Tentera kini dianggap kerjaya pilihan

on Aug 28, 2010


SIBU – Tentera kini dianggap satu kerjaya pilihan di kalangan rakyat Malaysia, kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zin.
Ini terbukti dengan sambutan menggalakkan daripada program pengambilan anggota tentera di seluruh negara, katanya.
"Banyak pemohon jika tidak berjaya dalam usaha pertama tidak akan teragak-agak untuk mencuba buat kali kedua dan ketiga di tempat lain.
"Bahkan ramai bekas tentera di kalangan ibu bapa kini menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai angkatan tentera,” katanya pada majlis berbuka puasa dengan para pegawai dan kakitangan Rejimen Renjer Diraja Ketiga di Kem Ulu Oya dan Sembilan Briged di kem Rascom dekat sini malam tadi.
Katanya, perkembangan itu disebabkan usaha yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjadi Menteri Pertahanan.
"Beliau memperkenalkan skim gaji yang lebih baik, faedah dan beberapa keistimewaan yang lain.
"Kini kerjaya itu menawarkan masa depan yang lebih baik,” katanya. – Bernama

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List