiap tindakan namun yang jarang ditanya apakah keputusan dan penjelasan kerajaan mampu meyakinkan rakyat yang akhirnya akan diterjemahkan ke dalam peti undi dengan memberi undi kepada Barisan Nasional?

9. Sungguhpun kita boleh mendakwa banyak janji Pakatan di Selangor belum tertunai namun saya percaya ia akan mula dilaksanakan menjelang pilihan raya akan datang bagi menggula-gulakan pengundi.

10. Tidak mustahil pada tahun hadapan kerajaan negeri Selangor akan mengurangkan cukai pintu premis kediaman sebanyak 20% dan cukai pintu premis perniagaan sebanyak 10% seperti yang dijanjikan dalam manifesto mereka sebelum ini. Ini akan memberi "pukulan hebat" kepada Barisan Nasional.

11. Masalah Barisan Nasional (BN) lebih besar daripada Pakatan Rakyat (PR). BN sebagai pemerintah tidak boleh berjanji sebaliknya perlu melaksanakan kerana ia memegang tampuk pemerintahan.

12. Majoriti rakyat tidak meminta "bulan dan bintang" seperti dalam janji-janji PR. Namun rakyat juga tidak boleh terus memberi sokongan kepada kerajaan yang tidak boleh memberi mereka apa-apa harapan.

13. Barisan Nasional harus datang dengan pelan yang meyakinkan majoriti rakyat. Kalau pun tidak seindah Pakatan namun pelan BN jika baik dan cantik ia boleh mendapat kepercayaan rakyat kerana kemampuan BN telah terbukti.

14. Maka ketika kekalahan dan kejatuhan banyak parti dan pemerintah sama ada secara demokrasi atau autokratik sebenarnya bukanlah kerana isu demokrasi, ketelusan dan prestasi tinggi tetapi kerana suara golongan majoriti dalam negara tersebut tidak didengari.

15. Lihatlah banyak sejarah kejatuhan parti dan pemerintah kebanyakannya berpunca daripada kenaikan kos sara hidup, petrol dan pengenaan pelbagai cukai yang akhirnya membosankan majoriti rakyat (middle class dan lower class) dan mengambil keputusan menghumbankan mereka jatuh dari tampuk pemerintahan. Saya tidak perlu menyebut contoh namun kenaikan kos sara hidup sudah cukup menghumban beberapa pemimpin parti negara jiran dan eropah sejak berdekad-dekad lalu.

16. Ketika kita tidak menafikan kepentingan kerajaan menjadi telus, anti rasuah dan bijak menguruskan ekonomi negara yang menjadi mantera golongan elit perniagaan, elit politik dan elit akademik, namun majoriti rakyat jika terhimpit dan terdesak tidak akan mempedulikan semua itu ketika membuang undi.

17. BN hanya ada satu pilihan, memuaskan hati golongan majoriti yang berpendapatan rendah dan sederhana yang menjadi isu "bread and butter" sebagai tanda aras kepuasan mereka.

18. Sepatutnya KPI kerajaan hari ini ialah kepuasan hati majoriti rakyat bukan untung rugi perniagaan GLC, hebat dan gahnya jenama transformasi ekonomi atau berapa ratus juta yang boleh dikutip oleh "saman ekor".

19. Saya memberi pandangan ini agar kita tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada 2008, yang mana saya sendiri tidak mengambil berat manifesto Pakatan ketika itu dan menyebabkan Selangor jatuh ke tangan Pakatan. saya berharap pisang tidak berbuah dua kali.

KENANGAN LAMA....UMNO YANG MENYERANG RAJA-RAJA MELAYU...!!!

on

Ucapan Presiden UMNO 1993 menyerang Raja2 Melayu


Speech By : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Title :SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA       PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Location : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Date : 18-01-1993
Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.
2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.  Baca Seterusnya



AKUAN BERSUMPAH SIAPA YANG PALING LAKU KAT MALAYSIA......???

on

Robert M Shrum: Kenyataan bersumpah penasihat kanan ‘One Israel’ bersihkan konsep 1Malaysia; Nazri dedah dua dokumen nafi dakwaan Anwar


Ingat apa kejadahnya apabila tentera upahan UMNO-BN, Agendadaily menyebut Anwar terkankang kerana bukti baru yang dibentang oleh Datuk Nazri. Rupanya akuan sumpah Yahudi APCO.

Pertama kali kita mendengar istilah kenyataan bersumpah ini popular apabila Raja Petra Kamaruddin dari www.malaysia-today.net membuat kenyataan bersumpah mengenai pembabitan Rosmah dan Bekas Kolonel Aziz Buyong, pakar C4 serta isteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Tetapi akhirnya ia didiamkan begitu sahaja.

Kemudian timbul pula kenyataan bersumpah En. Balasundram Perumal, Penyiasat peribadi Razak Baginda tentang penglibatan Najib Razak di dalam kes Altantuya di dalam bahasa Inggeris. Sehingga kini beliau menjadi pelarian dari tanah-airnya sendiri kerana bimbangkan nyawa beliau dan keluarganya. Tetapi apakah nilai dan harga pengakuan bersumpahnya itu. Ia menjadi bala kepada Balasundram.

Kes bukan politik melibatkan kenyataan bersumpah tiga pegawai polis yang mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bersekongkol dengan Ah Long atau ceti haram tanah air. Ia sepatutnya menjadi asas yang kukuh untuk menyiasat Musa. Kenyataan bersumpah dari tiga anggota PDRM iaitu ASP Hong Kin Hock, ASP Md. Yusof Ahmad dan Sarjan Mohd Yasin Malik yang mengaitkan Musa Hassan dengan Ah Long akhirnya ditolak begitu sahaja.
Kenyataan bersumpah Dr. Osman seorang doktor beragama Islam yang bertugas di Pusrawi yang telah memeriksa Saiful dan mengesahkan bahawa sehingga 28 Jun 2008, Saiful tidak pernah diliwat. Adakah ianya diterima pakai?

Tetapi kenyataan bersumpah Saiful Bukhari diterima-pakai. Akuan bersumpah Rahimi laku dan kini seorang yang mungkin mencapai wali keramat buat Umno di terima pakai pulak akuan sumpahnya.

Yahudi laku pulak akuan sumpahnya??? . Heran! Kitab mana yang UMNO-BN pakai ni?

Senjata Makan Tuan........???

on




Khairy Perli Najib....???


Bodoh Dan Bangang





Ditujukan kepada siapakah sebenarnya ayat Ketua Pemuda UMNO ini?

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata Kedaulatan negara akan tergadai sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kerana kes liwat beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah akan digunakan oleh pihak luar yang mempunyai agenda tertentu.

"Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita.

"Seterusnya maruah dan imej negara ini menjadi pertaruhan yang akhirnya rakyat sendiri akan rugi kerana mengikut telunjuk dan arahan pihak tertentu," katanya.


Mengenai kes tuduhan liwat keatas Datuk Seri Anwar Ibrahim, ianya masih sedang dalam perbicaraan jadi mana mungkin ianya digunakan oleh pihak luar untuk mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengikut telunjuk mereka..

Tapi… ayat ini "Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita.” mengingatkan aku kepada perjanjian pertukaran tanah membabitkan tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura yang telah dimeterai oleh Najib dan Lee Hsien Loong di Republik itu pada 20 September yang lalu.

Yang kemudiannya kedua-dua pemimpin menguar-uarkan kononnya perjanjian itu sebagai kejayaan besar dan pembaikkan keatas “Point Of Agreement (POA)” dan ianya adalah “win-win situation” padahal yang jelas kelihatan sebagai pemenang ialah Singapura..

Cuba baca implikasi perjanjian tersebut yang telah dicatat oleh A.Kadir Jasin dibawah

1. Dulu tanah KTM di Singapura adalah milik penuh dan mutlak Malaysia, walaupun kegunaannya terhad kepada operasi kereta api dan kekal hak Malaysia selagi operasi kereta api berjalan;

2. Sekarang tiga keping tanah KTM telah ditukarkan dengan sembilan keping tanah lain dan operasi kereta api akhirnya akan ditamatkan;

3. Menurut kenyataan bersama Mohd Najib-Lee Hsien Loong yang saya baca dari laman web kerajaan Singapura, bidang-bidang tanah gantian serta deskripsinya adalah seperti berikut:-

(A) Empat bidang tanah di Marina South dikenali sebagai TS30-361T, TS30-362A, TS30-363K dan TS30-364N serta dua bidang di Ophir-Rochor dicamkan sebagai TS13-1115N dan TS13- 1116X sebagai ganti kepada tiga keping tanah KTM di bawah Point of Agreement (POA) di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah yang dikenali sebagai Lot 76-2 Mk 16, Lot 249pt Mk 4 dan Lot 32-10 Mk 16);

(B) Empat keping tanah di Marina South itu terletak di tengah-tengah gugusan (cluster) kewangan dan perniagaan bagi Marina Bay manakala dua di Ophir-Rochor terletak di kawasan bersejarah Kampong Glam (Kampong Glam Historic District) yang berupa koridor baru pembangunan yang sedang dimajukan sebagai sambungan kepada Daerah Perdagangan Pusat (Central Business District); dan

(C) (Sembilan) Keping tanah di Marina South dan Ophir-Rochor (itu) akan diamanahkan kepada M-S Pte Ltd untuk dibangunkan secara usaha sama apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengosongkan Stesen Tanjong Pagar. Stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke tempat pemeriksaan kereta api Woodlands (“WTCP”) menjelang 1 Julai 2011 bilamana Malaysia akan memindahkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantinnya (“CIQ”) di WTCP.

4. Tanah gantian itu akan dimajukan oleh syarikat usaha sama Malaysia-Singapura M-S Private Limited yang dimiliki 60 peratus oleh syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan firma pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings.

5. Kalau dulu tanah KTMB dimiliki penuh dan mutlak Malaysia, kini tanah gantian kepada tanah KTMB itu dikongsi dengan Singapura melalui M-L Pte Ltd di mana Temasek memegang 40 peratus saham. Dalam bahasa yang mudah, Singapura dapat “percuma” 40 peratus daripada aset gantian itu.

6. Walaupun isu tanah KTMB ini dikatakan selesai, tetapi isu-isu tertangguh yang lain seperti pembekuan simpanan rakyat Malaysia dalam CPF, Perjanjian Bekalan Air serta penentangan Singapura terhadap projek Jabatan Bengkok masih berterusan.

7. Malaysia dan Singapura gagal bersetuju mengenai cukai pembangunan (development charges) yang dikenakan oleh kerajaan Singapura ke atas tanah gantian itu sehingga memaksa perbalahan itu dirujukkan kepada Mahkamah Timbang Tara Tetap (Permanent Court of Arbitration – PCA) di The Hague, Balanda.

8. Kenyataan bersama Mohd Najib-Hsien Loong mengenai hal itu berbunyi: “Both countries have different views relating to the development charges payable on the three parcels of POA land in Tanjong Pagar, Kranji and Woodlands. Both Leaders have agreed to settle this issue amicably through arbitration under the auspices of the Permanent Court of Arbitration. They have further agreed to accept the arbitration award as final and binding.”

[Kedua-dua negara mempunyai pandangan yang berbeza mengenai cukai pembangunan ke atas tiga keping tanah POA di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands. Kedua-dua pemimpin bersetuju menyelesaikan isu ini secara aman melalui timbang tara di bawah naungan Mahkamah Timbang Tara Tetap. Mereka seterusnya bersetuju menerima keputusan timbang tara itu sebagai muktamad dan terikat.]

9. Sengaja diingatkan yang kali terakhir Malaysia dan Singapura membawa perbezaan mereka ke muka pengadilan antarabangsa, ia berakhir dengan Malaysia kehilangan pemilikan ke atas Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura.

10. Melalui kolum “Other Thots” dalam majalah Malaysian Businesskeluaran 16-31 Julai lalu, saya telah memberi amaran kepada perunding Malaysia agar berhati-hati mengenai kemungkinan pemerintah Singapure mengenakan cukai pembangunan atau premium tanah yang melangit.

Saya memetik sumber-sumber yang arif mengenai POA sebagai berkata kerajaan Singapura mungkin mengenakan cukai pembangunan sekitar S$1.5 bilion (kira-kira RM3.05 bilion) selain premium tanah. Saya tidak tahu sama ada premium dikenakan atau tidak.

Tetapi sumber-sumber yang sama kini mengatakan cukai pembangunan mungkin mencecah S$2 bilion (RM4.6 bilion).

11. Andainya anggaran ini tepat dan keputusan PCA memihak kepada Singapura, maka Khazanah terpaksa menyeluk poket untuk mengeluarkan S$1.2 bilion (RM2.76 bilion) dan jumlah ini akan mengalir dari Malaysia ke Singapura.

12. Temasek perlu membayar S$800 juta tetapi tidak ada pengaliran keluar modal. Ia sekadar pemindahan dana dari poket Temasek ka poket perbendaharaan Singapura.


Dari ulasan A.Kadir Jasin diatas yang telah di siarkan dalam "The Scribe A Kadir Jasin" kita telah diperlihatkan dengan jelas bahawa Najib telah diperbodohkan oleh Lee Hsien Loong..

Kenapa agaknya?

Adakah hal-hal peribadi Najib telah diketahui pihak Singapura dan ianya mereka gunakan untuk memperbodoh-bodohkan Pentadbiran Najib?


Berita Berkaitan.

Negara tergadai jika Anwar jadi PM - Khairy

PONTIAN 21 Dis. - Kedaulatan negara akan tergadai sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kerana kes liwat beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah akan digunakan oleh pihak luar yang mempunyai agenda tertentu.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, hubungan negara dengan negara luar juga akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan menerajui negara ini.

"Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita.

"Seterusnya maruah dan imej negara ini menjadi pertaruhan yang akhirnya rakyat sendiri akan rugi kerana mengikut telunjuk dan arahan pihak tertentu," katanya pada majlis Jelajah One Malaysia (JOM) di Simpang Parit Makasar/Parit Madirono, di sini malam tadi.

Sempena program tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian melancarkan kenderaan JOM BN Pontian dengan tugasan pertama bagi membantu jentera BN menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang nanti.

Turut hadir Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Fadil Muskon dan Ketua Pemuda BN Pontian, Nasrihat Turiman.

Khairy berkata, Pemuda BN akan memastikan parti itu terus mempertahankan Putrajaya daripada dikuasai oleh pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

"Pemuda BN berikrar dan berjanji akan berjuang untuk memastikan cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri akan tinggal impian sahaja," tegasnya.

Beliau berkata, pembohongan demi pembohongan yang dilakukan Anwar di dalam dan luar luar negara, menunjukkan beliau memang ingin melihat negara ini berada dalam keadaan tidak menentu.

"Ini termasuklah isu 1Malaysia yang dikaitkan dengan Apco Israel tetapi yang sebenarnya Anwar tidak mempunyai sebarang bukti terhadap dakwaan itu," katanya.

Beg Sekolah Lambang UMNO Dan BN.........???

on Dec 22, 2010

Tengok niii...Bukti,Umno Semakin "Meroyan"







Cari punya cari,kali ni baru wa dapat gambar yang ori,ada kawan wa yang suruh ambil dalam fb nya..TQ amoi..Kesimpulannya,Umno/BN memang dah "Meroyan" dan tak ketahuan.

Cakap-cakap pimpinan mereka selama ini supaya parti politik tidak melibatkan para pelajar sekolah telah memakan dan menelan diri sendiri,Umno Umpama "Menjilat Najis Sendiri",itulah perigilabahasa yang sesuai untuk Umno Haprak masa kini.

Benarlah sabda Rasullullah,salah satu ciri-ciri munafik"Apabila mereka bercakap mereka suka menipu,"maka inilah spesisnya!!     


Sumber   :-   http://karatijau.blogspot.com

Najib mengaku BN berpenyakit, nak sokong apa lagi?

on Dec 16, 2010

Konvensyen Barisan Nasional 2010 baru lalu memberitahu seluruh rakyat jelata bahawa Pilihanraya Umum Ke 13 akan diadakan bila-bila masa sahaja. Seperti biasa muncullah peramal-peramal politik yang membuat andaian mengenai tarikh pilihanraya. Bagi Perdana Menteri congaknya sangat mudah, iaitu beliau akan mengisytiharkan pembubaran Parlimen di waktu BN mempunyai peluang yang cerah untuk menang.
 Buat masa ini peluang BN sangat tidak cerah kerana sokongan bukan Melayu belum memihak kepada BN, sedangkan undi bukan Melayulah yang membantu mereka mengekalkan kuasa di Pusat sejak sekian lama.


Masalah kedua ialah undi golongan muda. Isu perkauman Melayu yang Umno pasakkan kepemikiran rakyat saban hari, hanya menjauhkan parti itu dari bukan Melayu dan mungkin menarik sedikit sokongan golongan tua Melayu, tetapi tidak pada golongan pengundi muda yang lebih moderat serta tidak terikat dengan politik kepartian.

Golongan muda sudah terlalu jauh dari ‘zaman Jepun’ dan ’13 Mei’. Mereka adalah golongan yang terdedah kepada maklumat maya. Umno boleh menggunakan media-media primitif tunggangan mereka untuk menakutkan golongan katak bawah tempurung yang tidak kenal internet, tetapi sukar untuk menyebarkan propaganda kepada golongan muda. Waktu zaman Jepun, anak dara dilarang keluar rumah takut diambil oleh tentera Jepun.
Ancaman itu memang menakutkan anak dara Melayu kerana keganasan tentera Jepun berlegar dalam masyarakat. Di zaman ini, anak dara tidak takut lagi untuk keluar rumah walaupun terlalu banyak ancaman perogol yang lebih ganas dari Jepun. Bahkan hari ini ada anak dara yang membonceng motorsikal ‘perogol’ mereka sendiri.

Demikian situasi zaman berubah. Ancaman perkauman mungkin berkesan selepas ’13 Mei’ tapi bukan sekarang. Golongan muda hari ini tidak boleh dimomok ancaman perkauman kerana ancaman itu langsung tidak menakutkan mereka. Golongan muda juga bijak untuk bertanya kembali Umno, “Mengapa sekarang baru sibuk bincang hak Melayu yang terhakis dalam pelbagai bidang, setengah abad berkuasa apa Umno buat?”
Bukan Melayu dan golongan muda begitu menggusarkan BN. Nampaknya walaupun Najib sudah memukul gendang perang, pilihanraya boleh diadakan bila-bila masa saja, tetapi waktu terdekat ini masih bukan masanya. Apatah lagi ketua-ketua kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menegaskan bahawa mereka belum tentu akan mengikut Pusat membubarkan DUN dalam waktu yang sama.

Kenyataan oleh SPR (yang dianggap sebagai ‘parti komponen’ BN ke 14) bahawa penjawat awam juga mungkin disenaraikan sebagai pengundi pos membayangkan langkah terdesak mereka untuk mengekalkan kuasa melalui cara yang tidak demokrastik.
Setiap 10 tahun biasanya SPR akan melakukan persempadanan semula pilihanraya. Setelah hampir satu dekad, nampaknya SPR masih menyepi. Dulu PAS berhempas pulas membantah langkah SPR memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu sesuka hati ke dalam kawasan yang dianggap ‘kawasan tradisi PAS’. Jawapan yang diberikan SPR waktu itu ialah, itu kelemahan parti politik tertentu yang tidak mendapat sokongan dari pelbagai kaum. Jawapan itu untuk mengenakan PAS. Kini adakah strategi yang diguna SPR itu akan berulang lagi kerana jika dilakukan, ia menguntungkan Pakatan Rakyat kerana undi bukan Melayu tidak lagi berpihak kepada BN?

Satu lagi pendedahan berguna yang dibuat Najib dalam Konvensyen BN itu ialah pengakuan terbuka beliau bahawa BN sebagai parti yang terlalu lama berkuasa mempunyai empat penyakit utama iaitu; khayalan (delusion), kelupaan (amnesia), kejumudan (inertia) dan keangkuhan (arrogance).
Dalam huraiannya Najib memberitahu bahawa delusion adalah kerana merasa khayal bahawa BN akan menang sampai bila-bila. Penyakit amnesia kerana mereka sudah lupa asal usul perjuangan. Penyakit inertia kerana BN enggan membuat perubahan dan pembaharuan dan penyakit arrogance kerana tidak boleh terima teguran rakyat.
“Sesungguhnya semua penyakit tersebut terutama penyakit keangkuhan akan hanya menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah,” ujar Najib.

Semua jentera penerangan Pakatan Rakyat hendaklah mengambil pendedahan Najib perihal sifat BN ini untuk diterangkan kepada seluruh rakyat jelata, sehingga rakyat sudak tidak berselera lagi untuk melihat BN.

Keangkuhan, misalnya, adalah sifat yang boleh dihuraikan secara panjang lebar. Antaranya ialah keangkuhan BN yang mendakwa kononnya mereka sahaja yang layak di atas muka bumi Malaysia ini untuk menjadi pemerintah, keangkuhan BN menggunakan media-media untuk memperbodohkan rakyat dengan pelbagai pembohongan dan melakukan fitnah terhadap Pakatan Rakyat, keangkuhan BN menjatuhkan kerajaan Perak yang dipilih rakyat secara demokratik, keangkuhan BN menangkap rakyat yang disyaki bersalah dibawah ISA tetapi tidak mendakwa mereka di mahkamah, keangkuhan BN menggantung Ketua Pembangkang Parlimen selama enam bulan, keangkuhan BN menggunakan pihak keselamatan untuk membelasah penyokong Pakatan Rakyat yang menyertai demonstrasi sebaliknya memberi layanan istimewa kepada penyokong BN yang menyertai perhimpunan haram, keangkuhan BN menyalahgunakan semua jentera kerajaan untuk kepentingan politik mereka, keangkuhan BN mengalihkan peruntukan Pusat dan menyalurkan melalui ketua Umno Bahagian dan bukannya Kerajaan Negeri, keangkuhan BN menyekat royalti minyak di Kelantan, keangkuhan BN memenangi pilihanraya kecil melalui rasuah dan ugutan serta 1001 cerita keangkuhan lagi. Mohamad Sabu boleh bercerita mengenai keangkuhan BN saja, tujuh hari tujuh malam.

Pengerusi BN telah mengaku di hadapan rakyat bahawa parti mereka bermasalah, habis rakyat nak sokong apa lagi?

Skandal Timbalan Menteri dengan Pegawai Khas PM

on Dec 12, 2010

Skandal Janda Beranak Lima Menghancurkan Harapan UMNO Selangor !!








Krisis dan skandal dalam UMNO akan menjejaskan peluang parti mencapai sasaran mendapat semula 2/3 kerusi dalam parlimen. Semua orang tahu dan sedar ini tetapi kerana keinginan peribadi lebih diutamakan maka kerosakan yang akan terjadi kerana krisis begini tetap disampingkan.

Selangor antara negeri yang begitu hebat dalam permainan sepak terajang politiknya tidak pernah sunyi dari skandal dan krisis. Kerana itulah Selangor tumbang kepada pihak lawan. Kalah bukan kerana musuh itu kuat, tatpi kalah kerana kita terlalu lemah dan berpecah-belah. Setiap MB yang naik tentu ada saja pihak yang menariknya kebawah dan menjatuhkannya.

Terkini, kisah yang berkaitan dengan bekas MB Selangor. Ada juga hubungkait dengan 'Janda Beanak Lima' Uikkttt!! Hebat tu! Aku ingat hebat sangat kisah dengan janda beranak dua, rupanya ini kisah yang lebih hebat. Bacalah sebahagiannya dibawah ini;

Di kalangan pemimpin Sungai Besar ramai yang sudah bercakap mengenai kemunculan sebuah kereta plat kedah KY 77 tetapi tidak ramai yang tahu ia merupakan kereta Pegawai Khas Perdana Menteri bernama Dato' Ghazali Ibrahim.

Hubungan intim ini sangat menjelikkan kerana ia muncul lewat-lewat malam jika Noriah berada di Kawasan. Malahan menurut SB, kereta ini juga sering kelihatan di sebuah kondo milik Noriah di ibu kota.

Malang sungguh Sungai Besar selepas ada Bapa Rasuah, ada pula Ibu Maksiat.

Untuk bacaan seterusnya sila (KLIK SINI) ke blog Jelapang. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata!

****************************************************
Dan lihat berita berkaitan dari blog pro-UMNO di bawah;
 
 
Banyak sungguh Puaka UMNO Selangor. Minggu lalu terdapat 4 orang pemimpin UMNO Selangor berjumpa Perdana Menteri mendesak Khir Toyo didakwa dalam apa cara sekali pun. Kata mereka jika Khir Toyo didakwa, BN selangor akan kembali mendapat sokongan.

4 orang ini ialah Noh Omar, Noriah Kasnon, Shukor Kuang dan Dato Ghazali Ibrahim. Opsss maaflah. 3 orang saja UMNO Selangor. Satu lagi UMNO Kedah. Apa ke hei nya Dato Ghazali Ibrahim, bekas Ali Parlimen Padang Terap turut terbabit dalam usaha menjatuhkan Khir Toyo ini?

Dato Ghazali Ibrahim ialah Pegawai Khas kepada YAB Dato Seri Najib Tun Razak. Dia lah yang mengaturkan pertemuan Noh, Noriah dan Shukor dengan PM minggu lalu.

Mengapa Ghazali begitu bersungguh mahu menjatuhkan Khir?

Apa yang PM tak tahu, apa yang kebanyakan orang UMNO tidak tahu tetapi orang UMNO Sungai Besar tahu ialah Dato Ghazali ini mempunyai hubungan istimewa dengan YB Noriah Kasnon, Janda anak 5.

Di kalangan pemimpin Sungai Besar ramai yang sudah bercakap mengenai kemunculan sebuah kereta plat kedah KY 77 tetapi tidak ramai yang tahu ia merupakan kereta Pegawai Khas Perdana Menteri bernama Dato' Ghazali Ibrahim.

Hubungan intim ini sangat menjelikkan kerana ia muncul lewat-lewat malam jika Noriah berada di Kawasan. Malahan menurut SB, kereta ini juga sering kelihatan di sebuah kondo milik Noriah di ibu kota.

Malang sungguh Sungai Besar selepas ada Bapa Rasuah, ada pula Ibu Maksiat.

Noriah mesti keluar menyatakan adakah ia telah berkahwin dengan Dato Ghazali? Jika ia menafikan ada hubungan dengan Dato Ghazali, beberapa keping gambar yang intim dan mesra akan diterbitkan dalam blog ini.

Orang Sungai Besar sila perhati-perhatikan jangan nanti ahli parlimen pula kena tangkap basah.
 
Baca sini  dan Sini

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List