Peringatan Untuk Ke Berapa Kali.......??? PRU - PR Dah Sedia Ke...???

on Oct 19, 2010

PR dah sedia hadapi pilihan raya umum ........???





Berita Malaysian Insider hari ni bertajuk "Anwar dakwa SPR terima peruntukan 2010 RM250 kendali PRU-13" melaporkan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disediakan dengan peruntukan besar hampir RM250 juta untuk perbelanjaan tahun depan, didakwanya sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum tergempar.

Ramai yang tak terkejut. Dan selepas ini, saya rasa ramai juga yang tak terkejut jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membatalkan beberapa projek gila seperti Warisan Merdeka yang saya rasa akan jadi pusat penternakan jin tertinggi di dunia - sama seperti kerajaan menangguhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk kesekian kalinya sebelum ini.

Selepas itu, dalam gendang pilihan raya mereka, pak yet-pak yet Najib dan Umno akan menyalak sampai terkeluar anak rengkung dan mendakwa "inilah kerajaan yang pro-rakyat".

Bila Umno dan Barisan Nasional (BN) menang lagi pilihan raya dan terus memerintah, GST pun akan dihempuk atas kepala kita, subsidi akan direntap dengan lebih bengis, harga barang akan mengamuk sakan, tugu-tugu rasuah mencanak-canak naik untuk dijadikan pusat-pusat penternakan jin dan tambahlah sendiri apa lagi agenda mereka untuk menyembelih rakyat.

Memang, dalam menghadapi pilihan raya, saya tidak nampak walau satu parti pun yang tidak berpenyakit dalam negara ini. Semua parti ada penyakit masing-masing. Tetapi, saya yakin rakyat yang waras dan berakal tidak akan pilih parti yang sah-sah tidak boleh diubati lagi, iaitu Umno dan BN.

Masalahnya, saya melihat apa yang orang dakwa pernah berlaku di Terengganu dulu sedang berulang semula kini kepada hampir semua pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) di seluruh negara. Di Terengganu, orang mendakwa kemenangan 1999 menyebabkan orang-orang PAS kelihatan begitu asyik maksyuk dan tak habis-habis menikmati bulan madu hinggalah ke tahun 2004. Akhirnya, bila penyakit gila Pak Lah melanda rakyat Malaysia, PAS dihambat dari kekuasaan oleh undi rakyat Terengganu pada pilihan raya umum 2004.

Memang boleh menjerit-jerit fasal pengundi hantu dan apa saja yang mahu dijeritkan. Yang tak boleh diubah lagi ialah hakikat bahawa PAS kalah di Terengganu dan sesetengah pihak mendakwa perkara itu berlaku kerana orang-orang PAS Terengganu ber"honey moon" tak habis-habis sampai 2004. Tak perlu diceritakan tentang dakwaan imej "gong" para pemimpin PAS di Terengganu. Tidak semestinya dakwaan-dakwaan itu benar, tetapi ia tetap berlegar-legar hingga kini dan kenyataan yang ada di hadapan kita ialah PAS kalah di Terengganu.

Ambil satu contoh sikap honey moon tak habis orang-orang PR kini - kesemua parti kecuali DAP tidak memperlihatkan kesungguhan mendaftarkan pengundi-pengundi baru (dalam PAS, saya dengar hanya satu negeri yang bersungguh-sungguh buat kerja tu). Umno dok pulun sakan.

Selain itu, ketika Umno berjaya memperdayakan orang-orang Melayu dengan perkauman sempit Melayu, sehingga kini kita tak dengar PR tampil dengan battle cry yang memikat imaginasi rakyat (capture the rakyat's imagination). Bila ada battle cry, ia bukan sahaja boleh membangkitkan rakyat malah boleh membentuk pemikiran mereka. Lihat saja kesan yang dibawa oleh tema Muktamar PAS 1984 "Menggempur Pemikiran 'Asabiyyah". Sampai ke hari ini tetap terasa kesannya.

Dalam menghadapi pilihan raya, kalau pun hendak dianggap ada slogan PAS yang paling memikat ialah apa yang kita lihat dan gunakan dalam tahun 1999 - "Dulu Umno sekarang PAS". Itu pun bukan strategis PAS yang reka. Hamdan Syarikat An-Nahli yang reka slogan itu untuk sticker yang dikeluarkannya. Lepas itu, bukan sahaja peniaga-peniaga lain tiru slogan itu, pemimpin PAS pun tiru dan boleh diangap jadi battle cry.

Tahun 2008, PR menang di banyak tempat bukan kerana depa bagus sangat atau kerana rakyat suka sangat kat depa. Depa menang kerana kami, rakyat, benci sangat-sangat kat Umno dan BN. Masalahnya, sampai bila PR nak bergantung nasib kepada kebencian kami terhadap Umno dan BN semata-mata.?

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List