DARI MATA PENA MOHD SAYUTI OMAR.........???

on Oct 30, 2010

Coincidence Hari Jumaat 
Bertemu Tiga Bekas Penjawat Penting



KELMARIN berlaku lagi coincedence - pertemuan ringkas secara tiba-tiba yang cukup menyenangkan dengan tiga insan yang sedikit malang! Mereka ini adalah penjawat jawatan penting dalam politik negara. Saya sudah lama 'mencari' orang-orang ini ataupun ingin mengetahui di manakah mereka kini dan bagaimana mereka sihat atau pun tidak! Coincedence semalam sepertilah diaturkan begitu rupa.

Semuanya berlaku di perkarngan masjid Al Gurfran, di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ketika saya mampir untuk mendirikan solat Jumaat di masjid yang indah permai terletak di atas bukit kecil itu.

Sebenarnya sebelum ke masjid itu saya terlebih dahulu bertemu dengan Fauzi Zakaria yang pernah menjadi setiausaha akhbar Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dalam banyak setiusaha akhbar MB Kelantan, Fauzi inilah yang pendek tempoh perkhidmatnnya. Kalau tempohnya setahun lebih saja. Beliau adalah setiausaha akhbar MB Kelantan yang ketiga selepas Wan Ismail Wan Jusoh, kini Adun Melor.

Setiausaha akhbar MB Kelantan yang pertama ialah Husam Musa, kedua Wan Ismail Wan Jusoh, ketiga Fauzi (ini), keempat Suhaiba dan yang kini Ahmad Fadhli Shaari. Jika dilihat kepada pencapaian ternyata Husam berjaya meletakkan dirinya sebagai setiausaha akhbar Nik Aziz yang cemerlang beerdasarkan pencapaian Husam. Beliaulah setakat ini satu-satunya setiausaha akhbar yang kemudian dinaikkan pangkat menjadi setiausaha politik.

Lama saya mencari dan bertanya khabar si Fauzi ini. Ke manakah geranganya. Saya tidak pernah mengenalinya, kecuali nama dan semasa beliau menjadi SUA tidak pernah pun berjumpa dengannya. Cerita bagaimana beliau dipecat sungguh menarik dan seperti tidak masuk akal pula.

Katanya beliau hanya melakukan sedikit saja kesalahan kerana tidak menyiapkan ucapan kepada bosnya, Nik Abdul Aziz untuk satu majlis di stadium Sultan Mohamed ke VI Kota Bharu. Gara-gara itu menyebabkan MB itu panik kerana diminta berucap tetapi teks tidak disediakan. Nasib baik Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (bekas TMB) memberi teks ucapannya dapat menyelamatkan keaiban MB itu.

Selepas itu Fauzi tidak lagi berkhidmat sebagai SUA Tok Guru. Katanya beliau dinasihatkan berundur atau beliau sendiri mengambil keputusan berundur sebagai bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Insiden itu pada saya adalah tidak adil. Beliau baru melakukan kesalahan pertama. Apakah Tok Guru begitu marah dan tidak dapat mengawal kemarahannya? Ataupun pengunduran itu kerana ada orang lain yang kurang senang dengan Fauzi disebabkan dia dicopkan klik pihak tertentu. Dalam politik kroni diutamakan termasuk Pas.

Saya bertanya Fauzi mengenai kejadian malang itu. Beliau agak keberatan untuk menjelaskannya dan mahu melupai peristiwa itu. Tetapi beliau ada bayangkan bahawa beliau tidak mengetahui bahwa Tok Guru perlu berucap malam itu kerana itu beliau tidak menyediakan teks ucapan.

Jadi selepas itu beliau hilang dari arus politik Kelantan. Selama ini menurutnya merantau ke Arab Saudi menuruti isterinya yang bertugas di sana. Sambil itu beliau menyambungkan pelajaran di peringkat Phd di salah sebuah universiti di sana.

Sayang orang seperti Fauzi (foto)berperwatakan lemah lembut dan banyak ilmu dibiarkan begitu saja. Beliau adalah seorang pensyarah di Kolej Islam Sultan Ismail Petra (Kias) Seharusnya Pas menghargai modal insan yang dimiliki menerusi Fauzi itu. Kalau boleh Pas bertanyalah Fauzi dan beri peranan sewajarnya kepada beliau. Kalau beliau tidak cekap untuk jadi setiausaha akhbar, berilah tanggungjawab dalam pendidikan ataupun bidang lain yang mampu dikendalikannya olehnya. Bukan senang untuk Pas mendapat seorang ahli yang sudah memiliki fikrah perjuangan seperti Fauzi ini.

Iya, macam disusun atur oleh Allah pula, sewaktu saya hendak masuk ke pintu masjid al Gurfan tiba-tiba saya melihat sosok tubuh tinggi lampai berambut kerinting dan berkaca mata. Dia berjalan bersendirian penuh sentimental dan mungkin hatinya sudah tertempa ke masjid untuk berdepan Allah. Saya menegurnya dan bersalamnya dengannya. Sempat dilempar sebuah senyuman pahit-pahit manis, kelat-kelat daun kandis.

"Lama tak jumpa, semalam ana tengok gambar enta dalam buku Kickdefella.." saya cuba memesari dan menarik perhatiannya. Sambil menyambut tangan saya, dia hanya berkata; "jumpa tempat molek". Maksudnya berjumpa dengannya di pintu rumah Allah.

Dia tanpa membrek perjalanannya kerana mungkin sudah terdengar panggilan Tuhan bertalu-talu terus masuk ke dalam masjid untuk bersatu dengan malaikat. Orang ini juga seorang 'bekas' dan berkhidmat dengan MB Kelantan selama 10 tahun. Dia ialah Annual Bakri Haron, atau Anbakri.

Sudah lama juga saya mencari dan bertanya minda saya ke mana dia ini. Apa dia buat sekarang setelah meninggalkan Kota Darunaim. Saya menanti akan penerbitan buku-bukunya kerana semasa memberi alasan dia berundur dari menjadi Setiausaha Politik MB dulu dia ingin menerjunkan diri dalam dunia penerbitan secara komersial. Ataupun menunggu albumnya kerana dia juga dikatakan bisa mendedangkan lagu-lagu berbentuk seriosa.

Kemuncak kepada coincedence semalam ini selepas sembahyang Jumaat. Ketika menanti teman di kereta betul-betul di albab besar masjid itu, tiba-tiba terjenguk bekas Perdana Menteri ke 5, Abdullah Ahmad Badawi. Beliau melangkah perlahan sambil menerima sambutan salam dari orang ramai. Jalannya terpapah-papah. Begitu melihatnya saya menghampri dan bersalam dengan Pak Lah.

"Eh, apa habaq?" belum sempat saya bertanya, Pak Sudah sudah menghulurkan pertanyaan sambil tersenyum. Senyumannya masih juga seperti sebelum menjadi PM dan semasa menjadi PM. Saya bersalam dengannya dan menundukkan kepala tanda hormat kepada negarawan bergelar Tun.

"Baik. Pak Lah sihat ke?" tanya saya terharus kerana beliau masih mengingati dan mengenali saya.

"Ini kaki uzur sikit. Gaout..." belasnya sambil sedang menyahutkan seliparnya perlahan-lahan. Tangannya dipimpin seseorang. Munkin body gurdnya.

"Lama tak dengar khabaq, you sihat ke di mana sekarang?" tanya Pak Lah balik. Ayat inilah ada favourite Pak Lah.

"Sihat. Saya ada telefon Kamaruzman (Datuk bekas Setiausaha Akhbarnya), tanya hal Pak Lah, dan dia ada bagi nombor telefon, ingat nak jumpa Pak Lah," jelas saya sambil mengiringi dia berjalan keluar masjid. Pak berjalan terhinjuk-hinjuk, nampak sekali dia tidak berapa larat.

"Mailah rumah... boleh sembang-sembang," ajaknya.

"Memang nak jumpa Pak Lah, nanti saya konteks semula," balas saya.

Sejak dia jadi PM saya tidak pernah berjumpa dan hanya bersalam sekali saja semasa beliau merasmikan Koridoraya Pantai Timur (Ecer) bersama Tok Guru Nik Aziz. Selepas itu tidak berjumpa kecuali melihatnya dari kaca tv dan mendengar perkhabaran tentangnya menerusi kekawan.

Saya tidak merasa sedih kalaupun tidak berjumpa dan bersembang seperti dulu. Saya tahu beliau sibuk dan senantiasa ditunggui oleh tetamunya. Saya ingat masa Pak Lah bersendiri di buang oleh Mahathir dari kabinet Pak Lah seperti ahli politik dagang di negara ini. Tidak siapa mempedulikannya. Nasibnya macamlah nasib bekas setiausaha politiknya, Ramzi Abdul Rahman hari ini yang tidak dipedulikan sesiapa.

Walaupun Pak Lah dianggap sebagai PM yang paling lemah dan tidak berjaya tetapi saya tetap menghormatinya. Ada keistimewaan dan kelebihan kepada Pak Lah. Beliau berjiwa besar. Tenguklah walaupun beliau dikecam dan dikritik oleh Dr Mahathir beliau hanya mendiamkan diri, tidak menjawab. Seingat saya hanya sekali saja beliau membedal Mahathir, mungkin beliau hilang sabar.

Lepas itu mahathir terus menggodamnya tetapi Pak Lah bersikap berlapang dada dan mengambil pendirian untuk tidak membalas. Sikap itu akhirnya orang ramai menilai antara beliau dengan Mahathir, ternyata beliau lebih profesional atau matang.

Saya berharap sutau hari kami akan dapat bersembang seperti dulu-dulu semasa beliau belum menjadi PM dan semasa beliau tiada apa-apa jawatan. Hari ini beliau sudah kembali menjadi seperti orang biasa bolehlah saya mendekatinya untuk mengimbau kembali segala sukadukanya dalam politik. Saya percaya waktu ini tidak sukar untuk menemui Pak Lah kerana beliau kini sudah tidak dilingkungi orang para lalat dan langau politik.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List