Showing posts with label Minda. Show all posts
Showing posts with label Minda. Show all posts

Sedar Lah Dari Tidur Wahai Pemimpin Pakatan

on Oct 13, 2011


Najib Razak telah membacakan Belanjawan Malaysia 2012 di Parlimen. Siapa yang pasang telinga akan dapat mendengar. Siapa yang tak ada kerja lain yang lebih bermanafaat boleh membacanya. Tetapi majoriti rakyat dalam negara kita ini tidak ambil ‘pot’ – tak ambil endah. 

Tetapi masih banyak sosok-sosok yang tercabar apabila mendengar belanjawan ini. Mereka ini bukan ahli ekonomi atau pemerhati trend politik di rantau ini. Mereka juga bukan ajen Wikileaks, tetapi, saheh mereka tercabar. 

Kumpulan pertama yang merasa tercabar ialah para YB dari Pakatan Rakyat yang jarang datang ke Parlimen atau tidak membuat kerja di kawasan mereka. Kumpulan ini akan merasa pembacaan belanjawan ini adalah pembacaan tarikh tali gantung yang akan sampai ke leher mereka. Mereka merasa gundah gulana dan amat bersedih hati bila mendengar belanjawan ini.

Para pembaca jangan merasa sedih kerana ada satu lagi kumpulan yang cukup gumbira mendengar belanjawan ini. Sosok ini bukan meneliti dan mengkaji apa yang tertulis di kertas belanjawan. Semua ini tidak penting. Yang penting sosok ini merasa diri mereka cukup layak untuk menjadi YB. Bila belanjawan telah dibaca maka inilah tanda pilihanraya akan sampai. Justeru sosok ini wajib menonjolkan muka. Dengan baju batik berlengan panjang mereka akan bersadai datang ke forum-forum politik. Kalau boleh duduk dikerusi paling hadapan terutama jika ada pemimpin pusat hadir sama. Belanjawan untuk mereka ialah tanda untuk mula melobi mencari kerusi YB untuk bertanding.

Dalam masa yang sama para komentar politik di Warong Tom Yam Mek Jah tidak habis-habis berlabon tentang tarikh pilihanraya seolah-olah dirinya akan bertanding. Tulisan demi tulisan di akhbar muncul memberi komen tentang belanjawan dan pilihanraya. Di laman web dan di blog semuanya akan menganalisa dan memberikan pendapat bahawa belanjawan kali ini bertujuan untuk mengadakan pilihanraya.

Saya sendiri bersetuju bahwa pilihanraya umum akan sampai tidak lama lagi. Saya juga bersetuju bahawa belanjawaan ini adalah tandanya. Tetapi untuk saya Belanjawan 2012 memiliki tanda dan makna yang lebih dalam. Belanjawan ini untuk saya membawa makna dan tanda yang gelap.

Justeru, biar saya katakan disini secara jujur bahawa apa yang saya tulis ini adalah surah setan. Saya juga akan membawa khutubah songsang. Surah setan dan khutubah songsang ini saya tujukan kepada pembaca agar ianya dapat menerjah terbuka mata hati para pembaca sekelian. Saya ingin membawa para pembaca ke satu dunia yang amat gelap lagi jahat.

Untuk pembukaan bukan salam yang akan saya sampaikan tetapi kata-kata lucah: Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan kalah. Terperanjat? Tergamam?

Saya cukup yakin tentang kekalahan kerajaan Pakatan Rakyat ini. Jangan silap faham. Jangan silap anggap. Saya bukan musuh dalam seluar. Saya memiliki bukti dan hujah untuk mempertahankan surah setan saya ini. Saya memiliki sebab musabab kenapa saya berani membawa ayat songsang ini.
Untuk memahami ayat songsang saya ini para pembaca tidak perlu ke Havard atau ke Oxford untuk belajar ilmu politik. Cukup dengan membaca Utusan dan menonton TV3. Kerana itu saya ingin membawa para pembaca mengingati kembali laporan Utusan dan TV3 dimana terpampang berita Najib yang menyatakan bahawa Selangor wajib dirampas kembali. Kenyataan tentang Selangor ini wajib dikahwinkan dengan kenyatan Najib mengenai Putrajaya yang akan dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir.

Kenyataan Najib bermakna: Dengan apa cara jua Selangor wajib di rampas kembali. Para pembaca yang budiman jika tuan tuan tidak faham akan maksud kenyataan Najib ini maka saya tidak memiliki tonik politik yang boleh membantu. Untuk saya kenyatan Najib ini cukup terang, licin dan puteh – selicin dan seputeh pipi Khir Toyo yang baru di botox.

Kalau tuan pembaca masih kurang jelas biar saya sambung lagi. Najib Razak juga telah menggantikan Khir Toyo sebagai Ketua Perhubungan Selangor. Awal dahulu Najib telah melantik dirinya untuk menjadi Ketua Perhubungan Perak – ini sebelum rampasan kuasa berlaku. Peranan Najib dalam rampasan kuasa ini amat jelas. Tetapi di Selangor peranan Najib menjadi lebih penting dan lebih mendesak dari di Perak. Ini kerana tali gantung untuk Najib sedang terpasang di Selangor.

Umum mengetahui bahawa 3M – Mahathir, Mukriz dan Muhyiddin - sedang merancang untuk menjatuhkan Najib. Ini bukan lagi rahsia sulit yang hanya di ketahui oleh CIA dan Wikileaks. Satu negara tahu kesah ini. Najib sendiri pun sedar bahawa bontotnya selalu di bakar oleh Muhyiddin Yassin melalui kenyataan Muhyiddin yang lebih pro-Melayu. Manakala Mahathir Muhamad menibai Najib melalui budak suruhan yang bernama Ibrahim Ali. Biasanya suara Ibrahim Ali sama selari dengan pandangan dan suara Mahathir Muhamad.

Kumpulan dan tim orang-orang United Malay National Organisation yang benci kepada Najib tambah berganda-ganda apabila mereka melihat perangai dan gelagat Rosmah Mansor. Isteri Najib ini kadang kala berlagak seperti suami Najib. Rosmah telah mengambil alih peranan Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat. Shahrizat Jalil kini bertaraf Menteri Pengiring Rosmah. Malah Bernama telah melaporkan pada 6 Oktober lalu Rosmah Mansor telah sama duduk berbincang dengan Menteri Keewangan dan Gabenor Bank Negara untuk meneliti Belanjawan 2012 sebelum dibentang ke Parlimen. 

Apa yang saya maksudkan disini jika Najib - Ketua Perhubungan Selangor - gagal merampas Selangor maka tidak dapat tidak Najib akan diosong keluar seperti apa yang telah berlaku kepada Abdullah Badawai. Dalam bahasa yang lebih bersopan Najib Razak akan ditendang keluar oleh United Malay National Organisation. Najib amat sedar masa depan politiknya bergantung kepada Selangor. Jika Selangor tidak dirampas maka Rosmah tidak lagi berpeluang keluar di kaca TV untuk membuat ucapan Selamat Hari Raya. Dan leher Najib sendiri akan dipenggal.

Saya berharap tuan tuan pembaca yang budiman dan para penyokong Pakatan Rakyat tidak tersalah baca. Kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor bukan kerana kegagalan pentabiran Menteri Besar Khalid Ibrahim atau kelemahan para exco kerajaan Selangor. Selangor jatuh bukan kerana sokongan warga Selangor berkurangan. Atau pengundi Melayu lari dari Pakatan. Tidak.Tidak.Tidak. Malah sokongan warga Selangor makin bertambah – makin menyerlah. Warga Selangor semakin yakin dan selesa dengan pentabiran Pakatan Rakyat yang bebas dari rasuah.

Kalau warga Selangor sokong macam mana boleh jatuh? Hubaya hubaya pembaca sekelian. Kerajaan Selangor jatuh kerana satu perancangan licik sedang diatur untuk memastikan United Malay National Organisation akan berkuasa kembali di Selangor. Rancangan ini tidak ada sangkut paut dengan sokongan rakyat.

Untuk memahami ini saya bawa pembaca kembali ke tahun 1999 dimana Terangganu telah jatuh ke tangan Pas. Tetapi pada pilihanraya 2004 United Malay National Organisation sekali lagi berjaya merampas Teragganu. Bagaimana ini berlaku? Senang dan amat senang sekali. Bagini caranya: Secara tersusun didaftarkan pengundi-pengundi baru dari semua pelusuk. Pengundi baru ini didatangkan ke Terangganu. Bukan untuk semua kawasan – hanya di kawasan-kawasan yang diperlukan sahaja. Presto! Hasilnya Pas dapat dikalahkan.

Jangan terperanjat apabila saya nyatakan disini bahawa tim yang membuat pendaftaran pengundi baru di Terangganu di bawah pimpinan Idris Jusuh itu sedang bekerja siang dan malam mengatur pendaftaran pengundi baru di Selangor. Apakah para pembaca bebal sangat sehinggakan tidak dapat mengkaitan kempen pemutihan Pendatang Haram dengan kempen untuk menambah pengundi baru untuk United Malay national Organisation di Selangor? Semua ini satu perancangan yang disusun oleh Najib untuk memastikan Selangor kembali menjadi harta pesaka United Malay National Organisation.


Tetapi bagaimana semua ini berkait dengan Belanjawan 2012? Apa hubungan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor degan Belanjawan 2012. Sebenarnya tidak ada hubungan secara langsung. Tanpa Belanjawan 2012 ini United Malay National Organisation dan Barisan Nasional akan terus juga berkuasa di Putrajaya. Dan Selangor tetap akan jatuh.

Peranan Belanjawan 2012 yang dibacakan oelh Najib ini hanyalah tipu helah untuk menunjukkan kepada umum bahawa melalui Belanjawan ini rakyat telah tertarik kembali untuk menyokong Barisan Nasional. Orang ramai telah meninggalkan Pakatan Rakyat kerana Belanjawan dan janji-janji Najib amat menariik. Poorah – semua ini bohong. Kajian demi kajian telah dibuat. Rakyat Malaysia semakin benci dengan kerajaan Najib Rosmah ini. Ini hakikat.

Satu lagi straterjinya ialah mewarwarkan Belanjawan yang penuh dengan hadiah dan kenaikan gaji dan bonus. Seolah-olah semua rakyat akan bertandak dan berjoget dengan Belanjawan ini. Sedarlah bukan semua pengundi pegawai kerjaan. Bukan semua pengundi bekerja makan gaji. Justeru Belanjawan ini adalah tabir hitam untuk mengabsahkan kemenangan seolah-olah rakyat kembali menyokong Barisan Nasional. Belanjawan ini adalah sandiwara untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa United Malay Nationalm Organisation melalui Belanjawabn 2012 telah berjaya menarik kembali hati para pengundi.

Terimalah hakikat bahawa Belanjawan 2012 ini hanyalah tabir hitam untuk mentutup kerja jahat yang sedang berjalan sekarang. Kerja jahat yang saya maksudkan ialah pendaftaran Mat Bangla dan Mat Indon yang diberi hak untuk mengundi. Sayugia diingati – di Selangor – United Malays Natioanl Organistgaion hanya memerlukan 9 perubahan kerusi. Ini cukup senang. Di kawasan dimana Barisan Nasional kalah dibawah 2000 undi akan didatangkan pengundi baru. Mat Bangla dan Mat Indon akan bertanggung jawab memenangkan United Malay National Organisation dan bukan Belanjawan. Khalas. Period.

Para pembaca budiman – surah setan saya ini bertujuan untuk memberi ingatan bahawa rancangan licik ini sedang berjalan rapi. Surah ini saya tujukan kepada yang berbaju batik berlengan panjang yang sedang melobi kerusi untuk bertanding. Khutubah songsang ini juga saya harapkan akan membuka mata para YB Pakatan Rakyat agar mereka sedar bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan jatuh bukan kerana pengaruh Belanjawan 2012 tetapi kerana Mat Bangla dan Mat Indon. Ini belum lagi diambil kira 87,000 undi pos baru yang sedang diaTUR. Inilah hakikat realpolitik yang wajib diterima.


Sumber Atikel
Photobucket

Turki-Israel: Retak Menanti Belah

on Sep 8, 2011




Pada 31 Mei tahun lalu,  komando Israel menyerang Mavi Marmara, salah sebuah kapal  flotila Gaza,    mengorbankan  sembilan nyawa, dengan lapan daripadanya rakyat Turki, manakala seorang lagi, rakyat Amerika keturunan Turki, dan berpuluh-puluh orang cedera.   Berikutan kejadian itu, Turki memanggil pulang dutanya dari Baitulmuqqadis, menghentikan latihan ketenteraan dengan Israel,  dan melarang pesawat tentera Israel menggunakan ruang udaranya.  Turki juga mengancam untuk memutuskan semua hubungan diplomatik jika Israel enggan memohon maaf, membayar pampasan kepada keluarga mangsa, dan menerima penyiasatan antarabangsa. Israel pula bertindak memanggil balik penasihat tenteranya dari Turki dan memberikan amaran rakyatnya melawat Turki, negara Islam  yang pernah menjadi sekutu padunya.  Israel juga enggan membayar pampasan atau memohon maaf.

Ketegangan hubungan antara kedua-dua buah negara itu mencapai tahap yang jarang-jarang berlaku.  Akibat yang tidak diduga daripada keganasan Israel itu  bukan sahaja mencetuskan kutukan dan kemarahan dunia, tetapi juga mendorong akhbar Israel, Haaretz mengisytiharkan "flotila Gaza mengemudi Israel ke dalam lautan kebodohan."  Serangan flotila Gaza ditafsirkan minggu yang mengubah politik Timur Tengah.  Tindakan Israel itu mencetuskan kemarahan antarabangsa, menggoncangkan hubungannya dengan sekutunya, Turki dan Amerika, dan mungkin membentuk semula diplomasi di rantau itu. 

Israel yang enggan memohon maaf kepada Ankara mereka-reka pelbagai alasan untuk mewajarkan dan menghalalkan tindakan komandonya itu. Setelah berbulan-bulan, akhirnya Israel dikatakan  membuat keputusan yang betul dengan memaklumkan bahawa negara itu akan bekerjasama dengan penyiasatan yang diketuai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

Editorial The New York Times pada awal  Ogos tahun lalu menulis dengan penuh harapan bahawa penyiasatan yang telus dan boleh dipercayai mempunyai peluang untuk meredakan kemarahan antarabangsa terhadap peristiwa serangan itu dan mula membaiki hubungan Israel-Turki yang retak.  "Selama enam minggu selepas peristiwa flotila itu, Israel dan Turki saling mengancam antara satu sama lain dan terjebak ke dalam tangan golongan pelampau dan hampir-hampir memburukkan hubungan antara kedua-dua buah negara." 

Sesetengah anggota Kongres Amerika menambahkan lagi ketegangan dengan gembar-gembur anti-Turki dan mengancam untuk menghukum kerajaan Turki.  Editorial The New York Times pada awal Julai,  yang bersungguh-sungguh meredakan ketegangan,  mengingatkan bahawa Israel, Turki, dan Amerika Syarikat semuanya menanggung kerugian jika keadaan ini berterusan.  Turki ialah negara Islam pertama yang mengiktiraf  Israel.  Perdagangan antara kedua-dua buah negara mencecah AS$2.5 bilion pada tahun 2009.  Sebagai negara sekular, demokrasi pasaran bebas yang berkembang maju, dan anggota Nato, Turki mempunyai minat yang kuat terhadao kestabilan Timur Tengah dan mempunyai hubungan rapat dengan Barat.

David Ignatius yang  mengulas  keterlanjuran tindakan Israel  itu menulis, "dengan menyerang flotila, Israel memilih pergaduhan dengan Turki, musuh yang lebih berbahaya daripada Hamas.  Pergaduhan menjadi bergelora untuk beberapa tahun lalu, Turki kini cuba mencabar hegemoni Israel sebagai kuasa besar tempatan.  Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan ialah populis Muslim dengan amanat berkarisma:  Kami tidak akan membenarkan Israel memperkotak-katikkan kami.  Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad selalunya menjadi  pelawak, sebaliknya Erdogan adalah  benar-benar  keras jika musuh tidak menentu."


Ketegangan yang memuncak dalam hubungan Turki dengan Israel, seperti yangdicatatkan oleh Huge Pope, mencapai nadir minggu itu berikutan tindakan Israel membunuh orang Turki dalam flotila bantuan ke Gaza, membangkitkan persoalan baru tentang keseimbangan yang Turki cuba tunjukkan antara sekutu lama Barat dengan statusnya sebagai kuasa yang sedang meningkat di Timur Tengah.  Pope mengesani bahawa Turki sejak beberapa tahun kebelakangan memainkan peranannya untuk mewujudkan kestabilan di rantau itu:  menjadi tuan rumah perbincangan  mesra antara Israel dengan Syria pada tahun 2008.  Satu demi satu, Turki bersetuju dengan Syria, Lubnan, Jordan, dan Libya untuk melaksanakan perjalanan tanpa visa, untuk membuka jalan raya baru, landasan kereta, dan rangkaian komunikasi, untuk menyepadukan infrastruktur tenaga, untuk menandatangani perjanjian perdagangan bebas, dan untuk mengadakan mesyuarat kabinet secara tetap.  Pengaturan yang sama dipersetujui dengan negara lain di rantau itu.  Turki secara eksplisit meniru pengajaran daripada Kesatuan Eropah yang membuktikan bagaimana pertempuan sedemikian boleh menamatkan kitaran konflik.  


Walau bagaimanapun, Huge Pope menegaskan bahawa pertikaian Turki dengan Israel itu  bukannya  bukti kebencian orang Turki terhadap Barat.   Langkah yang diambil oleh Turki itu tidak juga hanya Timur Tengah atau dasar "Islamik," kerana idea keterbukaan yang lebih luas dan integrasi ini diterapkan untuk hubungan dengan Rusia dan Greece.  "Tidak juga," tulis beliau, "bermakna apa-apa perubahan fundamental dalam pendirian asas Turki terhadap Eropah dan Barat."  Pope menarik perhatian baahwa lebih separuh eksport Turki ke Eropah.  Negara Kesatuan Eropah mencatatkan 90 peratus pelaburan asing di Turki, dan lebih empat juta orang Turki telah pun tinggal di Eropah.  Secara perbandingan,   negara Timur Tengah menerima kurang daripada 25 peratus eskport Turki, mencatatkan hanya 10 peratus pelancongnya, dan menyumbangkan paling banyak 200,000 pekerja imigran.


Meskipun lebih setahun berlalu,  tindak-tanduk Israel bukan sahaja  menyebabkan  keberangan Turki semakin menjadi-jadi, bahkan hubungan antara kedua-dua buah negara  kian  runcing dan genting. Dengan terbitnya laporan penyiasatan PBB pada awal bulan ini, meskipun belum disiarkan secara rasmi, Turki betul-betul memperlihatkan kemarahannya terhadap Israel, yang hubungan antara kedua-dua buah negara itu mencapai zaman keemasan pada tahun 1990-an.  Menurut laporan itu, serbuan Israel terhadap flotila ke Gaza yang diketuai oleh adalah "berlebih-lebihan," tetapi menyatakan bahawa penganjur flotila adalah semberono dan sekatan tentera laut Israel  di  Gaza adalah sah. 


Turki bertindak balas terhadap laporan yang bocor itu dengan pengumuman bahawa Ankara mengusir utusan Israel di negara itu dan akan memotong hubungan ketenteraan dengan Israel, meletakkan hubungan antara bekas sekutu itu pada titik terendah dalam masa 30 tahun.  Turki  terus mendesak Israel memohon maaf kerana kematian tersebut, manakala negara Yahudi itu mati-matian enggan tunduk pada desakan itu, meskipun menerima tekanan yang signifikan daripada Presiden Barack Obama.  Bekas ketua perwakilan  Israel di Turki, Alon Leil dipetik sebagai memberikan amaran bahawa risiko krisis diplomatik merebak ke Jordan dan Mesir.  Keadaan ini merupakan tamparan diplomatik yang sangat serius terhadap Israel.  Jika Mesir dan Jordan mengikuti langkah Turki itu, Israel tidak lagi mempunyai duta di Timur Tengah. 




Seterusnya, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengancamuntuk memperluas sekatan terhadap Israel, yang beliau tuduh berkelakuan seperti "budak mua" dan mengesahkan bahawa beliau mempertimbangkan lawatan yang sangat sensitif dari segi politik ke Gaza pada awal minggu depan. Krisis dalam hubungan Israel-Turki semakin dalam apabila Erdogan memberitahu bahawa kerajaannya "menggantungkan sepenuhnya" hubungan industri pertahanan selepas Israel enggan memohon maaf atas serangannya yang menyebabkan kematian ke atas flotila Gaza 15 bulan lalu.  Beliau juga memaklumkan bahawa kehadiran tentera laut Turki diperkukuhkan lagi demi memastikan "kebebasan pelayaran" di Mediterranean Timur dan mengisytiharkan:  "Hubungan perdagangan, hubungan ketenteraan, berkenaan hubungan industri pertahanan, kami menggantungkan semua hubungan itu dengan sepenuhnya."


Melihat keberangan Edorgan itu selepas empat hari berdiam diri,  "adakah beliau mahu membakar jambatan?" tanya Murat Yetkin dalam  Hurriyet:  Daily News. Dengan mengutuk Israel sebagai "budak mua" di rantau itu, khalayak Turki mendapat mesej bahawa ungkapan untuk bermaksud bahawa Amerika Syarikat yang memuakan Israel.  Erdogan sementara menggasak Israel,  mengkritik Amerika Syarikat secara tidak langsung. 


Dalam melihat gelas separuh penuh dalam hubungan Turki-Israel, Barcin Yinancpercaya bahawa perkara baik tentang terjejas hubungan dua hala itu adalah bahawa akan terbukti sebagai pengajaran untuk kedua-dua belah pihak.  Peristiwa Mavi Marmara telah memberikan pengajaran kepada "beberapa orang" dalam kedua-dua kerajaan. Di Turki, tegas beliau, beberapa orang sedar bahawa Turki tidak boleh memejamkan mata terhadap Mavi Marmara, yang hari ini hampir memenuhi matlamatnya menjadi "pembikin permainan" di rantau ini.  Hakikatnya, Mavi Marmara tidak menetapkan pelayaran untuk kali kedua adalah bukti bahawa pengajaran itu diperoleh daripada pengalaman lalu.  Di Israel pula, sesetengah orang sedar bahawa tidak seperti seluruh dunia Arab atau sesetengah negara Eropah, anda tidak boleh lepas dengan mudah daripada Turki sebaik-baik sahaja anda bergaduh dengan negara itu. Itulah sebabnya anggota penting Kabinet Israel mencadangkan memohon maaf.


Kerajaan Israel, dengan membuat keputusan enggan memohon maaf, dikatakanmembuat keputusan strategik yang merisikokan hubungan dengan teruk.  Sementara kerajaan Turki juga, dengan langkah yang diumumkannya, bertindak balas dengan cara yang sama.  Kedua-dua kerajaan menyampaikan mesej kepada dunia bahawa kepentingan negara mereka terlalu konflik. 


Walau bagaimanapun, sebaik-baik sahaja terdedahnya laporan penyiasatan PBB itu, editorial The Guardian mengingatkan bahawa Turki dan Israel belayar ke dalam air berombak.  Dan, sekali lagi Israel memilih kemenangan taktikal mengatasi hubungan strategik. "Turki semakin menjadi interlokulator penting di dunia Arab, yang kehilangan diktator, iaitu Mubarak, Gaddafi, dan Ben Ali,"  editorial itu mengingatkan. "Anda mungkin tidak bersetuju dengan tindakan yang Turki ambil, tetapi tiada negara lain di rantau itu, termask Iran dan Syria, yang tidak menggunakan khidmatnya."


Dalam blog "Global Spin," Tony Karon mengakui keretakan hubungan Turki-Israel tidak dapat diperbaiki dalam masa terdekat dan bukan sekadar berpunca keengganan Israel memohon maaf.  Turki, selain sejak akhir-akhir ini merapatkan hubungannya dengan negara Islam, seperti Iran, Syria, dan Palestin, tegas beliau, tindakan Turki juga menunjukkan rasa tidak sabar antarabangsa yang semakin menjadi-jadi dengan dan kehilangan kepercayaan terhadap Washington dalam menangani konflik Israel-Palestin. 


Demikian juga Yigal Schleifer yangmenulis  dalam Foreign Policy bahawa keterhakisan hubungan secara berterusan antara dua bekas sekutu ini bukannya bermula dengan peristiwa Mavi Marmara, tetapi bermula dengan serangan Israel ke atas Gaza yang bermula pada Disember 2008.  Bagi Turki, pendudukan Israel yang berterusan di wilayah Palestin (terutamanya Gaza) dianggap sebagai sekatan utama ke arah mewujudkan jenis orde serantau yang lebih harmoni yang Ankara bayangkan.  Bagi Israel pula, tindakan Turki mendampingi Hamas di Gaza, Presiden Bashar al-Assad di Syria (sekurang-kurangnya sebelum tindakan keras beliau kini), dan rejim Iran semuanya membuktikan bahawa kerajaan Islamis sederhana, iaitu Justice and Development Party (AKP) dengan pantas bergerak menyertai "paksi penentangan" serantau terhadap Israel.


Kedua-duanya, iaitu Turki dan Israel sedang berlumba-lumba mengejar hegemoni di Timur Tengah.  Meskipun antara Turki dengan Israel  itu pernah terjalin hubungan yang erat, akhir-akhir ini, kedua-dua negara itu saling meragui antara satu sama lain.  Walau bagaimanapun, Israel lebih memerlukan Turki, dan bukan sebaliknya, lebih-lebih lagi dengan tercetusnya Pemberontakan Arab.  Turki yang dikatakan sebelah kaki di Eropah, manakala sebelah lagi di dunia Islam, semakin memperlihatkan kehadirannya di dunia Islam, antaranya kerana kegagalannya menganggotai Kesatuan Eropah.  Langkah dan tindakan Turki sejak akhir-akhir ini dilihat sebagai kebangkitan semula Empayar Ottoman.  


Oleh:  ZULKIFLI  SALLLEH
Photobucket

Mengapa PAS bersahabat dengan DAP...?

on Aug 29, 2011




Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sudah terkenal dengan pendekatan ceramah beliau yang acap kali diselit jenaka dan sidiran tajam – salah satu kepakaran beliau.

Inilah yang membuatkan beliau sentiasa dekat dengan rakyat bawahan, selain kerap turun padang dan suka bersembang dengan mereka. Adalah suatu lumrah alam seperti pejuang rakyat yang lain, perjalanan beliau dipenuhi ranjau dan duka serta pahit manis.

Tokoh yang popular dengan gelaran Mat Sabu yang penuh kontroversi ini, masih bertongkat akibat sikap agresif polis sewaktu bermotosikal ketika perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Walau pun begitu, dengan pengalaman beliau yang pernah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan sudah beribu kali difitnah media kawalan Barisan Nasional, beliau masih selamba dan bersemangat ketika Roketkini bertemu dengannya di sebuah restoran di ibu kota selepas berbuka puasa baru-baru ini.

Hubungan PAS-DAP


Penuh santai dan selesa, dan restoran pula berkumandang didendangan pula dengan lagu-lagiu Hari Raya, perbualan kami tidak menyentuh langsung tentang Aidilfitri. Dalam wawancara itu, antara yang disentuh adalah merayakan kepelbagaian budaya di antara DAP dan PAS – dua parti pembangkang pusat paling aktif.

Begitu pun, perbualan singkat kami penuh makna, dek kejujuran dan kenyataan beliau yang bersifat kritis tetapi lembut, langsung menyerikan suasana Aidilfitri yang bakal menjelma.
Bila disoal tentang perkembangan hubungan kerjasama parti komponen dalam Pakatan Rakyat, terutama di antara DAP dan PAS, Mat Sabu menjawab mudah bahawa selepas tsunami politik 2008, hubungan itu menjadi semakin akrab.

“Hubungan sangat baik sehingga diari saya penuh dengan jemputan DAP. Saya hairan kenapa DAP gemar dengan saya. Inilah realiti yang saya hadapi,” jelasnya.
Bagaimana pun beliau masih kritikal tentang keakraban hubungan ini. “Adakah kita berpuas hati dengan hubungan baik ini? Bagi saya, belum. Kita sentiasa harus memperbaiki lagi dari masa ke semasa.”
Ibarat berumah tangga, katanya, DAP dan PAS akan sentiasa berselisih pendapat walau bersama pendirian dalam banyak perkara.

“Inikan pula sebuah parti yang besar dengan latar belakang yang agak berlainan. Kita sentiasa mesti mencari jalan, berusaha dan setakat ini, PAS, DAP, dan PKR bersetuju dalam dasar bila mengambil alih pemerintahan, dan membuat pembaharuan kepada rakyat Malaysia, tidak akan mengetepikan sama sekali Perlembagaan Malaysia,” sambungnya.

Menyentuh tentang hubungan peringkat akar umbi antara DAP-PAS pula, Mat Sabu mengaku berasa terkejut kerana menurutnya selama 32 tahun penglibatan dalam politik, beliau sendiri seolah-olah sudah berada di alam lain apabila melihat evolusi hubungan antara kedua-dua parti itu.
“Kalau di peringkat awal sebelum wujud hubungan erat ini, kami sendiri dalam PAS, kalau kata tengok muka Lim Kit Siang, kalau boleh tak mahu tengok langsung… Apa beliau cakapkan kita pun tak tahu (ketawa). Tetapi bila kita damping dia, kita nampak ada sesuatu…

“Sekarang saya macam dalam alam yang lain kalau dibandingkan dulu yang mana perkauman cukup tebal. Sekarang, rakyat boleh duduk dalam suasana yang saya andaikan kalau perpaduan ini pecah, agak sukar untuk dipulihkan,” katanya.

Menurut beliau, teras perjuangan Islam PAS melalui Negara Berkebajikan dan asas demokrasi sosial DAP mempunyai banyak persamaan untuk kesejahteraan rakyat, terutamanya dalam usaha mewujudkan peluang saksama untuk semua.
Tambahnya, hanya mereka yang dangkal fikiran akan menuduh PAS menggadaikan Islam kerana Islam itu adil untuk semua umat manusia.

Budaya


“Dalam pilihan raya, nak ambil hati pengundi terlalu berlainan budayanya. Cina lain, Melayu lain, India lain, Kadazan lain, Iban pun lain,” katanya bila diaju mengenai perbezaan budaya antara masyarakat di Malaysia.
Dalam keadaan yang lebih khusus, beliau member contoh tentang perbezaan budaya dan amalam politik di antara PAS dan DAP di mana baginya, DAP tidak perlu banyak ahli atau banyak cawangan seperti PAS.
Katanya, kaum Cina lebih menumpukan kepada isu sementara orang Melayu lebih kepada pendekatan.

“Saya beri contoh, Ahli Parlimen kaum Melayu, dia selalu melawat kampung, pergi kenduri, ziarah orang meninggal dan di Parlimen dia tidak cakap apa pun, tetapi orang kampung boleh terima dia.
“Tidak pula dalam kalangan masyarakat Cina, mereka hendak lihat apa wakil rakyat mereka perjuangkan untuk mereka sama ada di peringkat DUN atau Parlimen,” katanya sebelum menyambung menghirup kopi.
Jadi, tambah beliau, sebaik meletak cawan kopinya, kerjasama itu perlu berterusan dengan mencampuradukkan budaya yang berlainan ini.

“(Pengerusi DAP) Karpal Singh misalnya, sebelum dia berkerusi roda. berapa kali dia balik dalam setahun ke kawasan Parlimen dia? Tetapi rakyat tetap pilih dia, bukan sebab nak tengok dia pergi makan kenduri, melawat orang, tetapi orang nak tengok otak dia, kata-kata dia, perjuangan dia di Parlimen. Begitu juga dengan Lim Kit Siang.

“Berbanding pula dengan masyarakat Melayu, ia lebih konservatif. Inilah hasil pendekatan Kemas, pendekatan sogok duit, bantuan yang buat UMNO bertahan begitu lama,” jelasnya sedikit tegas.
Bagaimana pun, beliau tidak merujuk kepada semua Melayu, jelasnya, seperti di Kelantan, pemikiran orang Melayu di sana agak unik.

“Di Kelantan, orang yang dilihat perlu ada di Parlimen, mereka akan undi walau pun tak pernah jumpa atau bersalam atau berpeluk dengan kita,” katanya.
Tambah Mat Sabu, budaya ini yang perlu digabungkan untuk memastikan perpaduan di kalangan rakyat berbeza kaum dan budaya.

“DAP perlu faham budaya orang Melayu dalam PAS, dalam UMNO, dalam PKR, dan Melayu kena faham budaya Cina dan kaum lain,” jelasnya.
Menurutnya, kadang-kadang DAP cuma ada satu cawangan sahaja tetapi boleh menang pilihan raya kerana DAP menyentuh tentang soal dasar berbanding tentang pendekatan.
“Jadi pemahaman budaya yang berbeza dan kerjasama ini, kita mesti berdasarkan dua budaya ini,” katanya.

Media


“Kata sesetengah orang, media is the new god. Tuhan baru. Media yang menentukan arah fikiran masyarakat awam,” jelasnya bila disoal tentang peranan media yang membentuk persepsi masyarakat.
Beliau berkata orang Melayu sensitif terhadap isu agama, raja, dan isu-isu kaum Melayu sendiri.
“Sebab perkara ini telah di pupuk begitu lama sejak sebelum dan selepas Merdeka. Misalnya ditubuhkan Askar Melayu Diraja untuk menjaga orang Melayu.

“Kemudian UMNO itu sendiri mencanang untuk jaga Melayu. Jadi, sebarang pengurangan kuasa UMNO, dianggap sebagai pengurangan kuasa Melayu. Perkara ini kita kena lawan sebab saluran media terutama dalam dunia ketiga, memang dikawal pemerintah,” ujarnya.

Beliau memberi contoh manipulasi media di peringkat antarabangsa mengenai kebangkitan rakyat di Syria.
“Amerika sokong rakyat untuk jatuhkan kerajaan diktator. Sedangkan di negara Arab, mana ada negara demokrasi. Amerika tak beritahu mereka nak tumbangkan kerajaan Bashar al-Assad (Presiden Syria) kerana kerajaan itulah yang membuka tapak kepada pejuang-pejuang Palestin, Hamas, dan Hisbullah.

“Amerika nak serang bukan sebab demokrasi. Yang paling tiada demokrasi, Arab Saudi itulah, dilindungi pula oleh Amerika. Malah difahamkan bala tentera Arab Saudi masuk ke Bahrain, membunuh rakyat Bahrain yang bangkit menentang kerajaan zalim. Tapi media tidak liputi kes ini, maka isu ini tidak jadi besar.
“Jadi, begitulah juga kita di Malaysia,” jelasnya panjang lebar, masih berlemah lembut.

Mat Sabu mengakui usaha untuk Pakatan Rakyat memecahkan persepsi yang dibentuk oleh media kawalan BN itu bukan perkara mudah.
“Saya ambil contoh di Terengganu, naik sepanduk di banyak tempat, ‘Kalau UMNO kalah, DAP akan menang.’ Padahal DAP tidak bertanding langsung di Terengganu. UMNO guna cara ini kerana dia anggap Melayu di Terengganu tidak bijak.

“Sementara kita seronok di Kuala Lumpur, dengar ceramah, pergi forum, tapi kita lupa orang di Rompin, di Baram, di Kanoit, di Jeli… Pergantungan mereka hanya kepada RTM, TV3. Semua itu berita UMNO dan BN saja yang paling baik di dunia. Ya, memang bukan mudah melawan persepsi ini.”

Melayu dan DAP


Baru-baru ini timbul isu kononnya Mat Sabu akan bertanding di Parlimen Bukit Bintang yang selama ini menjadi kubu kuat DAP.
Beliau secara berhemah, menafikan akan bertanding di Bukit Bintang.
“Apa yang saya sebut dalam wawancara dengan sebuah  akhbar ialah, andai saya dipilih bertanding di Bukit Bintang, dan jika DAP tak bertanding menentang BN, saya yakin saya boleh menang di situ.
“Maksudnya, yang hendak saya sampaikan ialah, keyakinan masyarakat Cina kepada PAS,” jawabnya mudah.

Namun, beliau menjelaskan keadaannya berbeza dengan masyarakat Melayu kerana mereka belum yakin penuh dengan DAP.
Oleh itu, Mat Sabu akui sebagai rakan dalam Pakatan, PAS yang harus melipatgandakan usaha meyakinkan Melayu tentang DAP, selain usaha DAP sendiri.

Jeas beliau lagi, DAP mempunyai medium seperti lidah rasmi Rocket edisi Bahasa Melayu dan laman web Roketkini yang juga dalam Bahasa Melayu, yang boleh diperluaskan capaiannya kepada masyarakat Melayu.
“Itu salah satu usaha untuk menarik Melayu memahami DAP. Melalui medium itu, orang Melayu akan beri tumpuan bila, contohnya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, sahabat baik saya, memberi semula elaun kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun agama, guru KAFA, elaun imam, bilal semua naik dan kemudian beri pula elaun kepada orang hafal al-Quran,” katanya.

Jelas Mat Sabu, semua ini harus sentiasa diberi publisiti kerana perlu untuk DAP menghakis tuduhan UMNO dan rakan-rakan pelampaunya bahawa DAP bukan parti anti-Islam, bukan parti Cina.
“Media kawalan BN seperti lidah rasmi UMNO Utusan Malaysia, TV3, atau RTM memanglah tidak beri liputan. Tetapi kita yang kena bagi tumpuan lebih, sebab kalau benda ini tersebar luas kepada rakyat, orang Melayu tak akan takut lagi dengan DAP bila DAP bersama Pakatan Rakyat memerintah, mereka tak rasa apa-apa.
“Tapi kita kena kerja lebih kuat,” tambahnya.

PAS pikul beban DAP?



“Ya! Kawan-kawan dalam DAP kena faham, bila PAS kerjasama dengan DAP, kami yang menerima beban daripada DAP. Bukan kerana apa, kerana lebih 50 tahun rakyat telah didoktrinkan bahawa DAP ini kafir, DAP ini Cina, DAP ini komunis.
“Kami yang teruk menghadapi tekanan dari UMNO, Perkasa dan badan-badan lain. Kami yang kena pikul beban ni,” katanya.

Menurut Mat Sabu, perkara pertama PAS perlu lakukan ialah meyakinkan ahli-ahli sendiri dan yang kedua, meyakinkan NGO-NGO Islam dan Melayu.
Katanya, Melayu bandar tidak ada masalah mengundi DAP sebagaimana dibuktikan  pada pilihan raya umum lalu di mana DAP menang besar di di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
“Selain Melayu kampung, jangan lupa pula dengan Melayu yang bekerja dalam sektor kerajaan. Ini kerana mereka telah didoktrin oleh Biro Tata Negara, yang peruntukannya lebih RM500 juta termasuk Jabatan Penerangan.

“Pegawai-pegawai kerajaan ini berjumlah 1.2 juta yang mana 80 peratusnya Melayu. Kalau 70 peratus dari Melayu itu katakan Melayu UMNO, mereka boleh pengaruhi lagi keluarga mereka.
“Itu juga satu blok yang besar yang perlu kita hadapi, iaitu pegawai kerajaan,” katanya.

Kelemahan


Bila Mat Sabu mengatakan bahawa kerjasama dalam Pakatan perlu dibaiki, ini juga bermaksud ada kelemahan.
Beliau memberi contoh kebanyakan keputusan awal oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat tanpa perbincangan dengan rakan komponen Pakatan lain.

“Contoh kalau Exco PAS nak umumkan sesuatu, kawan-kawan dalam DAP perlu dijelaskan supaya mereka bersedia dengan jawapan-jawapan. Begitu juga bila Exco DAP nak umum sesuatu, PAS perlu bersedia dengan jawapan.

“Sebab perkara-perkara sebegini akan timbul dari masa ke semasa kerana kita dalam masyarakat majmuk, berlainan agama dan budaya.
“Saya tak kata kita sembunyi perkara-perkara ini di bawah karpet tetapi kita mesti cari jalan penyelesaian,” katanya.

Tentang isu cadangan penutupan pusat hiburan di Kedah apda bulan Ramadhan, beliau berpendapat ia sebaik-baiknya dibincang di peringkat Pakatan Rakyat di Kedah.
“Beritahu dulu perlaksanannya. Tapi sebab diumumkan dulu oleh pegawai kerajaan, ia menyebabkan rakan-rakan Pakatan melenting. Akhirnya baru diberi penjelasan bahawa hanya untuk orang Islam sahaja.
“Itu pun selepas dua tiga minggu. Kita telah buang masa bergaduh kes kecil,” jelasnya.

Agama


Mengenai isu beberapa orang Melayu hadir pada majlis makan malam di gereja Metodis Damansara Utama (DUMC) di Selangor, Mat Sabu menjelaskan, PAS mengambil sikap berhati-hati kerana sedar ia adalah helah licik UMNO.

Bagaimana pun, beliau akui ada percanggahan pendapat di dalam kalangan PAS sendiri terutamanya kenyataan Pemuda PAS yang lantang “menyokong” serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap majlis makan malam itu.

Namun, jelasnya lagi. Ahli-ahli PAS tidak goyang pendirian mereka selepas diberikan penjelasan tentang perkara sebenar.

“Ada sesuatu yang istimewa dalam PAS ini. Apa-apa isu pun dalam PAS ini, bila timbul, kita dapatkan pandangan Mursyidul Am kita (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Presiden kita (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)” ujarnya.

Menurutnya, memang Pemuda PAS agak agresif dalam memberi pandangan “begitu begini” tetapi bila datang pandangan dari Nik Aziz dan Hadi, semua ahli terbuka hati menerimanya.
Memberi contoh isu penggunaan nama Allah dalam kitab Bible, Mat Sabu berkata, Nik Aziz dan Hadi telah banyak menyelamatkan keadaan di Malaysia dengan memgambil pendekatan Islam sebenar, iaitu mengetahui sepenuhnya butir-butir isu serta menanganinya dengan penuh cermat dan berhikmah.

“Bila pemimpin PAS pergi melawat gereja yang dibakar, dan jumpa paderi, dan ceritakan pula di negara-negara Arab, orang Kristian menggunakan nama Allah, jadi perkara ini mudah diselesaikan.
“Padahal kalau mereka hendak tiupkan semangat pergaduhan, memang senang ketika itu. Tetapi inilah Islam yang diamalkan oleh PAS demi keamanan dan kesejahteraan semua.”

Kisah dua sahabat


Mat Sabu mengkagumi Lim Guan Eng kerana sama prinsip dengan beliau sendiri, iaitu menentang rasuah dan penyelewengan serta mengambil sikap sederhana.
“Saya kagum dengan kesederhanaan beliau terutama dalam menjaga wang rakyat, berjimat cermat, dan dia tidak pernah mengatakan this is my right. Misalnya hak dia untuk naik kapal terbang business class, hak dia untuk tukar kereta baru, hak dia untuk duduk di rumah kerajaan.

“Itu adalah hak beliau, tapi beliau tidak guna hujah-hujah itu. Malah beliau setiasa bersederhana dan guna wang rakyat untuk rakyat, serta saya nampak pendapatan yang bertambah terutama RM88 juta pada tahun pertama memerintah dan pada tahun kedua RM77 juta, tanpa ada hasil-hasil balak dan hasil-hasil lain.
“Maknanya dia dapat menambah pendapatan melalui pengurusan. Ini yang saya rasa kagumlah. Nak kata puas hati 100 peratus, tidak,” katanya sambil ketawa.

Jelasnya lagi, bila sahabatnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan hasrat untuk memerintah seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah laksanakan cara itu setakat ini.
Guan Eng telah secara tidak langsung menunjukkan dasar DAP melalui kerja-kerja kuat beliau menjaga wang rakyat, ujarnya.

“Ini juga memang prinsip saya dan saya sokong prinsip beliau, iaitu amat tidak suka dengan rasuah dan penyelewengan,” katanya.
Secara berseloroh, Mat Sabu berkata beliau lebih berharta daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, dan selepas lebih tiga tahun Guan Eng mentadbir negeri, beliau masih tidak kaya-raya.

Mat Sabu melihat Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang tidak ada penyelewengan sama sekali.
“Setakat yang saya tahu lah. Yang saya tidak tahu, wallahualam. Maksudnya, saya nampak ini sebuah kerajaan yang baik dan beliau juga berjaya mendisiplikan kakitangan kerajaan, sehingga hampir semua majlis perbandaran yang dulunya rugi, sekarang sedang dan telah membuat keuntungan.
“Ini langkah baik yang saya akan bersama menyokong,” jawabnya.

Beliau mnejelaskan, DAP telah mengatasi jauh UMNO-BN dari sudut menjaga hak dan kebajikan orang Melayu dan Islam.
“Kalau yang apa bekas Ketua Menteri Pulau Piang Koh Tsu Koon lakukan dahulu, ternyata DAP sudah jauh ke hadapan, terutamanya dalam Jabatan Kerja Raya, lebih 90 peratus Melayu dapat projek secara sah dan berhak.

“Dalam Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, lebih 80 peratus. Dalam Jabatan Pengairan & Saliran Pulau Pinang, 100 peratus. Cuma yang tak dapat UMNO, itu yang mereka bising,” katanya.
Bagaimana pun, jelasnya, untuk memenuhi cita-cita Pakatan Rakyat untuk memberi keadilan dan peluang sama rata kepada semua rakyat yang susah, usaha perlu dipertingkatkan lagi.

“Sekarang ini tidak ada publisiti, yang ada cuma yang buruk sahaja dalam media kawalan BN.
“Tetapi membantu masarakat Melayu terutamanya mengenai penyediaan rumah kos rendah, ini mestilah dipertingkatkan lagi oleh kerajaan Pulau Pinang supaya tidak dituduh bahawa mereka yang mampu membeli rumah tinggi sahaja boleh berada di Pulau Pinang.

“Ini kita kena ingat, kalau penggal kedua nanti, jika diberi kuasa oleh rakyat lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat mesti tumpukan hal ini. Pembinaan rumah kos rendah mesti diperbanyakkan,” jelasnya mengakhiri perbualan kami.

Roketkini.com

Photobucket

ANTARA PROPAGANDA DAN FITNAH

on





29 OGOS – Sebagai ejen propaganda, media massa seperti lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia atau media milik rakyat yang dikongkong oleh kerajaan Barisan Nasional, iaitu RTM dan media kawalan BN seperti Media Prima yang menguasai TV3, Berita Harian dan New Straits Times, kerja mereka adalah memanipulasi berita atau maklumat bagi tujuan laba politik.

Dengan menyamar sebagai media massa yang mana lessen penerbitan ditentukan oleh UMNO-BN,  memang itulah kerja-kerja politik versi 1Malaysia.
Walau pun definisi propaganda itu adalah usaha memujuk orang ramai menyokong sesuatu pihak, bentuk propaganda yang dipilih oleh versi 1Malaysia ini hanya ada sejenis, iaitu fitnah.

Apa itu propaganda


Pada hakikatnya, propaganda adalah satu manifestasi kerja memanipulasi data atau fakta, baik nombor, ayat, frasa atau gerak-geri pelaku yang ianya digunakan untuk mempengaruhi sokongan umum menerusi persepsi.

Ia dilakukan secara sistematik dengan koordinasi yang cekap dan dengan penglibatan banyak pihak, baik secara profesional atau pun tidak. Matlamatnya ialah untuk terus kekal berkuasa atau mendapatkan kuasa.
Kerja memanipulasi data adalah kerja orang bijak pandai dan pakar dalam bidang tertentu, baik politik, sosial atau ekonomi. Manipulator atau propagandis bukan orang yang tidak bijak, mereka ini rajin membaca, mahir menganalisa dan faham tentang ramalan atau jangkaan kepada sesuatu tindakan.

Ini bermakna propaganda bukan kerja seorang pengampu yang gila glamor atau contract junkies atau pemfitnah yang jahil dalam segala ilmu pengetahuan.

Di Malaysia, inilah jenis propaganda yang menjadi pilihan UMNO-BN yang sengaja memilih untuk menjadi pemfitnah. Kerja menfitnah ini amat mudah berbanding kerja seorang propagandis terlatih yang wajib membaca dan menganalisa sesuatu bahan dengan mendalam.

Kerja menfitnah hanya memerlukan niat dan kreativiti untuk menyalin, menyunting, menampal dan menuduh seseorang secara sembrono. Kemudian, hasil kreativiti yang tidak lengkap ini akan digembar-gemburkan menerusi imej-imej panas atau sensasi di media mereka.

Memang dalam jangka pendek, fitnah busuk ini mungkin berjaya. Tetapi setelah kekal berkuasa atau mendapat kuasa melalui fitnah, pemerintah akan berhadapan dengan masalah sentimen dan kemarahan rakyat yang telah mereka api-apikan.

Lihat sahaja apa yang telah dan sedang berlaku di bumi Arab sekarang. Kenang semula apa yang berlaku di Soviet Union dan negara-negara satelit komunis pada zaman kejatuhan komunisme. Semua ini bencana fitnah sebagai propaganda.

Impian sebagai propaganda


Salah satu model propaganda yang tersusun yang boleh dijadikan contoh ialah sewaktu era Presiden Franklin D. Roosevelt sewaktu Amerika Syarikat menghadapi Perang Dunia Kedua (1939-45). Pada ketika itu kerajaan Amerika menggunakan agensi kerajaan, penulis dan karyawan, pembikin filem Hollywood, stesen radio dan media cetak untuk meyakinkan rakyat bahawa peperangan menentang Jerman Nazi dan Jepun adalah untuk survival hidup mereka demi mengekalkan cara hidup Amerika.

Cara hidup Amerika ini yang dikenali sebagai The American Dream benar-benar terkesan di jiwa rakyat negara itu yang semuanya dari keturunan imigran dari seluruh dunia.

Mereka mengisi makna itu sebagai cara hidup yang ideal, bebas dan merdeka berbanding sistem fasis, komunis dan lain-lain yang bersifat kuku besi yang mengekang kebebasan dan menindas.
Mesej untuk rakyat Amerika ialah idea cara hidup Amerika yang dianggap murni itu perlu dipertahankan dengan menghantar anak-anak muda Amerika pergi berperang di Eropah menentang tentera Nazi dan fasis Musolini dan kawasan Asia Pasifik untuk menumpaskan Jepun.

Bahan-bahan propaganda ini diteliti oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut. Ia melibatkan karyawan seni, penulis dan pengkritik dalam semua bidang. Sekali pun propaganda mereka tidak dapat lari elemen palsu dan fitnah, asas propaganda itu tetap ada justifikasi dan logiknya. Dengan makna lain, mereka bukan hentam keromo.

Jika boleh dibuat perbandingan di antara propaganda Amerika dengan propaganda Adolf Hitler, amat jauh dari segi kualitinya. Walau pun Hitler dikatakan pakar propaganda pada awal pemerintahannya sepanjang 1930-an, apabila Jerman mula menghadapi serangan balas tentera Bersekutu dan gerila rakyat Eropah sekitar 1943, pihak Nazi mula menggelabah.

Fitnah sebagai propaganda


Rata-rata propaganda Nazi tidak masuk akal, simplistik dan tidak ada asas-asas rasional yang kuat.
Propaganda Hitler lebih menyerupai kerja pembohongan dan fitnah.
Nazi mendakwa kaum Yahudi menjadi penyebab orang Jerman tidak maju, mahu merampas hak kulit putih dan sebagainya. Apabila Hitler mendapat kuasa pada 1933, jumlah penduduk Jerman ialah 66 juta sedangkan rakyat berketurunan Yahudi hanyalah 500,000 atau 0.008 peratus daripada keseluruhan penduduk negara itu.

Untuk membangkitkan kebencian Jerman terhadap Yahudi, dakwaan itu disertakan dengan pelbagai slogan termasuk propaganda bahawa hanya kaum kulit putih keturunan Arya yang menjadi tuan di bumi Jerman.
Apabila sebahagian rakyat Jerman mula percaya dengan slogan ketuanan kulit putih ini, ia memudahkan Hitler dan Nazi untuk meminggir dan menindas kaum Yahudi. Mulanya harta mereka dirampas, mereka diasingkan daripada mendatangi tempat-tempat yang dikhususkan untuk kulit putih dan pelbagai bentuk penindasan lain.

Apabila sebahagian besar rakyat Jerman sudah cukup benci dengan Yahudi kerana termakan fitnah dan yakin dengan propaganda bahawa merekalah bangsa tuan di bumi sendiri, mereka memejamkan mata apabila Hitler dan Nazi mula menyembelih kaum Yahudi secara beramai-ramai; semua ini dilakukan atas dasar ‘kewajipan’.

Kita dapat lihat dengan jelas ke mana arah tujuan hasil dari dari kerja fitnah ini. Sedangkan ia bermula dari fitnah yang dianggap kecil dan tidak logik. Daripada sekadar memecahkan tingkap kedai orang Yahudi pada tahun-tahun 1930-an, Jerman Nazi dikatakan telah membunuh 6 juta Yahudi termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua sehingga akhir perang dunia pada 1945.

Bukan Yahudi sahaja yang disembelih dan dibunuh, kaum-kaum lain juga menjadi korban Nazi atas dasar ketuanan mulia kulit putih Jerman. Lebih lima juta lagi kaum bukan Yahudi dibunuh Nazi termasuk kaum kulit putih Poland, Gypsy, orang cacat dan sesiapa sahaja yang mereka anggap sebagai kaum yang rendah taraf.
Inilah bahana propaganda fitnah.

Hala tuju propaganda UMNO



Dengan itu juga mungkin kita dapat menganalisa ke mana hala tuju propaganda fitnah UMNO ini.

* Logikkah di Malaysia yang majoritinya orang Melayu dan beragama Islam untuk mengatakan  DAP sebagai sebuah parti dengan jumlah keahlian kecil begitu berani dan bijak hingga mahu menukar agama orang-orang Melayu menjadi Kristian? Adakah ini cita-cita utama DAP yang terkenal sebagai parti demokrasi sekular?

* Logikkah DAP sebagai parti demokrasi sekular mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian?

* Logikkah DAP sebagai parti demokrasi sosial yang menerima pasaran bebas dengan pemantauan kerajaan bagi memastikan pekerja dan rakyat sentiasa dilindungi, ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara komunis? Di mana logik DAP yang menentang komunisme yang anti-kebebasan dan anti-perniagaan mahu mewujudkan sistem yang ditentangnya sendiri?

* Logikkkah DAP dituduh cauvinis, perkauman dan mementingkan satu kaum sedangkan DAP adalah parti pelbagai kaum dan anti-perkauman? Sedangkan yang sering membuat fitnah itu datangnya dari parti yang hanya mementingkan satu kaum, mahu kepada ketuanan kaum.

Jika pembuat fitnah itu semua mahu menjadi propagandis yang berjaya, dicadangkan mereka meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit sehari untuk membaca buku-buku yang diiktiraf dunia supaya mereka lebih faham apa itu idea sekular, demokrasi sekular, demokrasi sosial, negara Islam, negara Kristian, komunis dan komunisme, serta makna sebenar cauvinis dan perkauman.

Apakah mereka lupa bahawa PAP pimpinan Lee Kuan Yew (yang mana PAP sering dikaitkan dengan DAP) telah bersekongkol dengan UMNO yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman untuk menghancurkan gerakan komunis di Malaya dan Singapura dahulu?

Bawa-bawalah beristighfar, ada banyak lagi perkara yang penting ingin DAP dan Pakatan Rakyat lakukan di Malaysia ini. Memperbaiki pentadbiran negara, memulihkan dasar ekonomi, menyuburkan demokrasi dan kebebasan serta memastikan pelaksanaan keadilan menjadi keutamaan DAP, PAS dan PKR.

Janganlah kerana tidak mampu untuk lakukan ini semua, dicari jalan mudah dengan menabur fitnah yang akan memberi kesan buruk kepada masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini. Apa guna mendapat kuasa jika rakyat hidup melarat, benci-membenci, malah bunuh-membunuh antara satu sama lain?
Hentikanlah kerja-kerja fitnah terutamanya jika pemfitnah itu mengaku diri manusia beragama. Semua orang sudah beragama, apa perlu sibuk-sibuk hendak menukar agama orang lain. Membuka hati itu bukan kerja manusia. Hanya Tuhan yang menentukan.

Oleh Daing Yahya Roketkini.com


Photobucket

Kenapa Raja Arab Belum Terjejas...?

on Aug 26, 2011



Kalau kita lihat perkembangan politik di Timur Tengah sekarang ini, satu persatu pemimpin autokratik dan diktator Arab telah diturunkan oleh rakyat yang mendesak dan mahukan demokrasi yang adil dan bebas dilaksanakan di Negara mereka. Bermula di Tunisia, kemudian diikuti oleh Mesir, Yaman dan terbaru ialah Libya.


Tetapi peliknya sehingga kini, Negara-negara Arab yang diketuai oleh Raja atau mengamalkan pemerintahan Monarki masih belum terjejas lagi. Pada peringkat awalnya, kita menjangka Negara-negara Arab yang diketuai oleh raja-raja ini yang terlebih dahulu mengalami reformasi atau revolusi dari kebangkitan rakyat di wilayah Arab ini, tetapi nampaknya ia tidak berlaku seperti yang kita jangka.

Kalau hendak dibandingkan Muammar Gaddafi, pemimpin Libya, dengan sesetengah raja-raja Arab lain itu, dari segi amalan hidup yang suka bermewah-mewah, membazir dan berfoya-foya, Gaddafi jauh lebih baik lagi.

Apatah lagi dengan amalan politik, dikatakan ramai pengkritik dan penentang raja, hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan, dan tidak diketahui apa yang telah terjadi kepada diri mereka.

Apakah kelebihan raja yang membuatkan mereka masih selamat?

Mungkin ini ada hubung kait dengan mitos dan kepercayaan masyarakat terhadap raja sehingga sukar untuk dikikis dari pemikiran dan amalan mereka.

Kepada sesetengah masyarakat, raja dianggap wakil Tuhan di alam dunia ini. Darah keturunan raja dianggap lebih mulia dari manusia biasa.

Raja bukan sahaja sebagai pemimpin yang berkuasa ke atas rakyat baginda, malah semua sumber Negara adalah menjadi milik mutlak raja termasuklah minyak yang terdapat dalam perut bumi negaranya.

Ada juga masyarakat yang mengangkat raja sebagai ketua agama meskipun tingkah laku sesetengah raja itu ada yang tidak secocok dan selari dengan akhlak agama.

Malah cara rakyat bertutur atau berkomunikasi dengan raja sangat berbeza dengan rakyat biasa berkomunikasi sesama mereka. Raja dan keturunannya dianggap mempunyai darjat yang istimewa berbanding manusia biasa, oleh itu protokolnya tidak sama dengan protokol rakyat biasa.

Walaupun Muammar Gaddafi seorang pemimpin yang amat berkuasa, tetapi kepada orang Arab beliau masih manusia biasa, bukan bertaraf raja.

Mengkritik dan menentang raja dianggap sebagai durhaka, satu label yang sangat digeruni oleh sesiapa jua. Sedangkan menentang Muammar Gaddafi hanya dianggap sebagai pemberontak atau pengkhianat sahaja.

Itulah antara kelebihan raja. Rakyat bukan sahaja dicengkam oleh kuasa yang dimiliki raja, tetapi juga dicengkam oleh mitos dan kepercayaan yang telah lama melekat dalam pemikiran rakyat terhadap raja.

Mungkin faktor inilah yang telah dapat membantu mengekang rakyat untuk menentang raja-raja Negara Arab.


sumber :-  http://aliasmohdyusof.blogspot.com
Photobucket

BN lawan PR: Peranan Mahkamah Pendapat Umum

on Apr 4, 2011

LEBIH satu dekat lalu, ketika Barisan Nasional masih berupa “the master of the castle” (tuan mahligai) dan pembangkang berpecah-belah, saya membuat ramalan mengenai kemungkinan BN berpakat dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP). 

Saya juga meramalkan kemungkinan DAP merampas Pulau Pinang. Ramalan itu saya buat setelah DAP mengalihkan pandangannya daripada cuba menguasai Melaka kepada menakluki Pulau Pinang.

Sekarang BN masih “the master of the castle”, tetapi mahligai dan kubu pertahanannya tidak sekuat dulu lagi. Sudah ada pinggir dan penjuru yang ditawan musuh. Pulau Pinang sudah jatuh ke tangan DAP dan rakan-rakan Pakatan Rakyatnya pada pilihan raya umum 2008. Begitu juga Selangor, Kedah, Kelantan dan Perak. Tetapi penarikan diri beberapa Ahli Dewan Undangan PR dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menyebabkan Perak jatuh baik ke tangan BN.

Pada PRU itu, pembangkang membuktikan bagaimana perjanjian pilihan raya boleh membawa kejayaan. Tetapi sejak itu, kesepakatan antara DAP, Parti Islam se-Malaysia (Pas) dan PKR dan tidak padu lagi. Ini diburukkan lagi oleh masalah dalaman PKR.

Ujian Pilihan Raya Sarawak

HARAPAN PKR memainkan peranan sebagai orang tengah nampaknya tambah luntur seperti yang sedang berlaku dalam rundingan pembahagian kerusi pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini. PKR dan DAP mengalami kesukaran bersetuju dengan parti sekutu mereka di Sarawak iaitu Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan antara satu sama lain.

Sebagai parti negeri, SNAP mempunyai kekuatan moral untuk membuat tuntutan walaupun ia tidaklah terlalu kuat. Manakala DAP dan PKR pula terpaksa berhati-hati agar tidak dilihat atau ditutuh membuli parti negeri. Pas tidak mempunyai masalah besar kerana peranannya di Sarawak terhad.

Ketidaksepakatan ini mencerahkan harapan BN Sarawak untuk terus menguasai negeri itu walaupun ia mempunyai masalah sendiri, khasnya pewarisan kepemimpinan BN negeri selepas Abdul Taib Mahmud.

Jika diandaikan benar bahawa BN telah mengalami pemulihan, namun ia tidaklah sekuat seperti pada PRU 2004. Apa yang akan membantu BN pada PRU akan datang adalah keretakan di kalangan parti-parti PR dan masalah dalaman PKR.

Hakikat pemulihan BN dan kelemahan PR ini paling disedari oleh DAP. Kepemimpinan DAP tahu kedudukan sebenar PR, khasnya kemampuan PKR terus menjadi orang tengah. Ini adalah kerana Pengerusi DAP, Karpal Singh terbabit membela ketua de fakto PR, Anwar Ibrahim, dalam kes liwat keduanya. Dia tentu tahu apa yang sebenarnya berlaku atau setidak-tidaknya pun dia boleh menjangka apa yang akan berlaku seterusnya.

DAP sedar tanpa PKR sebagai pemangkin, kerjasamanya dengan Pas akan terburai akibat perbezaan ideologi dan dasar yang terlalu luas. Lagipun, DAP dan Pas tidak saling gantung untuk terus memerintah negeri-negeri yang mereka kuasai.

DAP boleh memerintah Pulau Pinang tanpa Pas kerana Pas hanya menyumbangkan satu kerusi sahaja, tetapi ia memerlukan PKR yang menguasai tujuh kerusi. Manakala Pas boleh terus memerintah Kelantan tanpa PKR, tetapi memerlukan PKR dan DAP di Kedah.

Apakah tidak mustahil DAP berpakat dengan BN untuk memerintah Pulau Pinang seperti yang dilakukan oleh Parti Gerakan Rakyat Malaysia pada tahun 1969?

Gerakan, sebagai parti pembangkang, menewaskan Perikatan di negeri itu dalam PRU 1969. Ia menubuhkan kerajaan campuran dengan Perikatan dan kemudiannya menyertai BN. Gerakan menerajui Pulau Pinang selama 39 tahun sebelum ditewaskan oleh DAP pada PRU lalu.

Kalau pengundi Pulau Pinang yang majoritinya bukan Melayu boleh memberi mandat kepada Gerakan selama hampir 40 tahun, adalah tidak mustahil mereka akan memberi mandat yang sama panjang kepada DAP.

Sebagai kaum pedagang dan profesional, orang bukan Melayu, khasnya Cina, sedar bahawa untuk mengubah keadaan dan membawa kemajuan, DAP memerlukan masa yang cukup lama.

Soalnya bolehkah pengundi menerima pakatan atau kerjasama DAP-BN setelah mereka mula merasa dan melihat kebaikan daripada mempunyai pembangkang yang kuat?

Tidak dapat dinafikan iaitu mempunyai pembangkang yang kuat memberi kesan positif kepada sistem pengawasan dan perimbangan (check and balance).

DAP Menampakkan Pragmatisme

HAL ini disedari oleh DAP. Manakala ia akan terus mengasak BN di Parlimen, tetapi ia akan melakukan apa saja demi mempertahankan angsa bertelur emas dan permata nilamnya iaitu Pulau Pinang. Ini termasuklah berjinak-jinak dengan kerajaan pusat demi menjamin negeri itu terus mendapat peruntukan pembangunan.

Jadi saya tidak hairan langsung apabila media atas talian melaporkan yang kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan kesediaannya menggugurkan Pelan Induk Pembangunannya demi “membantu Putrajaya melaksanakan Program Transformasi Wilayah Besar Pulau Pinang.”

Portal berita bebas Malaysian Insider pada 2 April melaporkan bahawa Ketua Menteri, Lim Guan Eng, mengalu-alukan langkah kerajaan pusat sambil berkata kerajaan negeri bersedia menawarkan sepenuh komitmen kepada inisiatif kerajaan pusat itu.

“Pulau Pinang mengalu-alukan inisiatif kerajaan pusat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk sama-sama memajukan Pelan Induk Wilayah Besar Pulau Pinang yang pada akhirnya akan menghasilkan sebuah bandar raya bercantum (urban conurbation) selaras dengan wawasan kerajaan negeri Pulau Pinang mewujudkan sebuah bandar raya pintar antarabangsa.”

Ini bukan cakap-cakap kedai kopi kerana Guan Eng mengeluarkan sebuah kenyataan khas mengenainya.
Tambah beliau: “Sebagi menyahut dan membuktikan keikhlasan serta komitmen kita kepada tawaran Perdana Menteri, kerajaan negeri bersedia mengenepikan Pelan Induk Perindustrian 2011-2015 yang sudah pun siap.”

DAP mengambil sikap pragmatik ini kerana kepemimpinannya sedar bahawa tanpa bekerjasama dengan kerajaan pusat, kemajuan Pulau Pinang mustahil boleh dikekalkan apatah lagi dipesatkan. Mohd Najib pula mahu menggunakan janji pembangunan itu untuk menjinakkan semula pengundi negeri itu kepada BN.

Saya mungkin silap (besar) kalau saya katakan bahawa kepemimpinan pusat yang dipelopori Umno lebih mudah atau lebih suka bekerjasama dengan DAP di Pulau Pinang daripada dengan PKR di Selangor dan dengan Pas di Kelantan dan Kedah.

Kalau tanggapan saya ini betul atau ada sedikit kebenaran, saya takut (amat takut) iaitu yang akan kerugian adalah orang Melayu yang berupa kaum majoriti di Kedah dan Kelantan.

Hatta di Selangor yang kaya itu pun, nasib orang Melayu mungkin tidak terbela kalau permusuhan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri menular dan merebak ke dalam arena ekonomi dan pembangunan.

Peranan Sistem Pengawasan dan Perimbangan

KESIMPULANNYA, manakala BN dikatakan semakin pulih dan PR semakin lemah, persoalan yang harus difahami adalah selera pengundi.

Apakah mereka akan terus mengekalkan pembangkang yang kuat demi menjamin wujud pewujudan sistem pengawasan dan perimbangan (check and balance) yang mantap atau mereka akan kembali kepada monopoli kuasa oleh BN?

Saya rasa pengundi, khas di bandar dan di kalangan kelas menengah tanpa mengira bangsa atau kaum, akan terus memberi pertimbangan serius kepada peranan pembangkang yang kuat bagi menjamin kewujudan sistem pengawasan dan perimbangan (check and balance) yang mantap.

Perwatakan calon mungkin akan mendapat keutamaan yang lebih tinggi daripada pengundi berbanding parti atau janji-janji pilihan raya memandangkan ramainya para Yang Berhormat sekarang, sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang, yang terbabit dengan pelbagai jenayah dan kegiatan tidak bermoral.

Dengan wujudnya persekitaran media massa yang lebih bebas dan demokratik serta terlindung daripada kawalan pemerintah, “mahkamah pendapat umum” (the court of public opinion) akan memainkan peranan penting mengadili moral, prestasi dan integriti pemimpin dan bakal pemimpin.

Era hegemoni dan pembolotan kuasa oleh BN mungkin sudah berlalu. Walaupun pada zahirnya PR nampak tidak sekuat PRU 2008, namun potensinya untuk terus menjadi pencabar kepada BN tidak boleh dinafikan.

Manakala BN dan PR boleh berikrar dan berjanji dengan manifesto yang hebat bunyinya, tetapi pengundi, khasnya di bandar dan di kalangan kelas menengah, mempunyai aspirasi dan tuntutan mereka sendiri. Politik pangkah parti mungkin tidak mutlak lagi.



Zainuddin Maidin Bermimpi Tanpa Tidur.....

on

Wah... sok alim (tunjuk baik) Zainuddin Maidin menasihat supaya Pas mengambil langkah drastik menyelamatkan parti berkenaan. Bila masa pula Zainuddin dilantik oleh Pas menjadi tukang penasihat parti berkenaan? Kenapa pula tiba-tiba saja, Zainuddin baru kabar diri melihat Pas selamat dan terus berfungsi dalam negara ini. Apakah jadahnya tiba-tiba Zainuddin mengatakan Pas diperlukan?

Bukan sejarah negara ini sudah mengenali seorang wartawan asal kampung yang menjadi penentang Pas nombor satu. Beliau juga seorang penentang gerakan Islam dan dakwah negara ini. Bukankah orang masih ingat betapa benci beliau kepada Pas. Semasa beliau memimpinUtusan, bukankah beliau yuang membuat arahan agar akhbar itu tidak memakai atau menonjolkan wanita pakai tudung.

Masa beliaulah juga Utusan akan menonjolkan orang yang berimej (berkopiah) berperangai jahat. Kalau ada banduan atau orang salah pakai kopiah akhbar itu akan meletakkan dimuka utama atau muka depan. Apa tujuannya ia nak dikaitkan bahawa orang beridentiti Islam itu jahat dan hipokrit.
Zainuddin membuat seruan itu - supaya Pas menyelamatkan diri, kerana pada kaca matanya pemimpin Pas membisu dalam isu video lucah. Beliau cuba membentangkan kepada umum yang pemimpin Pas berbelah bahagi dalam soal isu video lucah membabitkan Anwar. Dalam masa sama beliau meneji pemimpin Pas yang bersama Anwar.
Saya tidak tahu apakah beliau masih hanya membaca Utusan Malaysia saja dan meninggalkan media baru blog, website dan segala macamnya.

Kalau beliau masih berwala kepada Utusan saja benarlah apa yang dirasakan itu. Sebenarnya Zainuddin tertinggal jauh ke belakangan dan masih berfahaman konservetif dalam dunia maklumat dan IT dewasa ini. Tetapi kalau beliau sesekali menjenguk blog dan membaca Siasahatau akhbar alternatif lain beliau akan tahu apa yang berlaku dalam Pas dan juga akan tahu tentang kudis buta yang berada di bawah pelipatan betis dan ketiaknya.

Dipihak Pas tidak ada sikap membisu dalam isu video lucah. Kalau ada pun pemimpin Pas di hujung kampung yang tidak sampai akhbar atau ada kemudahan internet. Kalau mereka hanya dengar radio Rais Yatim saja, memang bersetuju dengan Zainuddin Maidin itu, bahawa Pas berpecah dalam isu video lucah.

Rasa saya semua pemimpin Pas sudah menyatakan sikap terhadap video lucah dan isu moral lainnya. Semua sudah mengulas. Mengenai serangan peribadi ke atas Anwar Ibrahim baik sejak zaman liwat pertama membawa ke liwat kedua dan terbaru video lucah, pemimpin parti Islam itu sudah pun menyatakan sikap dan pendirian. Sikap mereka jelas dan bukan kabur lain. Mereka mengambil pendiriannya ia adalah fitnah selagi segala bukti yang didedahkan itu tidak dikemukakan secara syari'. (Tahukah Zainuddin Maidin erti syari' itu?)

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang sudah menyatakan, serangan ke atas Anwar itu adalah sekongkolan fitnah. Beliau mencabar kerajaan agar menyiasat bagaimana video berkenaan dan pendedahannya boleh dibuat. Kata Abdul Hadi perkara pokok yang perlu disahkan bukan siapa dalam video berkenaan tetapi pembikinan dan pendedahannya sudah bersalah dan perlu diambil tindakan. Anihnya kenapa mereka yang mendedahkan video berkenaan tidak dikenakan apa-apa tindakan baik menerusi undang-undang sekluar atau Islam?

Beliau juga menyarankan siasatan berhubung perkara itu dilakukan berdasarakan prinsip undang-undang sebenarnya.
Begitu juga kalau kerajaan (UBN) benar-benar ingin tegakkan keadilan kenapa tidak disiasat mengikut kehendak syariah Islam? Apakah Zainuddin tidak faham mengenai komen Hadi ini dan ini bukan sikap Pas? Untuk pengetahuan Zainuddi di dalam Islam sebarangan tuduhan dakwaan berkaitan zina harus ada empat orang saksi.
Kalaupun ketiga mereka yang mendedah video berkenaan boleh diterima sebagai saksi, tetapi ia masih belum mencukupi kerana perlu ada seorang lagi saksi. Korum persaksiakn dalam Islam ialah empat. (Arba'a). Manakala sekiranya si pendakwa itu gagal mengemukakan saksi maka mereka perlu disebat sebanyak 80 kali. Apakah tatacara hukum Islam ini diketahui oleh Zainuddin Maidin?

Manakala Nik Aziz pula telah berdoa untuk menghindarkan fitnah dan meminta Allah memusnahkan si pefitnah. Ada orang mempertikaikan kenapa dalam himpunan solat hajat dan pidato, di stadium Melawati Shah Alam, Nik Aziz tidak berpidato dan hanya berdoa. Bagi mereka yang arif aulia dan afdal mengenai doa tidak akan tergamak untuk mempersoalkan tindakan Nik Aziz itu. Doa adalah menunajat dan permohonan direct kepada Tuhan bukan seperti pidato yang penuh retorik.

Bila Zainuddin tiba-tiba macam tersedar dari kejahatan yang panjuang terhadap Pas mungkin ada sesuatu yang tidak kena kepadanya. Mungkin dia dapat mimpi bahawa Umno akan musanah kali ini. Kenyataan itu mungkin dibuat dalam keadaan mata tertutup, mumai. Kalau dia sedar kejahatannya kepada Pas selama ini dia tidak akan membuat kenyataan konstruktif begitu. Untuk apa dia mahu Pas diselamatkan? Sepatutnya dia membiarkan saja Pas berpecah seperti mana tanggapan itu kerana cara itu cepat memusnahkan Pas.

Tetapi bila dia membuat saranan itu dia tahu bahawa Pas kini makin kuat. Pas semakin mantap sebagai parti alternatif terbesar di negara ini. Slogan Pas Ganti Umno nampaknya telah menggangu minda Zainuddin Maidin. Orang Pas patut berterima kasih atas nasihat Zainuddin itu tetapi tidak perlu mempercayainya. Dari sudut mana sekalipun tidak ada secawan keikhlasan di hati bekas Menteri Penerangan ini yang pernah melancarkan serangan media ke atas Pas menjelang piliihan raya 2004 lalu.

Kejahatan Zainuddin ini sebenarnya tidak terbatas kepada Pas saja tetapi kepada Umno juga. Pertemuan saya dengan bekas timbalan menteri penerangan Mahadzi Khir menyebabkan saya tahu sedikit sebanyak temberang beliau dalam Umno dan juga sebab-sebab kenapa beliau boleh ditendang pengundi di Sungai Pettani. Satu masa mungkin ia boleh dibukakan.

Tentang isu video lucah, apa yang pentingnya Pas telah mengambil sikap yang jelas terhadap apa juga isu. Dalam konteks Anwar Pas berpegang kepada tali persahabatan tanpa mengira peribadi Anwar. Saya rasa Pas tidak akan mengkhianati kawan dan juga lawan secara melampau seperti mana parti Zainuddin Maidin akan menyembelih kawan apabila mereka ketiadaan haiwan korban. Jadi apa nak dinamakan parti Zainuddi ini? 




Mengingati demo Bersih 1: Wajib adakan tunjuk perasaan lebih besar!

on Mar 11, 2011






Minda Lutfi

Demonstrasi 10 November 2007, bagi saya, cukup istimewa dan tidak mungkin dapat dilupakan. Sekurang-kurangnya ia bekalan paling manis bagi mendepani pilihan raya umum ke-12, yang boleh diadakan bila-bila masa, meskipun ramai beranggapan bulan Februari 2008. “Hari ini saya rasa lebih gembira daripada menyambut 1 Syawal baru-baru ini,” kata seorang wartawan yang membuat laporan perarakan dari Masjid Negara ke Istana Negara.

Ia ibarat sebuah kenduri besar, melibatkan begitu ramai petugas dan menjemput puluhan ribu tetamu, apabila bukan saja aktivis politik dari seluruh pelosok tanah air membanjiri ibu kota Kuala Lumpur, malah penggiat NGO, orang awam dan paling manis, anak-anak muda awal 20-an nampak begitu ceria memeriahkan perhimpunan bersejarah itu.

Siapa bilang orang muda sudah sejuk amarahnya terhadap penyelewengan dan amalan rasuah sang penguasa? Mereka kelihatan cukup bersemangat, dan anda silap kalau menjangkakan mereka gentar dengan gertakan Ketua Polis Negara. Fenomena ini, pada hemat saya, perlu diperhatikan, kerana ia mampu menjana satu kebangkitan baru, yang silap-silap gaya, boleh mengejutkan Putrajaya.

Ya, segala mehnah – seperti ugutan Abdullah Ahmad Badawi (malunya kita apabila Perdana Menteri bersikap keanak-anakan meniru lagak menantunya, Khairy Jamaluddin), sekatan polis, rampasan baju-T kuning, ancaman untuk ditangkap dan dipenjarakan – dihadapi penuh berani dan yakin diri.

Sengaja mahu menyekat kehadiran

Saya ketawa kecil menatap gambar dalam The Sunday Star 11 Nov yang memaparkan kesesakan teruk jalan raya, di Sprint Expressway, Petaling Jaya. Nampak jelas lebuh raya empat lorong mengecut menjadi hanya satu lorong sedangkan dua anggota polis yang bertugas hanya memerhatikan sahaja, tanpa membuat apa-apa pemeriksaan, malah tidak pun memandang ke arah kenderaan yang melalui sekatan.


Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List